Assalamualaikum...(^ ^)
Mas nak kongsi dengan kawan2 tentang pemilihan
WARNA pakaian mengikut hari... info ni Mas dapat dari
majalah Harmoni! memang sangat menarik dan boleh dipratikkan terutamanya untuk wanita... kalau lelaki nak cuba pun tak salah...
ok jom kita lihat apa warna yang sesuai untuk hari ini?
Isnin ( PUTIH )

pilih pakaian berasaskan
warna putih kerana ia mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood pada hari Isnin... biasanya hari Isnin menjadi hari yang agak suram dan agak bosan untuk ke tempat kerja... jadi, pilih pakaian berasaskan putih namun tidak perlulah segala-galanya berwarna putih... cukuplah kalau ada warna putih menjadi warna asas pada hari itu!
Selasa ( MERAH JAMBU )

ia adalah warna yang lembut, romantis dan menyegarkan...
ini kerana pada hari Selasa sering dikaitkan dengan sesuatu yang kurang baik seperti terlalu emosional, cepat marah dan sebagainya... jadi, warna seperti merah jambu bukan sahaja mempunyai aura yang romantis tetapi mempunyai tenaga menyeimbangkan emosi anda!
Rabu ( BIRU )
biru juga adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan komunikasi..
. ia memberi kesan terhadap komunikasi yang baik kepada individu berkenaan... maknanya, segala-galanya akan berjalan lancar kerana hubungan komunikasi anda agak baik pada hari itu!
Khamis ( KUNING atau JINGGA )

ia adalah
kategori warna yang penuh godaan yang membara, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita... ia menjadi wanita lebih mengoda dan sesuai untuk para isteri memberi signal yang baik pada para suami di malam Jumaat! heheheeee...
Jumaat ( HIJAU )
hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa sahaja... pilihan warna hijau memberi satu sentuhan yang cukup baik untuk wanita terutama di hari mulia umat Islam!
Sabtu ( MERAH )

hari untuk enjoy bersama rakan mahupun keluarga... penat bekerja, inilah masa untuk bersantai dan berhibur...
pilihan warna merah pasti menyemarakkan mood di malam minggu dan pastinya lebih hot!
Ahad ( HITAM )

seperti mana putih, hitam juga ada azimatnya... ia mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda...
ia ibarat anda mengecas semula tenaga anda untuk memulakan hari baru anda pada minggu berikutnya... selain elegan, hitam mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya!
terdapat tujuh warna yang mempunyai frekuensi aura sepanjang minggu! jangan biar hidup kita bosan tanpa warna tetapi pilih warna yang mempunyai maksud tersirat... ini kerana terdapat tujuh gelombang warna yang berada di sekeliling kita... jadi, kita perlu memilih warna mengikut frekuensi yang sama pada hari berkenaan!
menarik kan kawan2... jadi bolehlah kita cuba esok dengan memakai baju berwarna BIRU...
menarik.. thanks! akan cuba d praktikkn
BalasPadamwah..baru tau ada warna ikut hari-hari ni..huhu
BalasPadamnice entry kak mas...
BalasPadamtapi kan xbrapa berani la nak pki yg terang2....huhu...
@GadisGula-gula
BalasPadamterima kasih..
cubalah...pasti menarik!
@nur anis
BalasPadamMas dah lama tau masa belajar dulu kat uitm tapi dah lupa...
nasib baik jumpa dlm majalah harmoni, so sharelah ngan kawan2!
@NURUL NADIAH MAMAT
BalasPadamterim kasih...
takpe..kita kena berani mencuba baru kita akan berani!
sudah gosok baju wane biru!
BalasPadamkebetulan! hoyeh!
Miss Dill^^
@Miss Dill
BalasPadamyes...bagus!
mmg sgt kebetulan...moga anda lebih bijak berkomunikasi esok!
huhu.....tapi kan yg terang2 sesuai pki malam2 kan kak mas? ke mcmn?
BalasPadam@NURUL NADIAH MAMAT
BalasPadambetul tu...
siang pilih warna yg lembut2, jangan kilat2...
kalau malam takpe warna terang2 sikit! hehehehe
esok kene pakai baju biru la kalo cenggini... hehe...
BalasPadam@akulahct
BalasPadamya tepat sekali..
sama2lah kita pakai baju biru esok!
hehehe..tak menahan hari khamis tu.kuning tu menggoda ke?
BalasPadam@storyfromme
BalasPadamhehehehehe...tulah, akak pun baru tau
nampaknya esok kena pakai baju kuning lah kan??
nak share dear.. tq
BalasPadam