Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Januari 2017

Webfilm Tahun Baru Cina TNB : Penuh Mesej Tersirat

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai pada semua masyarakat Cina di Malaysia. Moga sambutan di tahun ayam ini memberi seribu tuah, kebaikan dan kesejahteraan pada mereka semua. 

Sempena Tahun Baru Cina pihak TNB telah menghasilkan webfilm bertajuk "Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2017". Bila Mas menonton webfilm ini memang ianya nampak kelakar tetapi bila dihayati betul² ada mesej tersirat yang disampaikan. Korang semua tonton dulu, nilai dan fahami sendiri apa mesej tersirat tersebut. 



Haaaaa dah tonton ke, dapat tak mesej tersirat tu? Apa yang penting dalam setiap perayaan seperti Tahun Baru Cina, ia adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan mengenepikan segala perbezaan serta merapatkan semula ikatan kekeluargaan.  Apabila semua ahli keluarga hadir untuk makan besar, lebih penting adalah semuanya hadir dan berkumpul bukannya apa yang dihidangkan.

Dalam perjumpaan keluarga ketika perayaan apa yang utama ialah sikap masing², dek kerana sikap yang pentingkan diri sendiri kadang² pertelagahan akan berlaku. Masing² cuba beza membezakan, sepatutnya perbezaan itu diraikan bukannya diketepikan. Contohnya seperti hidangan Tahun Baru Cina yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa, jika ianya dicampurkan menjadi satu hidangan pasti sedap kan? Pasti mempunyai pelbagai rasa kan? Begitu jugaklah ahli keluarga kita, walaupun berbeza sikap dan pendapat tapi jika bersatu ianya pasti teguh dan harmoni.

Umpama perpatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Kebahagiaan dan keharmonian sebuah keluarga itu terjalin apabila semuanya bersatu hati, mesra dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Maka dengan itu terciptalah Table Of Harmony seperti dalam webfilm TNB tu.

Jadi untuk menjadikan Tahun Baru Cina ini lebih seronok dan setiap kaum boleh meraikannya, TNB telah menghasilkan permainan dipanggil "Table Of Harmony". Korang boleh cuba permainan ni dan tengok apa "Mystery Dish" yang sesuai dengan korang. 

Mari Mas tunjukan cara² untuk sertai Table Of Harmony:

2. Klik "Unveil Mystery Dishes".


3. Kemudian klik "Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table".


4. Pilih jawapan samada A, B, C atau D.


5. Klik "Unveil Your Dish" dan "Share Result". 


Selepas dah cuba, hidangan misteri Mas ialah Emperor Chicken yang membawa maksud "A natural leader and a kind soul, you always guide family and friends to success and happiness". Rasa macam ianya sesuai dengan Mas sebab Mas akan sentiasa jadi pembimbing dan utamakan kejayaan dan kebahagian terutamanya ahli keluarga sendiri. Mas selalu nak tengok mereka berjaya dan bahagia.

Jadi jangan lupa cuba dan kongsikan apa hidangan misteri korang. Untuk maklumat lanjut boleh layari:


Isnin, 30 Januari 2017

Banjir 2017

Assalamualaikum...(^ ^)

Banjir 2017 sudah beransur pulih. Semua kawasan yang ditenggelami air dah kembali seperti sediakala, mangsa banjir pun dah pulang ke rumah masing². 



Bagi Mas setiap kali merasai pengalaman banjir ia memang sesuatu yang sukar dilupakan. Walaupun banjir 2017 tidaklah seburuk tahun 2014 tapi ia tetap satu yang menyedihkan dan sukar dihadapi. Kita kena sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi kemungkinan yang berlaku.

Sepanjang tempoh air mula memasuki laman rumah darilah air masuk ke dalam rumah Mas kena hadapi dengan tenang, tak boleh gelabah. Walaupun hati risau air akan naik mendadak tapi kena uruskan dengan baik, selamatkan barang apa yang patut ke tempat lebih tinggi. Pastu kena pastikan keadaan kami sentiasa selamat sebab masa tu keliling rumah dah dipenuhi air.



Waktu malam pulak kami kena lebih berjaga² sebab bila banjir ni banyak binatang berbisa akan naik ke rumah. Tidur pun tak boleh lena sangat, takut pulak air naik mendadak masa tengah tidur tu. 

Pastu selepas banjir dah surut kena bersedia dari segi fizikal pulak, mana taknya nak bersihkan rumah dari sisa² banjir tu bukan mudah. Dengan lumpur dan sampah sarap yang banyak, memang penat wooo nak cuci. Mau patah pinggang! Tapi nak tak nak kena buat jugak kan? 

Itulah cerita banjir 2017. Lega ianya tidak terlalu buruk dan syukur Allah permudahkan segalanya.



Ahad, 29 Januari 2017

Bila banjir mula surut

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah hari ni air dah mula surut, walaupun perlahan je surutnya tapi legalah sebab banjir dah beransur pulih. Mujurlah air tak naik seperti tahun 2014, kalau tak terpaksa kami berpindah. Kali ni air hanya memenuhi rumah dapur lebih kurang 2 kaki.


Bila air dah surut ni aktiviti paling seronok dilakukan ialah menahan jaring. Masa inilah ikan banyak bermain di kawasan air. Husband Mas siap beli 2 set jaring untuk tangkap ikan. Tengahari tadi dah siap pasang jaring dalam air banjir di kawasan depan rumah. Esok pagi baru angkat jaring tu, harap mengenalah 3-4 ekor ikan lampam atau ikan kerai. 



Pastu lagi satu aktiviti yang seronok ialah mandi air banjir. Masa air mula surut ni air agak bersih sikit, jadi Mas beranilah bagi anak² mandi. Tapi mereka mandi kat kawasan cetek yang dekat dengan rumah je. Mas pun pantaulah mereka sepanjang masa mandi tu, takdelah biarkan. Seronok² jugak tapi keselamatan mereka tu penting. 


Sekarang air kat rumah dapur pun dah takde dan kami pun dah mula cuci. Harap esok air akan surut sepenuhnya dan dapatlah kami siapkan cuci. Pastu bolehlah pulang ke rumah dengan senang hati! 


Sabtu, 28 Januari 2017

Air dah naik

Assalamualaikum...(^ ^)

Air dah naik oiiiii, jom punggah barang.


Sekarang Mas kat kampung di Temerloh, misi menyelamatkan barang² kat rumah. Semalam sampai air masih kat pintu pagar, kat laman rumah adalah jugak paras buku lali. Tapi hari ni air dah memenuhi rumah dapur, jadi bertungkus lumuslah kami angkat barang² bawa ke rumah atas.

Alhamdulillah, cuaca elok! Takde hujan lebat tapi air masih naik, cuma agak perlahan. Kalau kuat macam tahun 2014 memang kami dah pindah ke tempat tinggi. Harap hari ni air akan beransur surut, moga tak cecahlah rumah atas. 



Sebab kalau air dah beransur surut esok Mas nak gerak balik ke Salak Tinggi dah. Walaupun berat hati nak tinggal rumah, tapi kena fikir jugak pasal anak² sekolah dan pasal kerja. Lagi pun husband dapat cuti sampai esok je. Doakan moga semuanya dipermudahkan!

Keadaan air petang semalam.





Keadaan air hari ini.






Khamis, 26 Januari 2017

Pengalaman jadi mangsa banjir

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai, dengar berita katanya banjir di Pahang semakin teruk. Dah banyak tempat ditenggelami air dan sekolah pun banyak ditutup. Mas ni nak sangat balik kampung di Temerloh tengok rumah, dapat selamatkan apa yang patut jadilah. Harap husband dapatlah mohon cuti, Ahad ni boleh balik sekejap. 


Bila banjir melanda ni Mas tahu memang susah dan azab sangat, terutama bila jadi mangsa banjir. Mas pernah rasai pengalaman tu masa bah besar tahun 2014, 2 minggu jadi mangsa banjir. Masa tu terpaksa biarkan barang² di rumah tenggelam dek air banjir akibat takde kemudahan yang cukup nak selamatkan barang. Kebil² mata je tengok!

Bukan mudah tau jadi mangsa banjir ni, terpaksa menumpang tidur di rumah orang atau di pusat pemindahan. Hadapi situasi bekalan letrik takde, air takde dan bekalan makanan terputus. Pastu menunggu harapkan bantuan banjir sampai, itu pun kalau ada. Kalau takde terus jelah mengharap! 

Masa 2014 tu, 3 hari kami terputus bekalan makanan. Nak keluar ke bandar dapatkan bekalan memang tak boleh, jalan semua dah ditenggelami air. Jadi terpaksalah berjimat cermat dan makan apa saja yang ada. Lagilah masa tu Airis perlukan susu dan diapers. Seksa sangat wooo, insaf sangat! 

Pengalaman tu memang banyak mengajar Mas erti sabar dan menghargai setiap apa yang kita ada. Hargai makanan, hargai harta benda dan hargai pakaian. Sebab apa yang kita ada masa tu, itu sajalah! Memang susah nak dapat makanan dan pakaian pun tak cukup sebab kami bawa baju untuk beberapa hari saja di kampung. Terpaksa harapkan bantuan!


Pastu nak hadapi pulak kesukaran dan kemusnahan selepas banjir, lagi sukar. Walaupun sedih, kena tabah dan sabar hadapi semua tu. Dengan harapan pengalaman itu menjadikan kita lebih kuat!

Rabu, 25 Januari 2017

Bah dah datang

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila dengar berita pasal banjir, bila tengok gambar pasal banjir dan bila terbaca cerita pasal banjir automatik hati jadi gundah gulana. Terus teringat kisah pahit bah besar tahun 2014, memang tak boleh lupa. Hati pun mula risau fikirkan rumah arwah mak abah di kampung, rumah tu takde sesiapa duduk. 


Sekarang ni di Pahang keadaan banjir makin buruk katanya, dah banyak kawasan ditenggelami air dan jalan terputus. Mangsa yang terpaksa berpindah pun semakin bertambah setiap hari. Dalam berita radio pun kata air naik secara mendadak di sekitar Pahang. Pastu dikhabarkan ada kawasan yang paras air naik dah menyamai paras air banjir tahun 2014. Allah, minta semuanya dijauhkan!

Kalau hujan lebat 2 hari tak berhenti memang kat kawasan rumah Mas di kampung tu akan naiklah air. Cepat jelah air sungai Pahang masuk ke kawasan empang kat depan rumah tu. Alahai lagi membuak² rasa hati nak balik tengok rumah, nak selamatkan barang². Kena bersiap sedia dan berjaga² sebab kita tak tahu apa saja kemungkinan yang bakal berlaku. Bukan kita harapkan yang buruk tapi kuasa Allah kita tak boleh halang kan?

Inilah keadaan air sungai Pahang, 2 hari je naik mendadak camni. Mas berdoa moga bah 2014 tidak berulang kembali. Moga air cepat surut dan semua mangsa banjir dilindungi!





Selasa, 24 Januari 2017

Amalan minum Green Juice

Assalamualaikum...(^ ^)


Sejak tahu apa itu Green Juice dan tahu cara nak buat memang ia dah jadi amalan Mas minum setiap pagi. Sebelum ambik apa² sarapan inilah yang diminum. Automatik dah minum sebotol ni rasa segar dan kenyang sangat, kadang tak perlu ambik sarapan dah. 

Tapi bila dah amalkan minum, janganlah berhenti. Nanti badan akan rasa lain macam je. Mas pernah berhenti seminggu minum, masa tu malas betul nak buat. Kesannya bila bangun pagi badan rasa letih lesu sangat, padahal tak penat pun. Pastu bila kat pejabat asyik mengantuk, pukul 10 pagi dah mula menguap tak henti². Rasa lemah dan tak bermaya je!

Masa tu terfikir jugak sebab apalah ye. Pastu Mas mula kembali minum Green Juice, terus rasa camtu hilang. Bangun pagi rasa segar, tak rasa mengantuk pun di pejabat walaupun tidur lewat, lebih bersemangat dan rasa sihat je. Rupanya memang tak boleh berhenti apa saja amalan sihat yang dah kita amalkan. Dah sebati dengan tubuh badan kita, sekali skip akan terasa perubahan. 

Jadi kita kena terus amalkan yang sihat kalau nak kekal sihat. 

Isnin, 23 Januari 2017

Apa cerita AJL31

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah buat Lelaki Teragung dan Dayang Nurfaizah!

Memang Mas tak tengok pun Anugerah Juara Lagu semalam, sibuk dok layan Halfworlds Season 2. Hehehee, lama dah tunggu S2 ni mana boleh lepaskan peluang kan? Tapi walupun tak tengok nak jugaklah cerita ceriti Mas punya pendapat. 


Semalam masa Dayang nyanyi Mas ada tengok, masa tu tetiba tukar channel kejap. Bila dengar dia nyanyi memang mantap vokal dia, layak sangat menang vokal terbaik. Pemilihan dia sebagai Juara Lagu tu Mas tak nak komen sangat, mungkin kekuatan lirik Lelaki Teragung tu membuatkan dia layak untuk gelaran juara. Mas suka jugak lagu ni, best! 

Tapi kalau ikut pilihan, Mas pilih lagu Obses nyanyian Akim & The Majistret. Walaupun tak tengok persembahan dia semalam tapi Mas memang suka lirik lagu tu, suka sangat! Sayang Obses dan Akim tak menang, tapi takpelah bukan rezeki dia kan? Tapi Mas tetap obses dengan lagu Obses, hehehee!

Sebenarnya memang dah lama Mas tak tonton dan ikuti sangat pasal AJL ni, sebab bagi Mas dah kurang menyengat sekarang. Yang dulu² lagi best! Lagi² masa zaman ada lagu rock kapak dan irama malaysia, syok wooo. Memang ternanti AJL masa tu, layan habis!

Apa pun tahniah pada yang menang, ini keputusan penuh AJL31.

Juara Lagu : Lelaki Teragung | Dayang Nurfaizah
Naib Juara : Terima Ku Seadanya | Misha Omar & Hafiz
Tempat Ke-3 : Sudah Ku Tahu | Projector Band
Vokal Terbaik : Lelaki Teragung | Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik : Hang Pi Mana | Khalifah

Sabtu, 21 Januari 2017

Taska durjana

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila tengok je gambar yang kawan kongsikan kat group whatsapp pasal kes ni rasa sedih sangat, mengalir terus airmata. Pandang anak sendiri, dan tak dapat bayangkan kalau itu terjadi pada anak Mas. Kita yang tengok pun luluh rasa hati, bayangkanlah perasaan mak ayah anak² tu. Mesti trauma nak hantar anak² ke taska dek sikap orang yang tak berperikemanusiaan camni. 


Dek kerana kedurjanaan pemilik taska ni, taska lain pun terpalit nama buruk jugak. Sedikit sebanyak orang akan beranggapan negatif, bukan semua tapi pasti ada kan? Mas pun ada 3 orang anak dan dari usia mereka 3 bulan ke 4 tahun mereka dihantar ke taska. Memang ada jugak yang tak puashati tapi alhamdulillah tiada kes teruk camni. 

Tapi sepanjang hantar anak taska dulu ada jugak terbaca kes sebegini, jadi masa tu memang terus terfikir yang negatif je. Terfikir mungkinkah di taska anak aku ada jadi kes camni! Bukan nak tuduh atau fikir bukan² tapi sedikit sebanyak yang negatif akan bermain di fikiran kita kan? Jadi kena sentiasa peka dan pantau keadaan anak², ada yang mencurigakan siasat terus.

Harap pemilik taska durjana ni dapat balasan setimpal dari perbuatannya dan Mas syukur sangat kejahatan dia didedahkan. Kalau tak entah berapa ramai lagi anak² kecil yang jadi mangsa. Kepada pemilik taska lain ambik ikhtibar atas kejadian sebegini, tanggungjawab besar tu jaga anak orang. Bukan ibu bapa tu hantar percuma, separuh nyawa mereka serahkan amanah Allah tu untuk orang jaga. Bukan sebab wang ringgit sahaja tapi mereka tiada pilihan kerana tuntutan kerja, kalau diberi pilihan memang semua ibu bapa nak jaga anak² mereka sendiri kan? 

Ini saja yang Mas mampu suarakan, kalau itu anak Mas tak taulah camne nasib pemilik taska tu. Teruk Mas kerjakan! Semoga anak² yang tak berdosa itu dilindungi Allah SWT dan dapat terus membesar dengan baik dan sempurna.

Jumaat, 20 Januari 2017

Mama, Airis tak nangis dah!

Assalamualaikum...(^ ^)

"Mama, Airis tak nangis dah pergi sekolah. Tak best nangis tu, nanti Airis tak cantik. Pastu Airis kan dah besar, Airis kan good girl, mana boleh nangis dah!"

Haaa itulah yang dia cakap pada Mas bila balik dari kerja Rabu baru ni. Alhamdulillah hari ke-12 pergi sekolah dah takde drama airmata, dah pergi sekolah dengan gembiranya. Lega hati mama, kalau tak hari² dok tanya babah dia Airis menangis lagi ke? 


Pastu ada jugak dia cerita, cikgu cakap kalau datang sekolah menangis nanti babah dan mama tak jemput balik. Haaa mungkin sebab tu jugak dia tak mau menangis dah. Pandai jugak cikgu psiko minda anak² ni. Bukan dengan cara tu tak bagus tapi sekurangnya anak² ni faham tujuan ke sekolah. Pergi sekolah kena seronok, kena belajar dan tak boleh menangis. Kalau menangis mak ayah tak gembira dan risau. Mungkin itulah yang cikgu cuba sampaikan, jadi Mas ambik dari sudut positif.

Airis ni dia bukan tak minat atau tak seronok ke tadika, tapi terlebih manja sikit. Saja nak berdrama dan nak kita bagi perhatian pada dia. Tak boleh marah² kalau cakap dengan dia, kena cakap manja² dan pujuk² gitu. Kena cakap kalau rajin pergi sekolah mama beli hadiah buku mewarna atau beli makanan ke. Nanti dia rasa seronoklah dan mama balik kerja terus tuntut janji. Hahahaa, padan muka mama!


Tapi takpe, itulah proses dia membesar dan belajar. Kita sebagai ibu bapa kena sabar sikitlah dengan anak yang banyak karenah ni. Jangan asyik nak marah dan melenting je. Mas kadang tu terlepas jugak kemarahan tapi bila dengar anak bercakap, "Mama ni marah Airis je!" terus hilang rasa marah tu. Sayu hati dengan sabarnya anak² dimarah, tapi kita tak boleh sabar kan? Jadi belajarlah dari sikap dan perangai anak tu, mereka inginkan perhatian. 

Maka tamatlah episod drama Airis, dan semoga dia terus seronok bersekolah. Nasiblah tak 30 episod drama tu, kalau tak mama nak tulis buku dah. Hahahaa!

Khamis, 19 Januari 2017

Bila gaji awal

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh ramainya orang beratur kat mesin ATM pagi tadi, tengok² macam semua orang gomen je. Hahahaa, memanglah kan? Bulan ni orang gomen gaji awal, kan hujung bulan nak sambut Tahun Baru Cina. Apa lagi senyum lebarlah!

Sebenarnya Mas tak suka sangat kalau gaji awal ni, cepatlah pulak rasanya duit habis. Bukannya ada shopping sakan atau berbelanja bukan² tapi banyak kepada keperluan seharian dan minyak kereta ulang alik kerja. Ini nasiblah selepas 15hb gajinya, kalau awal lagi dari tu lagi sakit. 


Tapi gaji awal atau lambat pokok pangkal pada kita jugak untuk uruskan perbelanjaan tu. Jangan bila gaji awal kita buat² lupa atau sengaja lambat²kan bayar bil. "Alahhh lambat lagi hujung bulan, belanja dululah duit tu. Nanti dapat duit lain ganti semula." Haaa jangan camtu, kes naya namanya. Apa kata selesaikan saja bil² dan hutang piutang walaupun gaji awal, takdelah terlepas bayar pulak nanti. Kalau ada lebihan dari gaji tu barulah belanja. 

Macam Mas dan husband, gaji awal ke lambat ke bil² kena bayar dulu. Biarlah due date lambat lagi, tak salah kalau bayar awal kan? Lagi pun Mas memang dah siap buat senarai perbelanjaan setiap bulan supaya lebih sistematik Mas berbelanja. Sangat membantu tau sebab ngam² nak ke gaji bulan depan duit tu mencukupi! 

Kalau nak keluar bersukaria atau jalan² biasanya kami tunggu dapat duit sampingan dari part time. Ada untung besar bolehlah, kalau takde dok diam². Tapi untuk simpanan tetap Mas tak lupa dan sekarang dah lebih konsisten menabung. Walaupun tak banyak tapi bolehlah digunakan untuk pelajaran anak² dan belanja di waktu kecemasan. 

Jom shopping! Ehhhhh bayar bil dulu Mas oiiiii. 

Rabu, 18 Januari 2017

6 tahun menulis

Assalamualaikum...(^ ^)

13 Januari 2011 entri pertama ditulis dalam blog ini. Masa tu menulis ikut sesuka hati je sebab sebenarnya Mas bukan seorang yang pandai menulis dan minat menulis. Memang bukan seorang yang bagus dalam bab nak karang ayat² ni. Mungkin masa tu terpengaruh tengok orang ada blog jadi Mas pun nak ada blog jugak. 


Mula² menulis di blog ni hanyalah tulis yang berkisar tentang kehidupan sendiri je, masak apa dikongsikan, jalan² ke mana diceritakan dan ada jugak kisah anak². Pastu lama kelamaan berkongsilah sedikit tentang info² berguna, tips² keibubapaan, tentang kecantikan, tentang travel dan pelbagai lagi. 

Lama kelamaan minat menulis tu semakin menebal, dah semakin pandai karang dan olah ayat bagi nampak menarik dan tak bosan dibaca. Gaya penulisan pun dah ada cara tersendiri. Masa tu terus tak boleh berhenti menulis, sehari tak kongsi cerita di blog rasa macam tak sempurna je. 

Tapi ada jugak dugaannya, pernah tahun 2014 memang takde mood dan idea nak menulis. Berbulan² blog dibiarkan sepi sampai ada niat nak tutup je blog ni. Tapi sayang punya pasal dan banyak kenangan indah maka kumpul balik semangat untuk menulis. Tahun 2015 tu kembali aktif sehingga sekarang. Walaupun sekarang hanya 1 entri sehari tapi Mas pastikan setiap hari akan cuba update!


6 tahun menulis ni banyak yang Mas kongsikan di blog. Harap sedikit sebanyak penulisan Mas dapat beri ilmu dan manfaat kepada pembaca. Rezeki dan bonus dari blog pun alhamdulillah masih ada. Dapatlah jugak merasa walaupun tak lumayan sangat. Terima kasih pada yang percaya dengan massaari.com. Memang tak pernah terfikir pun boleh dapat rezeki dari berblog, hehehee!

Terima kasih pada semua pembaca, pada client yang percaya, pada rakan² blogger yang dikasihi dan Kelab Blogger Ben Ashaari yang menjadi platform untuk Mas terus bergelar blogger. Memang KBBA9 banyak membantu. Moga massaari.com terus kekal ada selagi penulisnya bernyawa!

Selasa, 17 Januari 2017

Hati² dengan Aplikasi WhatsFake

Assalamualaikum...(^ ^)

Huhhh semakin canggih teknologi semakin banyak penipuan. Yang paling tak seronok dibaca bila penipuan ini dilakukan oleh segelintir penjual produk online untuk melariskan barang² jualan mereka. 


Dikhabarkan para penjual produk online menggunakan aplikasi WhatsFake ini untuk mencipta testimoni² palsu dan dimuatnaik ke laman sosial. Ia bertujuan sebagai strategi pemasaran bagi menarik minat pengguna untuk membeli produk² mereka. Aplikasi ini memang menyerupai aplikasi WhatsApp namun bezanya hanya seorang individu sahaja yang boleh mereka perbualan palsu. Kononnya dia berbual dengan orang lainlah, tapi padahal ianya bohong belaka. 

Bagi Mas memang perkara ini baru diketahui bila terbaca dalam akhbar tapi ianya telah menular di kalangan penjual produk² online. Jadi selepas ni kita kenalah lebih berhati² kalau nak beli produk yang dijual secara online, terutama produk kecantikan. Siasat dan sahkan dulu kesahihannya, tengok dulu review dari pengguna serta tengok jugak pengikutnya di media sosial. Jika boleh dipercayai baru beli, jangan hanya bergantung pada testimoni sahaja. Kita tak tahu mungkin ia hanya direka².

Pastu nak memuat turun aplikasi WhatsFake ni mudah sangat, ada di AppStore atau PlayStore. Jadi sesiapa sahaja boleh muat turun sesuka hati. Ini ditunjukkan cara²nya, mudah sangat


Jadi diingatkan jangan disalahgunakan aplikasi ni untuk kepentingan masing². Kalau sekadar untuk suka² takpelah, tapi dari suka² itu akan membawa kita kepada melakukan penipuan. Mula² memang untuk seronok je pastu lama² akan jadi habit sebab kita nampak ianya boleh datangkan keuntungan. 

Moga kita tidak mudah tertipu dan menipu dengan kecanggihan teknologi sebegini!

Isnin, 16 Januari 2017

Nilai RM50 untuk minyak

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh sejak harga petrol naik ke RM2.10 seliter ni, seram sejuk sokmo bila nak pergi isi minyak. Haaaaa sampai camtu sekali, hahahaa! Haruslah kan, terasa woiii duit tu keluar bagai air mengalir

Nak pulak sekarang Mas terpaksa berulang alik kerja naik Mr Ex sebab si Vee masuk workshop. Bila guna Mr Ex ni memang terasa sikitlah, bila isi RM50 naiklah 3 bar je minyaknya. Pastu anggaran boleh jalan sejauh 290km. Mas kalau ulang alik dari rumah ke pejabat sehari lebih kurang 70km, jadi 290km tu boleh tahan 3 hari. Fuhhh nilai RM50 minyak tu untuk 3 hari je, kalau seminggu lebih kurang RM100, kalau sebulan RM400. Haaa gitulah nilai duit sekarang, RM50 tu boleh habis macam petik jari je.


Memang terasa bebanan bila harga minyak naik ni, sekeping RM50 tu boleh habis untuk minyak je. Sebab tu kalau hujung minggu Mas fikir 10 kali nak keluar jalan², fikir ke duit minyak tu. Jadi akan keluar bila rasa perlu atau rasa dah bosan terperap kat rumah. Kalau keluar haruslah kena isi minyak paling kurang RM50 kan? 

Jadi zaman minyak mahal, barang mahal dan taraf hidup makin mahal ni kita kena lebih sistematik uruskan duit. Jangan bazirkan duit untuk benda² yang tak perlu, rugi wooo untuk zaman semuanya duit ni. Kena lebih sayang duit sekarang, kena guna bila betul² perlu dan bila betul² kena beli. 

Sekarang Mas pun dah lebih berfikir bila nak belanjakan duit, makin kedekut sikit. Kalau dulu nak belanjakan duit untuk tengok wayang dan makan kat luar memang tak kisah sangat, tapi sekarang tak camtu. Dah kurang belanjakan ke arah tu! Mana taknya RM50 tu untuk minyak je sekarang, hehehee!

Ahad, 15 Januari 2017

Cendol Sedap @ Go Lokal Cafe Putrajaya

Assalamualaikum...(^ ^)

Panas terik betul cuaca siang tadi, kering rasa tekak. Bila dah panas tu tekak terus teringin nak makan yang sejuk² terutama ABC atau Cendol. Sedap wooo bila masuk kat tekak, sejuk nyaman je! 


Kebetulan nak hantar kakak balik ke asrama, jadi sebelum hantar dia ajaklah pekena cendol kat Putrajaya. Lokasi pilihan adalah di Go Lokal Cafe. Dah lama Mas dengar pasal kesedapan cendol di cafe ni tapi tak pernah cuba lagi. Terus search kat google lokasinya. 

Bagi yang belum pernah pergi senang je nak cari Go Lokal Cafe ni, ia terletak di Presint 3 Putrajaya. Cafenya terletak di tingkat 2 di dalam bangunan The Dorsett Putrajaya. Berhampiran jugak dengan Hero Market dan Jombali, kiranya dalam bangunan yang samalah. Nampak je ketiga² landmark tu maka akan jumpalah cafe ni. 


Di Go Lokal Cafe ini terdapat pelbagai jenis cendol iaitu Cendol Asli Biasa, Cendol Pulut, Cendol Kacang, Cendol Jagung, Cendol Nangka, Cendol Tapai dan yang paling memikat rasa ialah Cendol Durian. Haaa pelbagai pilihan cendol yang ada, beli sahaja yang mana berkenan dek tekak. 

Pilihan Mas sudah tentulah Cendol Durian, dah lama teringin nak makan durian. Tak dapat sebiji durian pun takpe, dapat makan dengan cendol pun jadilah. Bila masuk ke tekak, perghhh nikmat giler! Rasa cendolnya tak manis, sesedap rasa je! Memang memikat selera Mas, pastu ditambah dengan isi durian yang segar. Haaa memang tak pandang kiri kanan dah, hirup hingga licin semangkuk. 



Pilihan husband dan Airis pulak Cendol Asli Biasa je, Arfan pilih Cendol Pulut dan Atikah sama selera dengan mama, Cendol Durian. Harga semangkuk cendol ni cuma RM3.50 je, tapi kalau nak tambah bahan² lain ada dikenakan caj tambahan. Misalnya tambah pulut dikenakan 50 sen dan durian pulak dikenakan RM3.00. Boleh tengok senarai harga di bawah. 


Jadi kalau datang ke Putrajaya Mas syorkan kawan² ke Go Lokal Cafe. Memang berbaloi makan cendol²nya, sangat sedap dan menepati citarasa. Bukan setakat cendol je ada, makanan lain seperti Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari dan Laksa Utara pun ada. Boleh pilih nak makan waktu sarapan, makan tengahari atau minum petang. Pastu jangan lupa order cendol ye! 


Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com