Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 27 November 2014

Pertunangan adik : Hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)


Dalam entri lepas Mas dah cerita tentang majlis pertunangan adik, kali ni nak kongsi tentang hantaran untuk majlis tersebut. Semua hantaran memang adik mintak Mas buatkan, dan Mas pun tolong dengan ikhlas tanpa kenakan apa² bayaran kat dia. Adik sendiri tak nak berkira sangat, janji majlis dia sempurna dan berjalan lancar.

Tema untuk hantaran ialah gold + peach. Semuanya dibuat hasil dari idea Mas sendiri, memang tak tiru dari buku ke atau mana² sumber. Lagi pun hantaran tunang mudah je jadi senanglah nak buat. Yang paling Mas gembira bila adik suka dan berpuashati dengan hasil kerja Mas. Kakak² Mas pun puji hantaran cantik dan menarik!

Inilah 5 hantaran yang berjaya Mas buat. Husband siap suruh bukak tempahan tapi Mas tak nak. Tak yakin nak buat untuk orang, takut ada yang tak berpuashati nanti. Untuk adik sendiri bolehlah kan? 

 Tempat letak cincin tunang

Kain telekung

Coklat

Buah-buahan

Kek

Lagi satu album gambar untuk letak separuh wang hantaran yang perlu diserahkan kepada pihak perempuan. Mas hias supaya nampak cantik!



Rabu, 26 November 2014

Simple celebration untuk Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam Mas ambik cuti rehat Di samping bawak Airis check up kat klinik, buatlah sambutan sikit untuk birthday dia.





Mas masak siap² kat rumah, pastu beli kek dan pergi piknik kat Taman Seri Empangan, Putrajaya. Syok jugak piknik camni sambil makan nasi dengan menu yang dimasak sendiri, rilek dan santai je.

Dah kenyang makan nasi terus buat sambutan untuk Airis. Punyalah seronok dia nak potong kek sampai tak sabar tunggu kami habis nyanyi lagu birthday untuk dia. Pastu tak nak babah pegang tangan dia masa potong kek tu, nak potong sendiri. Makan kek pun nak suap sendiri, habis comot baju dan muka. Tapi Mas biarkan je, maklumlah orang dah big girl kan?

Inilah saat manis dan comel yang sempat Mas rakam. Airis pun tergelak² bila tengok gambar dia!






Selasa, 25 November 2014

Pertunangan adik : Majlis

Assalamualaikum...(^ ^)

Pada hari Ahad lepas berlangsungnya majlis pertunangan adik bongsu Mas. Jadi kami adik beradik yang kena bertanggungjawab menguruskan semuanya dari mula hingga selesai, maklumlah mak dan abah dah takde.

Gadis pilihan adik adalah orang Lenggeng, Negeri Sembilan, jadi kenalah mengikut pelbagai adat yang selama ni Mas pun tak tahu. Bagi keluarga Mas yang tak biasa memang rasa susah sikit, tapi kena ikut jugak sebab kita nak meminang anak dara orang. Bila dah berbincang semua dapat diselesaikan dengan baik dan kami memahami satu persatu adat yang diamalkan oleh mereka.

Tapi bab adat tu perkara kedua kan? Apa yang Mas harapkan moga ikatan pertunangan antara mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.

Ini Mas kongsikan gambar sekitar majlis.







Along Mas yang sarungkan cincin tunang sebab mak dah takde. Kekok jugak Along, pertama kali kan?




Inilah gambar adik Mas dan tunang dia.




Isnin, 24 November 2014

Nur Airis Arissa : 2 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)


HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE GIRL!

24/11/12 - 24/11/14
Genap sudah 2 tahun umur Airis, sekejap sungguh masa berlalu. Moga terus membesar menjadi anak yang sihat, cergas dan pandai. Moga jugak menjadi anak yang beriman dan solehah.

Makin besar ni makin bijak. Bercakap memang dah petah, apa yang kita cakap semua dia nak ikut. Pastu makin garang, kalau mama marah dia mesti dia marah mama semula. Kadang² tu bila mama marah kakak dan abang, dia pun ikut sama marahkan diaorang. Memang garang macam mamalah!

Tapi Mas gembira sebab tumbesaran dia cukup baik, sentiasa sihat dan gembira. Sayang Airis!

Jumaat, 21 November 2014

Sistem SAPS

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa itu sistem SAPS?


SAPS adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini dibangunkan untuk menyemak keputusan peperiksaan murid². Dari situ kita boleh pantau dan tengok peningkatan atau penurunan keputusan peperiksaan anak² dari awal hinggalah akhir tahun.

Caranya mudah! Layari website ini sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php. Kemudian masukkan nombor IC atau nombor surat beranak, pilih jenis sekolah dan tahun. Seterusnya klik semak laporan.

Bagus sistem sebegini, boleh tahu markah sebenar keputusan peperiksaan anak², takde yang boleh menipu. Begitulah zaman moden sekarang, semuanya di hujung jari. Jadi manfaatkan kegunaannya untuk kemudahan kita.

Selasa, 18 November 2014

Musim banjir kembali

Assalamualaikum...(^ ^)

BANJIR!

Inilah yang sering ditakuti oleh semua orang. Mana tidaknya, bila satu kawasan tu dilanda banjir memang akan banyak harta benda yang rosak. Pastu pasti penduduk akan susah kerana terpaksa berpindah randah, terputus bekalan air, letrik dan makanan serta ancaman penyakit bawaan air.

keadaan banjir di Kuantan

Tapi siapalah kita manusia nak menghalang. Sudah lumrah alam bila tiba bulan November dan Disember pasti musim tengkujuh melanda dan seterusnya membawa kepada banjir. Hari ni pun tengok di Facebook terdapat tempat² di Kuantan sudah dinaiki air. Terus terfikirkan mak mertua, sebab tahun lepas rumah dia dilanda banjir.

Jadi kepada penduduk di tempat yang sering dilanda banjir kenalah bersiap sedia dari sekarang. Buat persiapan supaya tak kelam kabut nanti. Husband Mas pun dah standby, sebab biasanya kalau musim banjir memang cuti dia dibekukan. Mas pun risaukan jugak rumah kat kampung.

Sama²lah kita berdoa supaya tahun ni banjir tidak seteruk tahun lepas.

Khamis, 13 November 2014

Malam Kesenian KKM

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas dapat peluang pergi ke Malam Kesenian Kementerian Kesihatan yang diadakan di Hotel Everly Putrajaya. Itupun dapat penyertaan last minit sebab tak cukup orang. Setiap bahagian kena beli satu meja untuk 10 orang, kelab bahagian Mas yang bayarkan.

Pukul 9 lebih baru majlis bermula. Macam biasa majlis rasmi mesti dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh KSU. Pastu barulah acara makan. 

Menu kat hotel memang agak mengecewakan jugak, tak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Harap pihak hotel dapat perbaiki menu² yang mereka hidangkan, barulah sepadan dengan hotel yang bertaraf 4/5 bintang.

Selain dinner ada pertandingan karaoke solo dan duet serta pertandingan tarian. Semua peserta yang bertanding memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan. Peserta yang menang pun memang layak sebab persembahan mereka sangat mantap!

Inilah ada sedikit gambar di majlis.






Selasa, 11 November 2014

Gubahan hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Nak cerita sikit gubahan hantaran yang Mas buat ni. Bukannya ambik upah buat hantaran sesiapa, cuma buat untuk adik sendiri je.

Cuti sekolah nanti adik lelaki bongsu akan bertunang. Memandangkan kakaknya mahir bab buat hantaran, maka dipertanggungjawabkan untuk buat hantaran tunang dia. Ayat tak boleh blah, hehehee!

Jadi minggu ni dengan minggu depan bermulalah aktiviti Mas mengubah hantaran. Tak banyak pun hantaran dia, 5 dulang je. Barang² hantaran pun ringkas je. Sebenarnya Mas takdelah mahir sangat tapi bolehlah buat tiru dari buku, ada jugak dari idea sendiri.

Masa Mas bertunang dan kahwin dulu memang hantaran buat sendiri, jadi memang takde masalah nak buat untuk adik beradik. Daripada dia upah orang atau beli yang dah siap kat kedai, lebih baiklah Mas buatkan. Jimat sikit bajet!


Inilah 1 contoh hantaran yang dah separuh siap, tempat letak cincin tunang. Adik Mas pun suka, cantik katanya! Kembang jap hidung kakaknya ni, nanti Mas update bila semua hantaran dah siap.

Rabu, 5 November 2014

Wordless Wednesday [78]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kegemaran sepanjang masa!
Sagu Gula Melaka. Syoknya makan sejuk², segar rasa tekak.


Selasa, 4 November 2014

Aktiviti cuti sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 2 minggu lebih nak cuti sekolah, bolehlah balik rumah awal sikit sebab tak perlu nak tunggu Arfan habis sekolah petang. 

Semestinya bila dah mula cuti ibu bapa akan sibuk merancang aktiviti cuti sekolah bersama anak². Ada yang nak pergi makan angin, ada yang nak balik kampung dan ada jugak yang hanya habiskan masa bersama anak² di rumah. 

Mas bercadang cuti sekolah hujung tahun nak lebih banyak habiskan masa dengan anak² kat rumah. Bukannya apa, tahun depan Atikah periksa UPSR, Mas mahu dia beri lebih tumpuan pada pelajaran. Siapa tak suka anak dapat keputusan cemerlang kan? Jadi biar dia mula belajar sikit² dari sekarang.


Tapi bila tengok flyer kem semasa cuti sekolah ni macam menarik jugak. Boleh hantar Atikah pergi, dapatlah dia timba pengalaman. Mas pun memang tak pernah hantar dia kem sebegini, harus bincang dengan husband ni.

Sebenarnya kem ni memang bagus untuk membina jati diri dan keyakinan diri anak². Mereka boleh belajar berdikari, belajar ilmu agama dan belajar aspek kerohanian dan jasmani dengan lebih mendalam. Semua ini bagus untuk masa depan mereka bila dewasa nanti. Lagi pun anak² zaman sekarang perlu pendedahan sebegini supaya mereka tidak mudah terlibat dalam gejala sosial. 

Ahad, 2 November 2014

Tahniah Pahang!

Assalamualaikum...(^ ^)


Hogoh Pahang Hogoh!
Tahniah Skuad Tok Gajah!
Piala Malaysia dalam genggaman dua tahun berturut².

Memang tak sia² jerit dan sorak sampai sakit tekak. Tak sia² tengok sampai ke 90 minit tamat, 30 minit masa tambahan tamat dan seterusnya mengheret ke sepakan penalti. Semestinya sepakan penalti adalah saat yang mendebarkan, nak tengok pun tak sanggup rasanya. Kalau silap sikit memang musnahlah harapan nak julang Piala Malaysia.

Memang rezeki skuad Tok Gajah semalam apabila penjaga gol Pahang dapat selamatkan tendangan penalti dari Mat Yo. Alhamdulillah kejuaraan tahun lepas dapat dipertahankan, tahniah sekali lagi!

ALE ALE TOK GAJAHKU.
ALE ALE TOK GAJAHKU.
PAHANG MENANG YOOOOOO!

Syoknya negeri Pahang dapat cuti peristiwa esok. Kan seronok kalau anak jati Pahang dok kat Selangor ni dapat cuti jugak, hahahaa!

penyokong tegar Tok Gajah

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com