Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 30 Ogos 2020

Happy 18th Anniversary

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah 18 tahun yang sempurna!


Kami dah bersama selama 23 tahun sejak dari mula kenal, bercinta, bertunang dan akhirnya memjadi pasangan yang halal. Tak mintak banyak, moga Allah terus jaga dan pelihara hubungan cinta ini hingga hujung nyawa.

Dah 18 tahun jadi takdelah nak buat sambutan apa² pun, kebetulan ada kat kampung jadi jalan² bersama anak² je. Mereka pun gembira raikan hari ulangtahun perkahwinan kami, itu dah memadai.

Happy Anniversary Abang, sayang sampai mati!

Selasa, 18 Ogos 2020

Angan² buka mini nurseri di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sejak dah jadi pencinta pokok² hidup ni, minat tu makin mendalam. Lagilah bila taman mini dah makin banyak pokok, boleh dikatakan setiap minggu nak pergi nurseri pokok yang Mas belum pernah pergi. Gigih google dan husband lah jadi tukang bawak, hehehee!


Bila dah dikira, ditambah ditolak dibahagi didarab dah ada dekat 50 pokok kat taman mini Mas dan lebih 20 pokok kat dalam rumah. Rasanya bila dikumpulkan semua, dah boleh buka mini nurseri kat rumah tu. Dah boleh jual pokok² yang ada dalam koleksi Mas tu!

Hehehee memang ada angan² tu, tapi takdelah nak laksanakan dalam masa terdekat ni. Lagi pun ilmu Mas dalam penjagaan pokok² hidup ni belum banyak, kena belajar lagi dan lagi. Yelah sejak beli pokok² tu, dah 5-6 pokok mati. Mungkin cara penjagaan tu tak berapa betul lagi, kena banyak bertanya dan belajar dengan pemilik nurseri.




Lagi satu koleksi pokok² Mas ni semua koleksi peribadi, setiap jenis pokok ada satu je. Memang ada jugak jenis yang lebih dari satu pokok tapi tak banyaklah, ada dalam 3-4 jenis je. Nak jual pokok² koleksi sendiri tu memang tak lah buat masa ni, sayang oiii. Nak dapatkan tu bukan senang!

Cuma kalau betul Mas nak buka mini nurseri kat rumah, kenalah keluarkan modal. Beli koleksi pokok² banyak sikit, jaga elok² bagi cantik dan hidup subur. Pastu kena belajar dan ada ilmu banyak pasal pokok² ni, kang pembeli tanya tak pasal² tak tahu pulak. Haaa masa tu barulah ada keyakinan diri nak jual kepada pembeli kan?




Moga angan² Mas ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti, buat masa ni nak jaga sendiri dulu pokok² tu. Pastu nak tambah lagi koleksi sikit demi sedikit, bila dah yakin pokok² Mas boleh dijual barulah mula langkah seterusnya.

Gaji ni jom pergi nurseri beli pokok lagi, hahahaa!


Jumaat, 14 Ogos 2020

Buymall l Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert

Assalamualaikum...(^ ^)

Adakah anda pernah shopping di Taobao

Membeli-belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana harganya murah dan ada banyak faktor pilihan. Mas selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang Mas beli! Lebih² lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, Mas dapati satu platform yang best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah, dapat jugak menghantar barangan yang besar dan berat! 

Apa tu Buymall?? 

Buymall merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah membeli-belah dari China. Buymall menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me. Mas guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin! 


Kenapa beli taobao dengan Buymall

Pasti saudara-saudari menghadapi challenge yang sama dengan Mas, semuanya dalam Chinese, macam mana nak berkomunikasi dengan seller? 

Tapi dengan Buymall, Mas tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk aktiviti² pembelian seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack, dan lain² lagi. DAN MOST IMPORTANT IS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg! 

Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy-For-Me)
Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan mula membeli-belah. 


Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao. 

Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran. 


Cara beli Taobao Di Buymall (Ship-For-Me) 

Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui sea freight atau air freight dan isikan maklumat lanjut yang diberi daripada Buymall. Senang kan! Anda cuma perlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee). 

Buymall jugak provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian: 

Cara Penghantaran 
Masa penghantaran air freight mengambil masa 4-7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15-22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif. 

Pickup Servis 
Anda boleh choose pick up sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat untuk pick up barang korang bila² masa lapang. Ia jugak lebih murah berbanding dengan door to door service. 

Safe 
Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau barang korang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Bagus kan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi! 

Bukan ini sahaja, anda jugak boleh mendapat extra income dari Buymall! Refer friend mu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform ni kepada family & rakan² anda untuk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama-sama! 


Website: 



Rabu, 5 Ogos 2020

Berkelah di Sungai Kemensah

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya dah setahun lebih Mas tak bawak anak² berkelah kat tepi sungai, ditambah pulak dengan musim Covid-19 dan kena PKP jadi memang tak berpeluang langsung nak pergi. 


Pastu Sabtu lepas tanpa buat perancangan awal, Mas terus ajak husband pergi berkelah. Lagi pun kebetulan nak buat Oden, jadi kalau makan kat tepi sungai sambil mandi manda mesti syok. Pilih punya pilih tempat akhirnya Sungai Kemensah jadi pilihan disebabkan ianya dekat, yelah kami keluar pun dah pukul 1 tengahari. 

Lebih kurang 45 minit perjalanan dari rumah, kami tiba kat kawasan sungai dekat² pukul 2 petang. Tapi dek kerana laluan masuk yang agak sempit, memang sukar sikit untuk kereta keluar masuk. Kereta yang nak keluar mahupun yang nak masuk kena bagi kerjasama beri laluan, kalau tak memang tersekat tanpa bergerak kat tengah jalan tu. 



Setelah menempuh jalan yang mencabar tu, dan usaha nak dapatkan parking kami sampai kat kawasan sungai hampir² pukul 3 petang. Masa agak terhad, tapi syukur dapat jugak peluang nak berkelah. Dekat kawasan Sungai Kemensah ada beberapa chalet disediakan, macam tempat yang kami picnic ni boleh jugak bermalam kat situ dengan bayaran RM110 untuk satu malam. Selepas jam 5 petang barulah di benarkan menginap. 

Kalau tak nak menginap, bayaran masuk ke kawasan sungai adalah RM15 untuk satu keluarga.  Tapinya cuma boleh bentang tikar kat tepi sungai dan duduk di kerusi batu yang disediakan. Untuk lebih selesa kenalah sewa pondok dengan harga RM50, ada tilam dan bantal disediakan dalam pondok. Tempat untuk buat BBQ pun ada disediakan, bawak arang sendiri je. 




Surau, tandas dan tempat tukar pakaian pun ada disediakan. Pastu kawasan sungai pun bersih dan terjaga, memang selesalah untuk berkelah. Pastu SOP pun terjaga kat situ, pengunjung takdelah nak mandi manda kat satu tempat je. Mereka pandai cari port untuk keluarga dan jaga jarak. Anak² Mas pun seronok mandi air sungai yang sejuk dan nyaman tu! 

Mas memang tak sempat nak mandi sebab masa terhad, lagi pun sibuk sediakan makanan untuk anak² dan husband. Tapi sempatlah rakamkan gambar cantik² kat situ, harus datang lagi nanti dan masa tu nak bermalam pulak dan buat BBQ! 




Cuma maaflah, Mas tak sempat ambik nama dan nombor telefon tempat Mas mandi manda tu. Tapi bila nak letak lokasi kat gambar Instagram, dia keluar nama Warisan Hati Rimba. Mungkin betullah nama chalet tu, takpelah nanti Mas datang lagi sekali Mas akan dapatkan nama dan nombor telefonnya. 

Haihhh tak sabarlah nak pergi lagi sekali!




Selasa, 4 Ogos 2020

Jalan² Raya Haji di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun Raya Aidilfitri hari tu beraya di perantauan tapi tak terasa sangat sebab majoriti orang tak balik kampung. Tapi bila Raya Haji ni agak rasa sedih jugak tak dapat jenguk rumah pusaka mak abah dan kubur arwah serta tak dapat nak jenguk mak abah mertua. Nak buat camne kan, husband kena bertugas. 


Jadi nak hilangkan rasa sedih dan gembirakan anak² sambut raya maka Mas ajak husband jalan² ke Kuala Lumpur. Niat asal nak naik KL Tower sebab 31/7 tu hari akhir untuk promosi tiket percuma, jadi tak nak lepaskan peluang. Lagi pun hari raya, mesti tak ramai orang.


Tapi jangkaan Mas meleset, sampai kat KL Tower pukul 11 pagi semua 700 tiket percuma dah habis diedarkan. Haaa terkejut jugak Mas, terfikir jugaklah macam tak logik je hari raya ramai sangat orang datang. Padahal bila tengok kereta yang ada dan orang kat situ, takdelah ramai sangat. Nampak sangat pihak KL Tower ni nak kita naik berbayar sebab masa tu mereka ada buat promosi 50% untuk naik ke Sky Deck. Mas tak naik pun, beratur panjang dan bayaran pun agak mahal untuk kami satu keluarga.

Kecewa tak dapat naik KL Tower Mas ajak husband lepak sambil ambil gambar kat Dataran Merdeka, lagi pun anak² memang tak pernah sampai ke sana lagi. Yang paling seronok Airis dan Aiyra lah, dapat lari sana sini kat dataran yang luas tu. Pastu dapatlah kami rakamkan gambar sebagai kenangan, nak sampai lagi ke sini lain kali entah bila pulak jadi kena bergambar puas². 




Dah puas bergambar kat dataran Mas ajak husband ke Tugu Negara, tak pernah jugak bawak anak² ke sana. Jadi masa inilah nak dedahkan mereka dengan tempah bersejarah. Sampai sana ramai jugaklah orang bawak anak², dan bagus SOP dijaga kat sana. Takdelah orang berebut² nak bergambar, semuanya bergilir² dan jaga jarak. Kami sekeluarga pun tak lepaskan peluang rakamkan gambar sebagai kenangan. Selain bergambar dapatlah tengok sejarah tentang pahlawan yang banyak berkorban untuk pertahankan negara kita Malaysia. 



Itulah sajalah cerita Raya Haji kami sekeluarga di perantauan, walaupun sedih tak dapat balik kampung tapi tetap gembira dapat luangkan masa bersama!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com