Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 23 Disember 2020

Selamat bertugas Datuk Harjeet!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa habis dah tempoh honeymoon selama sebulan selapas Dr Uzailee bersara, mulai 16/12 lepas boss baru dah masuk bertugas secara rasmi selepas dia tangguh selama seminggu dari tarikh lapor diri 9 Disember 2020.

Hari ni genap seminggu dah Mas bertugas dengan boss baru, Datuk Harjeet Singh. Sepanjang 17 tahun berkhidmat sebagai PA, ini kali pertama Mas jaga boss berpangkat Datuk dan bukan bangsa Melayu. Memang satu pengalaman yang berharga buat Mas!

Seminggu jadi PA beliau memang agak sibuk, maklumlah dia pun masih baru dan belum betul² familiar lagi dengan suasana kerja di KKM. Jadi banyak benda dia akan bertanya dengan Mas serta mintak Mas sediakan untuk dia, haaa sebab tu sangat sibuk sekarang. Seawal jam 8 pagi memang dah banyak benda kena uruskan, kadang tu nak makan pun tak sempat. Sedar tak sedar dah waktu tengahari, jadi makan sekali harung jelah.

Nak update blog pun tak sempat, sebab waktu rehat selama sejam tu sangat berharga. Masa itulah nak makan dan solat awal sikit kalau boss takde mesyuarat, kalau ada Mas akan solat selepas dia pergi. Tak boleh dah nak bersenang lenang dan rilek² macam masa dengan Dr Uzailee dulu, dengan Datuk semua kena pantas dan cepat. Tapi Mas lagi suka camtu, sebab masa tu takde berlalu dengan lambat. Semuanya jadi pantas, sedar je dah nak balik dah! 

Setakat seminggu ni Mas rasa selesa je kerja dengan Datuk, walaupun tak menang tangan sebab banyak kerja nak kena buat. Tapi takpelah sebab itu dah tugas Mas, lagi pun boss masih baru kan jadi banyaklah yang perlu kita buat untuk dia. Nanti dia dah biasa, semua akan lebih senang dan mudah. Lagi pun Datuk ni kebanyakan benda dia suka buat sendiri bersama PA, tak perlu nak harapkan orang lain. Kalau tak boleh selesai baru dia mintak panggil pegawai. 

Dua tahun lebih je Mas akan kerja dengan Datuk, harap kami dapat serasi sehingga Datuk bersara pada bulan Februari tahun 2023. 

3 ulasan:

  1. tahniah kak. Semoga bos serasi dgn su nya.

    BalasPadam
  2. Salam pn. Tahniah pn rajin dan aktif menulis blog. Saya cadangkan pn join google adsense dan pasang di blog pn, akan memberi income secara tak langsung kpd pn. Boleh ke blog saya untuk lihat contoh google adsense yg dipasang di blog saya www.sunan.my

    BalasPadam
  3. Masss kalau tak, bos mona yang pergi ganti Dr. Uzailee... tapi rezeki dia masih kat MOF huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com