Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 1 September 2020

Amani Vanilla Temerloh

Assalamualaikum...(^ ^)

Hampir 8 bulan tak balik ke Temerloh, rupanya dah banyak tempat menarik dan tempat yang viral kat sana. Jadi balik kali ni Mas berkesempatan pergi ke salah satu tempat viral yang boleh dikatakan jadi tumpuan ramai jugak iaitu Amani Vanilla Temerloh



Dikenali jugak sebagai Kafe Vanilla Temerloh, tempat ini popular kerana aiskrim vanilla yang dihasilkan dibuat sendiri oleh pemiliknya. Berkonsepkan Farm + Nursery + Cafe disitu ada ditanam pokok vanilla. Haaa dapatlah tengok camne rupa pokok vanilla, cuma masa Mas pergi tu pokok sedang dirawat jadi takde berbuah. 


Pilihan menu utama di Vanilla Temerloh ni sudah tentulah aiskrim vanilla, memang dihasilkan dari vanilla yang ditanam di situ. Serius korang, aiskrimnya sangat sangat sedap dan menepati citarasa Mas. Rasa vanillanya yang asli, tidak terlalu manis dan baunya yang wangi. Inilah antara pilihan aiskrim² yang ada, pastu ada jugak Kopi O Vanilla dan Vanilla Rootbeer Float. Makanan berasaskan vanilla ada Wafer Aiskrim Vanilla, dan beberapa makanan lain seperti Ubi Kayu Rebus, Keropok Lekor, Kuih Muih, Sagu Gula Kabung dan Jeli Kelapa. 



Masa datang tu Mas beli aiskrim vanilla dalam cup berharga RM4, ada 2 scoop aiskrim dengan free toping. Pastu beli aiskrim cone berharga RM3, Wafer Aiskrim Vanilla berharga RM6.50 dan Kopi O Vanilla berharga RM4. Puashati dapat makan sambil lepak santai² sambil tengok pokok vanilla. 

Tempat ni dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 7 malam, dan ditutup pada setiap hari Isnin. Korang boleh waze Vanilla Temerloh dan pasti akan sampai ke sana, cuma kalau pergi hari minggu memang ramai orang. Tapi jangan risau parking banyak disediakan dan ada anggota rela yang jaga kereta keluar masuk supaya tidak sesak. Masuk percuma je, tak perlu bayar apa². Kalau nak makan kat situ kenalah bayar, tak akan nak percuma pulak kan?



Jadi bagi korang yang sampai ke Temerloh dan peminat aiskrim vanilla bolehlah datang ke Amani Vanilla Temerloh ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com