Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 10 Januari 2022

Persiapan Aiyra ke Pra Sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa awal tahun 2021 tu, tahu je ada permohonan untuk pra sekolah memang laju² Mas mohon. Cuba nasib je untuk pra 5 tahun dan tak berharap pun sebab tahu agak susah nak dapat. Biasanya SK Salak tu jarang ambik untuk usia 5 tahun kecuali ramai yang mohon dan boleh bentuk 1 kelas. 

Jadi memang Mas tak sangka sangat Aiyra diterima masuk ke pra sekolah, agaknya ramai yang mohon dan cukup untuk wujudkan kelas 5 tahun. Alhamdulillah rezeki Aiyra, lega sangat sebab Mas memang nak dia masuk pra sekolah. Mudah sikit sebab sama sekolah dengan kakak Airis, pastu sesi persekolahan 2022 nanti abang kakak dia dah sekolah pagi jadi mudahlah sekali jalan je. 

Persiapan untuk dia Mas dah belilah 3 helai seluar track dan 3 helai tshirt putih, sekarang memang itu uniform lengkap untuk pra sekolah. Kasut hitam pun dah ada 2 pasang, satu beli dan satu lagi kasut review dari Pallas. Beg sekolah pun dah ada, cuma alat tulis je belum beli lagi untuk dia.

Persiapan lain takde apa dah, cuma tunggu sekolah panggil hadir taklimat je untuk tahu yuran dan keperluan yang kena beli. Biasanya untuk pra sekolah ni tak mahal sangat kena bayar rasanya, entahlah Mas pun dah lupa sebab dah lama tinggal anak masuk pra ni. Hehehee rupanya ada lagi sorang!

Sementara tunggu sesi persekolahan 2022 bulan Mac nanti, sekarang Aiyra dok kat rumah dengan abang Arfan dan kakak Airis dia lah. Ikutkan dia memang nak sangat dah pergi sekolah baru, hari² tanya bila sekolah buka. Harapnya bolehlah dia sesuaikan diri dengan suasana sekolah baru, moga takdelah babak airmata dan drama queen. Hahahaa manalah tau kan, bukan boleh jangka si Aiyra ni!

Moga dipermudahkan urusan Aiyra kat pra sekolah nanti, dapat sesuaikan diri dan belajar untuk ke alam persekolahan sebenar. Haihhh Mas kena ambik cuti ni masa hari pertama, maklumlah dah lama tak hantar anak baru pertama kali masuk sekolah jadi mamanya teruja sikit lah. Hehehee jangan dia drama pulak bila mama ada nanti, kes naya namanya! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com