Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 April 2011

Dari ceruk dapur Mas Saari

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat petang kawan²!

Cepat je masa berlalu kan? Tinggal beberapa jam saja lagi kita akan masuk ke bulan Mei. Camne lunch kawan² tengahari tadi, best tak? Masak sendiri ke atau makan kat luar? Mas sebenarnya memang jarang masak, kalau hari bekerja tu memang tak masak langsung. Siang hari dah sah bungkus saja lauk sebab Mas bekerja, bila malam pulak keluarga Mas tak makan nasi. Jadi tak perlulah masak.

Bila hujung minggu selalunya memang jarang kami ada di rumah, mesti keluar bawa anak jalan² dan makan pun kat luar. Tapi sejak kos sara hidup dah semakin meningkat dan harga barang pun dah semakin naik, Mas pun kurangkan aktiviti jalan dan makan kat luar ni. Lebih baik masak kat rumah lebih jimat, sekali sekala sajalah makan kat luar. Jadi hari ini Mas masak istimewa sikit untuk husband dan anak², maklumlah dah lama tak masuk dapur. Jom jamu mata dengan menu yang tak seberapa ni.

Masak Lemak Cili Api Ketam 

Sup Bayam Hijau

Udang Goreng Kunyit

Ulam Kacang Botol dan Sambal Belacan

kau memang mengoda... akhirnya aku tergoda!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dah berjanji tidak akan tengok dia, tidak akan menyentuh dia dan tidak akan merasai dia! tapi janji tinggal janji, godaan dari dia terlalu kuat.. tidak bisa Mas tahan! makin tahan makin tergoda, makin sengsara dan makin merana.. tapi mengenangkan kesihatan diri yang tidak berapa baik sejak minggu lepas, membuatkan Mas memendam rasa..

tapi hari ini memang dia betul² buat Mas tergoda! tidak mampu lagi Mas menahan rasa hati ini.. Mas tak peduli! Mas pujuk husband, jomlah abang.. husband melarang, kan badan tu tak sihat lagi.. nanti makin teruk demam tu! tapi Mas tetap tidak peduli, Mas terus pujuk husband dan akhirnya dia mengalah! hehehehe.. berjaya juga Mas mendapatkan dia.. bolehlah Mas menikmatinya dengan sepuas hati!

sayang, bersedialah.. Mas datang ni!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

inilah sayang Mas tu! hehehehehe.. tergoda kan tengok dia, memang tak boleh tahan! dua biji jugaklah Mas bedal hari ni.. lupa dah tentang batuk, demam dan selsema tu! tanggung sendirilah..

Maharaja Lawak... JOZAN menguasai!

Assalamualaikum...(^ ^)

maaflah kawan2, semalam tak dapat nak publish entri ini disebabkan masalah berukband yang sangat menyakitkan hati! jadi seperti biasa sesi review Maharaja Lawak tetap ada... minggu kelima seolah2 serba tak kena! sesetengah peserta seperti tidak bersedia dan memberikan persembahan yang agak mengecewakan... tapi kumpulan Jambu, Sepah dan Jozan tetap memanaskan pentas dengan lawak mereka yang sememangkan terbaik! jom kita sama2 review...
  • persembahan Man, Balas dan Jihan memang membosankan dan sangat blur... tiada langsung ruang untuk Mas bergelak ketawa! 
  • lawak Nabil pun kurang menjadi... memanglah dia sentiasa kreatif tapi dia tetap tak berjaya membuatkan Mas ketawa terbahak-bahak!
  • Jambu memang Jambu! walaupun tidak sebaik minggu lepas tapi tetap BEST!
  • standard lawak Sepah ternyata tidak menghampakan... tetap terbaik!
  • lawak yang sangat2 bodoh dari Amir... undi keluar pleaseeeeeeeeeeeeee!
  • minggu ini milik Jozan! memang terbaik, terbest dan kebaboommmm!
  • Jihan disingkirkan! Amir masih selamat... ramai betul penyokong dia kan?

Jumaat, 29 April 2011

blogger muda yang baik hati

Assalamualaikum...(^ ^)

semakin hari Mas rasa semakin seronok berblog.. dapat berkenalan dengan ramai blogger samada yang sudah lama ataupun masih baru! walaupun tidak pernah bersua muka tetapi persahabatan yang terjalin amat mesra dan akrab.. pelbagai cerita, tips, nasihat dan pengalaman dikongsi bersama! 

kebanyakkan blogger yang Mas kenali majoritinya masih muda.. al-maklumlah Mas ni dah masuk umur 30an baru kenal apa itu blog! salah seorang blogger muda ni, Mas suka sikapnya.. walaupun Mas tak pernah berjumpa dengan dia tapi Mas tahu dia seorang yang baik hati!


inilah header blog blogger tersebut, mesti kawan-kawan pun dah jadi follower blog dia kan? kalau tak silap, Mas tahu tentang blog dia melalui segmen BA.. sehinggalah sekali tu Mas bertanya dengan dia macam mana nak buat iklan churp-churp bagi nampak tersusun.. tak sangkalah pulak dia bagi link cara nak buat iklan tu! heheheee, terima kasih Edie! 

bermula dari situlah Mas selalu mengikuti perkembangan blog dia dan setiap hari mesti baca blog dia.. pernah sekali tu dia buat entri khas untuk Mas, boleh baca kat sini.. terharu Mas, memang baik hatilah Edie ni.. sekarang ni Edie sedang update bloglistnya untuk bulan May, kalau kawan-kawan berminat nak sertai boleh tengok kat sini.. terima kasih banyak Edie kerana sentiasa menyokong akak, nanti balik Malaysia bolehlah kita berjumpa di mana-mana gathering, hehehehe..

ampunkan saya MAK!!

Assalamualaikum...(^ ^)

MAK : nak... marilah tolong mak kat dapur ni! tak kesian ke kat mak buat kerja sorang2... 
ANAK : alahhhh... mak ni! orang perempuan je yang buat kerja2 dapur ni... saya lelaki, takkan nak buat semua kerja tu... ishhhhhh, tak nak lah!

MAK : apa salahnya kalau tolong... siapa lagi mak nak harapkan? mak cuba ada seorang je anak... kamulah madu, kamulah racun! marilah nak, tolong mak!
ANAK : mak ni tak faham ke? orang tengah sibuklah! mak buatlah sorang2... kalau mak tak larat nak buat, mak mintalah abah tolong... 

MAK : alaaaaaa... anakku sayang! abah kan kerja... sekali ni je mak minta tolong, kalau mak dah takde nanti tak perlu dah nak susah2 tolong mak... marilah sayang!
ANAK : apalah mak ni... tak dengar ke orang cakap? orang sibuklah, tak faham bahasa ke?

MAK : hurm... takpelah kalau tak nak tolong! (keluh ibu dengan hati yang sedih... tiba2!)

MAK : anakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... tolong mak nak, sakit ni! tolonggggggggg... (sayup je kedengaran suara ibu meminta tolong dan akhirnya senyap begitu sahaja)

ANAK : apa lagilah mak aku ni... tak habis2! haaaaaaa... mak nak apppp.... (terdiam si anak seribu bahasa bila terlihat ibunya terbaring kaku di atas lantai dapur) 

ANAK : makkkkkkkkk!! kenapa ni mak? jangan tinggalkan saya mak! maafkan saya mak... ampunkan saya mak... makkkkkk, bangunnnnnnnnnn!! (terpekik terlolong si anak memanggil ibunya namun sudah terlambat... ibunya sudah tidak bernyawa!)

insaf, menyesal, sedih dan menangis... semua itu sudah tak berguna lagi! kenapa semasa hayatnya masih ada kita tak pernah ada perasaan sebegitu? walaupun cerita ini hanya rekaan tapi Mas percaya perkara sebegini mungkin pernah terjadi... mintalah ampun banyak mana sekali pun tapi sudah terlambat! ibu kita dah pergi, ibu kita dah tak bernyawa dan ibu kita dah mampu untuk berkata2...

tegarnya si anak berbuat begini... sedangkan Mas yang menyayangi dan menjaga mak sebaik2nya sehingga mak menghembuskan nafas terakhir masih tertanya2 adakah mak ampunkan dosa Mas terhadapnya... inikan pula anak yang derhaka sebegini! kawan2 jadikan cerita ini sebagai teladan... sayangilah mak kita selagi dia masih ada! janganlah bila ibu dah tiada baru kita nak menyesal... tak berguna lagi!

Khamis, 28 April 2011

geng tukar kad ATM... berwaspadalah!

Assalamualaikum...(^ ^)

pelbagai cara akan dilakukan oleh penjenayah untuk mendapatkan wang kita... kalau mereka tak boleh dapatkan dengan cara merompak, mereka akan gunakan cara yang paling licik! salah satu caranya dengan menukar kad ATM kita kepada kad ATM palsu semasa kita sedang mengeluarkan duit di mesin ATM... sehingga mereka ini digelar Geng Tukar Kad ATM!

kawasan sasaran merekalah sudah tentulah di bank2 yang tak ramai orang menggunakan mesin ATM... ataupun pada ketika itu hanya seorang sahaja yang menggunakan mesin ATM tersebut! taktik yang mereka gunakan memang sangat licik iaitu dengan hanya mengumpan mangsa dengan wang RM50! sedang asyik mangsa menekan nombor pin salah seorang daripada mereka akan memerhati secara diam2 dari belakang... dia akan menghafal nombor pin tersebut dan rekodkan di dalam handphone!

geng yang lagi seorang akan menjatuhkan sekeping duit RM50 di atas lantai... kemudian dia akan menepuk belakang mangsa dan bagitau yang duit mangsa tercicir... mangsa yang terkejut akan terus berpaling dan mengambil duit tersebut kerana menyangkakan memang betul duit dia tercicir! kemudian yang seorang lagi akan cepat2 menukar kad ATM mangsa kepada kad palsu dan terus beredar dari situ! 

memang sangat2 licik kan? kalau nak tengok sendiri boleh tengok videonya di SINI... video ini dikirim oleh internetKINI... jadi berwaspadalah kawan2 apabila nak mengeluarkan duit di mesin ATM seorang diri!

takde sivik punya orang!!

Assalamualaikum...(^ ^)

saat ini mata sangat2 mengantuk... rasa sekarang jugak nak pergi tidur kat surau! bila mata mengantuk ni otak pun bekulah, ditambah pula dengan kesejukkan aircond... maka idea pun membeku bersama sehinggalah teringat kembali kejadian petang semalam... ingat semalam je nak cerita tetapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan maka terbantutlah... 

kejadian petang semalam sememangnya menguji tahap kesabaran, kalau diikutkan hati... kejadian berlaku masa Mas sedang memandu balik dari kerja... sedang khusyuk memandu sambil makan coklat Cadbury dan dihiburkan dengan lagu Dealova, tiba2... dummmmmmmm! sebiji botol air mineral melayang dari kereta hadapan dan terkena windscreen kereta Mas... opocot mak engkau! terkejut beruklah Mas... hampir2 tertekan brek emergency! apa lagi Mas pun tekan horn kuat2, buka tingkap dah jerit kuat2... tapi waktu tu memang  dia dah pecut laju dah, Mas malas je nak kejar... kalau Mas kejar memang Mas langgar je belakang kereta dia... memang takde sivik punya orang!

ada ke patut sampah seperti botol mineral tu main campak2 je keluar tingkap... ingat jalan mak bapak dia ke? apa salahnya simpan dulu dalam kereta, nanti bila sampai rumah buanglah dalam tong sampah! Mas akui, Mas pun pernah buang sampah dari kereta semasa memandu... tapi cuma bungkus gula2 je! memanglah Mas tau itu satu kesalahan, tapi kadang2 tu tak sengaja... tapi bersiviklah sikit daripada manusia tak guna tu!

macam itulah manusia kan? kadang2 sesetengah pemandu memang tak hiraukan pemandu yang lain... mereka buat seolah2 jalan tu mereka yang punya... orang macam ni memang tahap kesedaran sivik dia takde langsung! 

Rabu, 27 April 2011

entri bagus, cantik dan kemas!

Assalamualaikum...(^ ^)

untuk menghasilkan satu entri yang baik dan dapat memikat hati pembaca bukanlah mudah... gaya penulisan, bahasa yang digunakan dan susunan ayat memainkan peranan yang penting! bukan setakat isi yang bagus sahaja tetapi kekemasan entri itu akan menarik perhatian pembaca... 


Mas akui memang Mas mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan satu entri... kadang2 tu sampai satu jam! bukanlah sebab takde idea nak tulis apa... cuma Mas nak pastikan entri Mas kemas dan cantik! masa mula2 berblog dulu memang entri Mas tak kemas langsung... lintang pukang je! malu pulak bila tengok entri2 yang lama tu... tapi bila Mas mengenali blog Bangku Kosong, dari situlah Mas perbaiki mutu penulisan entri! Mas memang terpikat dengan kekemasan blog dia... gaya penulisan dan bahasa yang digunakan juga sangat mudah difahami!

apa yang Mas akan lakukan untuk pastikan entri Mas kemas dan cantik, ialah...
  • boldkan perkataan2 yang penting
  • warnakan dengan warna merah ayat yang menarik dan ada maksud tersirat 
  • bahagikan entri kepada beberapa perenggan
  • justify entri agar nampak lebih tersusun
  • elakkan 'align center' kerana ini sesuai untuk entri bergambar sahaja! dulu Mas memang suka buat 'align center' tapi bila Mas tengok semula nampak tak kemas!
  • pastikan semak dulu sebelum publish post, manalah tau ada typo!
  • biasanya Mas akan preview sekurang2 lima kali sebelum publish post... Mas akan baca berulang2 kali, tengok susunan kemas tak... barulah Mas publish!
  • Mas juga akan pastikan setiap entri ada gambar... walaupun cuma satu sahaja!
macam itulah cara Mas... Mas sekadar berkongsi, kalau suka boleh ikut!

kenangan ditimpa kemalangan semasa kanak2

Assalamualaikum...(^ ^)

zaman kanak2 adalah waktu yang paling seronok... bila dikenang kembali mesti boleh tersenyum dan tergelak keseorangan! saat inilah teserlah kenakalan masing2... dan disebabkan kenakalan itulah kita sering ditimpa kemalangan kecil! seperti kawan2 Mas juga ada kenangan ditimpa kemalangan semasa kanak2... ada 2 kemalangan yang menimpa Mas yang memang Mas ingat sampai sekarang... kesan parut pun masih ada lagi! jom kita imbau kembali peristiwa itu...

kemalangan pertama masa Mas berusia 6 tahun... kaki Mas luka terpijak pisau sampai kena 20 jahitan! masa tu mak Mas sedang potong2 daun pisang di pelantar rumah untuk dijual di pekan sehari... mak dah pesan jangan datang main berdekatan dengan dia! tapi Mas tak dengar kata, terus Mas lari dari dalam rumah dan terjun di atas pelantar... tiba2 Mas rasa kaki terpijak sesuatu! 

bila Mas tengok rupanya terpijak pisau yang terselit di celah lantai papan pelantar! masa tu mak memang paniklah sebab pisau tu melekat kat tapak kaki Mas... tapi budak2 kan mana tau erti sakit, Mas boleh selamba je cabut pisau tu! muka rilek je, memang tak rasa sakit langsung... tapi di klinik, masa dijahit tu memang meraung habislah... waktu tu baru terasa sakit! tak pasal2 kena 20 jahitan dan 2 bulan jugaklah Mas tak boleh berjalan...

kemalangan kedua masa Mas darjah 2... jatuh tersembam dekat tepi longkang sampai kena 2 jahitan! seingat Mas masa tu waktu rehat, Mas dan kawan2 main kejar2... tengah syok main sambil terjerit dan lari lintang pukang tiba2 Mas ditolak oleh seorang kawan... apa lagi jatuh tersembamlah! 

mula2 ingat takde apa2, maintain cool je walaupun rasa sakit... pastu ada kawan jerit "Mas muka kau berdarah!"  Mas pun raba2 kat muka, rupanya memang ada luka kat tepi mata! terus cikgu bawa ke klinik dan doktor terpaksa jahit sebab luka tu besar! kenalah 2 jahitan, mengalir jugalah airmata menahan sakit kena jahit... itu sajalah kenangan Mas... walaupun sakit tapi itulah pengalaman yang mematangkan kita!

Selasa, 26 April 2011

Hebatnya pengaruh BLOG!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas terjebak dengan dunia blog ni lebih kurang 3 bulan lebih dah, semakin hari semakin kuat blog ni mempengaruhi Mas. Sehari tak buka blog rasa rindu mencengkam jiwa, walaupun sakit tapi tetap gagahkan diri nak update entri. Kalau dulu masa banyak dihabiskan dengan Facebook tapi sekarang FB hanya dipandang sebelah mata je. Masa² lapang hanya dihabiskan bercengkerama dengan blog tersayang, hebat kan kawan² pengaruh blog ni. 

Bila diri dah terpengaruh Mas pun sebarkan pengaruh itu ke adik beradik pulak, pelbagai hasutan Mas beri pada mereka supaya buat blog. Akhirnya mereka terpedaya, orang pertama yang terpengaruh dengan pujuk rayu Mas ialah adik Mas.

bukan dirimu hanya diriku...

Mas rasa mesti ada kawan² yang follow blog ni kan? Inilah blog adik Mas, Cik Sue. Dia mula buat blog pada 22 Januari 2011 setelah termakan pujuk rayu Mas. Mula² tu dia macam endah tak endah je dengan blog ni tapi bila Mas terus menghasut dan menghasut setiap hari akhirnya jadi blogger tegar jugak. Sekarang dah semakin hebat, follower pun dah cecah 500 lebih dan entrinya pun best dan menarik. Jadi kalau kawan² belum singgah ke blog dia, boleh ke http://miowmanja.blogspot.com. Orangnya peramah macam Mas jugak! 


Ini pulak orang kedua yang termakan pujuk rayu Mas untuk aktif berblog. Dia adalah kakak sulung Mas yang tersayang, Sal Saari. Mas rasa mesti ada jugak kawan² yang dah follow blog dia kan? Dia mula berblog pada 2 Mac 2011 akibat pengaruh adik²nya lah, hehehee! Sekarang pun blog dia dah semakin dikenali, follower pun dah cecah angka 200 lebih dan kebanyakan entrinya berunsur nasihat² yang bagus. Jom kawan² singgah di blog along Mas ni di http://mohintai.blogspot.com/. Orangnya baik hati macam Mas jugak!

janganlah malukan diri sendiri

Assalamualaikum...(^ ^)

ada sesetengah orang tak sedar yang kadang2 mereka telah malukan diri sendiri demi nak tarik perhatian orang lain... contoh yang paling ketara adalah cara berpakaian dan yang lebih kerap berbuat begini adalah wanita! maaflah kalau ada kawan2 wanita yang terasa tapi Mas sekadar menyampaikan agar kita sebagai wanita tidak membuat sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri! 

wanita memang sinonim nak kelihatan cantik dan seksi... tapi mereka tak sedar yang kecantikan dan keseksian itu kadang2 boleh memalukan diri sendiri... cuba kita lihat contoh gambar2 ini!


perlukan kita berpakaian sebegini? sedangkah kita dah tau susuk tubuh agak gemuk dan tidak sesuai berpakaian sebegini! tapi kenapa kita buat jugak? Mas pernah jumpa seorang perempuan di stesen LRT, pakai tudung tapi pakai baju yang sangat ketat dan singkat... dahlah tubuhnya agak gempal! bila dia perasan orang lain asyik tengok dan perhatikan dia... mulalah dia asyik tarik2 baju! kenapa mesti nak tarik pulak... malu ke? masa2 mula2 pakai tadi tak fikir pula pakaian tu akan memalukan diri sendiri!


huhuhuhu... yang ni lagi dahsyat! apa motif berpakaian sebegini... nak nampak seksi atau nak memalukan diri sendiri? tak perlulah terlalu taksub nak berfesyen sehingga sanggup dedahkan bahagian tubuh badan yang tak sepatutnya... nanti bila mata orang lain dah tertumpu kepada kita mulalah serba tak kena! tanya kawan sebelah "jarang sangat ke baju I ni? orang asyik pandang je, malulah!" haaaaaaaaa... kan! tahu pun nak rasa malu, masa nak pakai tadi tak pulak rasa malu... jadi, fikir2 sendirilah!

tapi kadang2 Mas pelik kenapa artis tak pernah rasa malu berpakaian seksi...

Isnin, 25 April 2011

terasa sudah hilang kepercayaan pada Maxis

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang setia dengan Maxis sejak tahun 2000... nombor telefon yang Mas guna sekarang pun memang tak pernah tukar, tetap guna nombor yang sama sejak dari mula2 pakai handphone! tapi kesetiaan Mas selama 11 tahun ini telah digugat oleh pihak Maxis sendiri! terasa sudah hilang segala kepercayaan dan kesetiaan kepada Maxis selama ini...

semuanya ini gara2 bil Maxis bulan Mac yang melambung tinggi daripada biasa... Mas memang guna postpaid dan ambil plan Family Plus... kebiasaanya bil tiap2 bulan untuk 3 nombor + broadband mesti kurang dari RM200! tapi sungguh2 Mas terkejut beruk bila bil bulan Mac hampir mencecah RM300! apa ke halnya ni?

klik untuk lihat lebih jelas...
setelah Mas buat semakan bil secara online, Mas tengok charge yang dikenakan ke atas Maxis Mobile Internet sebanyak RM133.30! mak datuk... banyaknya! bila masa Mas guna internet ni? memang tak puas hati! apa lagi terus telefon Maxis dan Mas membebel dan marah2 lah dekat Pegawai Khidmat Pelanggan Maxis tu... pastu dia boleh cakap mesti Mas ada terbagi orang lain guna phone untuk layari internet! eh? suka2 hati je cakap macam tu, ingat Mas baik hati sangat ke nak bagi orang guna phone Mas sesuka hati... bodoh sangat ke Mas ni!

tapi bebel dan marahlah macam mana sekali pun pihak Maxis tetap nak kita mengaku yang memang kita guna Internet tu... bayaran tetap kena jelaskan dan Maxis kata akan refund balik jika setelah dibuat semakan memang terbukti Maxis yang salah charge! hurmmmm... senang je kan cara penyelesaian mereka! takpe Maxis, Mas akan beri peluang 1 bulan lagi... tapi kalau next month macam ni jugak... memang muktamad Mas terus terminate line ni! guna broadband je... untuk telefon guna prepaid, lagi jimat!

Ahad, 24 April 2011

kisah seram di asrama... kisah benar tau!

Assalamualaikum...(^ ^)

bila sebut asrama mesti sinonim dengan kisah seram kan? sama ada asrama di sekolah ataupun asrama di universiti... mesti kawan2 pun pernah mendengar kisah seram tersebut atau mengalaminya sendiri! kalau ikut pengalaman, Mas pernah mengalami sendiri semasa menginap di asrama... kejadian tu masa tahun 1998 di asrama Kolej Seroja UiTM Shah Alam... 

kisah seram yang Mas alami ni memang Mas rasa paling seramlah... masa tu lebih kurang pukul 2 pagi, tiba2 Mas terjaga dari tidur! bila Mas buka mata terus Mas terpandang sesuatu berdiri tegak di depan almari... terkejut siot! Mas terus tutup mata! tapi masih nak beranikan diri tengok sekali lagi... Mas pun buka mata perlahan2 sekali lagi dan benda tersebut masih berdiri tegak di depan almari sambil memandang tepat ke arah Mas! Astaghfirullah al-azim, Mas dah terketar2, lidah kelu tak terkata, tak tahu nak buat apa? 

sambil pejam mata serapat2nya tangan terus meraba2 di bawah bantal mencari surah yassin... tapi takde! arghhhh!!! terlupa pulak yang Mas dah simpan dalam almari... takkan nak bangun ambil pulak, dahlah benda tu ada berdiri tegak kat depan almari! nak buka mata memang tak berani dah sebab mesti benda tu masih ada di situ... Mas kuatkan semangat, cuba nak baca ayat2 suci Al-Quran tapi tak boleh, lidah terasa kelu!

Ya Allah, macam mana ni? tapi Mas tak putus asa, terus mencuba baca dalam hati... macam2 surah lah Mas baca, tak henti2! pastu Mas beranikan diri untuk buka mata perlahan2... syukur alhamdullilah, benda tu dah takde! Mas pun cepat2 bangun, ambil surah Yassin dalam almari, naik atas katil terus berserubung bawah selimut... sambil mulut tak henti2 baca ayat2 Al-Quran! pagi esok terus demam... huhuhuhu

nak tahu tak benda apa yang Mas nampak berdiri tegak kat depan almari baju tu...
 
nilah bendanya! macam mana... seram tak? 

Sabtu, 23 April 2011

kenangan denda di zaman persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

mesti rasa seronok kan bila mengenang kembali zaman persekolahan kita... rasa nak masuk sekolah semula kan? dan sudah tentu kenangan didenda adalah perkara yang tak dapat kita lupakan sewaktu zaman persekolahan! Mas pun pernah kena denda masa sekolah dulu tapi bukan sebab nakal tau! antara denda yang Mas rasa paling glamour masa zaman sekolah dulu ialah...

  • berdiri atas kerusi atau meja... hehehehehe, denda ni mesti kawan2 pernah kena kan? Mas selalu kena denda ni masa kelas Alam dan Manusia semasa darjah 5... selalunya cikgu akan tanya soalan, jadi kalau tak dapat jawab kenalah berdiri atas kerusi... pastu kalau tak dapat lagi berdiri atas meja pulak
  • dijemur di tengah panas... huhuhuhu, denda ni memang sadis lah! mana yang kulit putih tu habislah hitam dan mana yang kulit hitam tu makin hitamlah...sadis kan? biasanya Mas kena denda ni kalau kelas bising! jadi cikgu takkan denda yang buat bising je tapi denda satu kelas...
  • kena tulis 1000 patah perkataan... haaaa, denda ni memang menguji kesabaran! cikgu biasanya kenakan denda ni pada murid2 yang tak siap kerja sekolah, meniru dalam ujian dan tak bawa buku teks... Mas pernah kena denda ni sebab tak bawa buku teks! jadi cikgu suruhlah tulis "saya janji tak akan lupa bawa buku teks lagi" 1000 kali... adus! boleh krem jari jemari dibuatnya!
  • kena berdiri di luar kelas sampai waktu rehat... malu weh kalau kena denda macam ni! setiap murid yang lalu lalang mesti akan gelak2 dan ejek punya... tebal muka tak tau nak sorok kat mana! nak tak nak berdiri jelah macam jaga kat tepi pintu kelas tu... sapa suruh buat salah kan? tapi Mas tak pernah kena denda camni tau... kawan2 Mas pernahlah! hehehehehehe...
  • kena rotan kat tapak tangan dan punggung... denda nilah paling Mas takuti! sakit wooo, boleh teringat sampai bila2 kesakitannya... biasanya kalau buat kesalahan yang teruk je barulah kena rotan kan?
jadi macam mana kawan2, pernah tak kena denda macam ni... tapi Mas rasa mungkin zaman sekarang dah takde dah cikgu kenakan denda2 macam ni pada murid2! sebab murid zaman sekarang dah terlalu advance, kalau cikgu kenakan denda cikgu pulak yang akan dipukul... hurmmm, walaupun tak semua murid macam tu tapi segelintir pasti ada kan?

Jumaat, 22 April 2011

Maharaja Lawak... malam ni kepunyaan JAMBU!

Assalamualaikum...(^ ^)

minggu ni Maharaja Lawak dah masuk minggu keempat... minggu yang Mas mengharapkan Amir akan terkeluar! jadi macam biasalah Mas akan review untuk tatapan kawan2 yang tak dapat menonton! Mas akan review secara ringkas, padat dan tepat... hehehehehe

  • tiada persembahan pembukaan oleh Usop Wilcha... rasa lain je! 
  • persembahan Amir tetap the worst tetapi Mamat Khalid puji terbaik... penat dah Mas cari mana yang terbaiknya tetap tak jumpa! gelak pun tidak...
  • JOZAN best! tak nak cakap apa2 dah... BEST!
  • Jihan dengan Man masih tercari2 identiti lawak mereka... biasa2 je!
  • SEPAH pun best! yang ni pun tak nak komen banyak2... BEST!
  • lawak Nabil memang kreatif tapi apasal Mas tak gelak pun? hurmmmmmmmmm...
  • Alex ngan Balas pun biasa2 je... puas cuba nak gelak tapi tak gelak pun!
  • JAMBU TERBAIK... TERBAIK dan TERBAIK!
  • tak faham Mas kenapa Mamat Khalid asyik puji lawak Amir bagus... 
  • ALEX terkeluar! Amir masih selamat... mungkin sebab Mamat Khalid banyak puji dia! hurmmm..

berhati-hati di jalanraya!

Assalamualaikum...(^ ^)

walau secekap mana pun kita memandu kemungkinan untuk menghadapi kemalangan tu tetap ada... jadi apa jua keadaan pun berhati2 lah di jalanraya! walau secepat mana pun kita nak sampai ke satu destinasi, tak perlu kita memandu secara membabi buta! kita bukan sahaja membahayakan diri sendiri tapi membahayakan pemandu2 yang lain... lagi satu menyusahkan pemandu2 lain! terpaksalah menghadapi situasi sebegini...

traffic jammed hampir 1 jam semasa Mas balik dari kerja petang tadi... kemalangan melibatkan 2 buah kereta iaitu Toyota Wish dan Kia Sorento! teruk jugaklah... walaupun takde nyawa terkorban!


Kia Sorento ni memang remuk teruk!

jadi... kalau kita tak mahu perkara sebegini berlaku kepada kita maka berhati2 lah di jalanraya
pesanan dibawa oleh Mas Saari dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya!

cubalah jangan pentingkan diri sendiri!

Assalamualaikum...(^ ^)

kejadian pecah rumah di kawasan perumahan Mas ni memang semakin menjadi... kalau takde orang berkawal memang dengan beraninya perompak tu datang! jadi penduduk di sini terpaksa tubuhkan rukun tetangga untuk berkawal 24 jam... tapi apa yang mengecewakan bukanlah semua penduduk mahu berikan kerjasama! ada sesetengah tu main lepas tangan dan berharap pada orang lain sahaja...

boleh dikatakan sebulan sekali buat mesyuarat... jadual bertugas pun dah buat tapi tetap sama! hanya penduduk2 yang benar2 prihatin sahaja yang sanggup berkawal siang dan malam demi menjaga keselamatan penduduk dan rumah masing2...


yang paling Mas sakit hati dengan jiran sebelah rumah Mas... memang hanya pentingkan diri sendiri sahaja! dek kerana tak mahu berkawal siang malam dia sanggup tak balik ke rumahnya! hari2 asyik telefon husband Mas suruh tengokkan rumah dia... eh? banyak cantik muka kau, ingat kami ni GUARD ke? nak kena tengokkan rumah awak tiap2 hari! geram betul Mas!!

beginilah sikap orang yang pentingkan diri sendiri sampai sanggup tinggalkan rumah semata2 tak nak terlibat dengan rukun tetangga... sepatutnya perkara yang melibatkan keselamatan rumah kita sendiri mestilah kita ambil berat! janganlah perkara sebegini dipandang remeh dan hanya mengharapkan orang lain... nanti suatu hari penduduk lain pulaukan kamu baru tau langit tu tinggi ke rendah!

Khamis, 21 April 2011

sakit menguji erti kesabaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah sakitnya!!
sabar! Allah sedang menguji kita
macam mana nak sabar? sakit sangat ni...
jangan macam tu... banyakkan istighfar dan doa!
istighfar? doa? boleh hilang ke sakit tu?
insyAllah, Dia kan Maha Penyayang...

astaghfirullah al-azim.... astaghfirullah al-azim... astaghfirullah al-azim
Ya Allah... berikanlah aku kesabaran
sesungguhnya sakit ini hanya ujian darimu...

macam mana? rasa lega sikit tak?
alhamdulilah... sakitnya dah berkurangan!
kenapalah dengan aku ni... sihat pun tak reti nak bersabar
sakit pun tak reti nak bersabar...
takpe, sekurang-kurangnya cuba perbaiki kelemahan diri
ingatlah kesakitan itu menguji kita erti kesabaran!


peringatan untuk diri sendiri...
Mas tengah demam kuat sekarang... dahlah husband takde kat rumah! Mas cuba bersabar dan bersabar kerana sakit bukan penghalang! sempat lagi taip entri walaupun tangan terketar-ketar...



kahwin di usia muda... bolehkah bahagia?

Assalamualaikum...(^ ^)

zaman sekarang kahwin muda dah menjadi satu trend kembali... kalau zaman dulu2 memang ibu bapa kita berkahwin pada usia muda tapi tetap berkekalan hingga ke akhir hayat! tapi pada zaman sekarang jika berkahwin pada usia muda bolehkah seseorang itu bahagia selamanya? boleh sebenarnya... Mas pun berkahwin pada usia yang muda iaitu 23 tahun, tapi perkahwinan Mas masih bertahan sehingga ke hari ini!


yang paling utama adalah kita bersikap matang dalam perhubungan! jangan dek kerana usia yang muda kita anggap diri kita belum matang dalam membuat apa2 keputusan untuk kebaikan rumahtangga... jika suami memahami kehendak isteri dan isteri memahami kehendak suami... maka akan indah dan bahagialah perkahwinan itu!  letakkan juga matlamat utama kita berkahwin di usia muda itu... adakah kita berkahwin kerana tuntutan hawa nafsu atau dek desakan ibu bapa? jika matlamat kita di landasan yang benar sudah tentu kebahagiaan berada di dalam gengaman kita... 

apa pun jua, segalanya terpulang kepada pasangan itu bagaimana nak mencorakkan perkahwinan mereka... jika inginkan corak yang cantik maka cantiklah tapi jika inginkan corak yang buruk maka buruklah jadinya! toleransi dan kerjasama dalam perhubungan itu yang penting... jangan jadikan usia itu sebagai penghalang untuk anda bahagia!

...usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh bertanggungjawab... jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan... yang pastinya, masing-masing baik lelaki atau perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga!

bertuahnya hari ni!

Assalamualaikum...(^ ^)

tersenyum lebar sampai ke telinga Mas pagi ni... tak sangka pulak sangat bertuah hari ni! 

pertamanya Mas rasa bertuah bila husband masakkan nasi lemak pagi ni... tak sangka dia sanggup bangun pagi semata-mata nak masak nasi lemak untuk Mas bawa bekal ke ofis... terima kasih abang! sangat sedap nasi lemak ini, lain kali buatlah lagi... jemput makan kawan semua!


keduanya, tak sangka pula Mas terpilih sebagai pemenang pertama untuk segmen dialog bersama Pembawa Wacana! kawan-kawan boleh tengok keputusannya di sini... hadiahnya, PW akan letakkan link blog Mas di bloglist khas... bestnya, Mas sangat suka! jom tengok dialog tu, klik sini... syukur alhamdulillah, hari yang sangat bertuah!

Rabu, 20 April 2011

penyokong kuat Atikah!


Assalamualaikum...(^ ^)

sebenarnya hari ini Mas bercuti kerana nak jadi penyokong kuat Atikah... Mas dengan husband memang akan sentiasa menjadi penyokong kuat Atikah jika dia terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum... hari ni Atikah terpilih mewakili sekolah untuk Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Sepang! jadi memang wajiblah kami pergi...

kita sebagai ibu bapa ni memang kena menjadi penyokong kuat anak2 samada dalam bidang akademik atau bidang ko-kurikulum... jangan harapkan sokongan guru2 je! masa Mas menemani Atikah tadi memang tiada langsung ibu bapa murid lain yang menemani anak mereka... sehingga Mas dipuji oleh guru2 kerana sanggup ambil cuti semata2 nak sokong anak sendiri! yelah kan, kalau tak kita yang berikan sokongan... siapa lagi? 

alhamdulillah... dengan kehadiran kami, Atikah berjaya buat yang terbaik! walaupun tak berjaya ke peringkat akhir, kami tetap bangga dengan dia! dia memang anak yang berbakat...
     

Segmen Dialog Blogger Bersama PEMBAWA WACANA

Assalamualaikum...(^ ^)

segmen yang sangat menarik! jom join kawan2... klik banner ok!


klik gambar untuk tumbesaran...
hehehehehe... khas untuk abg Ben, Ujang dan Bro Framestone

minyak kereta habis dalam perjalanan... argghhhh!!

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah tak perkara sebegini terjadi pada kawan2? mesti panik bila tiba2 minyak kereta habis tatkala kita sedang memandu? terpaksalah mengharapkan belas kasihan pemandu2 lain yang lalu lalang untuk membawa kita ke stesen minyak berdekatan... itu kalau ada yang sudi bantu, bagaimana kalau takde? 

teringat pula kejadian yang sama menimpa my sista... dia bersama kawannya tersadai di tepi jalan pada jam 2.00 pagi akibat kereta kehabisan minyak! apakah yang berlaku ini akibat kecuaian si pemandu atau kurangnya perancangan sebelum memulakan perjalanan? sebenarnya perkara sebegini boleh dielakkan jika kita bijak merancang... Mas nak kongsi sedikit tips yang Mas amalkan untuk mengelakkan kejadian kehabisan minyak ketika dalam perjalanan...
  • reset semula meter perjalanan selepas mengisi minyak... sebagai contoh, jika Mas isi minyak penuh biasanya RM65 dan kereta boleh berjalan lebih kurang sejauh 400 km... selesai sahaja mengisi minyak Mas akan reset semula meter perjalanan tersebut jadi bila meter dah menunjukkan angka 400 maka Mas akan tau yang minyak kereta Mas hampir habis! jadi selamatlah kan... terus je ke stesen minyak berhampiran!
  • isi minyak secukupnya jika melalui jalan yang tiada stesen minyak... perkara sebegini memang sepatutnya kita titik beratkan! tak salah kalau kita isi minyak penuh terus sebagai persediaan jika bakal melalui jalan yang tiada stesen minyak... jangan kita beranggapan yang minyak sedikit tu cukup untuk kita teruskan perjalanan yang jauh sebelum menemui stesen minyak!
  • jangan tunggu meter minyak dah berkelip baru nak minyak lagi... kadang2 sesetengah orang beranggapan meter minyak berkelip tak menjadi masalah! bagi mereka masih sempat lagi teruskan perjalanan... cukup lagi minyak ni katanya! kalau tak sempat macam mana? haru kan...
... have a safe journey!

Selasa, 19 April 2011

pilihan WARNA mengikut hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas nak kongsi dengan kawan2 tentang pemilihan WARNA pakaian mengikut hari... info ni Mas dapat dari majalah Harmoni! memang sangat menarik dan boleh dipratikkan terutamanya untuk wanita... kalau lelaki nak cuba pun tak salah... ok jom kita lihat apa warna yang sesuai untuk hari ini?

Isnin ( PUTIH 
pilih pakaian berasaskan warna putih kerana ia mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood pada hari Isnin... biasanya hari Isnin menjadi hari yang agak suram dan agak bosan untuk ke tempat kerja... jadi, pilih pakaian berasaskan putih namun tidak perlulah segala-galanya berwarna putih... cukuplah kalau ada warna putih menjadi warna asas pada hari itu!

Selasa ( MERAH JAMBU )  
ia adalah warna yang lembut, romantis dan menyegarkan... ini kerana pada hari Selasa sering dikaitkan dengan sesuatu yang kurang baik seperti terlalu emosional, cepat marah dan sebagainya... jadi, warna seperti merah jambu bukan sahaja mempunyai aura yang romantis tetapi mempunyai tenaga menyeimbangkan emosi anda!

Rabu ( BIRU )  
biru juga adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan komunikasi... ia memberi kesan terhadap komunikasi yang baik kepada individu berkenaan... maknanya, segala-galanya akan berjalan lancar kerana hubungan komunikasi anda agak baik pada hari itu!


Khamis ( KUNING atau JINGGA )  
ia adalah kategori warna yang penuh godaan yang membara, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita... ia menjadi wanita lebih mengoda dan sesuai untuk para isteri memberi signal yang baik pada para suami di malam Jumaat! heheheeee...


Jumaat ( HIJAU )  
hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa sahaja... pilihan warna hijau memberi satu sentuhan yang cukup baik untuk wanita terutama di hari mulia umat Islam!



Sabtu ( MERAH )  
hari untuk enjoy bersama rakan mahupun keluarga... penat bekerja, inilah masa untuk bersantai dan berhibur... pilihan warna merah pasti menyemarakkan mood di malam minggu dan pastinya lebih hot!



Ahad ( HITAM ) 
seperti mana putih, hitam juga ada azimatnya... ia mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda... ia ibarat anda mengecas semula tenaga anda untuk memulakan hari baru anda pada minggu berikutnya... selain elegan, hitam mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya!

terdapat tujuh warna yang mempunyai frekuensi aura sepanjang minggu! jangan biar hidup kita bosan tanpa warna tetapi pilih warna yang mempunyai maksud tersirat... ini kerana terdapat tujuh gelombang warna yang berada di sekeliling kita... jadi, kita perlu memilih warna mengikut frekuensi yang sama pada hari berkenaan!

menarik kan kawan2... jadi bolehlah kita cuba esok dengan memakai baju berwarna BIRU...

lelaki menangis... hilangkah macho?

Assalamualaikum...(^ ^)

pernahkah kawan2 melihat ayah, suami, abang, adik lelaki atau teman lelaki anda menangis? pasti jarang sekali rasanya kita berpeluang menyaksikan kaum Adam ni menitiskan air mata... tapi hakikat sebenarnya mereka juga menangis! biarpun ramai lelaki yang menafikan kenyataan ini disebabkan ingin menjaga air muka atau ego diri...

Mas pun jarang melihat suami Mas menitiskan air mata... cuma semasa arwah abah dan arwah mak meninggal memang suami Mas menangis kerana dia sangat rapat dengan mereka! masa tu sajalah Mas pernah lihat dia menangis! agaknya begitulah sifat lelaki kan? mereka sebolehnya tidak mahu mengaku bahawa hati mereka cepat tersentuh dah terharu... bagi mereka menitiskan air mata itu akan menyebabkan hilang macho!

bagi Mas jika lelaki menangis itu tidak akan menghilangkan kemachoan dan kelakiannya kerana lelaki juga punyai hak untuk berasa sedih dan menangis! mereka juga seperti wanita, turut mengalami tekanan emosi... jadi untuk mengurangkan tekanan jiwa tersebut menangis adalah satu cara yang boleh mententeramkan jiwa! 

janganlah dek kerana didikan di mana lelaki diajar supaya tidak menangis dan mesti menahan rasa sedih atau menyekat air mata daripada menitis... maka lelaki enggan menangis apatah lagi menitiskan air mata! tidak perlu begitu sebenarnya... menangislah kerana dengan menangis emosi dan jiwa kita akan lebih tenang! Mas lagi suka lelaki yang menangis kerana Mas tahu dia turut sama bersedih ketika Mas sedang bersedih...

"some times tears can express feelings easier than words"

Isnin, 18 April 2011

bila kemaruk nak jadi penyanyi... bakat atau populariti?

Assalamualaikum...(^ ^)

semua orang boleh menyanyi... pergi pusat karaoke, pastu melalaklah dekat situ sejam atau 2 jam! bukan ada siapa yang tengok dan dengar pun, kalau ada yang dengar pun kawan2 je... lantaklah kan kawan kita! tapi bagaimana pula kalau dah sememangnya kita takde bakat menyanyi tapi kemaruk juga nak jadi penyanyi? rasanya mereka ni sekadar nak kejar populariti!
boleh dilihat sekarang samada di Astro atau Media Prima menganjurkan program mencari penyanyi... contohnya program Akademi Fantasia dan Mentor! Mas dah mengikuti Akademi Fantasia selama 2 minggu tapi bila masuk minggu ke-3 pada Sabtu lepas memang takde nafsu nak tengok program ni! pada pandangan Mas setiap peserta yang terpilih memang takde langsung yang berbakat... setakat boleh menyanyi saja! 

dua minggu Mas saksikan konsert AF dan dengar mereka menyanyi tapi menghampakan! tidak seperti AF2 dan AF3 kebanyakkan pesertanya memang berbakat... adakah disebabkan ini merupakan program terakhir AF maka penganjur tak kisah peserta berbakat atau tidak? atau semua orang kemaruk nak jadi penyanyi dan nak kejar populariti sahaja? 

bagi program Mentor pula, Mas rasa Salma sahaja yang berbakat menyanyi! peserta yang lain bagi Mas sekadar menumpang populariti mentor mereka sahaja... cuba tengok Dato' Siti Nurhaliza! Mas bukanlah peminat setia dia tapi Mas sangat mengagumi bakat menyanyi dia... dia hanya bermula dengan memenangi Bintang RTM tapi sekarang dah jadi penyanyi nombor 1 negara! dia berjaya dengan bakat atau sekadar kejar populariti? kita nilai sendiri jelah...
Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com