perasaan malu manusia dah semakin menipis... dah tak kisah orang sekeliling nak pandang dan cakap apa! yang penting mereka puas hati... begitulah yang terjadi di Kelantan semalam!
Ayah, anak bertempur
PASIR MAS: Suasana di perkarangan sebuah kedai makan berdekatan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kecoh apabila seorang bapa bergaduh dengan anak lelakinya sehingga menterbalikkan meja dan kerusi, memecahkan pinggan mangkuk serta melempar makanan dan minuman ke arah satu sama lain. Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.
Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh. Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu. (sumber dari harian metro)
kalau pun mereka ada masalah kenapa mesti bergaduh untuk selesaikannya... jika tidak boleh kawal perasaan marah tu, berbincanglah di rumah... itu lebih baik dari mengaibkan diri sendiri dan keluarga di khalayak ramai!
begitulah bila institusi kekeluargaan sudah pincang! anak dah tak hormat ayah dan ayah boleh buat sesuka hati dengan lepas tangan terhadap tanggungjawab... tapi ingatlah, buruk mana pun seorang ayah itu dia tetap ayah kita dunia dan akhirat... tiada galang ganti tau! marah macam mana sekali pun, rasa hormat tu mesti ada...