blog wajib baca

entri terbaru dan terkini

Rabu, 19 Jun 2013

wordless wednesday [71]

Assalamualaikum...(^ ^)

begitu banyak mainan yang mama beli, remote jugak jadi pilihan untuk dimain..


Isnin, 17 Jun 2013

seronok dia!

Assalamualaikum...(^ ^)


mamanya memang jarang bawak dia lepak-lepak kat luar rumah.. maklumlah kalau hari kerja tu sampai rumah dah dekat pukul 6, pastu sibuk buat itu ini.. jadi memang takde masa nak bawak Airis santai kat luar rumah..

tapi semalam kan weekend, so bawaklah dia keluar dan lepak depan rumah.. letak dalam stroller dan bagi dia main.. seronok sangatlah dia! main mainan, jerit-jerit dan gelak-gelak.. pastu tengah main tu dia dapat akal baru.. campak mainan ke bawah, pastu mama ambil.. pastu dia campak balik, mama ambil lagi.. pastu campak lagi, pastu mama ambil lagi.. terus gelak-gelak seronok sebab dapat buli mama kan.. dan seterusnya lagi galak dia campak mainan ke bawah sebab ada orang ambilkan lepas tu.. geram nak gigit tangan gemuk tu!

Isnin, 10 Jun 2013

sejak dah lasak ni

Assalamualaikum...(^ ^)


sejak masuk usia 6 bulan ni Airis semakin aktif dan lasak.. seluruh pelusuk rumah dah pandai dia nak jelajah.. pantang lepa! kalau dia dok main kat ruang tamu tu memang kena buat kubu bantal.. kalau tak macam-macam lah keletah dia..

mana taknya, dah pandai selak tikar dan gigit.. pastu nampak wayar kipas terus capai dan gigit.. dan dah pandai nak pergi kat kabinet tv mama.. terkial-kial tangan comel tu nak capai semua benda kat kabinet tv tu..


pastu lorong kecik dalam gambar ni dia tak pernah lepasi sebelum ni.. dia hanya tengok je orang lain lalu lalang.. tapi sekarang dia dah tahu.. dia meniarap kat situ dan sekali tengok boleh lalu.. apa lagi laju jelah dia pergi dekat dengan meja makan, jelajah sana-sini.. bila mama panggil terus sengih-sengih, seronok sangatlah tu dapat explore tempat baru.. lepas ni kena berpagarlah, kalau tak sampai ke dapurlah nak tolong mama masak!

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com