Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Disember 2015

Penghujung 2015 : Tercapaikah azam?

Assalamualaikum...(^ ^)

Kurang 24 jam akan berakhir tahun 2015. Esoknya kita akan teruskan langkah, teruskan kehidupan, teruskan amal ibadah dan teruskan azam tahun baru. Tapi sebelum berakhir 2015 ni dah tercapai ke azam kita yang lepas.

Sudah tentu setiap tahun kita ada azam baru, macam² perancangan dan usaha kita lakukan untuk pastikan azam itu tercapai. Cuma jangan pandai tanam 2-3 azam, tapi satu pun tak membuahkan hasil. Pastu tahun baru tanam lagi 2-3 dan tak tercapai gak. Huhhhh azam taik ayam namanya tu!


Bagi Mas biar tetapkan satu azam je yang betul² kita nak capai, baru kita boleh fokus dan usaha ke arahnya. Macam Mas azam tahun 2015 nak amalkan cara hidup sihat dan kuruskan badan. Jadi dari awal hingga hujung tahun Mas berusaha ke arah tu untuk capai target. Mas berjaya kurus walaupun tak capai berat badan ideal yang diidamkan. Tapi tetap berjaya dan tercapai azam tu!

Tahun 2016 ni, Mas nak sambung lagi azam 2015. Nak capai berat badan ideal 60kg yang diidamkan. 

Jadi tak kisah apa pun azam kita pastikan ia tercapai. Semoga kita semua diberi kesihatan dan panjang umur untuk tunaikan Azam 2016.

Rabu, 30 Disember 2015

2 kerja untuk sara keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum pak menteri tu cakap kena buat 2-3 kerja dalam satu masa memang kami dah sara keluarga dengan cara camtu. Dari anak kecik lagi. Nak harapkan gaji yang dapat tiap² bulan walaupun laki bini bekerja tapi tetap tak cukup. Tau kan taraf hidup sekarang makin mendesak, semua duit duit duit!

Pak menteri memang boleh cakap je sebab walaupun dia kononnya buat 2-3 kerja tapi gaji ribu riban. Kita ni yang golongan pertengahan, walaupun laki bini kerja dapat RM5k sebulan tetap perlu pendapatan sampingan. Sebab yang bersih bukannya RM5k setelah ditolak belanja bulanan. Mungkin tinggal RM1k je untuk belanja sampai cukup bulan!


Macam Mas syukur sebab husband ada kemahiran, jadi gunakannya untuk sara hidup. Alhamdulillah part time mekanik, buat grill dan jual barang spare part kereta dia banyak membantu. Boleh sara anak bini dan tak pernah lagi mengemis sana sini walau duit ada RM10 je dalam poket. Mas cuma bantu sebagai part time blogger je, itupun kalau ada rezeki!

Tapi kami syukur walau sibuk cari rezeki, anak² tak terabai. Tetap ada masa untuk mereka. Kerja part time bila perlukan duit sangat baru usaha buat. Lagilah part time macam husband Mas, ada pelanggan baru ada duit. Jadi kalau takde, bersyukur dengan rezeki yang ada. Sekurang²nya ada kerja tetap!

Selasa, 29 Disember 2015

Review filem Dilwale

Assalamualaikum...(^ ^)

Aahhh Dilwale, tak habis² senyum. Lagi² tengok ShahRukh Khan yang sangat kacak dan Kajol yang sangat cantik, cair!


Peminat tegar hindustan kan, haruslah usaha untuk dapat menonton filem ni. Dah banyak hari godek website GSC dan TGV nak tempah tiket tapi memanjang sold out. Tiket sebelah siang jangan harap nak dapat, yang ada midnight je. Pastu satu hal nak pujuk husband yang anti hindustan tu untuk teman. Kecewa dah masa tu!

Tapi semalam berkat tekad nak tengok jugak filem ni kat panggung, gigih godek tiket. Akhirnya dapat jugak tiket, tapi sebelah malam. Tak kisahlah janji dapat tengok, terus tempah 4 tiket jam 8.30 malam di TGV D'Pulze Cyberjaya. Yang paling seronok berjaya pujuk husband ikut sama menonton. Anak² semua ikut sebab mereka pun dah terminat hindustan macam mamanya. 


Ehhh terpanjang pulak membebel, jom baca sinopsis dulu.
Dilwale bukanlah kesinambungan filem Dilwale Dulhania Le Jayenge tetapi hanya menggunakan tajuk dari filem tersebut. Ini kira comeback dari SRK dan Kajol selepas 20 tahun DDLJ. 

Cerita mengisahkan Raj yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer dan 2 orang sahabatnya. Raj dan Veer mengusahakan perniagaan bengkel kereta bagi menampung hidup mereka. Tapi disebalik kehidupan itu Raj ada kisah silam dimana dia adalah seorang mafia yang bernama Kaali. Namun walaupun sebagai mafia dia tidak lari dari cinta dimana dia telah jatuh cinta dengan Meera. Tapi cinta mereka terhalang dek kerana permusuhan antara bapa Kaali dan bapa Meera. Dapatkan cinta mereka disatukan selepas pertemuan Veer adik Kaali dan Ishita adik Meera? Adakah memori silam dan dendam lama mereka dapat mengatasi rasa cinta?


Review filem Dilwale
Secara keseluruhan Mas sangat teruja dan seronok menonton filem ini. 3 jam dalam panggung terasa sekejap je. Babak kelakar, romantik dan kasih sayang melengkapkan filem ini. Kepandaian pengarah filem ini menyelitkan unsur² jenaka memang berjaya, kelakar habis! Babak tangkap leleh pulak memang kurang tapi ada babak yang sedih, bergenang jugak airmata.

Satu babak yang paling Mas suka ialah ketika Meera hanya memberi masa 5 minit kepada Kaali untuk dating dengan beliau. Bagi Mas babak tu sangat manis, genius, kelakar dan romantik habis. Memang boleh senyum sorang bila ingatkan balik babak tu. Ditambah pulak dengan renungan mata dan penampilan SRK yang kacak tu, bisa cair gitu!

Lokasi pengambaran di Bulgaria pun sangat cantik terutama semasa pengambaran lagu. Memang sesuai dengan mood cinta dan romantik! Dan lagu pulak semua sedap didengar terutama lagu Janam Janam, asyik nak nyanyi je. Pendek kata semua best tentang filem ni. Husband yang tak minat hindustan pun boleh tersenyum simpul, heheheele!

Mas bagi 10 bintang bukan sebab Mas peminat tegar SRK dan hindustan. Tapi sebab filem ni memang best best dan best! Pasti akan repeat kali kedua.

Meh romantika de amor dengan lagu ni! 


Isnin, 28 Disember 2015

Rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh

Assalamualauikum...(^ ^)

Mula niat hati tak nak bagi kakak duduk asrama, biasalah mamanya tak berapa sanggup nak berpisah dengan anaknya. Dalam kepala otak asyik terfikir boleh ke anak dara aku duduk asrama, pandai ke dia berdikari, cukup ke makan pakai dia, tak terpengaruh ke dia dengan kawan² dan macam² lagi. Bukan tak fikir masa depan anak tapi macam itulah sindrom mak² kan?


Tapi bila dah ishtikarah dan fikir kembali apa guna anak dapat keputusan cemerlang, terus dapat fikir kebaikannya. Pastu dengan kegagalan Atikah dapat ke Kelas Rancangan Khas, terus cepat² Mas mohon rayuan ke SBP untuk dia. Lagi pun husband dah pergi jumpa pihak PPD dan mereka suruh mohon SBP. Mereka kata pelajar 5A lebih berpeluang untuk dapat masuk sekolah asrama penuh. 

Memang tak dinafikan banyak kelebihan tinggal di asrama, urusan pembelajaran mereka lebih teratur. Dalam masa yang sama anak² boleh belajar berdikari. Kalau tinggal di rumah bukannya tak boleh belajar tapi kadang tu kekangan masa dan keadaan sekeliling lebih mempengaruhi. Jadi nak bagi tumpuan lebih pada pelajaran tu ada hadnya. 

Jadi kenalah tunggu selepas 6 Januari baru boleh semak keputusan rayuan. Harap sangat ada rezeki Atikah! Walaupun terpaksa guna duit yang banyak tapi takpe, insyallah ada rezeki anak² tu. Kena usaha lebih dan cari duit sampingan lebih sikit.

Jumaat, 25 Disember 2015

Review filem Alvin And The Chipmunks : The Road Chip

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi filem Alvin and The Chipmunks menemui peminatnya di pawagam. Mas memang mengikuti filem ini dari sekuel pertama lagi. Seronok tengok aksi dan gelagat comel mereka yang kelakar dan mencuit hati. Jadi semalam Mas bawak anak² menonton filem ini. 


Sinopsis filem
Mengisahkan Alvin, Simon dan Theodore yang beranggapan bahawa Dave akan membuang mereka setelah melamar kekasihnya di Miami. Jadi mereka merancang sesuatu bagi menggagalkan lamaran tersebut. Lagi pun mereka tidak mahu hidup sebumbung dengan anak kekasih Dave yang sangat jahat dan membenci mereka. Berjayakah rancangan itu digagalkan dan apakah nasib mereka.

Review Alvin And The Chipmunks : The Road Chip
Filem ini tidak pernah gagal, sentiasa menghiburkan hati para penonton dengan gelagat dan perangai chipmunks yang mencuit hati. Mereka sentiasa mencetuskan suasana gamat dan menghuru-harakan keadaan, tapi mereka tetap comel. Dari mula menonton hingga habis asyik gelak. Pastu persembahan nyanyian oleh chipmunks sangat best, rasa nak menari sekali dalam panggung.

Bagi Mas memang filem yang menarik ditonton bersama anak², tak akan bosan punya. 9 bintang Mas bagi untuk si comel Alvin, Simon dan Theodore. 


Rabu, 23 Disember 2015

Tarikan utama di Janda Baik

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah pergi bercuti di Janda Baik tak?


Mas sangat suka bercuti di Janda Baik kerana suasana alam semulajadinya yang sangat segar dan nyaman. Bila bercuti di sini Mas rasa sangat aman dan selesa. Dapatlah larikan diri sebentar dari kesibukan kota yang merimaskan.

Tarikan utama di Janda Baik
Janda Baik adalah tempat yang sangat sesuai untuk merehatkan minda dan rekreasi kerana ia terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Berikut adalah tempat² menarik yang perlu kita terokai dan rasai sendiri pengalaman yang unik dan indah.

1. Pulau Santap
Merupakan kawasan sungai cetek yang sangat sesuai untuk berkelah. Airnya sejuk dan kawasan yang landai memang menarik minat pengunjung untuk datang. Selain berkelah pengunjung boleh menyewa pondok yang disediakan di sepanjang sungai. Di pondok tersebut disediakan tempat untuk BBQ. Pastu tarikan utamanya ialah aktiviti water tubing ni, seronok sangat!


2. Air Terjun Ulu Tampit
Mas tak pernah sampai lagi ke kawasan air terjun ni, tapi ramai pengunjung berpendapat ia adalah kawasan air terjun yang menarik dan menyeronokkan. Air terjun ini setinggi 7 tingkat dan perlu mendaki di kawasan hutan lebih kurang 45 minit barulah boleh sampai tingkat atas air terjun ini.

3. Gunung Nuang
Bagi yang suka aktiviti lasak dan mencabar boleh mendaki Gunung Nuang. Kebiasaanya gunung ini menjadi pusat latihan bagi pendaki tempatan dan luar negara untuk memantapkan kemahiran pendakian mereka. Lebih kurang 11 jam perjalanan untuk mendaki gunung ini dari pintu utama. Terdapat 2 tapak perkhemahan untuk beristirehat sebelum meneruskan perjalanan hingga ke puncak.


Selain tarikan utama ini Janda Baik memang sesuai sebagai destinasi percutian. Bagi yang sukakan suasana semulajadi dan aman damai wajib datang. Jangan risau kalau nak bercuti di sini kerana memang terdapat banyak resort dan homestay. Pilih saja mana satu yang berkenan di hati, semuanya menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Jom bercuti ke Janda Baik!

Selasa, 22 Disember 2015

Demora Intensive Skin Repair : Produk kecantikan terbaru di pasaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Memilih produk kecantikan pastinya setiap wanita inginkan yang terbaik buat mereka. Sama seperti Mas, bila nak gunakan satu produk kecantikan tu Mas akan pilih yang betul² sesuai dengan kulit Mas. Biasanya produk yang menjadi pilihan adalah yang berasaskan bahan semulajadi, tiada bahan kimia atau bahan terlarang dan semestinya halal digunakan.


Demora Intensive Skin Repair
Ia merupakan serum rawatan wajah pertama di Malaysia yang dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu gabungan ekstrak bunga sakura, ekstrak bunga paeonia dan akar ginseng yang berkualiti tinggi untuk kesan terbaik. Selepas menjalani R&D dan kajian makmal baru produk ini dikeluarkan oleh jurukimia yang bertauliah dan diyakini. Produk Demora terdiri daripada sabun, toner, krim, serum dan mask yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kesan dari penggunaan Demora dapat dirasai seawal 7 hari jika dipakai secara konsisten dan betul.

Mari Mas perkenalkan satu persatu produk Demora Intensive Skin Repair ini.

1. Mild Cleansing Bar
Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara, mica, sodium sulphate dan agen pencerah untuk membersihkan kekotoran kulit wajah.

2. Skin Perfecting Toner
Toner penyegar yang digunakan untuk menutup liang pori yang terbuka dan jugak dapat membuang lebihan minyak dimuka. Ia terdiri daripada ekstrak bunga ros, ekstrak minyak kelapa dara, ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia dan ginseng.

3. CC Cream + Primer SPF 30
Merupakan krim pelindung matahari yang mengandungi SPF30 bagi melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB serta mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata. Kandungan yang terdapat di dalamnya seperti alpha arbutin, vitamin B3, mineral, iron serta agen pelindung kulit.

4. Serum Intensive Repair
Serum ini diformulasi dengan teknologi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah, melembap dan menghilangkan bintik hitam serta jeragat. Bahan² yang terkandung di dalamnya ialah ekstrak bunga paeonia, ekstrak buah pear, ekstrak kacang soya, akar pokok ginseng dan ekstrak daun melia.


Ini adalah di antara kebaikan produk Demora Intensive Skin Repair.
Mencerah, memutih dan menggebukan kulit
Melembap dan menaturalkan PH balance
Memudarkan jeragat dan bintik hitam
Mengecilkan liang pori yang terbuka
Menegang serta menganjalkan kulit
Membuang lebihan minyak
Mensekatakan tekstur kulit

Kesan Penggunaan Demora Intensive Skin Repair
Mas dah cuba pakai produk ini dan ianya sesuai dengan kulit Mas. Selepas lebih kurang 3 minggu menggunakannya kulit rasa lebih lembap dan anjal. Masalah kulit kering yang Mas alami dah berkurangan. Jadi bila pakai mekap takdelah masalah tekstur kulit tak sekata tu, mekap lebih cantik dan berseri. Mas suka guna serum dia sebab lepas pakai kulit rasa lembut dan segar je.


Untuk permulaan dan pengenalan produk ia dijual dengan harga RM149.90 dan dengan setiap pembelian set Demora Intensive Skin Repair ini anda akan dapat floral mask percuma yang berharga RM49.00. Untuk tujuan pembelian dan maklumat lanjut boleh ke:

Facebook Pages: Demora Beauty HQ
Instagram: @DemoraSkinRepair
PM/Whatsapp: 019-2321580


Isnin, 21 Disember 2015

Kejohanan Boling Persahabatan Lembaga Zakat Selangor & Media

Assalamualaikum...(^ ^)


Sabtu lepas kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah dijemput oleh Lembaga Zakat Selangor menyertai Kejohanan Boling Persahabatan LZS & Media. Kejohanan yang diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam disertai oleh 20 wakil media yang diantaranya seperti Utusan, Berita Harian, Astro Awani, Bernama TV, Harian Metro, TV3, Karangkraf dan Sinar TV.

Wahhh memang nama² media yang hebat dan para pemain mereka pun hebat² belaka. Tapi kami dari KBBA tidak kurang hebatnya, hehehee! Inilah champion KBBA yang berentap Sabtu lepas.


Tujuan LZS mengadakan kejohanan boling persahabatan ini adalah kerana ingin mengeratkan silahturrahim dengan rakan media yang banyak membantu LZS dalam menyebarkan berita mengenai peranan LZS. Tanpa bantuan media orang ramai tidak akan tahu ke mana duit zakat yang mereka bayar diagihkan. Kami para blogger pun cuba membantu menyebarkan berita yang sahih dan tepat bagi membuka mata masyarakat tentang kepentingan zakat. Jadi dengan adanya kejohanan seperti ini kerjasama itu lebih kukuh terjalin.

Selesai bermain 3 games kami pasukan KBBA berjaya meraih tempat ke 12 dari 20 media yang bertanding. Satu pencapaian yang agak membanggakan! Ini keputusan penuh bagi kejohanan tersebut. Tahniah pada Utusan yang berjaya menjadi juara, memang hebat pasukan mereka.



Hadiah yang disediakan oleh LZS sangat lumayan, semua media yang bertanding dapat hadiah. Juara longkang pun ada hadiah tau, hehehee! Tak sia² main masuk longkang tapi dapat jugak hadiah. 

Gambar sekitar kejohanan, terima kasih LZS!







Jumaat, 18 Disember 2015

Isu PTPTN : Pengajaran buat peminjam

Assalamualaikum...(^ ^)

Mula² dengar pasal berita ramai penjawat awam tiada baki gaji apabila tindakan PTPTN memotong jumlah pinjaman automatik dari gaji mereka, Mas rasa perkara ni tidak adil. Seolah macam menganiaya mereka yang mempunyai tanggungan dan komitmen setiap bulan. Rasa kesian pada yang gaji tinggal RM0.00 dalam akaun. Terfikir camne mereka nak tampung kos hidup bulan tu. 


Tapi bila tengok akhbar dan dengar berita yang tindakan potongan ini dilakukan kepada peminjam yang tidak pernah membuat bayaran langsung sejak habis belajar, Mas rasa ianya wajar dilakukan. Lagi pun PTPTN dah keluarkan pelbagai amaran serta memanggil peminjam ini untuk berunding tapi tidak diendahkan. Jadi dengan tindakan sebegini ia akan membuka mata peminjam yang tegar ni bahawa semua ini salah mereka sendiri. Ia akan jadi pengajaran buat semua peminjam. 

Sepatutnya kita kena ingatkan diri sendiri bila dah meminjam kenalah bayar semula. Hutang kan wajib dibayar! Dapat gaji khaskan siap² duit untuk bayar hutang tak kira sikit atau banyak gaji bulan tu. Kalau kita tangguh dan ambil sambil lewa memang tak akan langsai hutang. Bila dah jadi sebegini barulah nak serik dan sedar. 


Nasib baik PTPTN akan pulangkan semula wang potongan tersebut selewat²nya 30 Disember ini setelah ditolak ansuran bulanan yang sepatutnya. Jadi Mas harap peminjam² PTPTN ni tak ulangi lagi sikap sebegini. Langsaikan hutang baru hidup boleh tenang kan?

Khamis, 17 Disember 2015

Hari gaji

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni orang kerja kerajaan mesti senyum lebar sebab gaji dah masuk kan. Bulan ni gaji awal sikit sebab 25hb nanti Krismas. 

Memang syok bila gaji, dalam kepala mula fikir dan merancang macam² nak beli. Tapi sebelum membeli dan habiskan duit nak shopping sakan kena fikir dulu tanggungan yang lebih penting. Dah selesai yang tu jika ada duit lebih baru shopping apa yang perlu. Yang tak penting tak perlulah!


Macam Mas dan husband, kami dua² kerja kerajaan. Jadi memang kena beringat dan pandai uruskan kewangan tiap² bulan. Lainlah kalau isteri kerja kerajaan suami kerja swasta, hujung bulan dan awal bulan ada duit masuk. Apa yang penting kami akan selesaikan dulu hutang piutang, bil², simpanan dan barang keperluan rumah. Jika ada baki bolehlah bawak anak² makan di luar dan membeli belah. Tapi bukanlah selalu, sebulan sekali dah memadai. Walaupun husband ada duit sampingan dari kerja part time tapi zaman semuanya duit ni kena lebih berjimat cermat. 

Tak salah nak berbelanja jika mampu tapi biarlah duit cukup sehingga gaji bulan berikutnya. Jangan hari ni gaji, esok lusa dah tinggal cukup² makan. Pastu zaman sekarang dengan taraf hidup semakin tinggi kena ada pendapatan sampingan, memang tak boleh harapkan gaji je walaupun dua² bekerja.

Tapi ingat yang dah gaji tu jangan shopping sakan pulak, selesaikan yang penting dulu. Jom klik² maybank2u bayar bil!

Selasa, 15 Disember 2015

Persiapan persekolahan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega rasa bila dah hampir selesai urusan membeli belah barang persekolahan anak². Ada rezeki lebih kami memang terus beli, bukan apa takut duit habis ke lain. Setakat ni baju, kasut, beg dan alat tulis dah beli semuanya, tinggal peralatan persekolahan seperti buku tulis dan buku latihan je. 


Lepas buat survey minggu lepas, pasaraya Tesco menjadi pilihan kami. Kebanyakan persiapan persekolahan yang dijual memang harga murah dan berpatutan. Baju sekolah rendah kami dapat dengan harga RM28 sepasang dan baju sekolah menengah dengan harga RM30 lebih sepasang. Jadi beli dulu 3 pasang sorang, ada rezeki lebih nanti beli lagi. Baju melayu sekolah agama untuk Arfan pun murah, hanya RM27 sepasang. Kasut dan alat tulis pun murah dan ada diskaun.

Membeli persiapan persekolahan memang kena cari harga murah dan berpatutan sebab setiap tahun kena beli baru. Bukan tak berjimat cermat tapi beg dan kasut tahan setahun je. Bila dah hujung tahun kasut dan beg semuanya dah koyak. Jadi kenalah tukar baru kan? Baju sekolah pulak mesti kena tukar, tak kan nak pakai yang tahun lepas. Semuanya dah macam belacan goreng, hahahaa!

Bab memilih pakaian sekolah pulak biasanya tugas husband sebab dia lebih teliti. Kalau Mas pilih saiz, suruh anak fitting dan bila dah sesuai terus ambil berapa pasang nak. Tapi husband tak camtu, dia akan keluarkan setiap satu dari plastik. Pastu belek setiap helai, ukur sama saiz tak dan baru ambik. Haaa teliti tak telitinya dia, boleh tengok gambar ni! 



Lepas ni siap sedia pulak untuk beli peralatan sekolah dan persiapan Atikah nak masuk asrama. Fuhhh lap peluh dan belek duit dalam poket!

Isnin, 14 Disember 2015

Gegar Vaganza 2 : Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)


Berakhir sudah Gegar Vaganza 2 dengan menyaksikan Siti Nordiana dinobatkan sebagai Juara. Walaupun dia bukan pilihan Mas sebagai juara tapi juri telah buat keputusan. Tahniah kepada Siti Nordiana, bukan sahaja bergelar juara tetapi dipilih memenangi persembahan terbaik oleh penonton. Ramai peminat dia, jadi seharusnyalah menang! Kalau ikut Mas, Ezad lagi layak menang persembahan terbaik sebab vokal dan persembahan dia lagi mantap. 

Sebelum Mas senaraikan keputusan penuh Final GV2, Mas nak ulas sikit dari sudut pandangan sendiri. Keputusan semalam agak tidak memuaskan hati kerana peserta yang layak bergelar juara tidak menjadi juara. Peserta yang sepatutnya top 3 pun tidak dapat yang sepatutnya.

Kalau ikut pilihan Mas dan tengokkan persembahan semalam Ezad layak jadi juara, tapi nasib tak menyebelahi dia. Juri lebih nampak kehebatan Siti Nordiana kerana tidak dinafikan dia dapat menyampaikan lagu Putus Terpaksa dengan baik. Jadi Mas akui dia layak! Cuma kurang puashati apabila Haiza hanya dapat tempat ke-6. Patutnya dia layak berada di top 3 kerana vokal dan persembahannya lagi mantap. 


Itulah pendapat Mas, tapi apa pun kena terima keputusan juri kan? Berikut keputusan penuh Final Gegar Vaganza 2.

Juara | Siti Nordiana
Naib Juara | Faradhiya
Tempat Ketiga | Ezad Lazim
Tempat Keempat | Nassier Wahab
Tempat Kelima | Acong SweetChild
Tempat Keenam | Haiza
Persembahan Terbaik | Siti Nordiana

Jumpa di Gegar Vaganza 3 tahun depan!

Khamis, 10 Disember 2015

Survey barang persekolahan

Assalamualaikum...(^ ^)

Zaman GST, zaman minyak naik, zaman harga melambung tinggi membuatkan Mas lebih berhati² dalam bab perbelanjaan. Bukannya berkira sangat tapi kena berjimat cermat, setiap sen yang digunakan kena betul² berbaloi. Lagilah sekarang ni nilai duit RM50 dah umpama nilai duit RM1 je.


Jadi sebelum membeli barang persekolahan anak² Mas kena buat survey dulu. Kena cari kedai atau pasaraya yang tawarkan harga yang lebih rendah dan berpatutan. Jadi lepas dah survey beberapa kedai, Mas tengok iklan kat akhbar pasaraya Tesco tawarkan harga yang lebih murah. Pasaraya Mydin dan The Store pun sama.

Tapi nak beli yang murah kena tengok kualiti kain jugak, biarlah ia berbaloi dan setimpal dengan harga. Kat pasaraya Hari² pun murah jugak dan kain pun elok. Dulu Mas pun selalu beli kat situ, cuma tahun ni nak cuba beli kat tempat lain yang lebih murah dan jimat. 



Bila dah survey baru puashati nak membeli. Hujung minggu bolehlah beli barang persekolahan anak².

Rabu, 9 Disember 2015

Teroka alam pekerjaan di Kidzania

Assalamualaikum...(^ ^)


Pucuk dicita ulam mendatang bila rakan blogger Hanim ajak turut serta ke Program Positive Parenting di Kidzania. Dapat peluang bawak anak² ke sana sebab memang impian mereka dari dulu nak ke Kidzania. Nak harapkan mama bawak memang tak mampu. Alhamdulillah ada rezeki sebagai blogger!

Selesai Program Positive Parenting terus Mas bawa anak² ke bank dulu untuk tunaikan duit. Mereka memang dah tak sabar nak cuba semua kerjaya yang ada, dah berkira² nak main apa dulu. Macam Atikah dan Arfan memang takde masalah nak main apa sahaja, dah besar kan? Cuma Airis agak terhad sikit sebab tak banyak kerjaya untuk umur 3 tahun yang dia boleh cuba. Jadi kena pilihlah apa yang sesuai dengan dia.


Mulanya dia agak takut nak cuba, siap merengek menangis lagi. Tapi Mas yakinkan dan pujuk dia, jadi lama kelamaan dia berani dan rasa seronok. Lagi seronok bila selesai satu kerja dia dapat upah duit, gembira sangat. Antara kerjaya yang dia cuba ialah sebagai Posmen, Penghantar Suratkhabar, Penjaga Tol dan Polis. Bangga Mas tengok dia yakin nak cuba semua tu. 

Macam Atikah dan Arfan banyak jugak kerjaya mereka cuba. Ada tu siap main sampai 2-3 kali. Atikah pandai kumpul duit, dia banyak main kerjaya yang dapat gaji daripada kena keluarkan duit. Bila dah banyak kumpul duit baru dia belanjakan. Arfan pulak tak pandai lagi nak gandakan duit dulu, dia banyak main apa yang dia suka je. Pastu asyik cakap duit Arfan sikit, hehehee!





Sepanjang habiskan masa di sana memang mereka seronok. Bagus untuk dedahkan mereka ke alam pekerjaan sebenar. Dari situ mereka boleh belajar bagaimana susahnya nak dapatkan duit dan perlu siapkan kerja dengan cekap. Bagus jugak untuk bina keyakinan diri bagi anak kecil seusia Airis. Dia akan lebih yakin dan dapat tangani rasa takut.

Walaupun banyak kerjaya yang tak sempat mereka cuba tapi Mas tahu mereka gembira dan puashati. Lain kali ada rezeki mama bawak lagi ye!









Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com