Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 8 Disember 2021

Gegar Vaganza 8: Minggu Ketiga

Assalamualaikum...(^ ^)


Setelah dua minggu tiada penyingkiran, konsert kali ini menyaksikan kumpulan Nico G tersingkir. Memang dah agak mereka akan tersingkir sebab persembahan kurang memuaskan, takde harmonisasi dalam penyampaian vokal. Cuma mulanya Mas ingat dua peserta akan tersingkir sebab persembahan Fazley Yaakob pun biasa² jer, vokal pun kurang mantap. Tapi masih ada rezeki dia untuk ke konsert minggu keempat!

Markah tertinggi minggu ni milik Nikki Palikat, yer memang dia layak. Power giler vokal dia masa nyanyikan lagu Semalam tu, masa dia tarik tu fuhhh meremang dengar! Kalau Adibah Noor tarik lagu Adele tu sama macam Nikki buat mungkin dia boleh dapat markah tertinggi, sebab dah sedap dia nyanyi. Cuma dia tak all out masa part tarik tu! 


Aliff Aziz pulak minggu ketiga ni agak kurang menyengat, yelah lagu yang diberikan kurang sesuai. Tapi dia dah cuba yang terbaik dan berjaya jugak sampaikan lagu Kasihnya Laila tu, sedap jugak vokal dia. Lagi satu Mas suka persembahan Azan Scan, vokal tetap best. Cuma masa nyanyi lagu Ini Rindu, dia terlupa lirik masa part rap tu. Haaa terus kurang memuaskan hati juri persembahan dia!

Di konsert keempat nanti bertemakan Berdiri Bulu Romaku, 12 peserta bakal menyanyikan lagu² yang bisa buat bulu roma kita berdiri bila mendengarnya. Haaa maknanya lagu² yang bila kita dengar boleh sampai ke jiwa lah. Haaaaa gitu! 

Senarai lagu² untuk konsert minggu hadapan.

1. Nikki Palikat | Zombie (The Cranberries)

2. Aliff Aziz | Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)

3. Adibah Noor | Jika (Melly Goeslow ft Ari Lasso)

4. Suki Low | Jampi (Hael Husaini)

5. Sa.Ya | Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee)

6. Aweera | Bila Cinta (Gio)

7. Upiak Isil | Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari)

8. Bandi Amuk | Satu Kesan Abadi (Iklim)

9. Shidee | Hati Yang Terluka (Brorey Marantika)

10. Ani Mayuni | Lebih Indah (Dato' Sri Siti Nurhaliza)

11. Azan Scan | Dir (Rahim Maarof)

12. Fazley Yaakob | Mahligai Syahdu (Hattan)

1 ulasan:

  1. tersingkir sudah Fazley. Tapi betullah masa konsert ni Nikki memang padu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com