Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 29 November 2018

Tahniah Arfan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh giler berdebar hari ni, nak tunggu pukul 10 pagi tu memang tak senang duduklah. Masa Atikah nak ambik keputusan UPSR dulu takdelah Mas debar sangat camni, mungkin sebab Mas tahu dia boleh dapat apa yang dia target. 


Macam Arfan ni Mas tahu tahap kemampuan dia, Mas selalu doa agar dia dapat buat yang terbaik untuk periksa UPSR tu. Mas takde pun set target untuk dia, cuma harap dia dapat lulus semua subjek dan dapat teruskan persekolahan. Apa pun keputusan yang dia dapat Mas tak akan bezakan dia dengan kakaknya, Mas tetap gembira dan bangga.

Ambik keputusan kali ni memang Mas tak dapat temankan dia dek kerana tuntutan kerja, jadi husband je yang boleh pergi. Mas cuma dapat semak melalui SMS je, tapi debar tu tetap rasa tau! Tepat pukul 10 terus hantar SMS, dah hantar tu lama jugak tunggu nak dapat keputusannya. Bila dah dapat SMS tu, haihhh dia punya perasaan nak tengok tu Tuhan je tau. 

Bila dah dapat kekuatan barulah Mas buka SMS tu, hehehee sindrom mak² memang camni kot? Saat mata menatap je keputusan dia, tak semena² airmata terus mengalir laju. Ya Allah sebak bercampur gembira, tak sangka Arfan lulus semua subjek. Yang paling tak sangka ada jugak satu subjek yang dapat A. Syukur sangat²! Cikgu kelas dia pun bangga dengan Arfan sebab mampu buat yang terbaik, tak sia² tunjuk ajar cikgu dan doa kami buat dia. 


Jadi kita sebagai ibu bapa ni jangan kecewa kalau anak tak dapat keputusan cemerlang, tak dapat straight A. Apa pun kita kena gembira dan bangga dengan dia, itu yang terbaik dia mampu lakukan. Terus bagi sokongan dan galakan, sebabnya perjalanan persekolahan lepas UPSR ni masih panjang. Banyak lagi yang anak² kena belajar dan hadapi, jadi dengan sokongan kita mana tau anak mampu buat yang terbaik. 

Buat Arfan, tahniah tau. Mama babah bangga dengan kamu!

Rabu, 28 November 2018

Althea Petal Velvet Sunaway

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang hari ni Mas nak kongsi lagi satu pasal produk Althea, hehehee tak habis² lagi pasal produk dari Korea ni kan? Bukannya apa, sebab produk² dari Althea semuanya best sangat. Jadi Mas kenalah kongsi dengan korang, lagi pun Mas dah cuba dan Mas memang sarankan sangat!


Althea Petal Velvet Sunaway
Kali ni Mas nak kongsi pasal produk sunscreen, Petal Velvet Sunaway namanya. Mas ni tak suka sangat tau pakai sunscreen, sebabnya sesetengah tu rasa melekit dan tak selesa bila dipakai. Jadi kadang tu Mas biar je kulit sunburn dek kerana takde sunscreen yang best dipakai. Tapi bila dah cuba produk dari Althea ni terus tersuka, terus nak lindungi kulit dari sinaran UV.

Petal Velvet Sunaway ni diformulasi dari Damask Rose sebagai bahan utama, ianya membantu melembabkan dan menghaluskan kulit. Teksturnya cair dan sangat ringan tau, jadi sangat senang meresap pada kulit dan yang paling best ianya tak melekit bila dipakai. Haaa itu yang Mas suka sangat, bila pakai tu kulit rasa selesa dan lembut sangat!


Pastu formula perlindungan SPF50 + UV di dalamnya dapat membantu melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya. UVA dan UVB di dalamnya jugak mempunyai gred perlindungan tertinggi PA++++. Jadi memang sesuai sangat ianya dipakai bila korang nak pergi bercuti di luar kawasan yang cuacanya agak panas. 

Mudah dibawa + harga berpatutan
Botolnya yang comel dan saiznya yang kompak memang sangat mudah dibawa ke mana saja. Letak je dalam beg mekap atau handbag, korang tak risau nak bawak pergi bercuti atau jalan². Pastu penutupnya yang ketat dan rapat menhalangnya dari tertumpah merata bila di bawak dalam beg. 


Bab harga pulak korang tak perlu risau, memang berpatutan sangat. Dengan saiz 55ml, ia hanya berharga RM43 sahaja. Nak beli boleh dapatkan di website https://my.althea.kr

Jadi Mas memang sarankan korang cuba Petal Velvet Sunaway ni, dah cuba pasti terpikat. Mas yang tak suka pakai sunscreen ni pun dah wajib pakai setiap hari sebelum pakai mekap tau. Jadi dah tak risau jika terkena sinaran matahari!


Selasa, 27 November 2018

Berakhirlah Cinta Tiada Ganti

Assalamualaikum...(^ ^)

Hamboi senyum simpul semua peminat drama Cinta Tiada Ganti, maklumlah Mukhriz dan Arabella dah bersatu. Haaa ni untuk peminat drama CTG ni je, yang tak minat dok diam!


Seronok dan gembira sangat tengok episod akhir semalam, sebab apa yang Mas impikan untuk Riz dan Ara dah jadi kenyataan. Hehehee, walaupun hanya drama tapi Mas layan tanpa missed satu episod pun tau. Dari episod pertama sampai episod akhir, sebab itulah Mas nak ianya berakhir camtu. Mas tahu cinta sejati Riz hanya layak menjadi milik Ara, Cinta Tiada Ganti gitu!

Walaupun ramai peminat tak puashati, sebabnya Arabella tak pilih Khai tapi apakan daya itulah kesudahannya. Ramai jugak yang kata Ara kejam, hancurkan hati Khai setelah bagi harapan. Tapi bagi Mas kan, Khai memang tak layak dapat cinta Ara sebab dia tak pernah percayakan cinta tu. Asyik sangsi je dengan Ara, pastu dok mainkan perasaan Ara dengan ajak Riz bekerja dengan dia. Lagilah nak seksa jiwa Ara kan, jadi memang orang camni tak layak untuk dapat cinta sejati Ara tu.

Pastu ikutkan Mas tak puashati jugak dengan cara ending tetiba Riz dan Ara terus kahwin. Patutnya pengarah buatlah babak dimana Ara cari semula Riz setelah Riz pergi, maksudnya lepas Ara dah luahkan dekat Khai tu. Haaa kenalah ada babak Ara pergi kejar Riz dan cakap "I Love You Riz!" Fuhhh barulah pengakhiran yang lagi manis dan romantik kan, hehehee mampu berimaginasi jelah. 


Tapi apa pun Mas dah gembira pengakhiran dia mereka bersatu, baru berbaloi layan 100 episod kan? Lepas ni mesti akan rindu mereka berdua yang sweet sangat tu, dan moga ada lagi drama menarik camni. Lagi teruja nak tengok kalau Nelydia dan Aedy tu berlakon, best!

Isnin, 26 November 2018

Pendaftaran Tahun Satu 2019

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari Sabtu lepas selesai sudah urusan pendaftaran Airis di tahun satu, buku teks pun dah dapat dan kelas pun dah tahu. Kali ni memang tiada ujian diagnostik untuk tentukan kelas terbaik atau tak. Pihak sekolah dah tentukan siap², nama kelas pun mereka dah ubah. Airis di kelas Satu USM, haaa nama kelas pun menarik tau!


Seperti biasa semasa pendaftaran akan ada buat pembayaran untuk beberapa perkara, termasuklah yuran PIBG. Haaa pasal yuran PIBG memamg tak diwajibkan bayar, tapi tak salah kalau kita bayar sebagai sumbangan untuk keperluan persekolahan anak² kan? Tak akanlah untuk anak² sekolah pun kita nak berkira, mudahan sumbangan kita tu beri manfaat pada anak² kita. Pastu moga pihak sekolah gunakan sumbangan tu untuk keperluan murid². 

Senarai buku² yang perlu dibeli pun dah dapat, cuma kena tunggu koperasi buka je mulai 13/12 nanti. Untuk Airis ni takdelah banyak sangat buku kena beli, semuanya cuma RM50++ je. Tapi dah mula sekolah nanti kena sediakan duit siap² lah, pasti ada tambahan untuk pembelian buku latihan dan ulangkaji. Takpelah demi anak² wang ringgit tu perkara kedua, yang penting keperluan untuk mereka belajar cukup lengkap.

Tapi kan, jangan ingat takde drama swasta tau. Hahahaa, Airis dengan drama memang tak dapat dipisahkan. Mas memang tak ikut masa pendaftaran tu, hanya husband je yang pergi. Ada lah husband hantar gambar masa dia dalam kelas, cuma Mas tengok monyok je mukanya. Bila balik tanya, "Kenapa Airis monyok je dalam kelas tadi?" Nak tau dia jawab apa, "Airis nangislah mama, sebab tak nampak babah!"

Hadoiii lah si Airis ni, manja terlebih. Setiap kali mula suasana baru kat sekolah mesti nak nangis, macam² alasan bila tanya kenapa nangis. Hahahaa, kadang geram jugak. Haraplah dah buka sekolah nanti dia tak buat drama swasta 5 episod ke, hehehee! 

Sabtu, 24 November 2018

Happy Birthday Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sampai jugak ke hari jadi dia, bila masuk bulan 11 tiap² hari tanya bila birthday dia. Maklumlah orang lahir hujung tahun, jadi dialah yang paling lambat sambut hari jadi. 


Selamat Hari Lahir yang ke-6 tahun Airis, moga jadi anak yang baik, solehah dan berjasa pada mama babah. Moga berjaya di alam persekolahan dan jadi insan yang berguna serta dapat capai cita² yang diimpikan. Moga cepatlah berhenti hisap susu botol tu, dah 6 tahun lah. Hahahaa yang ni memang mama harap sangat akan jadi kenyataan!

Tahun ni beruntung dia dapat sambut birthday 2 kali, 2 bijik kek lah dapat potong. Mula² Mas belikan kek masa jamuan akhir tahun kat sekolah, dia nak sangat raikan dengan kawan². Nak potong kek sama² dengan kawan² dan makan sama². Seronoklah dia dapat merasa semua tu, yelah kebanyakkan kawan dia semua raikan hari jadi kat sekolah. 


Pastu hari ni Mas belikan kek jugak kat dia, nak raikan dengan mama babah, kakak abang dan adik pulak. Beli kek pastu potong kat rumah je, takde pun nak buat majlis besar-besaran. Kami memang suka ajar anak bersederhana, janji dapat raikan sama² itu dah memadai. Lagi pun sejak dari mereka kecik Mas tak pernah ajak sambut hari jadi meriah sangat, jadi anak² dan terbiasa.


Nanti hujung tahun kalau ada rezeki kita pergi jalan² sempena hari jadi semua orang, kira meraikan sekaligus lah! 

Jumaat, 23 November 2018

Althea Milk Peel Cream Mask

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang suka pakai mask tak? Mas biasa buat masker tomato atau putih telur je, jarang nak beli mask yang jual kat drug store tu. Tapi bila Mas dapat cuba satu produk mask dari Althea Korea ni, terus terpikat tau. Haaa jom baca apa yang best sangat mask ni! 


Althea Milk Peel Cream Mask
Inilah produknya, satu jenis mask yang berasaskan ekstrak protein susu yang mampu melembabkan dan menguatkan sel kulit. Pertama kali tau Mas cuba mask berasaskan susu ni, memang rasa lain sangat bila dah cuba pakai. Baunya yang wangi seakan susu serta lembut je pada kulit muka bila dipakai, tak rasa sangat macam korang pakai mask tau. 


Yang paling menarik tentang Mas ni ia berbentuk krim pekat yang mengandungi ekstrak AHA dan BHA. Kedua² bahan ini mampu melembapkan kulit, serta sangat sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif. Bila pakai mask ni kat muka, krim akan bertukar menjadi buih² halus yang lembut pada kulit. Walaupun rasa macam geli² je bila krim tu berbuih tapi kulit akan jadi segar je selepas pakai. Haaa tengoklah kulit Mas lepas gunakan Milk Peel Cream Mask ni, kulit rasa segar dan lembut je.


selepas gunakan Milk Peel Cream Mask 


Botol yang mesra pengguna
Satu lagi yang buat Mas suka sangat dengan mask ni ialah bentuk botolnya yang mesra pengguna. Korang hanya perlu buka penutup pastu tekan je sikit kat muka, dah boleh ratakan. Tak perlu risau krim tu akan meleleh merata², sebabnya bila ditekan baru ia akan keluar. Jadi boleh jimatkan penggunaan, takdelah terlebih guna ke kan? 

Pastu nak simpan pun senang, bersihkan dan tutup penutupnya. Krim mask akan tersimpan rapi di dalam botol, takdelah terdedah pada kotoran luar. Nak bawak ke mana saja pun mudah, sebabnya krim tak akan tertumpah merata². Campak je dalam handbag atau beg make-up, dah boleh bawak bercuti atau jalan². Haaa barulah boleh jaga kulit dengan sempurna walaupun pergi bercuti!



Harga yang ekonomi
Jangan risau tentang harga tau, memang ekonomi dan berpatutan. Sekarang lagilah ada 10% diskaun, sebab produk ni baru di pasaran. Korang boleh cepat beli di website Althea Korea, hanya RM32 dan dapat penghantaran percuma tau. Fuhhh berbaloi sangat tau, rugi sangat kalau korang tak beli sekarang. 

Serius best sangat mask ni tau, Mas berani rekemen kat korang sebab Mas dah cuba pakai!

Khamis, 22 November 2018

Tamat sekolah 2018

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, tamat sudah persekolahan 2018. Pagi tadi pun dah ada majlis penyampaian sijil untuk Arfan dan Airis, sempena tamat tahun 6 dan pra sekolah. Majlis sederhana je pihak sekolah buat, janji dapat raikan murid². Esok pulak dah acara bebas, tak nak datang sekolah pun takpe dah! 

Tahun depan bermulalah buku baru untuk Arfan, dia bakal ke sekolah menengah pulak. Moga dia lebih bersedia dan fokus, maklumlah pembelajaran di peringkat menengah tak sama dengan sekolah rendah. Penempatan di sekolah menengah pun dia dah dapat, cuma ni dok berdebar tunggu keputusan UPSR pada 29/11 nanti. Harap dia dapat keputusan yang baik, keputusan yang dapat bantu dia di sekolah menengah nanti. 


Airis pulak bakal ke tahun satu, dan akan bersekolah di sekolah yang sama. Cuma tahun depan dia takde peneman dah, kena berdikari sendiri lah. Tapi takpe, Mas tahu dia budak bijak dan boleh jaga diri sendiri. Sabtu ni akan ada hari orientasi untuk dia di Tahun 1, bersekali dengan taklimat kepada ibu bapa. Ujian diagnostik pulak dah takde, cuma akan ada aktiviti ringkas oleh pihak sekolah. Moga semuanya lancar nanti!


Kakak Atikah pulak dah lama mula cuti, yelah sekarang tengah periksa SPM jadi dia cuti awal. Sementara tunggu keputusan PT3, Mas suruh dia lengkapkan borang permohonan ke SBP. Nanti keputusan dah ada kemaskini je, pastu baru hantar. Harap sangat dia dapat ke SBP, biar teratur dan terjamin sikit masa depan dia. 

Moga anak² Mas terus maju jaya di musim sekolah tahun depan, dah banyak penambahbaikan dalam sistem pembelajaran dibuat oleh KPM. Bab persiapan nanti kita beli sikit² yer, tunggu mama babah dapat saguhati RM500 dulu. Bercuti puas² dulu tau!

Rabu, 21 November 2018

Althea Petal Velvet Powder

Assalamualaikum...(^ ^)

Ingat tak Mas ada kongsi kegembiraan menjadi salah seorang dari Althea Angels, kalau lupa baca cerita Sayalah Althea Angels! Haaa bila dah jadi Angels ni, Mas berpeluanglah mencuba produk² terbaru dari Althea. Seronok tak terkata sangat!


Althea Petal Velvet Powder
Salah satu produk yang Mas dapat cuba adalah Althea Petal Velvet Powder ni, dan ianya sejenis translucent powder tau! Didatangkan dalam 3 jenis kod pilihan iaitu Code #0 (Translucent), Code #23 (Warm Biege) dan Code Pink Lavender (Limited Edition)

Code #0 (Translucent)


Di antara ketiga² ni Mas paling suka Warm Biege, sebab ianya sesuai sangat dengan kulit Mas yang agak gelap ni. Bila pakai ianya nampak natural je, seolah macam tak pakai bedak langsung. Kalau pakai tanpa foundation pun tak jadi masalah. 

Code #23 (Warm Biege)


Lagi satu Mas suka Pink Lavender sebab baunya wangi sangat, bila sapu kat muka rasa segar je. Ia diformulasikan dengan pigmen merah jambu dan ungu untuk mencerahkan kulit yang kusam. Mas suka pakai bila nak keluar jalan², baru nampak segar sikit dan lebih yakin. Walaupun kulit Mas agak gelap, tapi takde masalah untuk Mas gayakan Pink Lavender ni. 

Code Pink Lavender (Limited Edition)


Comel dan selesa dipakai
Memang diakui Petal Velvet Powder ni comel sangat! Bukan setakat comel malah tersangatlah selesa bila dipakai kat muka sebab teskturnya yang ringan dan licin. Memang tak rasa langsung korang pakai bedak tau! 

Pastu pemakaian PV Powder ni boleh mencerahkan kulit kusam, bila pakai tu kulit rasa halus, segar dan berikan efek shiny dan glowy gitu. Lagi satu ia tidak mencacatkan makeup korang dan muka pun tak nampak bercapuk. Kalau korang yang kulit berminyak tak perlu risau untuk pakai PV Powder ni, sebabnya ia membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit muka.


Murah dan poket saiz
Kalau korang nak tahu harga Petal Velvet Powder ni tersangatlah murah, hanya RM16 sahaja. Tapi untuk Pink Lavender Limited Edition harganya RM17, masih mampu beli kan?

Yang paling berbaloi beli PV Powder ni sebab ianya bersaiz poket, haaa senang dan sesuai sangat nak bawak ke mana saja. Letak dalam poket seluar pun tak terasa tau, sebab bentuknya yang comel tu. 



Haaa terpikat dan jatuh hati kan dengan Althea Petal Velvet Powder ni! Jangan tunggu lagi cepat beli di https://my.althea.kr.

Selasa, 20 November 2018

Stay And Splash @ Best Western I-City sempena cuti sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa korang, cuti sekolah dah makin dekat ni. Dah rancang ke nak bawak anak² bercuti ke mana? Haaa takde bajet ke, jangan risau ni Mas nak kongsikan tempat menarik untuk bercuti tanpa perlukan bajet yang besar. Pastu anak² korang mesti seronok sangat!



Pernah pergi ke I-City tak, sekarang dah banyak berubah kat sana. Mas pernah pergi tahun 2010, dan bila berpeluang pergi kali ni memang banyak sangat tarikan menarik kat sana. Salah satunya promosi Stay and Splash oleh Best Western I-City ni, bermula dari RM180 korang boleh menginap 2D1N di bilik Superior. Pastu yang menariknya boleh dapat 2 tiket masuk ke Water World I-City. Uishhh mesti anak² suka ni dapat mandi manda sepuasnya, tak jauh pun dari hotel ni. Hanya 5 minit berjalan dah sampai!



Kenapa Mas syorkan korang pilih Best Western I-City ni, pertamanya sebab harga biliknya yang murah dan berpatutan. Bukan saja murah tapi biliknya selesa sangat, kalau keluarga yang ramai anak boleh pilih bilik yang ada connecting room. Lagi satu permandangan dari bilik pada waktu malam dan siang sangat cantik, tak puas mata memandang. 



Ini pilihan bilik yang ada, bolehlah korang pilih ikut kesesuaian ahli keluarga. Semuanya selesa dan harga pun berpatutan sangat!

Superior Twin & Superior King


Deluxe with Connecting Room


I-Suite


Sebab kedua ianya berhampiran dengan I-City Themepark, jalan kaki 5 minit je dah sampai. Tak perlu nak redah jalan yang sesak, jimat masa dan tenaga. Kat themepark macam² tarikan ada, tak kira untuk dewasa mahu pun kanak². Dok kat situ sampai lewat malam pun takpe, sebab nak balik dekat je dengan hotel. 



Bab makan pulak tak perlu risau, hotel ini ada sediakan pakej sarapan bersekali dengan penginapan. Pilihan menu sarapan jangan cakaplah, banyak sangat pilihan. Untuk yang berdiet pun ada disediakan menu² sihat tau, pilih sahaja ikut selera korang. Pastu kalau korang menginap pada hujung minggu, setiap hari Ahad akan ada Sunday Hi Tea di The View Cafe. Banyak sangat pilihan makanan, dengan harga hanya RM42 untuk dewasa dan 50% untuk kanak²/warga emas. 

Ruang makan di cafe ni jugak luas dan selesa, boleh pilih nak makan di dalam atau di luar. Makanannya semua HALAL tau, jadi tak perlu risau! 




Haaa camne, teruja tak bila baca. Yang pastinya bajet murah, aktiviti menarik pun banyak, berbaloi dengan wang ringgit dan anak² pasti seronok. Jadi tunggu apa lagi, dah boleh buat tempahan sekarang tau. Promosi bermula dari 24 November 2018 hingga 31 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh hubungi mereka di: 

Telefon: 03-55219000

Isnin, 19 November 2018

Gegar Vaganza 5 : Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Noryn Aziz, juara GV5!


Walaupun dia bukan juara pilihan Mas tapi juri dah buat keputusan, jadi Mas terima dengan hati terbuka. Memang dari awal Mas pernah cakap dia bakal beri saingan sengit, dan semalam dia buktikan yang dia mampu jadi juara.

Ikutkan Mas target Dia Fadila tapi bila tengok persembahan semalam agak kurang di pihak dia, tak mampu lagi tandingi kelebihan Noryn. Zamani pulak Mas memang tak target dia bakal jadi juara, sebabnya Mas dah tahu permainan GV ni. Jadi Mas target dia akan dapat tempat kedua, namun tak kesampaian. Tapi top 3 pun dah memadai, walaupun dia bukan juara dia tetap juara di hati Mas selamanya. Tahniah Zamani sebab berikan persembahan mantap semalam, battle rap memang terbaik dan menghiburkan. Siapa sangka kan dia boleh rap!

Keputusan pemenang lain Mas berpuashati, sebab Mas memang tak tetapkan ramalan. Biasa dalam pertandingan camni Mas akan ramal untuk juara dan tempat kedua je, yang lain Mas tak kisah. Sebenarnya semua dah beri yang terbaik tapi sedikit kesilapan dibuat, maka melayakkan mereka berada di tangga tersebut. Apa pun Mas terhibur dengan persembahan semua peserta walaupun konsert akhir kali ni agak hambar!


Jika ada lagi Gegar Vaganza tahun depan, diharap ada penambahbaikan. Mas sentiasa sokong program ni sebab bagi Mas ia ketengahkan semula artis² lama yang pernah popular dulu untuk terus menyinar di persada seni. Nanti dah cukup 10 episod, buat Mega Gegar Vaganza. Kesepuluh juara di setiap episod bertanding untuk jadi yang paling terbaik, haaa baru best kan? Bab penaja tu rasanya tak perlu kot ambik pengasas produk, Astro taja sendiri pun dah memadai. Takdelah kontroversi sangat!

Tahniah lagi sekali pada semua peserta GV5, dan ini keputusan penuh Konsert Akhir.

Juara | Noryn Aziz
Naib Juara | Dia Fadila
Ketiga | Zamani
Keempat | Amelina
Kelima | Maya
Keenam | Billy Zulkarnain
Bintang Cuckoo | Zamani

Jumaat, 16 November 2018

Sayalah Althea Angels

Assalamualaikum...(^ ^) 


Selama ni dok tengok je kawan² blogger jadi Althea Angels tu, seronok tengok diaorang dapat macam² produk dari Althea Korea. Mula² takdelah terfikir nak mohon tapi bila asyik dok tengok je barang² Althea yang comel tu, terus cuba nasib. Lama jugak tunggu nak dapat lepas mohon tu, jadi anggap macam tak berjaya je.

Sekali bulan Oktober ada dapat emel dari pihak Althea, katanya Mas dah dipilih menjadi sebahagian dari ahli Althea Angels. Haaa apa lagi berbunga²lah rasa hati, lepas ni bolehlah kongsi dengan korang pasal produk² dari Althea ni. Pastu boleh jugak beli produk² Althea dengan harga diskaun, sebab Mas ada dapat reward points!



Pastu paling tak disangka rupanya bila dah jadi Angels ni ada dapat Welcome Box dari Althea, haaa terus rasa teruja. Sapa tak gembira bila dapat produk² kecantikan yang didatangkan khas dari Korea! Hari² tak sabar menanti kotak tu sampai, hehehee! Sekali semalam barang yang ditunggu² pun sampai, berbunga² terus rasa hati dapat kotak pink ni! 

Dan bila buka, terus jatuh hati dengan produk² Althea yang sangat comel ni. Nak guna pun sayang, rasa nak simpan je dalam kotak tu buat perhiasan. Hehehee camtulah obsesnya wanita dengan kecantikan kan? Inilah produk yang Mas dapat, nanti Mas cerita satu persatu mengenainya dalam entri lain. Tunggu tau!



Terima kasih pada pihak Althea kerana wujudkan komuniti kecantikan camni, dan sudi berkongsi tentang produk² kecantikan dari Korea. Terima kasih juga jadikan Mas salah seorang Angels, dan Mas seronok sangat dapat cuba sendiri produk² dari Althea ni. Selama ni dengar nama je! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com