terkini dan sensasi

Rabu, 22 Julai 2020

Hanya tinggal kenangan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedih kan, hanya tinggal kenangan


Dahlah SPBYDP Agong dan KPK pernah bergambar dekat mural ni, jadi bila tengok memang rasa terkilan. Dek angkara manusia yang tidak bertanggungjawab, semua lukisan mural ni habis rosak diconteng dengan kata² kesat!



Tergamak sebagai seorang rakyat Malaysia menconteng dan merosakkan gambar pemimpin negara dengan kata² yang sangat kesat. Kemana hilangnya rasa hormat mereka, pastu nampak sangat rendah harga diri mereka bila buat camni. Kalau tak suka sekali pun janganlah buat perkara memalukan sebegini!

Para pelaku ni ingat mereka boleh terlepas, tanpa mereka sedar aktiviti jahat tu dah dirakam oleh CCTV. Jadi jangan ingat boleh terlepas ye, sampai lubang cacing polis akan cari. Pastu tak disangka pulak suspek yang disyaki tu adalah 2 orang wanita, Ya Allah kenapalah jatuhkan martabat kaum wanita dengan sikap camtu!

Tengoklah dek kerana sikap mereka ni, semua mural terpaksa dipadam demi menjaga nama baik SPBYDP Agong dan pemimpin lain!


Tapi takpe, kalau mereka ni rasa boleh terlepas memang mereka silap. Mas harap sangat para pelaku ni cepat² ditangkap dan diberi hukuman setimpal. Biar beri kesedaran pada mereka yang sering lakukan aktiviti vandalisme seperti tu.

Terima kasih jugak diucapkan pada 3 anak muda yang berkorban masa dan tenaga melukis mural tu sampai siap. Walaupun hanya tinggal kenangan pada sekeping gambar sekalipun ia tetap sesuatu yang indah yang pernah orang lihat. Jangan kecewa, moga mereka dapat hasilkan mural seperti ini lagi! 


2 ulasan:

  1. kita yg tengok rasa kecewa..bayangkan perasaan yang melukis tu. mesti lagi kecewa kan

    BalasPadam
  2. Nak buat entri jugak pasal ni tapi tak buat2 lagi. Geramnya kat makhluk yamg buat gini. Moleknya sumbat dalam penjara org laguni. Apabenda la yg dia dapat ya buat laguni. Takde faedah langsung.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com