Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Julai 2018

Asap Steamboat dan Grill : Sedap dan murah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang peminat steamboat, pantang aihhh kalau husband ajak makan. Biasanya Mas makan kat restoran biasa je, tapi kali ni teringin nak cuba kat tempat lain pulak. Terbacalah rakan² blogger dok review pasal Asap Steamboat & Grill ada buka cawangan baru kat Bangi. Haaa dekat je tu nak pergi, apa lagi terus bagitau dekat husband.



Kami pilih tarikh 22/7 hari tu makan kat sana, lepas penat mandi kat Bangi Wonderland terus pekena steamboat. Perghhhhh memang pucuk dicita ulam mendatanglah, perut mesti lapar kan lepas mandi manda.

Nak cari restoran ni mudah je, hanya waze Langat Katering pasti akan jumpa. Kami yang baru pertama kali pergi pun dapat cari dengan mudah, kejap je dah sampai. Lalu je kat depan restoran tu terus Mas cakap, "Haaa luasnya tempat parkir, jom kita park depan² sikit!" Ye, memang kawasan parkir restoran ni lapang dan luas sangat, memudahkan pelanggan nak keluar masuk kenderaan.



Pastu masuk je dalam restoran terus Mas dan anak² tuju ke tempat pilihan makanan. Tengok je terus anak² cakap, "Wahhh macam² ada mama, kita orang nak cuba semua!" Memang macam² ada korang, rambang mata nak pilih. Ada daging, ayam, ikan yang dah siap diperap untuk korang grill. Pastu ada pelbagai jenis pilihan seafood, frozen meatball, craball, pelbagai jenis mee, sayuran dan telur puyuh untuk korang masak dalam 3 pilihan kuah sama ada sup, tomyam dan kari nyonya. Kami pilih kuah tomyam, fuhhh memang sedap dan pedas berapi. Anak² Mas paling suka makan yang grill tu, 3-4 kali dok ulang ambik dan grill!


Haaa macam² ada, segar² semuanya



Selain tu ada jugak menu sampingan seperti Nasi Goreng, Sup Tulang, Fried Baby Crab, Fries + Nugget, Jagung Manis, Mini Pau dan Buah-buahan. Yang paling anak² seronok bila ada aiskrim dengan pelbagai pilihan perisa dan topping, yang ni pun depa dok ulang 3-4 kali. Ada jugak ABC yang korang boleh buat sendiri, boleh isi berapa banyak bahan korang nak. Air pulak ada pilihan sejuk dan panas, boleh refill berapa kali korang suka.



Baby Crab ni sedap, ranggup je!


Lagi satu Mas suka ruang makan restoran ni, luas dan selesa sangat. Takdelah dok berlaga² bahu dengan pelanggan lain kalau nak ambik makanan tu, anak² Mas siap boleh main lari² lagi. Susun atur pinggan mangkuk pun kemas je, pekerja mereka sentiasa tengok kalau dah berkurangan. Cepat je diaorang tambah! Pastu pekerja pun pantas kemaskan pinggan mangkuk kat meja pelanggan. 


Ruang yang luas dan selesa sangat



Pendek kata memang puashatilah makan kat Asap Steamboat & Grill ni, berbaloi sangat dengan wang yang dibayar. Harga pun berpatutan sangat dengan pilihan makanan yang ada, sebab semuanya sedap dan segar². Jadi korang kena datang tau makan kat sini, ini maklumat lanjut mengenai Asap Steamboat & Grill Bangi.

Instagram: AsapSteamboatGrill

Alamat
Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 013-7668944
Waktu Operasi: 6 petang hingga 12 malam

Harga
Dewasa: RM42 seorang
Kanak²: RM21 seorang

Isnin, 30 Julai 2018

Nur Aiyra Annasya : 10 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya macam baru je Aiyra berumur 9 bulan, hari ni dah genap 10 bulan umur dia. Alhamdulillah, Aiyra tak banyak ragam sejak dia lahir sampailah dah umur 10 bulan ni. Cuma sekarang dia makin banyak akal lah, tak diduga je kadang tu. 


Perkembangan tumbesaran dia memang selari dengan usia, tapi ada jugak yang cepat. Macam sekarang dia dah pandai berdiri tegak dalam 10 saat camtu tanpa dipegang, haaa ada ciri² nak pandai berdiri dah tu. Kalau ikut kakak Atikah dan Airis, dua² ni berjalan seawal usia 10 dan 11 bulan. Mungkin Airis ni camtu jugak kot, sebab dah nampak tu dia cuba mengatur langkah. Tak terkejarlah mama kalau dah dapat kaki nanti, makin ligatlah!

Pastu gigi pun dah banyak tumbuh, bawah ada 2 batang dan atas dah nak 4 batang. Jadi sekarang dia dah pandailah dok gigit² biskut yang lembut² tu, syok dah ada gigi kan? Mama pun dah belikan berus gigi khas untuk baby tu, kena mula dah berus gigi sebab dah banyak kan. Dia sukalah kalau mama nak beruskan gigi, pandai je ngangakan mulut. Masuk je berus gigi dalam mulut terus digigitnya, hehehee!

Bab makan pulak memang seronok suapkan dia bubur, berselera je makan apa saja bubur yang mama masak. Mas masih kisar bubur dia tapi dah kisar kasarlah, bagi dia dapat rasa makanan tu dengan gigi. Nanti dah ada gigi geraham dan dia dah pandai kunyah baru boleh buat bubur lenyek je. Tengok makanan memang pantang, siap nganga² mulut. Kalau tak suap kat dia sikit mulalah mengamuk, jadi Mas bagilah jugak dia rasa². 

Susu pulak masih susu Mas 100%, belum campur susu formula lagi. Walaupun Mas kena struggle sediakan stok untuk dia tapi setakat ini masih belum putus stok, alhamdulillah dapat je sediakan bekal susu untuk dia setiap hari. Nak sangat susukan dia hingga umur 2 tahun, cuma kadang kenangkan susu dah makin berkurangan Mas redha je. Moga ada rezeki dia, sekarang Mas usaha dan usaha tanpa putus asa. Selebihnya Mas berserah pada Allah!

Ahad, 29 Julai 2018

Ulangkaji UPSR online

Assalamualaikum...(^ ^)

Lebih kurang 56 hari lagi Arfan nak hadapi peperiksaan UPSR, haaa dengan dia ni memang Mas terlebih risau sikit. Bukannya dia tak boleh buat tapi lebih banyak main je, susah sangat nak serius kalau bab pelajaran. Hari tu masa periksa tengah tahun ada dua subjek gagal, haihhh semput mama bila tengok keputusan. Dahlah subjek utama untuk UPSR, dia boleh rilek je macam takde apa²!

Bila dah ada subjek yang gagal memang Mas tak boleh biarkan dah, kena lebih bertegas. Yelah risau jugak bila periksa UPSR sebenarnya nanti ada yang gagal, susahlah sikit nak masuk sekolah menengah. Mas bukannya nak dia dapat 6A pun, sebab Mas tahu tahap kemampuan dia. Mas cuma nak keenam² subjek tu lulus je, tak dapat A pun takpe. Janji keputusan lulus dan boleh masuk sekolah menengah, syukur dah bagi Mas!


Jadi mulai hari ni kerahan ulangkaji dilakukan, kebetulan cikgu dia ada buat kuiz online dalam sistem Frog VLE tu. Ada 7 kuiz semuanya, haaa apa lagi semalam seharian Mas suruh dia ulangkaji. Untuk subjek BM, BI dan Sains dia boleh buat, tapi Matematik memang dia lemah. Bukannya dia tak boleh buat tapi banyak cuai dan malas baca soalan betul², pastu jalan kira² tak nak buat. Main agak je jawapan. Haaa apa lagi jadi singalah mama kau ni, teresak² menangis kena ajar dengan cikgu garang ni. Hahahaa sebab tu Mas tak jadi cikgu, kalau tak hari² banjir dalam kelas!

Bila dah kena marah dan dia sedar apa silap, terus boleh jawap soalan dengan lebih baik. Boleh betul 23 soalan dari 40 soalan berbanding sebelum tu hanya 13 soalan je betul. Kan Mas dah kata dia bukan tak boleh buat, cuma malas dan tak betul cara buat latihan tu. Lepas ni hari² kena buat latihan Matematik tu supaya lebih mahir, harap sangat UPSR nanti dia boleh lulus subjek tu. 

Lagi satu bagus jugak cikgu sekolah buat kuiz online camtu, senang anak² nak ulangkaji. Dah siap buat terus bagitau berapa soalan yang betul, dan kalau salah akan diberitahu jugak jawapan mana yang betul. Jadi dari situ Arfan boleh kesan mana kesilapan dia, dan boleh beri tumpuan pada soalan yang salah tu supaya tak ulangi kesilapan yang sama!

Sabtu, 28 Julai 2018

Dapat jugak buat tempoyak

Assalamualaikum...(^ ^)

Selagi musim durian belum habis selagi tu pantang dok tengok durian berlonggok² jual kat tepi jalan tu. Walaupun durian sendiri ada kat kampung tapi bukanlah dapat balik selalu kan, kalau rasa nak makan tu kena membeli jugak. Tapi sekarang rasa nak makan tu dah kurang, cuma Mas nak cari durian untuk buat tempoyak je. Hari tu nak buat dengan durian sendiri, buah tak banyak lagi yang gugur. Lebih kepada nak makan puas² je!


Jadi semalam kebetulan pergi kenduri kahwin kat rumah mertua adik Mas kat Lenggeng, teruslah lajak ke Mantin untuk cari durian. Katanya kat sana durian murah² dan banyak pilihan. Sampai je kat situ memang ramai sangat orang, semuanya berebut² dok pilih durian. Apa lagi Mas pun teruja jugaklah!

Kat situ ada macam² harga, mengikut saiz dan kualiti buah. Ada RM3 sekilo, RM4 sekilo, RM5 sekilo, RM6 sekilo dan RM10 sekilo, ini semua harga untuk durian kampung. Kalau durian kahwin dijual RM12 sekilo. Mas pilih yang RM3 dan RM4 sekilo untuk buat tempoyak, dapatlah pilih 6kg untuk buah² yang elok. Semuanya kena RM20 untuk 6 kilo tu, adalah 15 biji buah yang kecik² dan sederhana. Pastu beli jugak 3 biji untuk makan, yang ni Mas ambik yang RM6 sekilo. 

Fuhhh memang puashati beli sebab isinya semua elok² dan manis, walaupun buahnya kecik² dan dah merekah. Dapatlah buat tempoyak 2 balang kecik, haaa cukuplah untuk 2-3 minggu makan. Nanti balik raya haji kot ada rezeki buah kat kampung tu bolehlah buat lagi. Sedap tempoyak buat sendiri ni, puashati sangat. Kalau yang beli tu tak sedap dan masam, sebab depa campur pisang. Yang buat sendiri ni Mas tambah garam je, memang kekal manis walaupun simpan berbulan². 


Haaa tengok ni, makin berseleralah makan nasi. Memang lupa diet terus, lepas habis musim durian kita sambung diet. Hahahaa!

Jumaat, 27 Julai 2018

Arabella vs Husna

Assalamuaikum...(^ ^)

Haaa kemain korang ek, dok meroyan tengok si Husna tu. Jangan emo lebih², kang darah tinggi pulak. Baik korang tengok Arabella yang bersahaja tu, mesti tak emo punya. Hehehee gitulah pengaruh drama kan, boleh buat orang marah dan emo tak tentu pasal.


Mas layan jugak drama Jangan Benci Cintaku tu tapi entahlah, takde pulak rasa nak emo. Mas lebih emo kalau tengok sukan bolasepak, yang ni memang boleh emo semacam. Bagi Mas jalan cerita tu agak bosan, dah biasa kot drama rampas merampas laki orang ni. Realiti kehidupan pun ada jugak macam tu kan? 

Pastu wanita macam Husna tu pun wujud, muka je nampak cantik tapi penuh dengan hasad dengki. Memang menjadi pelakonnya bawak watak tu, sampai ramai yang emo tengok perangai dia! Lagi satu watak Nek Pah tu, memang bikin orang benci. Ada kan nenek yang camtu, semua urusan anak cucu dia nak masuk campur. 


Tapi Mas lagi suka layan drama yang santai², ada kelakar sikit dan takde nak stress dengan watak dalam cerita tu. Macam sekarang Mas lebih suka layan cerita Cinta Tiada Ganti jam 6 petang tu. Lagilah bila heroinnya si Nelydia tu, memang wajib Mas tonton. Suka sangat dengan lakonan dia yang bersahaja tu, tak payah nak bajet² cun sangat. Dia bawaklah watak apa sahaja mesti best!

Cuma nak ingatkan jangan terlebih kutuk dan marah tak tentu pasal sangat tengok drama tu, kang tak pasal terlebih kutuk. Kawal sikit rasa tu dari nak tulis status yang meroyan tak tentu pasal, hehehee! Drama je kot?

Khamis, 26 Julai 2018

Masalah lutut si Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

"Mama lutut Airis sakit!" cakap sambil nangis.
"Mama, lutut Airis ni berdenyut²!" cakap sambil nangis jugak.


Haaa mulanya Mas ingat dia terlampau aktif main atau terlalu penat, jadi Mas tak hirau sangat dia cakap camtu. Siap cakap, dia macam orang tua dok sakit lutut. Tapi lama kelamaan sakit lutut dia tu makin berlarutan, kadang sampai tak boleh nak gerak dan bengkok kaki kiri tu. Kenalah sapu minyak urut tak nak sakit tu makin teruk. 

Tak nak perkara ni berlarutan hari Selasa tu Mas suruh husband bawak dia ke klinik, risau jugaklah kot ada masalah serius. Sebenarnya dia sakit dah lama, cuma kami je tak bawak dia untuk dapatkan rawatan di klinik. Jadi hari Selasa tu bawak jugak, biar doktor periksa apa masalahnya. Bila dah jumpa doktor dia suruh bawak Airis pergi x-ray, risau takut ada masalah yang serius pulak.

Hari ni lagi sekali babahnya bawak dia ke klinik untuk x-ray, dua² lutut kena x-ray. Pastu kena jumpa doktor lagi sekali untuk review keputusan x-ray. Tapi yang kesalnya tunggu punya lama kat klinik, tak dapat jumpa doktor pakar. Doktor biasa tak boleh nak bagi keputusan pasal x-ray tu, kena rujuk doktor pakar jugak. 

Doktor biasa tu kata bila tengok x-ray macam takdelah masalah serius, tapi tetap kena doktor pakar yang tengok. Esok doktor akan telefon husband untuk bagitau keputusannya, harap takdelah masalah yang serius. Risau jugak ni, berdebar tunggu esok!

Rabu, 25 Julai 2018

Shapee Disposable Nursing Pad : Ibu menyusu kekal selesa

Assalamualaikum...(^ ^)

"Alaaa tak selesanya, habis dah basah baju pastu berbau susu pulak tu. Habis baju bertompok² kesan susu, malunya kalau orang tengok!

Haaa korang yang menyusukan anak tu pasti hadapi masalah ni kan, terutama ketika berada di pejabat atau di luar rumah. Mas pun hadapi jugak, lagilah sekarang memang menyusukan Aiyra sepenuhnya. Yelah kadang tu waktu nak pam di pejabat sangat terhad, kalau susu banyak memang akan basah baju dan rasa tak selesa. 

Memang Mas pernah gunakan nursing pad jenama lain sebelum ni tapi ianya cepat basah dan tak tahan kering lebih lama. Jadi bila ada kat pejabat lebih 8 jam Mas kena kerap tukar, kalau tak nanti baju akan mula basah. Jadi kali ni Mas perlukan nursing pad yang boleh bagi lebih keselesaan, lebih kering dan mudah dibawa ke mana saja.


Disposable Nursing Pad dari Shapee
Cari punya cari Mas berkenan dekat produk terbaru Disposable Nursing Pad dari Shapee ni, bila pakai memang selesa sangat dan takde lagi masalah baju basah atau bertompok². Pastu rekaan dan bentuknya yang nipis tu memudahkan Mas nak bawak kemana saja, campak je dalam handbag dan boleh diguna bila² masa. Lagi pun Shapee Disposable Nursing Pad ni direka khas dari Korea dan sangat berkualiti serta punyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:

1. Reka bentuk yang nipis (Ultra Thin)
Dengan ketebalan hanya 1mm ianya memang sangat nipis dan beri keselesaan berganda bila dipakai. Masa pakai tu memang ibu² tak terasa langsung gunakan nursing pad. 

2. Jalur pelekat Double Anti-Slip
Gam pelekat nursing pad ni ada 2 line, ini untuk mengelakkan ianya teralih atau tercabut bila dipakai. Jadi nak bergerak kemana saja memang tak perlu risau. 



3. Material lembut
Ianya diperbuat daripada material yang sangat lembut dan ada pengaliran udara bagi memberi keselesaan bila dipakai. Kainnya jugak serap peluh jadi takdelah rasa melekit².

4. Penyerap air (Ultra Water)
Penyerap air ini mampu menyerap susu ibu sehingga 55ml dalam satu masa, jadi tak perlulah nak tukar nursing pad terlalu kerap.

5. Perlindungan dari kebocoran
Ia mampu memberi perlindungan dari kebocoran dalam jangka masa yang lama, jadi tak perlu risau baju akan basah atau tak selesa.

6. Design 3D-Shape
Ia direka khas untuk beri 100% keselesaan walau dalam keadaan basah, sebab bentuknya masih kekal dalam bentuk asal. Kebiasaannya kalau nursing pad lain akan berubah bentuk kalau dah penuh dan basah, tapi Shapee Disposable Nursing Pad ni tetap kekal seperti asal.

7. Teknologi Dry-Comfy
Teknologi lapisan khas ini direka untuk memastikan ibu² kekal kering untuk tempoh yang lebih lama. 



Haaa banyak kan kelebihan Disposable Nursing Pad dari Shapee ni, memang pilihan yang tepat untuk para² ibu yang menyusukan anak tu. Harganya pun berpatutan sangat iaitu RM18.90 sahaja, tapi sebagai perkenalkan produk terbaru ni pihak Shapee berikan harga pengenalan iaitu hanya RM13.90. Murah kan untuk 30 keping nursing pad ni, kalau beli 2 kotak boleh pakai lebih kurang sebulan.

Lagi satu Mas nak kongsi diskaun kod dengan ibu², ada 10% diskaun tau. Gunakan kod 10dnpblogger14 bila nak beli Shapee Disposable Nursing Pad ni kat website mereka. Wahhh berbaloi kan?

Pastu bagi Mas ibu² menyusukan anak ni wajib ada nursing pad camni supaya kita rasa lebih selesa dan yakin berhadapan dengan orang. Yelah kalau satu badan bau susu dan baju basah mesti kita pun rasa malu kan, mulalah kurang keyakinan diri dan rasa moody je kan. 



Jadi ibu² jom dapatkan Disposable Nursing Pad dari Shapee untuk kekal kering, selesa dan gembira sepanjang tempoh menyusukan anak. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layari:

Nombor telefon: 07-5547488

Selasa, 24 Julai 2018

Tak sangka dia berani!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya hari Ahad itulah pertama kali Airis cuba permainan slide yang extreme camtu, memang Mas tak sangka dia berani


Masa pergi Lost World of Tambun, dia tak main slide sebab masa tu dia tak pakai baju yang bersesuaian. Bila ada rezeki bawak anak² ke Bangi Wonderland ni, dialah orang paling teruja. Bila tengok semua permainan tu, dia siap cakap nak naik semua. Mas je yang tak benarkan pada mulanya, sebab risau dia takut. Yelah slide² tu semuanya agak extreme, orang dewasa naik pun kecut perut inikan pulak budak.

Tapi ternyata Mas tak boleh nak halang dia, siap cakap "Airis beranilah mama!" Jadi mamanya redha jelah, hanya mampu pesan supaya berhati². Pastu mula² ingatkan bila dah naik sekali dia akan serik, rupanya tak. Berulang² kali dia dok naik, siap cakap "Best lah mama, Airis nak naik lagi!" Haaa geleng kepala mak kau ni.


Lagi satu kalau ikutkan Magic Funnel yang besar ni pun dia nak naik, siap dah angkut pelampung lagi. Tapi nasiblah ketinggian dia tak lepas, kalau tak mahu dia dok ulang naik berkali² jugak. Orang dewasa pun boleh serik dan insaf bila dah cuba naik, tapi dia yang baru 6 tahun tu teruja gila nak cuba. Memang tak sangka betul dia seberani tu!

Macam Mas pun suka permainan extreme camtu walaupun hakikatnya penakut, tapi rasa tak puashati kalau tak cuba. Agaknya si Airis camtu jugak, nak cuba semua benda. Cuma bila dah cuba dia tak serik, nak naik lagi dan lagi. Hahahaa, anak bombalah katakan!

Isnin, 23 Julai 2018

Teruja dapat ke Bangi Wonderland

Assalamualaikum...(^ ^)


Kalau bab mandi manda kat themepark anak² Mas tak pernah tak teruja, maklumlah semuanya macam anak² itik suka main air. Semalam ada pulak rezeki dapat pergi ke Bangi Wonderland Themepark, haaa lompat bintanglah semuanya. Dengan mamanya sekali lompat bintang, teruja jugak tau!

Dah lama sebenarnya nak bawak anak² ke sana, sejak dari tempat tu dibuka lagi. Lega kali ni ada rezeki nak bawak diaorang, haaa memang mandi puas² 5-6 jam sampai kecut tangan kaki.



Sampai je kat sana dalam jam 10 pagi masing² dah tak sabar nak terjun tiruk dan main slide² yang ada. Nak pulak tengok Magic Funnel yang tersergam macam gergasi ni, lagilah anak² teruja. Tapi bila nak naik Arfan dan Airis tak lepas, jadi babahnya cakap semua tak perlu naiklah. Nampaknya kena datang lagi ni sebab mama pun tak dapat naik, kena jaga Aiyra yang demam. 

Tak dapat naik Magic Funnel ni anak² pun main slide yang lain, dan yang paling banyak kali diaorang main ialah Insane Racer ni. Airis yang kecik tu kemain suka dan seronok, sampai 8 kali dia ulang naik. Haaa mamanya mampu geleng kepala jelah, memang tak boleh larang dah. Tak sangka dia berani naik, Mas risau jugaklah mana tau dia takut kan sebab umur baru 6 tahun. Bukan Insane Racer tu je yang dia naik banyak kali, semua slide berkali² diaorang naik.



Kat Bangi Wonderland ni memang banyak tarikan permainan dan rides yang menarik, memang rugi tak cuba semua. Cuma kena ingatlah pasal keselamatan diri, kalau tak mampu atau tak berani janganlah naik. Risaulah kan jadi perkara yang tak diingini. Ini antara tarikan yang ada: 

1. Anaconda Trail
2. Body Slide
3. Boomeriang
4. Green Pearl
5. Insane Racer
6. Pirate-themed Kid’s Adventure
7. Magic Funnel
8. Meander River
9. Pirates Bay
10. Pirates Spa
11. Spiralax
12. The Fall
13. Water Cannon
14. Wonder Loop

Haaaaa lagi satu, sekarang ada tarikan terbaru di sini iaitu Water Cannon. Yang ni adalah permainan pertama yang ada di Malaysia tau, kalau berani memang wajib cuba. Jangan risau, aspek keselamatan memang dititikberatkan. Siapa yang nak cuba main akan dipakaikan jaket keselamatan, kalau tak tahu berenang pun boleh cuba main. Tengok dalam tembakan air tu ada orang tau, memang kecut perutlah kot kalau Mas cuba main. Mas teruja je tengok, agaknya kalau tak jaga Aiyra demam semalam mungkin Mas pun dah ditembak keluar dari air tu. Hahahaa Mas memang suka cuba mainan extreme camni, walaupun hakikatnya penakut!



Kemudahan lain di Bangi Wonderland
Datang themepark ni kita tak perlu risau bab nak simpan barang peribadi, bab nak makan, bab nak rehat dengan selesa kalau tak nak mandi sebab semuanya ada disediakan disini. Kemudahan loker untuk simpan barang banyak disediakan, harga pun berpatutan mengikut saiz loker. Pastu ada jugak tempat rehat berbumbung yang luas dan selesa, nak sewa Cabana pun boleh dengan harga RM75. 

Kafe, surau, tandas, bilik persalinan dan baby room pun ada. Semuanya bersih, kemas dan selesa untuk para pengunjung. Pastu Medic Room pun ada jika berlaku kecederaan atau kecemasan pada para pengunjung, pegawai medik sentiasa bersedia. Yang bagusnya setiap hari Ahad ada disediakan khidmat ambulan jika berlaku kes² yang serius.



Perkhidmatan sewa tube mestilah wajib ada kan, hanya bayar deposit RM10 dan harga tube RM14 dah boleh guna. Tapi pastikan ingat nombor pada tube tu, jangan tertukar dengan orang lain sebab masa pulang nanti barcode kat gelang tu akan discan dan barulah deposit dipulangkan. Kalau salah tube tak dapatlah semula deposit tu!

Harga tiket masuk Bangi Wonderland
Korang jangan risau pasal harga tiket, sebab bagi Mas sangat berbaloi dengan kepuasan yang korang dapat. Boleh habiskan masa lebih kurang 8 jam dalam tu, mandi puas² dan main slide banyak kali. Ini harga tiketnya:

Dewasa: RM55
Kanak²: RM45 (tinggi bawah 130 cm)
Warga Emas & OKU: RM28
Bayi & Kanak² tinggi bawah 90cm: Percuma



Tapi ada khabar gembira tau, sepanjang bulan Julai ni ada promo tiket. Memang sangat berpatutan dan berbaloi tau! Kena rajin tengok sosial media mereka sebab memang selalu ada promosi best camni, kena cepat² beli. Sekali sekala hiburkan anak² tak salah kan, Mas pun puashati sangat dapat bawak anak² ke Bangi Wonderland ni. Pastinya akan ada kali kedua, moga ada rezeki korang ye anak². 

Jom korang ke Bangi Wonderland, pasti teruja. Dapatkan maklumat lanjut disini:


Waktu operasi Bangi Wonderland
Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat:
11.00 pagi – 6.00 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum:
10.00 pagi – 6.00 petang

Tutup setiap hari Selasa kecuali semasa Cuti Sekolah dan Cuti Umum



Sabtu, 21 Julai 2018

Rezeki balik kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa pukul 11 malam baru sampai rumah kat Salak Tinggi, kalau ikutkan memang tak nak balik tapi sebab dah janji dengan anak² nak pergi Bangi Wonderland esok jadi terpaksalah balik jugak. Memang tak puas lagi duduk kat kampung bila musim buah ni, pagi² lepas Subuh dah pergi kutip buah durian yang gugur. Kalau lambat memang berebut dengan binatang lain terutama babi hutan, pandai tau dia makan durian. 

Ni durian paling sedap, isi kuning dan ulasnya rapat²

Lega sebenarnya ada jugak rezeki dapat balik kampung ni, sebab kalau ikutkan husband payah nak cuti. Tapi nasiblah dia dapat jugak mohon cuti, apa lagi lompat bintanglah bininya ni sebab dapat balik makan durian. Alhamdulillah buah durian tahun ni menjadi elok, semua pokok buahnya sedap sangat. Memang puashati dapat makan, gugur je dari pokok terus kupas. Fuhhh lemak manis isinya, sedap sangat hingga menjilat jari. Hahahaa!

Kalau Mas tak balik memang tak merasa makan sebab makcik jiran tu ada cerita ramai orang masuk sesuka hati kat dusun dan ambik buah. Bukanlah kami nak berkira, kalau ambik sekali je memang kami halalkan dan anggap sedekah je. Tapi kalau dah setiap hari pagi petang siang malam, siapa tak geram kan? Bukan diaorang tak tahu kami ni adik beradik ramai, semuanya nak balik dan merasa makan buah. Camtulah kalau orang tak fikir ambik hak orang tu tak baik!



Jadi kami pakat²lah adik beradik supaya setiap minggu ada orang balik, sekurang²nya semua merasa makan buah. Mas ni kalau ada rezeki minggu pertama bulan 8 tu nak balik lagi, sebab durian memang dah banyak gugur ni. Takut balik Raya Haji nanti tak sempat dah makan, tak puas lagi ni makan durian. Hehehee, moga ada lagi rezeki Mas untuk balik kampung makan buah durian. Anak² pun dah tanya bila lagi nak balik.

Jumaat, 20 Julai 2018

Gugur jugak akhirnya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dari semalam menunggu durian gugur tapi takde tanda² langsung dia nak jatuh dari pokok tu, kecewa jugaklah sebab ingatkan tak dapat makan. Sekali pagi tadi dalam pukul 8 Mas dah kejut husband suruh pergi tengok, haaa dapatlah 3 biji buahnya.


Fuhhh pucuk dicita ulam mendatang lah, kebetulan husband ada masak Nasi Lemak. Apa lagi terus kupas sebiji dan makan dengan nasi, haaa nikmat tak terkata. Isi buahnya kuning, rasa manis dan lemak². Memang rasa sedap sangat dari durian yang Mas pernah beli sebelum ni. Itulah nikmat makan hasil dari dusun sendiri. 

Pastu dalam pukul 11 lebih tu gugur lagi 2 biji, dan sebelah petang gugur pulak 4 biji. Jadi hari ni merasalah makan 9 biji durian, fuhhh kira kenduri dah tu. Cuma buah kecik², takdelah banyak ulas sangat. Dapatlah kami 5 beranak makan sikit sorang, memang takde simpan pun gugur je terus kupas. Nak buat tempoyak pun tak boleh sebab buah tak banyak lagi yang gugur. Bagi makan puas² dulu, kalau ada rezeki banyak lagi gugur baru buat tempoyak.


Buah durian ni sebenarnya baru belajar gugur, jadi memang tak banyak lagi yang jatuh. Kebanyakkan buah atas pokok tu masih muda, dalam 1-2 minggu lagi barulah akan gugur banyak. Harap² sempatlah dengan Mas balik Raya Haji nanti. Lagi pun masa tu cuti lama sikit, bolehlah kumpul banyak buahnya. Minggu ni balik 3 hari 2 malam je, jadi makan jelah mana yang gugur tu. Nak bawak balik ke rumah sendiri pun memang tak dapat, cuma bawak buah manggis jelah. 

Tunggu kami balik raya nanti ye durian²!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com