Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 21 Disember 2021

Bandar Temerloh dan Mentakab dilanda banjir

Assalamualaikum...(^ ^)

Belum lagi pulih sepenuhnya banjir di Lembah Klang kini giliran Temerloh dan Mentakab di Pahang pulak dilanda banjir buruk. Walaupun hampir setiap tahun hadapi musim banjir ni tapi rasa pilu dan sedih tu susah nak diluahkan dengan kata². Nak pulak tengok keadaan bandar Temerloh dan Mentakab yang dah 80% lumpuh, macam nak menyamai banjir besar 2014 dah!

Temerloh

Mentakab

Lagilah tahun 2021 ni dah masuk 2 kali kedua² bandar ni dilanda banjir, awal Januari 2021 dan sekarang bulan Disember pulak. Kesan dari banjir lepas pun masih belum hilang dah terpaksa hadap sekali lagi, walaupun dah redha tapi rasa sedih tu tetap ada. Yelah tengok rumah tenggelam hingga paras bumbung, mana tak sebak kau! Walaupun orang cakap kau dah biasa hadapi banjir, tipulah kalau tak rasa apa² kan! 

Rumah Mas kat kampung di Temerloh tak ketinggalan, memang setiap kali banjir akan terjejas. Setakat hari ni keadaan air dalam rumah dah paras dada rasanya, boleh agak dah bila tengok keadaan di bandar Temerloh tu. Nak pulak tengok signboard Temerloh ni dah tenggelam separuh, jadi memang habis tenggelam dah rumah Mas.

Rasa terkilan jugak sebab tak dapat tengok keadaan rumah, yelah nak balik tak lepas dah. Semua laluan ke Temerloh dah ditutup akibat dinaiki air, nak ikut laluan alternatif kat Kuala Pilah tu pun rasanya tak lepas dah. Sekarang hanya mampu tunggu je air surut, pastu barulah boleh balik untuk cuci rumah. Adik Mas yang menetap di Jengka tu ada jugak update semalam keadaan rumah, tapi hari ni dia dah tak lepas nak ke sana sebab laluan dari Jengka dah dinaiki air. Jadi memang tak tau dah keadaan terkini kat sana, yang pastinya bertambah teruk!

Lagi sedih bila kenangkan kami dah baiki sikit² kerosakan rumah dek kerana banjir bulan Januari tu, sekarang dah banjir lagi. Pastu peti ais pun baru je boleh berfungsi, dah tenggelam lagi. Tapi nak buat camne kan, dah hukum alam jadi kita redha!

semalam 20/12/21

hari ni 21/12/21

Sebab ituah Mas faham sangat perasaan mangsa banjir ni, nak pulak ada yang first time hadapi selama bertahun menetap kat kawasan yang tak pernah banjir. Masa paling payah bagi Mas ialah nak hadapi pasca banjir dan nak bersihkan rumah tu! 

Mas dah lalui tahun 2014, banjir paling besar dan teruk di Temerloh. 10 hari menumpang kat rumah orang, 10 hari rumah ditenggelami air paras bumbung dan total lost semua barang dalam rumah. Masa mula² tengok keadaan rumah memang termenung, tak tau nak mula mana dulu. Lumpur jangan cakaplah, hampir paras betis dan dengan bau busuk lagi. Tapi nak tak nak kena hadapi dengan redha walaupun sedih!

rumah Mas masa banjir 2014

Jadi Mas harap moga semua mangsa banjir 2021 ni tabah hadapi dugaan, berlapang dada dan sabar. Insya Allah ada hikmah yang baik di sebalik setiap kejadian yang berlaku dan Mas doakan semuanya dipermudahkan!

2 ulasan:

  1. Allahuakbar, banjir 2014 tu habis tinggal bumbung jer..huhu..

    tahun ni banjir habis semua kenalan dan saudara mara pun terlibat sekali. Moga semuanya kuat.

    BalasPadam
  2. Allahu. Kesiannya. Baru nak recover dah banjir lagi. Memang kasihan tengok. Ada yang sampai rapak rumah pun disapu air. Semoga akak dan mangsa banjir lagi diberi kekuatan dan digantikan rezeki yan lebih baik

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com