Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 29 November 2021

Gegar Vaganza 8: Minggu Kedua

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai hampir 5 bulan Mas tak menulis di sini, hampir berkubur dah blog ni. Tapi tak menulis tak bermakna Mas tak sayang blog, cuma kekangan masa yang agak terhad sejak kebelakangan ni. Waktu kerja memang dah tak sempat nak tengok blog sekarang, waktu lepas kerja pulak dah penat otak jadi mood menulis ke laut dalamlah. Nak cari masa dan mood tu kembali payah betul, puas dah cuba tetap tak menjadi. 

Tapi hari ni Mas kembali menulis disebabkan Gegar Vaganza musim ke-8 ni, rancangan hiburan yang paling Mas suka. Rasanya tak lengkap kalau Mas tak menulis pasal GV ni sebab dari GV1 hingga GV7 semua cerita Mas abadikan di sini. Jadi coretan pertama pasal GV8 ni Mas mulakan dengan konsert minggu kedua, minggu pertama tak berkesempatan nak tulis. 

Siapa sangka minggu kedua ni Aliff Aziz masih mengekalkan takhta markah tertinggi. Mas memang tak sangka pun dia dapat berikan persembahan yang bagus dan teknik kawalan vokal dia pun sangat mantap. Mas takdelah minat sangat dia sebab lagu² dia pun takde yang menarik, tapi Mas respeklah dia sebab berusaha berikan yang terbaik untuk GV8 ni. Masa inilah dia nak buktikan yang dia masih relevan di dalam industri muzik ni.

Adibah Noor pulak memang Mas minat vokal dia dari dulu, Mas rasa dia mampu beri saingan sengit pada semua peserta lain. Keikhlasan dia dalam nyanyian boleh jadikan dia salah seorang calon juara GV kali ni, yelah tengok saja dia nyanyikan lagu Istana Menanti tu. Memang power vokal dia!

Bagi Mas kebanyakan peserta GV kali ni mampu berikan saingan sengit antara satu sama lain, kalau mereka buat yang terbaik. Contoh macam Upiak tu, bila nyanyi lagu lain sedap jugak vokal dia, cuma dia perlu ada keyakinan diri dan fokus dengan nyanyiannya siapa sangka dia mampu jadi saingan hebat kan. Tapi ada jugak dua tiga peserta yang kurang menyengat dan bakal tersingkir awal jika mereka tak buat yang lebih bagus! 

Untuk minggu kedua ni masih tiada penyingkiran, memang tak jangka kan? Jadi mungkin minggu ketiga nanti akan ada dua penyingkiran, siapa tahu! Bagi Mas, Fazley Yaakob dan Nico G adalah peserta terawal yang bakal disingkirkan sebab dah 2 minggu Mas rasa persembahan mereka biasa² je. Mutu vokal pun agak kurang dan dah 2 minggu mereka dapat markah yang rendah. 

Haaa itu pandangan Mas jelah, apa² pun kita bakal saksikan pada minggu kedua nanti. Bertemakan Segalanya Ku Terima, berikut adalah lagu² yang bakal dinyanyikan oleh 13 orang peserta GV8. Tak sabar nak tengok Adibah Noor nyanyi lagu Adele, mesti best vokal dia!

1. Aliff Aziz | Kasihnya Laila (Jinbara)

2. Adibah Noor | All I Ask (Adele)

3. Nikki Palikat | Semalam (Aina Abdul)

4. Suki Low | Badarsila (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

5. Upiak Isil | Retak (Ella)

6. Sa.Ya | Better Man (Robbie Williams)

7. Aweera | Boneka (Ernie Zakri)

8. Shidee | Blue Suede Shoes (Elvis Presley)

9. Bandi Amuk | Nak Dara Rindu ( Tan Sri P. Ramlee)

10. Azan Scan | Ini Rindu ( Farid Hardja & Lucky Resha)

11. Ani Mayuni | Hadirlah Kekasih (Dato' Nora Ariffin)

12. Fazley Yaakob | Yang Sedang Sedang Saja (Iwan)

13. Nico G | Manis (Dato' Zainal Abidin)

1 ulasan:

  1. Minggu ketiga ni barulah mencabar, sebab semua lagu di luar kebiasaan. Saya pun rasa Fazley agak kureng. Huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com