mrs secretary

Khamis, 31 Disember 2015

Penghujung 2015 : Tercapaikah azam?

Assalamualaikum...(^ ^)

Kurang 24 jam akan berakhir tahun 2015. Esoknya kita akan teruskan langkah, teruskan kehidupan, teruskan amal ibadah dan teruskan azam tahun baru. Tapi sebelum berakhir 2015 ni dah tercapai ke azam kita yang lepas.

Sudah tentu setiap tahun kita ada azam baru, macam² perancangan dan usaha kita lakukan untuk pastikan azam itu tercapai. Cuma jangan pandai tanam 2-3 azam, tapi satu pun tak membuahkan hasil. Pastu tahun baru tanam lagi 2-3 dan tak tercapai gak. Huhhhh azam taik ayam namanya tu!


Bagi Mas biar tetapkan satu azam je yang betul² kita nak capai, baru kita boleh fokus dan usaha ke arahnya. Macam Mas azam tahun 2015 nak amalkan cara hidup sihat dan kuruskan badan. Jadi dari awal hingga hujung tahun Mas berusaha ke arah tu untuk capai target. Mas berjaya kurus walaupun tak capai berat badan ideal yang diidamkan. Tapi tetap berjaya dan tercapai azam tu!

Tahun 2016 ni, Mas nak sambung lagi azam 2015. Nak capai berat badan ideal 60kg yang diidamkan. 

Jadi tak kisah apa pun azam kita pastikan ia tercapai. Semoga kita semua diberi kesihatan dan panjang umur untuk tunaikan Azam 2016.

4 ulasan:

  1. All the best kak mas...semoga semakin cemerlang azam tu sis...gogoogogo!

    BalasPadam
  2. Part kurus tu belum tercapai lg..Selamat tahun baru jgak.. Somoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya inshaAllah.. MD singgah follow sini..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas..alhamdullilah..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com