Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 18 Ogos 2020

Angan² buka mini nurseri di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sejak dah jadi pencinta pokok² hidup ni, minat tu makin mendalam. Lagilah bila taman mini dah makin banyak pokok, boleh dikatakan setiap minggu nak pergi nurseri pokok yang Mas belum pernah pergi. Gigih google dan husband lah jadi tukang bawak, hehehee!


Bila dah dikira, ditambah ditolak dibahagi didarab dah ada dekat 50 pokok kat taman mini Mas dan lebih 20 pokok kat dalam rumah. Rasanya bila dikumpulkan semua, dah boleh buka mini nurseri kat rumah tu. Dah boleh jual pokok² yang ada dalam koleksi Mas tu!

Hehehee memang ada angan² tu, tapi takdelah nak laksanakan dalam masa terdekat ni. Lagi pun ilmu Mas dalam penjagaan pokok² hidup ni belum banyak, kena belajar lagi dan lagi. Yelah sejak beli pokok² tu, dah 5-6 pokok mati. Mungkin cara penjagaan tu tak berapa betul lagi, kena banyak bertanya dan belajar dengan pemilik nurseri.




Lagi satu koleksi pokok² Mas ni semua koleksi peribadi, setiap jenis pokok ada satu je. Memang ada jugak jenis yang lebih dari satu pokok tapi tak banyaklah, ada dalam 3-4 jenis je. Nak jual pokok² koleksi sendiri tu memang tak lah buat masa ni, sayang oiii. Nak dapatkan tu bukan senang!

Cuma kalau betul Mas nak buka mini nurseri kat rumah, kenalah keluarkan modal. Beli koleksi pokok² banyak sikit, jaga elok² bagi cantik dan hidup subur. Pastu kena belajar dan ada ilmu banyak pasal pokok² ni, kang pembeli tanya tak pasal² tak tahu pulak. Haaa masa tu barulah ada keyakinan diri nak jual kepada pembeli kan?




Moga angan² Mas ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti, buat masa ni nak jaga sendiri dulu pokok² tu. Pastu nak tambah lagi koleksi sikit demi sedikit, bila dah yakin pokok² Mas boleh dijual barulah mula langkah seterusnya.

Gaji ni jom pergi nurseri beli pokok lagi, hahahaa!


2 ulasan:

  1. boleh dah tu kak mas,slow2 jadi side income,boleh sue gi beli hahahah sue suka buka pinterest banyak cara mudah belajar gardening.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com