Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 November 2011

Dah siap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya yang dinanti telah siap, tak sangka secepat ini. Mas buat pembayaran pada hari Jumaat, hari ini gambar dah siap. Terima kasih pada Encik Halim kerana siapkan tempahan Mas begitu cepat sekali, memang perkhidmatan yang diberikan begitu memuaskan!

Bagi kawan² yang berminat nak tempah 3D Canvas dengan Encik Halim bolehlah email gambar yang nak dikanvaskan. Gambar yang di email mestilah gambar bersaiz 16 x 24 supaya bila dikanvaskan gambar tidak pecah. Sebelum tempah boleh tengok contoh gambar di blog atau facebook Encik Halim, ini Mas sertakan kad nama dia sekali.


Alhamdulillah Mas sangat berpuashati dengan harga yang ditawarkan dan kualiti gambar yang dikanvaskan, sangat cantik! Gambar yang Mas kanvaskan bersaiz 20" x 30" dengan harga RM110, boleh pilih samada nak ambil sendiri atau diposkan ke rumah. Mas pun tak sabar nak tempah lagi ni, nak kanvaskan gambar raya pulak.

Jadi dipersembahkan gambar 3D Canvas yang telah siap!



Kena pandai survey!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam handphone rosak. Tetiba je ada masalah, takde bunyi. Terpaksa malam tu ajak husband bergegas ke Alamanda lagi sekali, malas nak pergi jauh² sebab dan malam. Dengan harapan handphone dapat dibaiki. Sampai kat kedai handphone terus terangkan kat taukeh kedai apa masalahnya. Tapi tanpa buka apa² pun, hanya tengok depan dan belakang handphone tu terus dia cakap software dah rosak. Kena format balik dan install software baru, caj yang dikenakan RM150. Mak aihhh, mahalnya! 

Mas pun tanyalah taukeh tu, "Betul ke software yang rosak, takut nanti taukeh dah format dan saya dah bayar tapi tak ok jugak. Camne tu?" Boleh pulak dia jawap, "Itu saya tak pasti, tapi bila saya dah install software baru awak tetap kena bayar maaa!"

Terus tak jadi buat, camtu pulak kan? Tak pasal² duit Mas melayang tapi handphone tak ok jugak. Jadi kena pergi jugak ke Mines, lagi pun Mas beli dulu pun kat situ. Sampai kat Mines terus menuju ke kedai yang Mas beli handphone ni dulu, tapi tengok taukehnya orang lain. Husband cakap takpe, kita cuba tanya dulu. Taukeh ni pun sama, belek punya belek terus cakap software jugak yang rosak. Tapi murah sikitlah cajnya, dalam RM80 je!

Tapi husband Mas tetap tak puas hati, dia ajak survey kat tempat lain pulak. Tiba² masa kami lalu kat sebuah kedai yang baiki Iphone ternampaklah taukeh kedai yang kami beli handphone ni, terus jumpa dia dan ternyata dia masih ingat kami.


Setelah ditengok, dia kata kemungkinan software yang rosak atau komponen bunyi yang rosak. Tapi dia akan cuba install software baru dulu dan kalau tak elok jugak baru dia akan tukar komponen bunyi tu. Bila Mas tanya install software baru kena caj tak, katanya tak perlu. Hanya tukar komponen je kena caj RM150, dan bila dah install software baru masih tak elok jugak. Rupanya memang komponen bunyi yang rosak, jadi terpaksalah tukar dan kena bayar RM150.

Tapi Mas berpuashati sebab taukeh tu sanggup install software baru tanpa kenakan sebarang caj, komponen tu wajiblah dia caj kan sebab barang original. Pastu siap backup kan nombor telefon dan gambar, installkan games baru dan installkan GPS, semuanya percuma!

Sangat berbaloi kan? Jadi kalau handphone rosak kena pandai survey tempat yang betul² boleh dipercayai dan kenakan caj yang berpatutan.

Wordless Wednesday [45]

Assalamualaikum...(^ ^)

Filem camni pun ada, macam² pengarah sekarang kan? Ada ke orang nak menonton, kalau ada pun mungkin yang 'ghairah' nak jadi datin je kot!


Selasa, 29 November 2011

Untuk pengetahuan pakcik!

Assalamualaikum...(^ ^)

Balik dari kerja tadi Mas singgah Alamanda kejap, nak beli barang dapur sikit. Dah selesai beli apa yang patut terus beratur nak bayar parking, masa beratur jam menunjukkan pukul 4.50 petang. Kebetulan masa beratur tu ada seorang pakcik ni beratur di belakang Mas, tiba2 pakcik ni tegur.


"Awak ni kerja Kerajaan ke?"

"Ya pakcik, kenapa?"

Tiba² pakcik ni membebel sambil matanya menjeling pada pas pekerja yang Mas pakai, "Macam nilah sikap pekerja Kerajaan, belum habis waktu bekerja pukul 5 dah sibuk beratur di Alamanda! Ini ke cara nak tunjuk contoh pada orang ramai."

Mak aihhhh pakcik ni, cakap ikut sedap mulut je. Memang sentap dah masa tu, nasib baik dia orang tua jadi Mas tetap hormat. Terus Mas jawap dengan bersopan santun, "Untuk pengetahuan pakcik, orang Kerajaan ni ada 3 waktu bekerja. Kalau masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang, kalau masuk pukul 8 pagi, baliknya pukul 5 petang dan kalau masuk pukul 8.30 pulak, balik pukul 5.30 petang. Saya ni masuk kerja pukul 7.30 pagi jadi tak salahlah kalau belum pukul 5 saya dah beratur di Alamanda ni, sebab saya habis kerja pukul 4.30 petang!" Terus pakcik tu senyap je, tak cakap apa² dah dan nak minta maaf pun tak.

Sebenarnya Mas tak kisah sangat kalau betul pakcik tu tak tahu waktu bekerja orang Kerajaan ni camne, tapi tak patutlah dia cakap sikap pekerja Kerajaan semuanya camtu. Dah tentulah Mas sentap kan, nampak sangat seolah² imej pekerja Kerajaan ni tak elok.

Sebab tulah orang kata, "Cakap siang pandang² cakap malam dengar² ye pakcik!"

Kami tertipu lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa pindah rumah baru tahun lepas Mas belilah sofa baru, bentuk L-Shape. Beli pun bukan sebab prinsip rumah baru kena sofa baru. Beli sebab nak jimat ruang, rumah bukanlah luas sangat. 

Masa nak beli tu banyak tempat jugaklah Mas survey, kalau boleh nak cari harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus. Survey punya survey, sofa di Cavenzi yang jadi pilihan kami. Masa beli tu bukan main beli je, Mas tanya dulu kualiti sofa tu samada 100% leather atau tidak.


Bila pihak Cavenzi cakap sofa tu memang 100% leather, jadi terus Mas setuju nak beli. Mas pun percayalah dengan cakap mereka, takkanlah mereka nak tipu pulak sebab Cavenzi pun syarikat perabot yang ternama. Tapi yang mengecewakan baru setahun guna sofa tu, dah ada masalah. Kulit sofa semuanya terkopak! Mas sangat terkejut, takkanlah sofa 100% leather mudah rosak camni. Lagi pun pihak Cavenzi cakap sofa tu terjamin kualitinya dalam tempoh 5 tahun.

Rasa tertipu sangat dengan pihak Cavenzi Mas terus minta mereka ambil semula sofa tu dan tukarkan dengan kulit yang baru, dan pastikan 100% leather. Bila Mas tanya mereka kenapa tipu kami kata sofa tu memang 100% leather, terus tergagap² nak jawap. Terus tabur janji lagi kata yang mereka akan gantikan kulit baru tanpa ambil caj 1 sen pun, baru Mas puashati!

Tapi kalau mereka tipu lagi kali ni memang Mas akan jaja kisah penipuan mereka ni di dada akhbar, baru kau tau kuasa pembeli kan?

Bagus cara ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini ada taklimat kepada ibu bapa mengenai kemasukan ke pra sekolah untuk murid berumur 6 tahun. Alhamdulillah, Arfan dapat tawaran tersebut dan masih bersekolah di SK Cyberjaya.

Mas tak dapat hadirkan diri sebab bekerja, terpaksalah husband je pergi. Ralat jugak sebenarnya sebab hal membabitkan persekolahan anak² ni memang Mas akan hadir, jaranglah Mas tak pergi. Tapi nak buat camne, kena kerja kan?


Setakat ni Mas memang takde masalah dengan SK Cyberjaya, bagi Mas ini memang sekolah terbaik. Mas suka cara sekolah menggalakkan ibu bapa hadir jika ada taklimat mengenai persekolahan anak², misalnya tentang kemasukan pra sekolah 6 tahun untuk tahun 2012. Di dalam surat pihak sekolah nyatakan supaya ibu bapa wajib hadir taklimat tersebut, jika tidak berjaya hadirkan diri bermakna mereka menolak tawaran!

Bagus cara camni, sekurang²nya ibu bapa lebih peka. Takdelah bila dah berjaya dapat mereka buat tak tahu je, janji anak dapat bersekolah. Taklimat tak perlu hadir, bukan ada apa yang penting pun. Bila sekolah buat cara sebegini, baru ibu bapa ambil berat. Berusaha untuk hadirkan diri, kalau tak anak tak dapat sekolah. Kalau ikut pengalaman Mas, memang berapa kerat je ibu bapa yang hadir taklimat sebelum sekolah letakkan syarat sebegini.

Hal persekolahan anak² ni kita kena peka, jangan serah 100% pada guru dan sekolah.

Isnin, 28 November 2011

Menang dipuji, kalah dikeji

Assalamualaikum...(^ ^)

Fenomena biasa dalam setiap pertandingan yang melibatkan negara, tak kiralah bolasepak ke, badminton ke atau perlawanan lain sekalipun. Tapi perlukah sampai kita kutuk membabi buta, sehingga ada yang sanggup cakap skuad negara kita bodoh dan malukan negara. Bila dah menang pingat emas di Sukan Sea terus berlagak, sepatutnya semua kutukan ini tidak sepatutnya dilemparkan kepada mereka.


Mereka dah lakukan yang terbaik, sudah bermain mati-matian demi negara. Mungkin semasa perlawanan semalam sedikit kealpaan telah berlaku, 2 gol yang dijaringkan tidak dapat dipertahankan sehingga ke wisel penamat. Tapi Mas boleh lihat kesungguhan mereka bermain, cuma perlu usaha lebih keras lagi!

Memang kita marah dan kecewa, Mas pun turut sama kecewa bila mereka kalah. Tapi tidaklah sampai nak kutuk dan keji, cuma berharap skuad kita berusaha lebih gigih lagi dan mantapkan strategi ketika menghadapi perlawanan. Mas tahu mereka boleh lakukan yang terbaik demi maruah negara.

Sekadar luahan pendapat, nak kata fanatik bola sangat tu takdelah. Tapi rasa kecewa jugak bila baca macam² status di Facebook yang mengutuk dan mencaci skuad negara kita bila kalah semalam. Agaknya dah jadi adat, menang dipuji kalah dikeji!

Moga Harimau Muda bangkit dan jadikan kekalahan ini satu pengajaran, mereka pasti boleh!

Ahad, 27 November 2011

Berkelah di Sungai Lepoh

Assalamualaikum...(^ ^)

Syoknya berkelah! Bukan setakat berkelah je, siap mandi hujan lagi. Syok wooooo!


Kami sampai di Sungai Lepoh lebih kurang jam 2 petang setelah sesat jugaklah nak cari sungai tu, maklumlah pertama kali pergi sini. Ketibaan kami disambut dengan hujan yang agak lebat, terpaksalah lepak dalam kereta dulu sementara tunggu hujan berhenti.

Hampir ½ jam jugaklah kami menunggu dan alhamdulillah, hujan berhenti. Pastu terus langit cerah dan matahari pun muncul. Apa lagi, terus keluarkan bekal yang bawa dari rumah tadi. Makan dan terus mandi manda sehinggalah hujan turun sekali lagi.

Sungai kat sini menarik jugak, airnya sangat jernih dan kawasan di sekeliling sungai pun bersih. Tenang sangat rasanya bila lihat permandangan yang cantik, dan yang paling seronok bila dapat celupkan kaki kat dalam sungai tu. Sejuk dan segar je!

Lain kali boleh datang berkelah lagi, jom layan gambar pulak.






Sabtu, 26 November 2011

1433 Hijrah

Assalamualaikum...(^ ^)

Selesai sudah doa akhir tahun dan doa awal tahun dibaca, esok bermula tahun hijrah yang baru!


1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Penuh makna yang mendalam lirik lagu ni, banyak erti penghijrahan yang berlaku dalam hidup setiap manusia. Ada yang berhijrah dari anak dara ke isteri orang, ada jugak yang berhijrah dari seorang isteri kepada seorang ibu. Semua hijrah ini adalah yang terbaik untuk diri kita.

Apa pun hijrah yang kita lakukan biarlah diiringi oleh niat yang betul, jangan hanya berhijrah sebab nak dapatkan pahala je. Tapi niat dan nawaitu tak betul, tidak ikhlas kerana Allah SWT.

Salam Maal Hijrah untuk semua, moga hijrah kita adalah hijrah yang terbaik!

Inilah kesukaan dia

Assalamualaikum...(^ ^)


Tengoklah tu.

Berbekalkan sebuah buku dan sebatang pensel, lagak seperti seorang usahawan. Dengan duit tipunya yang dibuat dari kertas serta sebuah kalkulator,  khusyuk je dia buat kira². Ralit pulak Mas tengok!  

Memang dia minat main camni, buat kira-kira, tulis² macam orang business berniaga je. Pernah sekali tu kat sebuah kedai, atas meja tu ada kertas, pen dan kalkulator. Dia pun apa lagi terus ambil tulis nombor² pastu kira kat kalkulator, cina taukeh kedai tu asyik je tengok dia. 

Siap cakap lagi kat Mas, "Anak you ni bakal jadi businesswoman nanti, dari kecil dia dah minat buat kira² dan nombor. Kalau ikut kepercayaan orang cina dia boleh berjaya nanti, you percayalah!"

Mas pun takdelah nak percaya sangat cakap cina tu, tapi memang dia suka benda camni. Mas cuma harap dia betul² jadi ushawan yang berjaya dan disegani. Semoga minatnya yang hanya main² ni akan kekal hingga ke dewasa, sebagai ibu Mas doakan yang terbaik untuk dia!

Jumaat, 25 November 2011

Redha dengan tugas suami

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai kawan² bertanya, "Mas, cuti 3 hari kau pergi mana?" 

Jawapannya, "Tak pergi mana² pun dok kat rumah je, husband kerja! "

Sedihkan jawapan tu, cakaplah sedih kawan²! 


Tapi nak buat camne kan, sedih pun kena redha. Dah itu tuntutan tugas husband Mas, bila masuk je hujung tahun memang cuti dia dibekukan. Nak pulak sekarang musim banjir, lagilah khidmat mereka diperlukan. Jadi jangan mimpilah hujung tahun nak bercuti.

Anak² pun asyik bertanya je, bila nak pergi jalan2. Cuti sekolah kan mama! Nak buat camne anak², babah korang kerja. Jalan² masa dia off bolehlah!

Memang dah rancang cuti 3 hari ni nak pergi jalan² keluar dari negeri Selangor, tapi terkubur jelah harapan tu. Esok dia kerja, Ahad off dan Isnin kerja lagi. Mana ada masa! Cuma hari Ahad jelah boleh nak pergi bersukaria, itu pun kawasan dekat² je.

Jadi redha jelah dengan tugas husband kan? Siapa suami kerja bomba tu pasti memahami.

Tajuk gempak jadi perhatian

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas Saari berskandal dengan Rosyam Nor!

Gempak tak tajuk ni? Rasanya kalau entri kita bertajuk macam ni pasti laju je pembaca klik kan, tak sabar nak baca certi selanjutnya. Cuba kalau tajuk sebegini pulak.

Solat itu tiang agama.

Agaknya ramai tak laju² nak klik entri tu dah baca sehingga habis, mungkin segelintir saja yang akan berbuat begitu kan? Sesetengahnya hanya baca tajuk pastu komen tanpa membaca isinya, tak pun baca tajuk pastu terus tekan tanda pangkah.


Tapi dah jadi kebiasaan kan, entri yang bertajuk gempak ni biasanya jadi tumpuan. Nak pulak entri yang tajuknya tentang gosip² panas! Kalau entri yang bertajuk biasa² ni jarang orang nak baca, kalau baca pun hanya baca yang hujung² je.

Memanglah tajuk memainkan peranan penting bagi setiap entri, tapi janganlah kita hanya menilai entri itu dari tajuknya sahaja. Kadang² tajuknya saja tak berapa menarik tapi isinya banyak mesej berguna yang disampaikan. Jadi apa salahnya kita baca sampai habis dulu barulah buat penilaian.

Tapi ada sesetengah penulis blog ni pandai. Mereka buat tajuk gempak² pasal skandal ke, gosip ke, tapi isi entri tersebut sebenarnya mengenai perkara lain. Bagi Mas tak eloklah buat camni, biarlah kita tulis tajuk yang betul² berkaitan dengan isi. Takdelah pembaca rasa tertipu

Satu lagi sebagai pembaca janganlah kita hanya tengok tajuk sahaja, tajuk gempak terus kita nak baca. Sebaliknya kita baca dulu, manalah tau isinya lagi gempak dari tajuk.

Khamis, 24 November 2011

Yang tidak perlu ditulis

Assalamualaikum...(^ ^)

Blog adalah tempat untuk kita menulis, meluahkan rasa dan percaya!


Apa yang ditulis seharusnya sampai ke hati pembaca, ada manfaat dan mesej yang boleh disampaikan. Ada ilmu dan pengetahuan yang dikongsi untuk dijadikan panduan. Ada cerita yang bisa membuat pembaca tersenyum sendirian, dan ada kisah yang membuat mereka berfikir sejenak.

Bermacam² cerita boleh ditulis di blog, samada ianya berkisar hal peribadi atau perkara umum yang berlaku di sekeliling kita. Semuanya boleh dijadikan penulisan yang seronok dibaca! Tapi harus diingat, dalam keseronokan menulis itu ada sesetengah perkara yang tidak sepatutnya kita tulis di blog. Kalau dikongsi jugak mungkin akan mengaibkan diri sendiri atau orang lain.

Jadi janganlah sesekali kita menulis cerita sebegini.

1. Entri yang mengaibkan orang lain
Dek kerana dendam dan geram dekat seseorang kita tulis dan luahkan semuanya di blog, kutuk kaw² punya! Cerita semua keburukan orang itu sehingga pembaca pun turut rasa benci. Niat asal hanya nak lepas geram je tapi tak pasal² kita dah aibkan dia. Kalau dia baca, camne?

2. Entri gaduh dengan suami/kekasih
"Saya benci awak! Awak memang jantan tak guna, menyesal bercinta dengan awak." Bergaduh dan berperang besar dengan suami/kekasih pun nak cerita kat blog, nak semua orang tau yang pasangan awak tu tak berguna. Perlukah, bukankah perkara sebegini boleh diselesaikan dengan cara baik. Ini tak, gaduh sikit luah kat blog. Biar semua orang baca dan akhirnya diri sendiri yang malu.

3. Entri mengutuk parti politik
Memanglah kita berhak menyuarakan pendapat berunsur politik, tapi berpada²lah kan? Biarlah apa yang kita suarakan itu ada mesej yang berguna. Janganlah kerana kita menyokong Parti A, kita kutuk dan cemuh Parti B. Tulis kelemahan dan keburukan parti tu! 

Menulis biarlah dari hati, barulah tiada caci dan maki.

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday [44]

Assalamualaikum...(^ ^)

Khas untuk kaki pancing yang gila memancing, hadiah yang menanti sangat lumayan! Husband Mas pun sertai, Mas jadi peneman je. Kalau dia menang, duit kongsi sama². Hehehee!

untuk maklumat lanjut boleh baca di SINI

Selasa, 22 November 2011

Sekolah tidak bertanggungjawab

Assalamualaikum...(^ ^)

Wang bantuan persekolahan RM100 telah diagih²kan kepada ibu bapa di seluruh Malaysia.


Tetapi amat mengecewakan apabila sesetengah sekolah tidak bertanggungjawab memotong bantuan tersebut untuk bayaran yuran PIBG dan yuran komputer. Sepatutnya perkara begini tidak terjadi kerana wang itu adalah bantuan kepada pelajar, bukannya untuk bayar yuran lain.

Mas sangat kecewa apabila membaca berita yang terjadi di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak. Pihak sekolah menjemput 500 ibu bapa untuk hadir ke sekolah bagi mengambil wang, tetapi bukan wang yang mereka dapat sebaliknya diarah menandatangani borang potongan yuran komputer berjumlah RM100.

Lagi mengecewakan apabila ibu bapa membuat aduan ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka telah ditempelak oleh kakitangan PPD tersebut. Dia memaklumkan potongan yuran berkenaan adalah wajar! Kesian kepada ibu bapa yang datang dari jauh semata² nak dapatkan duit bantuan tu.

Memang sangat tidak bertanggungjawab! Sudahlah ibu bapa ditipu untuk datang kononnya bagi mengambil bantuan RM100 itu, pastu paksa mereka tandatangan persetujuan pemotongan bantuan tersebut. Sepatutnya pihak sekolah berusaha membantu pelajar dan ibu bapa meringankan beban mereka. Ini tidak, lagi ditindas ada lah.

Harap pihak Kerajaan ambil tindakan yang berat ke atas sekolah yang tidak bertanggungjawab ini.

EMAS dalam genggaman!

Assalamualaikum...(^ ^)

MALAYSIA BOLEH!!

Harimau Muda Boleh!!

Rasanya belum terlambat lagi untuk Mas ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda di atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas untuk Negara, mereka memang bermain mati²an semalam. Sangat mendebarkan, Mas yang menonton ni rasa macam nak kena sakit jantung.


Semalam Mas ambil kesempatan menonton di luar, lokasi yang menjadi pilihan adalah di sebuah kedai mamak di Nilai. Memang meriah dan gamat gila suasana di sana, semuanya memberi sokongan padu kepada skuad negara. Laungan Malaysia Boleh memang kedengaran setiap masa.

Masa Indonesia mendahului dengan jaringan gol seawal 5 minit permainan, suasana senyap seketika, semuanya macam dah hampa. Mas pun sama, rasa nak balik rumah terus. Tapi bila skuad negara dapat menjaringkan gol, barulah lebih bersemangat nak menonton hingga habis.

Yang paling seronok bila habis penyampaian pingat tu, semua yang berada di kedai mamak tu sama² berdiri menyanyikan lagu Negaraku dengan kuat sekali. Memang bangga sangat, tahniah Malaysia!

Isnin, 21 November 2011

Tunjuk muka di blog

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada kawan Mas, baru je buat blog. Jadi dia tanya pada Mas, "Perlu ke tunjuk muka kita di blog?"

Mas jawap pada dia, "Ikut keselesaan masing². Nak tunjuk boleh, tak tunjuk pun boleh!"


Bagi pendapat Mas perkara ni mudah je. Bukan kita nak kira muka cantik mesti tunjuk, muka tak cantik tak perlu tunjuk. Itu semua hak kita! Kalau rasa selesa nak tunjuk wajah sendiri, letak gambar kat header blog tu. Jadi pembaca boleh kenal pemilik blog tu. Tapi kalau rasa kurang selesa, tak perlu tunjuk. Ada sesetengah pembaca tak kisah pun, janji entri di blog menarik.

Ramai je Mas tengok blogger yang tak tunjukkan muka mereka di blog, tapi entri mereka tetap menarik dan ada pengisian dan pengajaran bila dibaca. Kadang² melalui entri pun kita dah boleh dapat gambaran sikit² camne rupa penulis blog tu. 

Tapi janganlah kita pertikaikan camni pulak pada mereka yang suka tunjuk muka di blog. "Mentang²lah muka kau cantik, penuh kau tunjuk gambar kat blog. Bajet cantiklah tu, pastu bajet orang ramai puji bila tengok muka kau yang kau perasan ala² Erra Fazira tu!"

Biarlah, itu hak dia! Janji dia tak tunjukkan gambar yang menjolok mata dan mendedahkan aurat sudahlah, dia pun tahu sendiri batas²nya kan? Yang penting ikut keselesaan masing².

Minta izin

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas ni, apa saja yang mereka nak buat mesti minta izin. Walaupun sekadar nak minum air.


Mungkin sedari kecil mereka dah diajar begitu, nak apa² minta dengan mama. Jadi perkara tu dah jadi terbiasa! Agaknya kalau tak minta izin, mereka berfikir yang Mas tak benarkan mereka ambil atau buat perkara tu. Padahal nak apa yang nak diambil dan dibuat tu tak perlu minta izin pun.

Memang mereka dah terbiasa, jadi Mas dah lali dan tak kisah. Nak tengok tv minta izin, nak ambil makanan minta izin, nak main minta izin dan sampaikan nak minum air pun minta izin. Jadi Mas cakap boleh. Kalau Mas rasa mereka tak perlu buat benda tu, baru Mas cakap tak boleh! 

Mungkin sesetengah akan rasa ianya menjengkelkan, bosan nak layan. "Apalah korang ni, nak itu ini semua nak minta dengan mama. Buat dan ambil jelah!"

Jangan sesekali cakap camni. Takut nanti mereka buat perkara yang bukan² dan ambil benda yang merbahaya, camne? Tak pasal² nanti kita rasa bersalah sebab marah bila anak² nak minta izin, kalau mereka minta izin sekurangnya kita tau apa yang mereka nak.

Anak² ni minta izin sebenarnya mereka nak dapat kebenaran untuk ambil dan buat sesuatu. Takut nanti kalau tak minta kebenaran, mereka yang kena marah. Jadi biarlah mereka minta izin walaupun perkara tu remeh temeh je.

Kena percaya jugak yang tradisional

Assalamualaikum...(^ ^)

Di zaman yang serba canggih ni memang orang pentingkan rawatan perubatan moden. Batuk sikit jumpa doktor, demam sikit jumpa doktor, anak menangis malam jumpa doktor. Dengan harapan doktor boleh membantu selesaikan masalah.

Tapi ada sesetengah penyakit yang masih memerlukan rawatan tradisional, jadi sebolehnya kita kena percaya jugak dengan cara tradisional. Bukannya yang melibatkan bomoh atau pawang yang bukan² tu, tapi rawatan yang menggunakan jampi dari ayat² Al-Quran.


Tak salah kita mencuba kan, kerana Allah nak kita berikhtiar. Kalau dah cuba rawatan moden tapi masih tak berkesan, cubalah rawatan tradisional pulak. Mana tau berkesan, sebab ada sesetengah doktor menyarankan kita cuba cara tradisional kalau dia tak boleh ubatkan penyakit tu. 

Bagi Mas pulak, lebih suka cuba kedua²nya. Semasa anak Mas kena chicken pox dulu, Mas bawa dia pergi jumpa doktor tapi dalam masa yang sama Mas bawa jugak dia berubat cara tradisional. Jadi bila dah cuba kedua² cara baru Mas tahu keberkesanannya. 

Satu lagi kalau melibatkan anak², misalnya anak kena sawan tangis. Percayalah memang ada cara tradisional yang boleh rawat sakit ni. Kalau bawa jumpa doktor pun dia tak tahu nak ubat camne, ada ke ubat yang boleh hentikan budak menangis. Jadi percayalah pada rawatan tradisional, Insya Allah pasti boleh membantu!

Moden dan tradisional tu kalau digabungkan boleh memjadi rawatan yang mujarab.

Ahad, 20 November 2011

World Walking Day 2011

Assalamualaikaum...(^ ^)

Berjaya berjalan 5000 langkah hari ni, terbakar sudah 230 kalori dalam badan ni.


Program World Walking Day anjuran Nestle ini diadakan sempena kempen berjalan kaki seluruh dunia, kita hanya perlu berjalan kaki sebanyak 5000 langkah. Walaupun hanya berjalan secara santai tapi tetap berpeluh dan badan pun rasa sihat dan segar.

Mas sampai di Pusat Sukan Air Putrajaya seawal jam 7 pagi. Setelah selesai buat pendaftaran dan dapatkan t-shirt percuma, ambil peluang bergambar dulu. Acara jalan kaki dimulakan pada jam 8 pagi. Setelah penat berjalan 5000 langkah semua peserta boleh dapatkan sarapan percuma seperti bijiran, maggi, air milo dan nesvita.


Pastu acara cabutan bertuah yang dinantikan. Cuma Mas agak kecewa sikitlah, penyertaan peserta seramai 5000 orang tapi cabutan bertuah yang diberikan hanya 22 hadiah sahaja. Tak berbaloilah, kalau 50 atau 100 hadiah tu mungkin ada peluang nak dapat kan? Mungkin pihak penganjur perlu lebih peka bila adakan lagi acara ini pada masa akan datang.

Tapi takpelah walau tak bertuah badan sihat kan? Itu lagi penting, hehehee!





Banyak lagi gambar di sini.

Kereta baru atau second hand

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang Mas ada berniat nak beli kereta baru, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Nak survey dulu, nak cari mana yang berkenan di hati. Lagi pun nak tunggu habis bayar myVi tu dulu, kalau tak sangat membebankan nak bayar 2 buah kereta.

Niat di hati nak ambil MPV, besar sikit. Mas minat Mitsubishi Grandis, tapi harganya memang tak mampulah nak beli. Kalau nak pun kena bayar down payment tinggi, baru mampu bayar bulan².


Kalau ikut husband Mas dia suruh ambil yang second hand je, murah sikit katanya. Tapi kalau ikut prinsip Mas, memang tak suka kereta second hand. Bukannya nak demand, tapi takut hadapi masalah pulak. Nanti tak pasal² kena keluarkan modal lain pulak untuk baiki. Kalau nak beli jugak, kena cari kereta yang betul² terbaik dan dijamin tak hadapi masalah kerosakan pulak nanti.

Kalau kereta baru ni dah memang terjamin kualitinya, pakai sampai habis bayar pun belum tentu rosak kan? Tapi kena rajin servis lah. Kalau rajin pakai je, servis pun setahun sekali memang senanglah kereta tu rosak.

Tapi sebenarnya, baru atau second hand pun tak kisah janji kereta kan? Kalau ada rezeki lebih belilah yang baru, terjamin sikit kualitinya. Kalau tidak berkemampuan, belilah yang second hand tapi pastikan cari yang betul² elok keadaannya.

Sabtu, 19 November 2011

Moga EMAS dalam genggaman

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Malaysia! 

Tahniah Harimau Muda!

Akhirnya berjaya jugak mara ke peringkat akhir setelah berhempas pulas selama 90 minit di atas padang. Tahniah kepada Fakri kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan Malaysia!

Memang stress gila menunggu gol kemenangan tu, rasa macam kena sakit jantung je. Peluang demi peluang dibiarkan begitu sahaja, masa tu Mas rasa macam dah takde harapan untuk kita memburu pingat emas. Tapi berkat semangat bermain habis-habisan oleh pasukan Harimau Muda dan sokongan padu dari rakyat Malaysia, impian jadi kenyataan.

Diharap pasukan Harimau Muda dapat bermain dengan lebih baik lagi dalam perlawanan akhir nanti. Samada kita akan bertemu Vietnam atau Indonesia itu belum pasti lagi. Kalau bertemu sang garuda sekali lagi, semoga pasukan kita jangan gentar. Patahkan sayap mereka seperti permainan sebelum ini, kalau bertemu Vietnam pulak janganlah terlalu yakin sebab kita tak tahu lagi kekuatan mereka.

Semoga emas berada dalam genggaman Harimau Muda!


3D Canvas Photo

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah buat canvas photo tak? Mas pernah tengok kat blog seorang kawan dia buat canvas photo, sangat cantik dan menarik. Jadi Mas pun teringinlah nak cuba buat. Lagi pun dah banyak ambil gambar tapi tak pernah cuci pun gambar² tu, semuanya disimpan je dalam laptop.

Jadi Mas cubalah drafkan sendiri gambar yang nak dikanvaskan tu, Mas buat guna photoscape je. Draf pun ikut kesukaan sendiri je, janji nampak cantik bila dikanvaskan nanti. 

Nak tempah pun senang, hanya emailkan contoh gambar yang nak dikanvaskan, nanti dia bagi harga mengikut saiz yang kita nak. Yang pastinya harga yang diberikan sangat berpatutan. Cara nak dapatkan canvas yang telah siap pun kita boleh pilih, samada dipos ke rumah atau kita ambil sendiri.

Inilah gambar yang bakal dikanvaskan, cantik tak? Tak sabar nak tunggu gambar ni siap!


Jumaat, 18 November 2011

Mentaliti masyarakat kita

Assalamualaikum...(^ ^)

Beginilah mentaliti masyarakat kita, di mana² dijadikan tong sampah. Tiada kesedaran sivik langsung!


Mas pun terkejut bila lihat terlalu banyak sampah di sini. Jalan ni memang hari² Mas lalu untuk balik ke rumah. Sebelum ni memang tak pernah nampak pun sampah di sini, mungkin sebab rumputnya panjang. Jadi selepas rumput tu dipotong, barulah jelas nampak sampah sarapnya!

Orang yang buang ni memang tak sukakan kebersihan agaknya, mungkin kat kawasan rumah dia pun bersepah dengan sampah sarap. Sebab itulah dia tak kisah nak buang dan campak di mana sahaja sampah tersebut, janji ada kesempatan.

Sebab itulah Mas sediakan bakul sampah di dalam kereta. Bukannya apa, Mas bimbang akan bersikap sebegini jugak. Maklumlah kadang² kita ni ikut sempat je kan, jadi bila nampak tong sampah dalam kereta tu automatik kita tak akan buang sampah keluar dari kereta.

Moga kita sama² jaga kebersihan di sekitar kita. Cuba bayangkan kalau kawasan rumah kita seperti gambar di atas, pasti sakit mata memandang kan? 

RM100 itu sangat bermakna

Assalamualaikum...(^ ^)

Pukul 11.00 tadi Mas pergi ke sekolah anak untuk ambil wang bantuan persekolahan RM100 tu.


Syukur alhamdulilah! Bagi Mas yang berpendapatan sederhana ni, wang RM100 amat bermakna sekali. Lepaslah nak beli tulis dan buku latihan anak². Harga buku tersebut pun dah mencecah RM80++ untuk satu tahun, jadi duit tu memang dilaburkan ke situ je.

Sebelum ni Mas ada baca di Facebook, ada sesetengah orang cakap buat apalah nak kecoh sangat dengan wang RM100 tu. Mas tak faham kenapa dia nak cakap camtu, setiap orang ada kepentingan dan keperluan dia sendiri terhadap wang RM100 tu. Misalnya ibu bapa yang hanya bekerja sebagai nelayan dan mempunyai anak yang bersekolah seramai 10 orang, bukankah bantuan yang diperolehi oleh 10 orang anaknya itu sedikit sebanyak meringankan beban dia.

Mungkin orang yang bercakap tu dari golongan yang berada kot? Kalau dia rasa duit tu tak penting, tak perlulah ambil kan? Kerajaan pun dah bagi pilihan samada nak ambil atau tidak.

Bagi Mas apa pun rezeki yang kita dapat tu, bersyukurlah! Tak kiralah kita dari golongan berada atau sederhana, gunakan wang tersebut ke arah yang betul. Itu untuk persekolahan anak² kita jugak!

Jom BLISS setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari dulu lagi Mas suka minum Nestle Bliss ni, tapi tidaklah setiap hari. 

Tapi sejak Mas dah kurang minum air manis ni, Bliss telah menjadi minuman wajib setiap hari. Cubaan minum Nestle Bliss sebotol sehari ternyata memberikan kesan yang sangat bagus untuk sistem penghadaman, perut rasa sangat selesa setiap hari. 

Mas akan minum sebotol pada setiap pagi, ini untuk membolehkan perut berasa selesa sebelum mengambil apa² makanan sebagai sarapan. Rasanya yang sangat sedap, memang tak cukup sebotol. Mas dah cuba semua 11 perisa, tetapi perisa yang paling Mas suka ialah Mango, Tropical Mixed Fruits, Apple Kiwi, Passion Fruit Orange, Peach Mango dan Guava. 

Kawan² mesti cuba, semuanya sedap dan lazat!


Jom Bliss setiap hari!

Khamis, 17 November 2011

Mama, kalau tak tutup aurat?

Assalamualaikum...(^ ^)

Perbualan dengan anak tengahari tadi.

Atikah : Mama, kenapa bila dah besar tak boleh pakai skirt dan seluar pendek?

Mama : Tak sesuai! Lagi pun pakaian tu tak menutup aurat, bila dah besar kena belajar tutup aurat.

Atikah : Habis tu kenapa ada kawan kakak yang pakai skirt pendek?

Mama : Mungkin mak dan ayah dia tak beritahu kot yang pakaian tu tak menutup aurat.

Atikah : Kalau tak tutup aurat ni berdosa tak?

Mama : Berdosa bagi yang dah akil baligh, jadi sebab itu kakak kena belajar tutup aurat dari sekarang.

Susah kan nak terangkan pada anak pasal aurat ni, sebab Mas sendiri pun masih tak sempurna cara penutupan auratnya. Kadang² terpakai baju lengan pendeklah, sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik dan sempurna.


Tapi walau apa pun, Mas tetap ajar anak² untuk pakai pakaian yang menutup aurat. Alhamdulillah, sejak umur 8 tahun ni Atikah dah mula bertudung dan tak mahu pakai skirt atau seluar pendek. Mas tak pernah paksa, cuma Mas ajar perlahan-lahan sehingga dia faham kenapa perlu menutup aurat!

Semoga yang diajar kepada anak tu memberi perubahan kepada dia dan diri sendiri. Kalau kita tunjuk teladan yang baik anak pasti ikut kan, yang penting nawaitu.

Kahwin lambat kerana terlalu memilih

Assalamualaikum...(^ ^)

Kahwin lambat kerana terlalu memilih, betulkah? Kawan² bersetuju tak?

Sebenarnya ada pro dan kontra nya kenyataan ini. Kalau kita lihat dari segi hukum Allah SWT, memang jodoh dan pertemuan itu ditentukan olehNya. Kalau masih belum ada jodoh maka lambatlah kita berkahwin, tapi adakah Allah itu suruh kita hanya berserah pada takdir?

"Dah takde jodoh aku nak kahwin nak buat camne, membujanglah sampai ke tua!"


Jangan terlalu pasrah begitu, Allah nak kita berusaha sebaik mungkin untuk mencari jodoh yang bersesuaian dengan kita. Usaha yang diiringi doa itu pasti membuahkan hasil, yang penting jangan cepat putus asa. Jangan jadikan alasan lambat kahwin sebab belum ada jodoh.

Terlalu memilih itu benar, Misalnya wanita yang mencari calon suami. Nak yang kaya raya, kalau boleh masuk rumah nanti cuci kaki je. Semua cukup lengkap! Pastu nak yang kacak, kalau setakat muka tak seberapa memang tak pandang. Payahlah camni, ingat senang nak cari lelaki yang sempurna. 

Boleh kita nak memilih, tapi janganlah terlalu demand. Takut nanti pilih punya pilih, langsung tak kahwin sampai ke tua!

Dosa aku, aku yang tanggung

Assalamualaikum...(^ ^)

"Sahabat, kenapa kau minum arak. Berdosa tau! Kita orang Islam, arak tu haram."

"Kau sibuk kenapa? Suka hati akulah nak minum. Dosa aku, biarlah aku tanggung sendiri!"

Susahlah bila ada orang yang berpendapat sebegini, maknanya memang dia takde niat untuk berubah. Langsung tak kisah apa orang lain nak cakap tentang dirinya, nak tegur pun tak boleh. Lagi dia nak pertahankan itu hak dia dan dosa dia yang tanggung.


Tapi sedarkah dia bahawa segala dosanya itu jugak ditanggung oleh ibu bapa jika belum berkahwin. Bagi perempuan, jika sudah berkahwin ditanggung oleh suaminya. Jadi jangan sedap² mulut je cakap dosa tu kau yang tanggung sendiri, sepatutnya terima nasihat orang dan cuba perbaiki kelemahan diri.

Memanglah dosa kita ditanggung oleh diri kita sendiri, tapi sampai bila kita nak hidup diselubungi dosa. Sepatutnya insafi diri dan bertaubat supaya segala dosa² lalu kita diampunkan. Bukan hanya dengan cakap dosa aku, aku yang tanggung tapi takde kesedaran untuk berubah.

Bertaubatlah sebelum terlambat! Jangan asyik cakap dosa aku, aku yang tanggung. Nanti kalau dah banyak sangat dosa, tak tertanggung pulak.

Rabu, 16 November 2011

Tiada lagi perbezaan kelas

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini penentuan kelas di sekolah Atikah, memang Mas agak risau dari semalam lagi.

Ini kerana keputusan peperiksaan Atikah agak kurang memuaskan tahun ini, jadi Mas risaulah takut dia turun kelas. Kalau boleh Mas mahu dia kekal di kelas pertama, bagus untuk dia kerana perlu bersaing dengan kawan² yang sama pandai. Baru dia rasa berlumba² untuk belajar dengan bersungguh² dan dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. 


Tapi rupanya tahun depan sekolah telah ubah cara penentuan kelas, tiada lagi perbezaan kelas. Bermakna tidak wujud lagi kelas terbaik dan kelas tercorot, mereka telah gabungkan murid yang cemerlang dan kurang cemerlang di dalam satu kelas. 

Mas sokong 100% cara camni, tidaklah murid² yang kurang cemerlang rasa terpinggir dan dipinggirkan. Bila mereka digabungkan dalam 1 kelas, murid yang pintar boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang kurang pintar. Di samping itu murid yang lemah ini akan berazam untuk belajar bersungguh² untuk setaraf dengan murid yang pintar.

Ingat lagi masa Mas bersekolah dulu, tak pernah ada pun perbezaan kelas ni. Mas yang kurang pandai ni terpaksa bersaing dengan murid yang lebih pandai, tapi Mas jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Terbukti ianya berhasil apabila Mas berjaya memperolehi keputusan cemerlang setiap kali menghadapi peperiksaan. 

Moga Atikah terus cemerlang di dalam kelasnya iaitu 3 Cemerlang pada tahun hadapan!

Makin cantik makin berubah

Assalamualaikum...(^ ^)

Semua wanita nak kelihatan cantik, terutamanya nak kuruskan badan dan dapat bentuk tubuh badan yang menarik persis model ternama.

Mas pun teringin nak camni, sebab tubuh badan Mas pun bukanlah cantik pun. Tapi bila fikirkan semula, Mas takut terpesong niatnya macam mereka ni. Yelah masa badan gemuk dan gempal pakai baju yang longgar² dan menutup aurat, segan dan malu nak tunjuk lemak sana sini.


Tapi bila badan dah kurus dan cantik, terus berubah! Pakai baju yang makin ketat, tudung di kepala dah makin singkat. Menampakkan susuk tubuh yang dah solid molid tu, jadi sebab tulah Mas batalkan niat itu. Bukannya nak kata Mas tak boleh fikir tapi kita kan manusia, mudah berubah dan terpengaruh.

Itulah manusia kan, makin cantik makin berubah! Lebih baik tak perlu kan, akhirnya kita terjurus ke arah yang memesongkan akidah kita.

Tips penjagaan anak (part 1)

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah macam parenting blogger pulak, asyik nak berkongsi tentang hal anak² je.

Tapi sebenarnya ada rakan blogger yang minta Mas kongsikan tentang cara penjagaan anak, lagi pun tak lama lagi dia nak dapat baby kan? Ini komen dari dia dalam entri ini.

"Entri camni yang best baca. Kak kongsi ler untuk jaga baby kak. Ujang9897 "

Mula² ni Mas nak kongsikan tips penjagaan anak dari baru lahir sehingga berusia 6 bulan, semua yang dikongsi ini berdasarkan pengalaman sendiri.


1. Penyusuan
Anak yang baru lahir sehingga umur 6 bulan memang memerlukan susu ibu sepenuhnya untuk membesar. Jadi jangan malas untuk menyusukan bayi kita, sebolehnya setiap 2 jam sekali. Kalau anak itu tidur, kejutkan. Takpe kalau dia menangis, pujuk dan belai pasti dia mahu menyusu.

2. Pemakanan
Bila lagi seminggu masuk umur 6 bulan sebenarnya kita dah boleh cuba beri anak² makan, contohnya seperti puri buah atau sayur. Janganlah buat terlalu banyak, sebab ini baru permulaan anak² kita makan. Pastu cukuplah beri mereka makan sekali sehari, sebab kita nak tengok sejauh mana makanan itu sesuai dengan sistem penghadaman anak kita.

3. Monthly Check Up 
Anak² yang berumur 6 bulan ke bawah perlu menjalani medical check up setiap bulan. Ini untuk memastikan mereka mendapat dos suntikan yang cukup, di samping itu waktu inilah kita perlu ambil berat dan fokus tentang tumbesaran mereka. Jadi janganlah malas untuk pergi, kalau takut lupa setkan reminder temujanji tersebut.

4. Khidmat Nurseri
seeloknya pilih nurseri yang betul² berdaftar dengan JKM, ini untuk memastikan keselamatan anak² terjamin jika berlaku apa². Kalau nak hantar ke pengasuh di rumah seeloknya pilih yang tidak mengasuh terlalu ramai bayi, nanti takut anak kita terabai pulak kan? Bila kita dah pilih pengasuh atau nurseri tersebut, kenalah yakin dan beri sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk jaga anak kita.

5. Penggunaan Botol dan Susu Formula
Seeloknya 2 minggu sebelum kita mula bekerja, ajarlah anak minum menggunakan botol. Ini untuk memastikan anak kita mahu menyusu bila berada di rumah pengasuh nanti. Bagi yang ada banyak stok EBM bolehlah bekalkan atau pun kalau tiada, bekalkan dengan susu formula. Seeloknya pada sebelah siang gunakan sepenuhnya botol susu, bila malam baru beri susu badan. Cara nak ajar tu perlu konsisten supaya anak² cepat mesra dengan penggunaan botol susu tu.

Setakat ini saja dapat Mas kongsikan, harap blogger tu berpuashati. Lain kali Mas kongsikan lagi untuk tips penjagaan bila anak dah berumur 6 bulan hingga ke 1 tahun.

Selasa, 15 November 2011

Mama tetap bangga

Assalamualaikum...(^ ^)

Selesai sudah Hari Konvokesyen di sekolah anak². 


Walaupun tahun ini Atikah kurang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tapi Mas tetap bangga dengan dia. Memang dia sedih sebab tak dapat apa² hadiah, tapi Mas beri kata² semangat pada dia supaya berusaha bersungguh² lagi pada tahun hadapan. Jadikan kegagalan tahun ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dan cemerlang.

Rasa terkilan tu memang ada, nak pulak lihat anak² orang lain bawa balik banyak hadiah. Tapi Mas tak mahu tunjuk di depan anak². Mas tahu dia dah buat sehabis baik dalam peperiksaan, cuma mungkin kurang ulangkaji dan buat latihan.

Takpe kakak, mama tetap bangga. Cuba lagi tahun hadapan!

Arfan pun dah terima sijil tamat Pra Sekolah Lima Tahun, tahun depan dah 6 tahun. Kena bagi lebih banyak tumpuan pada dia, moga hadiah dan buku² yang dia dapat tu menjadi pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Mas doakan yang terbaik buat mereka.



Masa untuk anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini Mas kena ambil cuti, nak luangkan masa untuk hal persekolahan anak².

Minggu ni kan minggu akhir mereka bersekolah, jadi pada hari ini diadakan Hari Konvokesyen untuk murid pra sekolah. Majlis ni untuk Arfan sebab dia dah tamat pra sekolah 5 tahun. Canggih kan sekolah zaman sekarang, dah ada majlis konvo gitu! Masa Mas sekolah dulu hanya disebut majlis penyampaian sijil dan hadiah je, zaman dah semakin maju kan?


Kalau ikutkan memanglah tak penting sangat majlis ni, anak² hanya terima sijil tamat sekolah untuk tahun 2011 je. Tapi sebagai ibu bapa Mas dan husband kena pentingkan hal anak² jugak. Bila kita hadir pasti mereka akan rasa seronok kan, jadi mereka lagi bersemangat nak belajar.

Mas ingat lagi masa bersekolah dulu, mak abah mesti hadir setiap kali ada majlis penyampaian sijil dan hadiah di sekolah. Tiap² tahun mereka nak tengok anak² naik pentas terima hadiah dan sijil. Masa tu Mas boleh tengok bagaimana abah tersenyum bangga dan mak mengalir airmata tanda gembira, jadi Mas nak contohi mereka.

Lagi pun seronok hadir majlis camni, boleh tengok gelagat anak2 kita buat persembahan.

Isnin, 14 November 2011

Cinta monyet

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah kan cinta monyet ni. Alah, tak nak ngaku pulak!

Cinta monyet ni biasanya dikaitkan dengan sepasang anak muda yang masih remaja, senang cakaplah cintan cintun masa zaman persekolahan. Si gadis jatuh cinta dengan pengawas kacak dan tegas, si jejaka pulak jatuh hati dengan anak orang kaya yang paling cantik di sekolah. Kirim nota cinta melalui kawan², itulah cinta monyet zaman sekolah kan?


Mas pernahlah alami cinta monyet ni, tapi bukan dengan kawan sekolah. Masa sekolah dulu Mas ada prinsip, tak mahu main cinta dengan budak lelaki satu sekolah. Bagi Mas mereka tak matang, masih budak² lagi. Mas lebih suka berkawan dengan lelaki yang berumur 20++ dan sudah bekerja, kononnya berkawan dengan lelaki camni lebih cerah masa depan.

Pernahlah dari tingkatan 3 hingga ke tingkatan 5 Mas bercinta dengan seorang lelaki, dia berumur 23 tahun dan dah bekerja. Memang tak pernah berjumpa, hanya bercinta dalam telefon je. Cakap sayang ke, I love you ke memang tak pernah. Cuma ada rasa suka sama sukalah, tapi perhubungan itu lenyap begitu sahaja sebelum Mas ambil SPM. Tak tahulah kenapa, terus hilang tanpa dikesan.

Konon² masa nak ambil SPM tu terganggu jugaklah. Ceh, sedih sangatlah konon! Padahal bukan bercinta sakan pun, jumpa pun tak pernah. Tapi sedih sekejap je, masuk dewan peperiksaan terus fokus semula. Tak nak gagal periksa SPM, takut kena marah ngan abah. Hehehee!

Itulah cinta monyet Mas masa zaman sekolah dulu, tapi sekarang dah jumpa Mr. Prefect!

Kepada adik² yang nak ambik SPM tu, jangan sedih sangat dengan cinta monyet yang terputus di tengah jalan tu. Fokus pada peperiksaan, buat sehabis baik. Bila dah berjaya dan bekerja nanti boleh cari cinta yang sejati.

Inilah yang paling ditakuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Orang kata bahaya ada di mana²samada kita berhati² atau tidak ia tetap ada!

Bahaya yang paling Mas takuti apabila membabitkan anak², sebab itulah dalam segala hal Mas lebih pentingkan keselamatan anak dulu baru diri sendiri. Yang paling utama apabila berjalan dengan anak² di luar rumah, Mas akan pastikan sentiasa pimpin tangan anak². Kalau dibiarkan lepas pun biarlah mereka berjalan di depan bukannya di belakang, dengan cara ini Mas tahu anak² selamat.


Ingatlah, kalau kita lalai walaupun hanya sesaat macam² boleh terjadi, sebab kita tak tahu di sekeliling mungkin ada orang yang berniat jahat. Lihat sahaja apa yang berlaku pada pasangan suami isteri ini seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian (link). Anak mereka yang berusia 6 tahun nyaris diculik oleh seorang lelaki Kemboja.

Perkara ini terjadi semasa si anak berjalan bersama ibunya menuju ke kenderaan, tiba² anaknya diterkam oleh suspek dari belakang. Nasib baiklah ibunya perasan lalu menjerit memanggil nama anaknya. Suspek yang tak sempat berbuat apa² terkejut lalu melarikan diri, dan nasib baiklah suspek itu berjaya ditahan setelah dikejar oleh bapa budak tersebut.

Tengok, bahaya kan? Mungkin pada ketika itu ibu tersebut lalai, biarkan anaknya berjalan keseorangan di belakang tanpa memimpin tangan anaknya. Nasib baiklah dia perasan ada orang yang cuba menculik, kalau tidak tak tahu nasib anak itu bagaimana.

Sikap cuai dan lalai inilah yang mengakibatkan keselamatan anak² terancam. Bukannya susah pun nak pimpin tangan anak² kan? 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com