Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: MARDI dan Buffalo Park Langkawi

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini 2 lagi tempat yang kami pergi masa kat Langkawi, Mardi Agrotechnology Park dan Buffalo Park. 


Mardi Agrotechnology Park ni Mas dah pernah pergi sebelum ni, memang seronok. Tiket masuk ke sini pun takdelah mahal sangat, untuk pemegang mykad RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak². Masuk je dalam tu terus ada disediakan tram untuk korang explore kat dalam taman Mardi. 



Mula² korang akan dibawak menikmati buah-buahan segar dari ladang Mardi seperti tembikai, jambu batu, nenas, rockmelon, limau bali dan tebu. Kalau nak lebih syok datang bulan Julai atau Ogos, haaa masa tu boleh nikmati buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis. Fuhhh ini memang syok, nanti kena datang bulan 7 atau 8 pulak!


Dah kenyang makan buah sepuashati kami dibawa ke ladang anggur, haaa jangan tak caya kat Malaysia pun ada. Tapi buah anggur kat sini takdelah besar² macam kat luar negara tu, buah kecil comel je. Kami dibenarkan petik sendiri dan makan sepuashati, wahhh ini syok! Walaupun buah kecik tapi manis dan sedap, Mas memang dok lama dalam tu. Hehehee, makan sepuas²nya lah. Anak² Mas siap petik satu tangkai lagi, makan kat dalam tram!



Puas makan anggur kami dibawa pulak ke kolam ikan keli, ya ampun ikan keli kat sini gemuk² kau! Pastu banyak giler ikannya, bila tabur je makanan berkerumun datang. Nak pegang pun geli sebab besar sangat dan ini kalau jatuh dalam kolam, mau kita dimakannya. Hahahaa! 



Habis di Mardi kami pergi pulak ke Buffalo Park Langkawi, tempat ni Mas baru tahu kewujudannya. Jadi cuba jugaklah pergi, nak tengok camne keadaan kat sana. Cuma nak sampai ke sana agak jauh ke dalam sikit, dan jalannya agak sempit. Pastu tempatnya ok, cuma aktiviti yang boleh dibuat kat situ agak tak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. 

Tiket murah je RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak², tapi walaupun murah kami expect lah yang aktiviti ditengok kat gambar kat situ semua ada. Rupanya hanya masuk dan boleh bagi makan kerbau je, itu pun kerbaunya ada 4 ekor je. Aktiviti yang paling kami nak buat iaitu tunggang kerbau dan bergambar tu dah takde, sedikit kecewalah. Itu sebenarnya yang anak² nak sangat buat! 



Nak tengok cara mereka hasilkan keju dan produk dari susu kerbau pun takde, jadi rasalah tak berbaloi bayar tiket masuk. Yang dapat cuma cuba rasa aiskrim dari susu kerbau, haaa sedap jugaklah! Bagi Mas tempat ni menarik kalau mereka komersial kan dan jaga elok², banyakkan lagi aktiviti bersama dengan kerbau² kat situ. Barulah ramai lagi pengunjung dan mereka pun puashati datang kat situ!

Isnin, 30 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Island Hoping

Assalamualaikum...(^ ^)

Salah satu tarikan utama di Langkawi ni adalah aktiviti Island Hoping, selain tu aktiviti Mangrove Tour pun menarik jugak. Rasanya tak sah kalau tak cuba salah satu dari aktiviti ni, nanti rasa tak lengkap pulak percutian tu kan?

Datang kali ni Mas pilih aktiviti Island Hoping sebab bajet terhad, lagi pun ianya murah sikit berbanding Mangrove Tour. Pastu tahun lepas Mas dah ambik pakej 6 jam Mangrove Tour tu, jadi tahun ni ubahlah pulak. 



Kalau pilih aktiviti Island Hoping ni kena pandai pilih agen yang tawarkan harga berpatutan dan berbaloi dengan aktiviti yang dilakukan. Pergi je kat kawasan Pantai Cenang tu, banyak agen di sana. Kami ambik melalui The Baron Inn dan harga pakej yang diberikan pun berpatutan, RM30 untuk seorang dewasa dan RM20 untuk seorang kanak². Untuk kami semuanya RM140, tour selama 4 jam ke Tasik Dayang Bunting + Eagle Feeding + mandi di Pantai Beras Basah. 

Untuk pakej Island Hoping ni boleh pilih nak pergi pukul 9 pagi atau 2.30 petang, dan tempat menunggu bot di jeti Teluk Baru. Pastikan ½ jam sebelum masa bertolak korang dah ada di jeti, takdelah nanti lambat dan menyusahkan orang lain. Kami terkena masa pergi tu, tunggu 2 family ni sampai pukul 3 petang. Haihhh geram jugak sebab aktiviti jadi lambat bermula. 




Cuma Mas agak kecewa dengan Island Hoping kali ni, harga pakej memang berpatutan tapi aktiviti yang dibuat tidak seperti dijanjikan. Kami hanya diberi masa 1 jam di Tasik Dayang Bunting, memang terkejar² masa sebab nak ke situ kena naik turun tangga. Memakan masa lah sikit dan terkejar² nak buat aktiviti kat situ, jadi rasa penat sangat! 

Pastu masa Eagle Feeding pun agak mengecewakan, memang dapat tengok burung helang makan tapi masa kat situ lebih kurang 10 minit je. Pemandu bot takde pun bawak makanan dan beri pada helang tu, kami hanya tengok pemandu bot lain yang bagi. Rasa tak seronoklah sebab helang² tu tak datang dekat dengan bot kami, nak ambik gambar pun susah! 



Tambah lagi satu kekecewaan bila sampai di pantai Beras Basah kami hanya diberi masa ½ jam je untuk mandi, haaa apa ni! Alasan pemandu bot katanya takut air surut, nanti bot susah nak datang ambik. Hadoiii memang tak boleh terima alasan tu! Anak² Mas memang dah teruja gila nak mandi tapi bila masa agak singkat mereka tak puashati, sampai kami hampir tertinggal bot sebab anak² tak nak berhenti mandi. Yelah sekejap je, manalah anak² nak puas mandi! 



Sepatutnya 4 jam untuk Island Hoping tu tapi kami pergi 2 jam je, sangat mengecewakan dan tak puashati. Kami mengadu jugaklah dekat agen tapi jangan haraplah mereka nak pulang separuh duit, mereka cuma minta maaf dan janji akan perbaiki servis. Jadi caranya banned jelah agen tu, lain kali datang memang tak pilih dah walaupun harga pakejnya murah! 

Ahad, 29 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Langkawi Wildlife Park

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali datang ke Langkawi memang nak bawak anak² ke Wildlife Park ni sebab mereka sukakan haiwan, cuma kekangan masa tu yang membataskan. Jadi pergi kali ni Mas susun masa betul² dan akhirnya dapat jugak bawak anak², terujalah diaorang.


Tiket masuk ke Langkawi Wildlife Park ni bagi pemegang mykad ialah RM24 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak². Pastu korang boleh beli makanan untuk haiwan, RM6 satu pek. Makanan tu boleh diberikan makan pada haiwan² yang dibenarkan sahaja seperti burung kakak tua, arnab, kambing, burung unta, itik, ikan dan rusa. Sambil bagi makan tu bolehlah anak² bermain dan menyentuh haiwan² ni.




Lagi satu kami bernasib baik masa masuk tu sebab dapat saksikan sendiri pekerja di situ memberi makan buaya. Buaya² disitu makan ayam setiap 2 kali sehari, tapi untuk seekor buaya tembaga seberat 1 tan ia akan makan 2 ekor ayam setiap kali waktu makan. Pastu 3 orang pengunjung jugak diberi peluang mencuba beri makan kepada buaya² ni, haaa husband Mas pun tak lepaskan peluang cuba.


Kalau korang yang berani dan sukakan ular bolehlah pegang dan bergambar dengan ular sawa dan ular albino ni, tak dikenakan apa² bayaran. Mas memang taklah nak bergambar, nak dekat dan pegang pun dah geli, tapi Aiyra berani pulak dia pegang ular² tu. Eeeee mama pulak yang geli geleman, hahahaa!



Pastu kalau bernasib baik boleh jugak tengok burung² merak kembangkan sayapnya yang cantik tu. Tapi berlagak merak ni, bila orang panggil² dia pusing ke tempat lain. Hala je kamera nak ambik gambar barulah dia tunjukkan sayapnya sambil kembang²kan lagi. Sukalah tu orang ambik gambar dia, perasan cantiklah tu!


Jadi untuk korang yang ada anak² pencinta haiwan bolehlah datang ke Langkawi Wildllife Park ni. Harga tiket pun berpatutan dan tempat parkir kereta pun luas. Tak kisah nak masuk waktu pagi, tengahari atau petang sebab ianya berbumbung dan tidak panas.





Sabtu, 28 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Rumah Api Harbour Park

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya setiap kali pergi Langkawi memang Mas teringin sangat ke rumah api ni, cuma tak pernah kesampaian niat tu. Tapi datang kali ni memang Mas peruntukan masa untuk singgah sekejap kat situ untuk rakamkan gambar kenangan, akhirnya sampai jugak niat tu. 


Rumah Api ni terletak berhampiran dengan Harbour Park, tempat kapal² mewah berlabuh tu. Kalau nak pergi kena google maps lokasi Rumah Api Harbour Park, pasti akan sampai. Waktu yang sesuai nak singgah kat sini pada waktu petang sebab boleh tengok matahari terbenam, cantik tau. Kami pergi dalam pukul 5 petang dan lepak sampai pukul 6.30 petang, nak lepak lama² agak menyeramkan jugaklah. Hahahaa saja kan?



Rumah Api ni dah lama ditutup untuk pengunjung, kalau tak sebelum ni boleh je masuk dan naik sampai ke atas. Mengikut penduduk kat situ macam² perkara yang tak diingini berlaku, jadi sebab itulah ia ditutup. Mas tak tanyalah perkara apa, malas sangat nak ambik tahu cuma dengar je dia cerita. 

Tapi memang cantik kalau nak bergambar kat kawasan ni cuma rumah api tu kala tengok lama² agak scary jugaklah. Sebab itu kami tak lepak sampai lewat petang sangat, ambik gambar dan tengok sunset je!





Kalau korang nak singgah boleh je cuma janganlah buat perkara bukan², nak memancing pun boleh kat situ.  Sunset kat situ memang cantik, rugi kalau tak rakamkan gambar. Permandangan pun sangat cantik dengan kapal² mewah berlabuh kat situ. Jadi datang Langkawi jangan lupa singgah kat Rumah Api Harbour Park ni!





Jumaat, 27 Disember 2019

Cuti² Langkawi 2019: Langkawi Skycab

Assalamualaikum...(^ ^)

Walaupun dah kali kelima Mas bercuti ke Langkawi ni tapi memang tak pernah lepaskan peluang naik Langkawi Skycab ni. Rasanya tak lengkap percutian tu kalau tak naik, kiranya aktiviti wajib bila ke sini. 



Alhamdulillah pergi kali ni cuaca sangat baik, jadi senanglah nak rakamkan gambar cantik². Walau agak panas tapi kat atas tu cuaca berangin, memang selesa dan best nak jalan². Pakej seperti biasa kami ambik yang basic iaitu naik Skycab, masuk ke SkyDome dan SkyRex serta 3D Art Langkawi. Semua ni harganya RM43 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak². 

Kami mulakan aktiviti dengan naik Skycab sebab nak habiskan masa lebih kurang 2-3 jam kat atas tu. Ia beroperasi seawal jam 8.30 pagi jadi bolehlah datang awal, takdelah cuaca panas sangat. Mula² naik kami terus ke atas sekali sebab nak ke SkyBridge dahulu, kalau pergi lambat nanti lagi ramai orang. Nak turun ke SkyBridge tu seperti biasa boleh pilih 2 cara, nak guna SkyWalk atau SkyGlide. SkyWalk tu boleh jalan melalui trek yang disediakan, harga tiket RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak². Kalau malas nak jalan naiklah SkyGlide dengan harga RM16 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak². 




Dah penat habiskan masa ambik gambar di atas SkyBridge kami naik ke pelantar paling tinggi kat situ. Dari pelantar tu dapatlah rakam gambar keseluruhan SkyBridge camni, cantik sangat. Pastu ada disediakan teropong kat atas tu untuk tengok keindahan Pulau Langkawi. Best dok lama² kat atas tu, angin kuat dan sejuk sangat. Pastu ada jugak tempat untuk abadikan mangga cinta kat situ, Mas tak pasti satu mangga kunci berapa harga sebab lupa nak tanya. 




Dah habis masa 3 jam kat atas kami turun ke bawah dan barulah kami masuk ke SkyRex dan 3D Art Langkawi. Dalam SkyRex tu tak boleh rakam gambar, tapi seronok dapat rasa pengalaman pengembaraan ke alam dinasour. Rasa macam real sangat dan dapatlah tengok dinasour depan mata walaupun olok² je. Dalam 3D Art Langkawi pun seperti biasa boleh rakamkan pelbagai gambar 3D yang cantik², Mas pernah cerita dalam entri Cuti² Langkawi 2018: 3D Art Langkawi. Jangan lupa baca yer! 





Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com