Assalamualaikum...(^ ^)
Semalam pentas konsert pertama GV7 dibuka dengan menyaksikan 14 orang peserta menyanyikan lagu popular mereka suatu masa dulu. Haaa bila dengar mereka nyanyi, barulah Mas ingat sesetengah peserta yang Mas tak tahu sangat lagu popular mereka. Terus cakap, "Haaa ini rupanya lagu dia, baru ingat!"
Seperti biasa pada konsert pertama tiada penyingkiran, yelah tak akan nak singkir awal² sebab mereka masih belum hadapi cabaran sebenarnya. Menyanyikan lagu sendiri, semua peserta lebih selesa lagi kan? Tunggu pada konsert kedua nanti, barulah mereka akan dapat cabar dan uji kemampuan vokal masing² apabila menyanyikan lagu orang lain.
Cuma Mas rasa konsert semalam agak hambar sebab Nabil takde, pada awal tengok rasa macam kenapa bosan je ni! Haaa nampak tak kuasa pengacara tu memainkan peranan penting, yelah dari GV1 sampai GV6 Jihan dan Nabil sentiasa ada. Sekali bila sorang takde, tu yang rasa agak tak sempurna. Lagilah kita dah terbiasa dengan gurauan dan lawak jenaka mereka berdua, kira itulah trademark GV. Harap Nabil cepat sembuh untuk ceriakan konsert kedua nanti!
Dari segi corak persembahan, Noraniza Idris yang menguasai pentas. Dengan kelebihan lagu irama malaysia dan penari² tradisional, menjadikan persembahan itu cukup menarik. Vokal dia pun tak kurang hebatnya, yelah lagu irama malaysia kan makanan dia. Jadi dicampur dengan persembahan menarik dan vokal best, juri memilih dia untuk mendapat markah tertinggi!
Peserta lain pulak semuanya best jugak, ada 2-3 orang yang boleh bagi saingan hebat kepada Mus dan Noraniza Idris. Tapi di konsert pertama ni Mas pun belum nampak sangat lagi siapa calon juara, cuma ada lah 2-3 orang yang nampak menyerlah! Jadi kena tunggu konsert kedua nanti baru boleh nilai lagi siapa yang layak dipanggil calon juara!
Bertemakan Sama Naik iaitu lagu² artis yang sama naik namanya dengan peserta GV7, inilah lagu yang bakal 14 orang peserta nyanyikan.
GV ni selain lagu2 lama, ai terhibur ngan nabil and jihan walaupun ramai tak suka.
BalasPadam