Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 29 Mei 2015

Milo Nutri G : Fill Up, Stay Hungry!

Assalamualaikum...(^ ^)


Media Launch Milo Nutri G
Semalam Nestle dan Milo telah memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Milo Nutri G. Ia adalah minuman malt coklat enak yang mempunyai campuran unik 4 bijian penuh iaitu beras perang, gandum, oat dan barli. 

Milo Nutri G amat sesuai untuk individu yang sering terlepas waktu makan dan mereka yang aktif dalam aktiviti sukan. Ini kerana kombinasi bijian dalam Milo Nutri G bertindak sebagai sumber tenaga yang terbaik. Jadi kita boleh rasa kenyang dan kekal aktif setiap hari. Ia jugak sesuai untuk keperluan diet seharian bagi individu yang berdiet.


Selain campuran 4 bijian penuh, Milo Nutri G juga mengandungi Activ Go yang mempunyai gabungan Protomalt, 6 Vitamin dan 3 Mineral penting untuk pengeluaran tenaga yang cekap. Ia jugak kaya dengan serat yang tinggi.

Milo Nutri G terdapat dalam botol bersaiz 190ml yang sedia dan sesuai diminum sejuk. Ia boleh didapati di kedai² 7-Eleven, stesen² minyak, pasaraya dan pasaraya hiper. 


Wajib dapatkan Milo Nutri G 
Apa lagi cepat² dapatkan Milo Nutri G yang sedap dan lazat ni. Simpan stok di rumah sebab tak lama lagi nak bepuasa, jadi Milo Nutri G adalah minuman terbaik dan paling sesuai diminum sepanjang berpuasa nanti. Minum sebotol sewaktu berbuka dan bersahur pasti cukup mengenyangkan dan memberi tenaga untuk kita berpuasa esok harinya.

Sekitar Media Launch Milo Nutri G.










"Minum milo anda jadi sihat dan kuat!"



Khamis, 28 Mei 2015

Bufet Ramadhan Grand Bluewave Hotel

Assalamualaikum...(^ ^)

Rezeki sebagai blogger lagi.


Kali ni mencuba bufet Ramadhan yang disaji oleh Grand BlueWave Hotel, Shah Alam. Dengan tema Sinaran Ramadhan, mereka menyediakan hidangan 100% halal menu tradisional dan antarabangsa.

Menu istimewa Bufet Ramadhan 
Antara menu istimewa yang disajikan ialah Mee Udang Sado, Kambing Panggang Istimewa, Turkey Kebabs Skewer, Ayam Golek Percik, Aiskrim Pukat, Cendol Istimewa, Air Kelapa Muda Segar dan mencecah 250 jenis makanan lain.


Pakej harga Bufet Ramadhan
1-10 Ramadhan di Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel menyediakan promosi bufet Ramadhan dengan harga RM90+ untuk dewasa dan RM58+ untuk warga emas dan kanak².

Pihak hotel menyediakan ruang parking yang luas di aras basement. Terdapat jugak kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih. 

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

Bahagian Jualan & Pemasaran 
03-55118811 samb. 2801, 2804 atau 2806

Facebook: Grand Bluewave

Antara menu² istimewa dan menu² lain yang disajikan di bufet Ramadhan ini.








Chef² yang bertangungjawab menyediakan sajian makanan di bufet Ramadhan ini.

Thank You Chef!


Isnin, 25 Mei 2015

Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah rezeki sebagai blogger, dapat peluang mencuba bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Terima kasih kepada rakan blogger KBBA, Nadia Johari atas kesudian ajak Mas turut serta ke food review bufet Ramadhan ni.

Bufet Ramadhan 2015
Bangi Golf Resort (BGR) merupakan salah satu resort golf yang menerima perakuan sijil halal dari JAKIM. Tahun 2015 ni bufet Ramadhan BGR menyediakan lebih kurang 200 pilihan sajian istimewa yang pastinya menggiurkan dan membangkitkan selera para tetamu.


Bufet Ramadhan BGR akan bermula dari 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015. Harga untuk seorang dewasa ialah RM55 dan untuk kanak² ialah RM27. Bufet Ramadhan ini menyediakan pelbagai jenis hidangan bufet seperti masakan Melayu, sajian Barat dan masakan timur.

Pada bufet Ramadhan tahun 2015 BGR menyediakan kelainan kepada para tetamu iaitu dengan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden ini akan memaparkan "hiburan dari dapur" yang membolehkan tetamu menyaksikan secara live chef² menyediakan hidangan dan boleh berinteraksi dengan mereka.

Di samping itu, tetamu jugak akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu tradisional yang didendangkan oleh kumpulan kugiran dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. BGR jugak menyediakan 800 tempat letak kereta secara percuma dan surau untuk keselesaan tetamu.

Sepanjang Ramadhan nanti tempahan awal digalakkan supaya anda tidak terlepas peluang menikmati bufet Ramadhan di BGR. Boleh hubungi talian 03-89253728 untuk tempahan.

Aneka Pilihan Sajian Istimewa
Antara sajian yang disediakan di bufet Ramadhan BGR. Sedap, lazat dan menyelerakan!









Menarik menu² dia, tengok pun dah terliur. Jangan lupa tempah untuk berbuka puasa nanti.

Ahad, 24 Mei 2015

Donut sedap dan gebu

Assalamualaikum...(^ ^)

Minum petang hari ni teringin nak makan donut. Anak² pun memang suka donut, hari² makan pun tak jemu. Jadi mari kita mengdonut petang ni. Bahan² dan cara buat pun senang, jom tengok!

Bahan-bahan untuk donut
1. Tepung gandum
2. Marjerin
3. 1 peket mauripan
4. Sedikit garam dan gula



Cara membuatnya pun mudah
Bancuh tepung gandum dengan marjerin, ikut suka berapa banyak nak letak tepung dan marjerin. Biasanya kalau 2 cawan tepung Mas akan letak 3 sudu besar marjerin. 

Bila tepung dah digaul sebati masukkan sedikit garam dan gula supaya aduan tersebut ada rasa. Seterusnya masukkan mauripan yang direndam dengan air tadi ke dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian perap doh lebih kurang ½ jam supaya ia lebih kembang dan gebu. 



Bila doh dan kembang bentukkan seperti ini dan goreng atas api sederhana sehingga kekuningan. Pastu gaul dengan gula.

Siap dan sedia untuk dimakan, sedap dan gebu! 


Jumaat, 22 Mei 2015

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015

Assalamualaikum...(^ ^)


Acara yang paling Mas nantikan setiap tahun, sebabnya Mas suka bunga!

Tahun ini agak berlainan kerana ia disebut Royal Floria Putrajaya 2015, menarik kan? Mesti macam konsep Diraja gitu! Pastu siap ada Spring and Winter Gardens, mesti cantik. Kalau pergi ke Presint 4, boleh tengok banyak persiapan yang dilakukan oleh pihak Floria Putrajaya. 

Informasi Floria Putrajaya.

Royal Floria Putrajaya 2015
Tarikh: 30 Mei 2015 - 7 Jun 2015
Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
Masa: 9 pagi - 10.30 malam (Isnin - Khamis)
       9 pagi - 12 malam (Jumaat - Ahad)
Harga tiket: RM5.00 (Dewasa)
RM1.00 (Kanak-Kanak)

Tiket boleh dibeli secara online. Untuk maklumat lanjut boleh ke FB Floria di Putrajaya Floria.

Program dan aktiviti
Banyak program dan aktiviti menarik menanti para pengunjung. Antaranya pertandingan orkid, pertandingan fotografi, pertandingan rekabentuk taman, pertandingan lukisan cat air dan macam² lagi. Boleh lihat banner.


Jangan lepaskan peluang mengunjungi Royal Floria Putrajaya 2015. Bawak keluarga dan anak², pasti seronok. Ambil gambar jugak sebagai kenangan.

Khamis, 21 Mei 2015

Hantu ulam

Assalamualaikum...(^ ^)

Tajuk tak menahan, siap hantu tu!

Nak menggambarkan yang Mas memang suka sangat makan ulam.. Kalau makan nasi mesti nak ada 2-3 jenis ulam. Apa jenis ulam pun, baik yang tradisional atau moden.

Apa beza ulam tradisional dan moden
Ulam tradisional dari pokok² kayu seperti ulam raja, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, daun tenggek burung, pegaga, petai, jering dan pelbagai lagi. Ulam tradisional biasanya senang dapat di sekitar kampung. Macam arwah mak dulu, suka tanam ulam-ulaman. Nak makan petik je kat kebun.


Ulam moden biasanya dari sayuran seperti bendi, kangkung, timun, petola, peria katak, kacang panjang, tomato dan kobis. Ulam² ni boleh dimakan begitu saja atau dicelur sekejap dengan air panas. Pastu makan pulak dengan sambal belacan atau budu, perghhh kecur air liur!

Khasiat ulam-ulaman
Banyak sangat! Rugi tau siapa yang tak suka makan ulam. Kalau nak diet makanlah banyak ulam. Pastu nak awet muda dan muka sentiasa nampak muda, makan jugaklah banyak ulam. 

Bukan tipu, memang betul. Cuba tengok nenek moyang kita, badan sihat dan muka tak dimakan usia pun sebab amalkan makan ulam.

Rabu, 20 Mei 2015

Wordless Wednesday [85]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kejohanan persediaan dan pemilihan pemain boling ke Sukan KKM 2016 di Sarawak.

Adoi dah dekat sebulan tak turun latihan ni, camne nak main untuk kejohanan. Kang melepas pulak nak ke Sarawak!

Belasah jelah, awak kan terer Mas. Ayat sedapkan hati sendiri ni.


Selasa, 19 Mei 2015

Ibu yang kejam!!

Assalamualaikum...(^ ^)

Itu je Mas nak katakan pada ibu yang bunuh dan kerat 15 anaknya yang baru dilahirkan. 


Kenapalah bertindak sedemikian? Anak tu tak berdosa, dia yang berdosa besar. Jika anak tu dilahirkan dari hubungan terlarang tapi jangan sampai buat camtu. Memang hati dah dirasuk syaitan!

Inilah yang paling kita takut sekarang kan? Gejala sosial serta buang dan bunuh bayi makin menjadi². Kadang tu yang lakukan adalah remaja sekolah yang masih muda, tanpa segan silu buat maksiat kemudian termengandung. Pastu takut mak ayah dan masyarakat tau, bila anak lahir bunuh dan buang. Sedihlah dengan keadaan ni!

Jadi sebagai ibu bapa kita kena pantau aktiviti anak dan berikan perhatian lebih pada mereka. Jangan asyik sibuk dengan urusan kerja, anak² terabai. Bila dah bosan mereka akan cari hiburan di luar dan terlibat dengan gejala sosial. Dah jadi perkara sebegini menangis airmata darah pun dah tak guna. Anak kita dah buat kesalahan yang besar dosanya. Ya Allah mintak dijauhkan!

Pekalah ibu bapa, beri perhatian 100% dan 24 jam setiap hari. Bukan mengongkong tapi kita sayang!

Isnin, 18 Mei 2015

Kursus Pembanguan Setiausaha Pejabat

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah cukup sudah kursus untuk tahun 2015. Lepas ni tak perlu fikir dah pasal nak pergi kursus, sebab lepas bulan Jun dah penuh jadual. Dengan nak rayanya, dengan 2 orang adik bujang nak kahwin, dengan Atikah nak UPSR dan macam² lagi. Jadi selesaikan awal!

Kursus kali ni hanya di Peninsular Residence Hotel Kuala Lumpur. Maklumlah belanja berhemah kan, tak boleh nak buat jauh² sangat.



Hotel Mas bagi 3 bintang je. Memang bilik besar dan selesa, cuma keadaan dalam bilik tu agak mengecewakan. Dengan pintu bilik mandi rosak, kunci bilik pun rosak dan makanan pun kurang memuaskan hati. Setiap pagi mesti masakan hangit!

Program kursus berjalan lancar, input dan pembelajaran yang diberikan pun menarik. Walaupun ada setengah topik sama je dari kursus² PA yang pernah Mas pergi tapi penyampaian penceramah tu boleh menarik perhatian. Yang paling seronok aktiviti Project Management. Setiap kumpulan kena bina replika menara berkembar.





Apa pun seronok kursus ni. Dapat jumpa kawan² PA, dapat hilangkan stress dan boleh lebih mengenali dengan lebih rapat. Kami ni nama je satu Kementerian tapi memang jarang jumpa, sibuk memanjang. Bila dah jumpa boleh kongsi cerita, baru seronok! Ilmu dapat ukhwah pun makin erat.

Gambar sekitar kursus.





Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com