Assalamualaikum...(^ ^)
Sebut je minyak kelapa dara Mas memang dah cukup sinonim, sebabnya Mas pengguna setia VCO sejak dulu lagi. Cumanya Mas guna yang jenis softgel sebagai supplemen harian, dan Mas akui memang khasiatnya sangat bagus!
Bila D'Aura ada perkenalkan minyak kelapa dara jenis cecair, terus Mas berminat nak cuba. Lagilah ia boleh digunakan untuk rambut dan kulit, pucuk dicita ulam mendatanglah sebab memang tercari² produk yang bagus untuk merawat rambut. Jadi Mas nak kongsikan cara penjagaan rambut dan kulit menggunakan AVCO dari D'Aura yang Mas amalkan.
Apa itu AVCO?
AVCO adalah Aromatic Virgin Coconut Oil yang diformulasi untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara. Ia kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin E untuk dijadikan rutin penjagaan yang sesuai untuk rambut dan kulit.
99% AVCO adalah daripada minyak kelapa dara asli berkualiti tinggi yang dihasilkan di kilang DAura di Malaysia.
Cara Penjagaan Rambut & Kulit Dengan AVCO
Ok sekarang Mas nak kongsikan bagaimana Mas manfaatkan khasiat dan kebaikan AVCO untuk penjagaan kecantikan rambut dan kulit Mas.
1. Minyak Rambut
Mas ni ada masalah rambut gugur dan kulit kepala kering, bila sikat rambut mesti gugur dan kulit kepala kadang² gatal bila pakai tudung terlalu lama. Asyiklah nak mengaru kepala je! Jadi bila amalkan guna AVCO ni setiap hari, boleh rasalah kulit kepala dah kurang gatal bila bertudung dan rambut gugur dah semakin kurang.
Pastu selain rambut sendiri, Mas gunakan jugak kat rambut anak². Macam Aiyra ni rambut dia selalu susah nak sikat kalau lepas bangun tidur, jadi sebelum tidur Mas pakaikan AVCO kat rambut dia. Letak 2-3 titis kat tapak tangan pastu urut kat kulit kepala dan sapu ke seluruh rambut hingga ke hujung. Esok pagi cuci bersih, dan rambut akan rasa lembut dan senang dah nak sikat.
2. Makeup Remover
Haaa ini paling Mas suka! Mas suka makeup, jadi setiap kali nak cuci makeup Mas kena pastikan ianya dicuci bersih. AVCO sangat membantu, hanya letakkan 3-4 titis di atas tisu dan sapukan ke muka. Gosokkan secara perlahan kat muka, haaa tengok kesan makeup dapat dibersihkan dengan sempurna. Kulit pun rasa licin je dan ia tak memedihkan kulit sebab berasaskan bahan semulajadi!
3. Pelembap kulit muka
Setiap malam sebelum tidur Mas akan sapukan AVCO kat kulit muka terutama di bawah mata, di zon T dan di bawah dagu. Esok pagi bila bangun dan cuci muka, kulit rasa lembut dan segar. Ia juga membantu sebagai agen anti penuaan dan memperbaiki tekstur kulit.
4. Losyen tangan dan kaki
Kulit tangan dan kaki Mas jenis kering, jadi Mas jadikan AVCO sebagai losyen. Mas suka sapu kat siku dan lutut sebab kat situ ada kulit² hitam. Bila sapu AVCO ni kulit akan jadi lembap dan sikit sebanyak membantu hilangkan kesan kulit hitam tu.
AVCO banyak manfaat!
Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kebaikan AVCO ni untuk penjagaan rambut dan kulit. Kalau korang nak tahu kenalah guna dan rasai sendiri, baru tau khasiatnya!
Jangan risau sebab ianya 100% semulajadi tanpa bahan kimia, selamat digunakan tanpa kesan sampingan. AVCO hanya 1% menggunakan haruman dan 100% semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan untuk hasilkan haruman yang segar dan menenangkan!
Jangan lupa dapatkan AVCO D'Aura
AVCO ni ada 2 fragran iaitu Morning Dew dan yang Mas guna ni Floral Fresh.
Nak beli, layari website www.daura.com.my. Harganya cuma RM22.90 untuk 50ml, tapi khasiat dan manfaatnya sangat berbaloi. Mas dah guna jadi Mas berani cakap korang pasti akan puashati!
Murah dan mampu milik..sy pun pengguna produk AVCO d'aura
BalasPadamMurah dan mampu milik..sy pun pengguna produk AVCO d'aura
BalasPadamJarang-jarang guna VCO kat muka. Tapi rambut memang best.
BalasPadamMemg bnyk kelebihan dia.. Best
BalasPadamWangi bau dia
BalasPadamBanyak kebaikannya... Memang wajib ada ni...
BalasPadamteringin nak try bau morning dew, sebab IQ da ad bau floral fresh!
BalasPadammemang best AVCO ni, pakaikan dekat rambut serius best!
BalasPadamBotol dia pun ringan jer.. senang nk letak dlm handbag..
BalasPadamMurah kan sis...juju suka la sebab bila juju sendiri amal nampak bekas parut tu dah mula pudar sikit yeyyy
BalasPadamKak nina pun guna AVCO sekarang ni as double cleansing dan make up remover. Pastu as lip moisturizer. Best! Muka semakin lembut dan moist jer...
BalasPadamyanie guna AVCO untuk rambut dan makeup remover jugak.. lagi satu ianya mudah serap kat kulit. tu yang best.
BalasPadam