Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 30 Jun 2011

bertempur di khalayak ramai

Assalamualaikum...(^ ^)

perasaan malu manusia dah semakin menipis... dah tak kisah orang sekeliling nak pandang dan cakap apa! yang penting mereka puas hati... begitulah yang terjadi di Kelantan semalam!

Ayah, anak bertempur
PASIR MAS: Suasana di perkarangan sebuah kedai makan berdekatan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kecoh apabila seorang bapa bergaduh dengan anak lelakinya sehingga menterbalikkan meja dan kerusi, memecahkan pinggan mangkuk serta melempar makanan dan minuman ke arah satu sama lain. Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.

Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh. Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu. (sumber dari harian metro)

kalau pun mereka ada masalah kenapa mesti bergaduh untuk selesaikannya... jika tidak boleh kawal perasaan marah tu, berbincanglah di rumah... itu lebih baik dari mengaibkan diri sendiri dan keluarga di khalayak ramai! 

begitulah bila institusi kekeluargaan sudah pincang! anak dah tak hormat ayah dan ayah boleh buat sesuka hati dengan lepas tangan terhadap tanggungjawab... tapi ingatlah, buruk mana pun seorang ayah itu dia tetap ayah kita dunia dan akhirat... tiada galang ganti tau! marah macam mana sekali pun, rasa hormat tu mesti ada...

day 19 : a picture and a letter (write short entry to explain)

Assalamualaikum...(^ ^)

cabaran 30 hari sudah masuk hari ke 19... dah semakin hampir dengan garisan penamat!

(sekeping surat untukmu Vee...)

dear Vee sayang...
memang Mas tak sangka dapat memilikimu... kalau tak kerana hadiah dari suami tercinta mungkin Mas tak mampu mendapatkan kamu! sedar tak sedar sudah 4 tahun kita bersama... banyak sudah jasa kamu kepada Mas! tanpa kamu mungkin pergerakan Mas dan keluarga akan terbatas...

terima kasih Vee atas segala penat lelahmu membawa Mas ke setiap destinasi yang dituju... setia menemani Mas setiap hari ke pejabat, setia menemani bila Mas nak keluar jalan-jalan dengan keluarga, setia menemani Mas balik kampung dan setia bersama Mas kemana saja! 

Vee... walaupun minyak dah naik harga tetapi ia satu keperluan kan? kalau takde nanti sudah tentu kamu tak boleh bergerak! nanti tak bolehlah kita nak kemana-mana bersama... tapi Mas tak kisah, naik pun naiklah... nak buat camne, itu untuk Vee jugak!

terima kasih atas segalanya... jangan buat ragam, susah Mas nanti! patah kaki tau...

gambar bersama Vee, masa ni Vee baru seminggu bersama Mas!

Rabu, 29 Jun 2011

day 18 : a picture of your biggest insecurity

Assalamualaikum...(^ ^)

tak sangka dah sampai hari ke 18... jom tengok cabaran hari ini!

  • biggest insecurity.... sudah tentulah keluarga!
  • dalam apa jua keadaan sekali pun Mas akan utamakan keluarga dahulu... kerana keluargalah segala-galanya! merekalah pemberi semangat dan tulang belakang Mas...
  • kalau nak buat apa-apa keputusan pun Mas akan fikirkan kepentingan keluarga dahulu... bukannya apa, takut keputusan yang Mas ambil itu membelakangkan keluarga!

wordless wednesday [10]

Assalamualaikum...(^ ^)

terbaik dari ladang...

wordless wednesday [9]

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari koleksi peribadi

Selasa, 28 Jun 2011

day 17 : a picca of something made a huge impact on ur life

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas teruskan lagi cabaran di hari ke 17... inilah sesuatu yang memberi perubahan besar pada kehidupan Mas!

inilah Teratak Idaman Mas...

  • setelah 8 tahun bekerja Mas berjaya memiliki rumah sendiri... dah masuk setahun Mas pindah ke rumah ni... rasa lebih selesa duduk di rumah sendiri walaupun tidaklah begitu besar!
  • sejak pindah ke rumah sendiri ni memang kehidupan lebih berubah... Mas lebih berjimat cermat dan sudah kurangkan aktiviti2 menghabiskan duit setiap hujung minggu! maklumlah pinjaman rumah pun dah potong RM700++ setiap bulan dari gaji...
  • bila dah ada rumah sendiri husband dapat teruskan bisnes welding dan mekanik... kalau duduk di kuarters dulu kawasan terhad! jadi itulah sebagai sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga...

blog dan aku

Assalamualaikum...(^ ^)

jalan-jalan sambil makan cekedis kat blog cik ezy tadi... terbacalah pulak tentang segmen dari Mak Dara! jadi teruslah mengedikkan diri untuk join... nak kongsi jugak cerita tentang Mas dan blog!

klik gambar mak dara yang vogue untuk join!

soalan-soalan cepu emas yang perlu dijawap... ada 10 tau!
  • nama blog Mrs Secretary
  • pilih nama tersebut kerana Mas seorang Secretary aka PA
  • tema warna blog sudah tentulah merah... i love red very much!
  • biasanya 3-4 entri sehari... kalau terlebih banyak idea pernahlah sampai 5-6 entri... tapi kalau idea hilang entah kemana 1 entri je! 
  • blog Mas ni ada pelbagai entri... mengenai keluarga, perkongsian ilmu, kisah dan teladan serta tips dan nasihat... semua entri yang ditulis adalah berdasarkan dari apa yang Mas rasa dan percaya! 
  • kenangan pahit setakat ni belum ada lagi... kenangan manis bila berjaya dapat follower seramai 1000 orang dalam tempoh 5 bulan berblog!
  • Mas dah berpuashati dengan follower sekarang... tapi kalau dapat 5000 lagi bagus!
  • benda yang paling disukai ialah wajah-wajah semua follower blog ini... tanpa mereka tidak mungkin blog ini dikenali dan tanpa mereka tiadalah pembaca untuk blog Mas!
  • kata-kata ucapan... wahai blog sayang, setiap hari Mas habiskan masa bersamamu! waktu makan teringatkan kamu, waktu mandi terkenangkan kamu dan waktu tidur termimpikan kamu... sesungguhnya Mas telah jatuh cinta dengan kamu! mencintaimu telah memberikan satu kepuasan pada diri Mas... semoga kita kekal bersama!

bijaknya kaut keuntungan

Assalamualaikum...(^ ^)

sumber gambar dari google
memang tak akan habis bila bercakap tentang isu ASTRO ni... kadang2 naik menyampah pun ada! bukannya semakin mesra pelanggan tetapi semakin menindas pelanggan... kalau boikot kang menyusahkan diri sendiri, tak boikot pun menyusahkan jugak! 

Mas melanggan Astro dah hampir 3 tahun sejak dari tahun 2008... langgan pun sebab husband nak tengok Euro 2008! sejak langgan memang Mas tak pernah ambil pakej2 tambahan ni... tengok jelah pakej basic yang telah dilanggan tu! tapi bila ada Maharaja Lawak, langganlah jugak pakej Astro Mustika tu... kenalah charge tambahan RM12.95!

bila Maharaja Lawak dah habis terus stop langgan... tapi yang tak bestnya bila nak stop sesuatu pakej kena charge RM10.00... pihak mereka kata kalau bil bertambah memang tak kena charge tapi kalau bil berkurang akan dikenakan charge RM10.00! camtu pulak... pandai betul Astro kaut keuntungan kan? kalau 100 pelanggan stop sesuatu pakej berlipat kali ganda mereka boleh kaut untung... macam manalah orang tak boikot!

tengah berkira2 nak stop pakej bola pulak... boleh jimat lagi RM12.00!

janganlah rapat-rapat sangat bang!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar ehsan dari google
dah tau jalan tu sibuk lagilah dia nak ikut rapat2... padahal dia dah tau kat depan banyak kereta! kalau kereta depan brake emergency, tak pasal2 dia akan cium bontot kereta Mas! sebeginilah segelintir sikap pemandu yang hanya pentingkan diri sendiri setiap kali Mas memandu pergi dan balik kerja!

ada sesetengah tu siap bagi high beam lagi suruh Mas ke lane sebelah... padahal masa tu kat lane sebelah pun banyak kereta dan memang takde ruang untuk Mas mencelah! pastu mulalah dia ikut rapat2... geram je rasa nak brake emergency! tapi bila fikirkan balik kereta Mas jugak yang dilanggarnya nanti... masing2 nak tunjuk lagak di jalanraya dan nak cepat sampai ke destinasi... keselamatan orang lain tak penting dah bagi mereka!

pastu kalau jadi macam gambar kat atas tu semua orang akan susah kan?

Isnin, 27 Jun 2011

suka sangat ambil kesempatan... geram tau!

Assalamualaikum...(^ ^)

husband memang seorang yang baik hati dan susah nak menolak kalau orang minta tolong dengan dia... terutamanya yang melibatkan bisnes part time dia! jadi dengan kebaikan itu ada sesetengah customer yang terdiri daripada sahabat2 dia sendiri suka ambil kesempatan... 

bila suruh husband Mas repair kereta, tiap2 hari telefon tanya dah siap ke belum... bila dah siap dan nak minta bayaran terus bagi macam2 alasan! belum cukup duitlah, ayah sakitlah, nak balik kampunglah, cek belum clearlah dan macam2 lagi... husband Mas pula lembut hati, terima je alasan diaorang! kadang2 tu makan masa sampai berminggu dan berbulan tak bayar...

memang Mas rasa sakit hati dan geram sangat dengan sikap kawan2 dia... banyak kali dah Mas pesan jangan bagi muka sangat... tapi dia cakap tak nak kawan2 terasa hati! bagi Mas tak salah dia nak bagi muka tapi biarlah kena dengan caranya... kalau sekali takpelah kan? apa guna buat bisnes kalau payment asyik kantoi je... nak buat modal pun susah!

awak ubahlah sikit sikap lembut hati tu ye... ramai yang ambil kesempatan!

day 16 : a picture of someone who inspires you

Assalamualaikum...(^ ^)

cabaran 30 hari tetap akan diteruskan walaupun kawan-kawan bosan membacanya... kalau tidak dihabiskan nanti dikatakan hangat taik ayam pulak! jadi Mas sambung dengan hari ke 16...

  • merekalah sumber inspirasi Mas... bila tengok muka mereka hati yang sedih jadi gembira, jiwa yang gundah jadi ceria, fikiran yang serabut jadi lega dan masalah yang datang hilang entah ke mana!
  • kalau Mas takde idea nak update entri kat blog terus tengok muka mereka... tengok gelagat dan aksi mereka... pastu terdetik satu idea untuk hasilkan entri... hebatkan penangan mereka!

beginilah sikap pemandu di negara kita

Assalamualaikum...(^ ^)

semasa perjalanan balik dari Kuantan ke rumah semalam memang tak sangka Mas boleh menyaksikan begitu banyak sekali kemalangan jalanraya... ada 7 semuanya! kebanyakkan kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak iaitu di kawasan2 selekoh yang tajam! 5 daripada kemalangan tu pemandunya terbabas sendiri kerana kereta dipandu terlalu laju... 1 melibatkan 3 biji kereta, mereka berlumba ni... dan 1 lagi sebuah lori terjunam ke dalam gaung! 

tapi yang paling geram walaupun dah sebegitu banyak kemalangan berlaku tapi masih ada pemandu yang memandu dengan laju dan berlumba dengan pemandu lain... mereka tak jadikan kemalangan tersebut sebagai iktibar langsung! beginilah sikap pemandu2 di negara kita ni, tidak pernah serik dan insaf melihat kemalangan yang berlaku... bahkan sikap mereka itu merbahayakan diri sendiri dan pemandu2 lain!

kalau beginilah sikap mereka memang kadar kemalangan di negara kita ni susah untuk dikurangkan! bayangkanlah dalam masa 1 hari boleh berlaku 7 kemalangan... walaupun tidak melibatkan nyawa tapi ia menunjukkan sikap buruk pemandu2... sikap tidak sabar dan mahu menunjuk2 kehebatan mereka memandu itulah yang bakal mengundang maut!

ini jelah gambar kemalangan yang sempat Mas ambil... lori ni terbabas lalu terjunam ke dalam gaung! katanya tayar lori pecah... nasib baik pemandunya selamat! 

Ahad, 26 Jun 2011

day 15 : a picca of something you want to do before you die

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ke 15... seronok juga buat cabaran ini, boleh juga dijadikan entri kalau takde idea kan? 

banyak perkara yang Mas ingin lakukan sebelum Mas mati... kalau nak listkan memang kena baca entri ni sampai esoklah!

tapi apa yang paling penting sebelum maut menjemput, Mas nak penuhkan amalan di dada! biar cukup sebagai bekalan di sana nanti... Mas nak didik anak-anak jadi anak yang soleh dan solehah supaya mereka boleh doakan Mas setiap hari apabila Mas dah tiada... semua inilah yang paling utama! 

tapi kalau perkara lain tu, sudah tentulah Mas nak jejakkan kaki ke tanah suci Makkah sebelum Mas mati... Mas nak pergi bersama suami, anak-anak, menantu dan cucu-cucu Mas!

sumber gambar dari google

galakkan anak-anak bersukan

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas menghadiri Hari Sukan Sekolah anak2 Mas... semasa ucapan perasmian tu, Mas tertarik dengan kata2 dari wakil pegawai Jabatan Pelajaran tu... 1 Murid 1 Sukan! jadi mereka galakkan murid2 ni terlibat dalam aktiviti sukan bagi membantu perkembangan otak dan kesihatan tubuh badan... betul jugak kan? kalau anak2 kita asyik mengadap buku je 24 jam mahu jammed otak mereka... bila mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan sebegini otak mereka semakin cerdas dan badan pun semakin cergas! 

jadi semalam Mas seronok tengok anak2 Mas dapat melibatkan diri dalam pelbagai acara... Mas cakap kat mereka, menang kalah tu adat bertanding... yang penting semangat kesukanan! tapi bila menang ia sebagai satu bonus dan mereka akan lebih bersemangat... 

inilah antara gambar2 sekitar hari sukan tersebut...

anak2 Mas di rumah sukan yang berbeza... Atikah rumah merah dan Arfan rumah kuning! jadi kenalah bergambar dengan kedua2 rumah sukan... kalau tak nanti ada yang jelous!

ini pula gambar2 mereka beraksi dalam acara sukan...

Arfan masuk dua acara sukaneka... bouncing ball dengan lari bawa pundi kacang! memang bersemangat betul dia...

Atikah pula masuk tiga acara... bawa bola ping pong dalam sudu, lumba lari 50 meter dan 75 meter! walaupun dia hanya menang 1 acara je tapi tetap bersemangat...

Sabtu, 25 Jun 2011

day 14 : a picca of someone u could never imagine ur life without

Assalamualaikum...(^ ^)

sudah masuk 2 minggu Mas meneruskan cabaran ini...

kalau dulu Mas tak boleh bayangkan bagaimana kehidupan Mas tanpa mak dan abah... bila mak dan abah dah meninggal dunia memang Mas rasa kehilangan tapi Mas tetap redha dan boleh terima kenyataan! ini kerana Mas sudah mempunyai suami dan anak2... dah ada tempat untuk bergantung dan mencurahkan kasih sayang! jadi sekarang Mas tak boleh bayangkan bagaimana hidup tanpa mereka ini...

  • semoga suami Mas dipanjangkan umur dan sihat selalu supaya Mas dapat menghabiskan masa2 tua nanti bersama dia hingga hujung nyawa...
  • semoga anak2 Mas juga sentiasa sihat dan membesar di depan mata Mas... nak tengok mereka belajar hingga ke menara gading, berkahwin dan memberikan Mas cucu!
  • Mas sentiasa berdoa agar mereka sentiasa dilindungi oleh Allah SWT kerana memang Mas tidak mahu kehilangan mereka buat masa sekarang!

hujung minggu untuk keluarga

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini Mas update awal pagi sebab sekejap lagi hari Mas akan dipenuhi dengan aktiviti...

dah lama hujung minggu Mas tidak diisi dengan aktiviti... biasanya hanya bermalasan di rumah je sambil mengadap blog sampai lebam biji mata! tapi hujung minggu kali ini memang agak penuh dengan aktiviti kekeluargaan... pukul 7 dah keluar pergi ke sekolah anak-anak Mas kerana ada Hari Sukan Sekolah! kenalah berkampung dari jam 8 pagi hingga 2 petang kat sekolah...

gambar hiasan dari google

habis je sukan terus kena gerak balik ke rumah mak mertua Mas kat Kuantan... perjalanan yang agak jauh jugaklah lebih kurang 2 jam setengah! kami kena balik sebab sebelah malamnya ada kenduri doa selamat, mak dan abah mertua Mas nak pergi umrah pada 3 Julai nanti... dah lama diaorang tunggu nak pergi umrah ni, baru tahun ini dapat pergi... alhamdulillah!

gambar hiasan dari google

jadi hari ini memang tak dapatlah nak jenguk dan blogwalking kat blog kawan-kawan... kalau ada entri pun semuanya Mas autopublish je! habis kenduri malam nanti barulah dapat bersua kembali dengan blog! doakan anak-anak Mas menang banyak hadiah dalam sukan dan doakan Mas selamat sampai ke Kuantan ye...

Jumaat, 24 Jun 2011

SEPAH Juara Maharaja Lawak... dah agak dah!

Assalamualaikum...

MANISNYA SEPAH ITU... AAAAAHHHHH

LIKE 20 JUTA KALI... hehehehehe

day 13 : a picture of your favourite band or artist

Assalamualaikum...(^ ^)

hari 13 dah ke? masih bersemangat meneruskan cabaran ini...

sumber gambar dari google

  • band kegemaran Mas sudah tentulah Spider... sebab lagu2 diaorang best dan suara penyanyinya pun sedap! pastu kumpulan Spider ni simple and steady je, jarang ada gossip2 panas ni...
  • kalau artis pula Mas paling suka Rosyam Nor... setiap watak yang dia lakonkan memang penuh penghayatan dan semuanya nampak sempurna di mata Mas! 
  • walaupun dia dah berjaya dan banyak menerima anugerah tetapi dia tetap low profile dan banyak beri tunjuk ajar pada artis2 baru...

sumber gambar dari mStar online

sempurna dah tu... kenapa nak ubah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Perfect by wunderphoto
jika dilahirkan tidak sempurna akal fikiran tetapi sempurna fizikal... jika dilahirkan tidak sempurna fizikal tetapi sempurna akal fikiran... tapi alangkah indahnya jika dilahirkan sempurna kedua-duanya! walau apa keadaan sekali pun itu sudah ketentuan Allah SWT... kita seharusnya bersyukur kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya!

tapi kenapa manusia nak ubah juga kesempurnaan itu... dah elok dilahirkan memiliki fizikal yang sempurna semuanya! alasan untuk ubah sebab nak nampak lagi perfect serta nak ikut peredaran masa dan waktu... tapi tidak mereka sedar dengan mengubah kesempurnaan itu, mereka telah mengubah kejadian Allah SWT...

Khamis, 23 Jun 2011

tekanan jiwa

Assalamualaikum...(^ ^)

banyak pula Mas dengar cerita pasal orang dilanda tekanan jiwa... terbaru ni kawan sepejabat tiba2 dilanda tekanan jiwa yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital! muda lagi orangnya, baru 20an... apa punca pun Mas tak tahu! mungkin terlalu stress dengan kerja atau putus cinta...

pastu hari ini terbaca berita di dalam akhbar Berita Harian... seorang pelajar yang masih muda juga!

**********
Mangsa tertekan gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, patah kaki selepas terjun dari tingkat tiga sekolah pagi kelmarin, dipercayai akibat tekanan selepas gagal enam mata pelajaran dalam ujian pertengahan tahun. 

Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dipercayai gagal mengawal emosinya sebelum bertindak di luar kawalan hingga menggemparkan pelajar dan guru sekolah berkenaan yang bersiap untuk perhimpunan pagi.

cerita selanjutnya baca di berita harian online

sumber gambar dari sini
apa punca sebenarnya perkara sebegini terjadi? kerana gagal mengawal emosi dan terlalu ikutkan perasaan yang tertekan mereka jadi begini... sepatutnya bila emosi kita tidak stabil jangan terlalu terikut2 dan dikawal oleh emosi tersebut! sebaliknya kita luahkan kepada seseorang agar rasa lebih lega... jangan pendam dan simpan apa yang terbuku di hati... 

satu lagi ingatlah bahawa kita ada Allah SWT... sentiasa mohon dan berdoa agar kita dilindungi dari perkara sebegini! jika rasa tertekan, ambil wuduk dan baca Al-Quran... 

jangan terlalu selesa

Assalamualaikum...(^ ^)

kalau kita senang jangan terlalu selesa dengan kesenangan itu kerana ia tidak kekal lama... manfaatkan kesenangan itu di jalan yang diredhai Allah SWT... dan beringat-ingatlah dengan kesenangan itu, jangan terlalu menunjuk-nunjuk!

kalau kita berada di atas jangan terlalu selesa sehingga lupa di mana bumi dipijak... ingatlah setiap yang  berada di atas itu bermula daripada bawah! 

kalau kita sudah terkenal dan berjaya jangan terlalu selesa kerana bimbang akan lupa diri dan bersikap takbur... ingatlah setiap kejayaan itu bermula dari kegagalan! jangan lupa dimana kita bermula sebelum menjadi berjaya dan terkenal...

sumber gambar dari google
biarlah kita berada di tahap sederhana! jika terlalu selesa dikhuatiri kita akan lupa diri

day 12 : a picture of your favourite memory

Assalamualaikum...(^ ^)

dah masuk hari ke 12... cabaran hari ini adalah gambar yang menjadi kenangan terindah!

gambar kahwin Mas yang tak berapa comel...

  • inilah kenangan paling terindah dalam hidup Mas... sah menjadi isteri kepada insan yang paling Mas cintai dan sayangi setelah 6 tahun kami bercinta... kami diijab kabulkan pada 30 Ogos 2002!
  • alhamdulillah tahun ini genaplah 10 tahun usia perkahwinan Mas..
  • dan yang paling indah Mas masih simpan lagi kad undangan perkahwinan kami... tema warna biru gitu!

Rabu, 22 Jun 2011

patuh, akur, angguk

Assalamualaikum...(^ ^)

patuh...
kita patuh apabila terdapatnya peraturan... kalau langgar peraturan nanti akan terima akibatnya! jadi kita akan set dekat minda perkara ini kena patuh... kalau tidak akan dapat balasan! tapi janganlah sebab takutkan peraturan kita patuh...

akur...
kita akur kerana terpaksa dan dipaksa... kalau tidak akur nanti ada yang merajuk atau marah! jadi kenalah akur walaupun perkara itu kita tidak suka atau tidak sesuai... perlukah peraturan untuk akur? bagi Mas tak perlu... kalau tidak suka boleh je untuk tidak akur!

angguk...
yang ini paling bahaya... setuju ke, tidak ke, baik ke, buruk ke, tetap angguk je! dah hilang sifat untuk menilai, terus angguk bila disuruh... kita-kita yang suka bodek atau kipas amat sesuai rasanya jadi tukang angguk ni... pasti boss akan sayang lebih punya!

sumber gambar dari google
**********
sebenarnya kita boleh jadi ketiga-tiganya sekali... kita boleh patuh, boleh akur dan boleh angguk tanpa menggeleng... tetapi biarlah ianya di landasan yang benar dan betul!

kita patuh bila diperintah...
kita akur bila bersetuju...
kita angguk bila memahami...

day 11 : a picture of something you hate

Assalamualaikum...(^ ^)

baru 11 hari... lambatnya lagi nak habis cabaran ni! tapi takpe, Mas akan teruskan juga hingga hari ke 30... inilah benda yang paling Mas tak suka!

  • kalau yang bekerja pasti kenal apa benda ni kan? inilah punch card yang digunakan turun temurun untuk merekodkan masa datang dan masa balik kita dari bekerja...
  • apasal tak suka pulak? rasa macam leceh je... datang kena ketip, balik kena ketip! pastu tiap2 bulan kena buat laporan... kalau ada merah kena dapatkan tandatangan pegawai dan nyatakan sebab apa lewat! tak sukanya nak buat semua tu...
  • tapi benci2 pun rekod baik tau... jarang merah! tengoklah tu pukul 7 pagi dah terpacak kat opis...

wordless wednesday [8]

Assalamualaikum...(^ ^)


wordless wednesday [7]

Assalamualaikum...(^ ^)


Selasa, 21 Jun 2011

3 in 1... sweet moments!

Assalamualaikum...(^ ^)

memandangkan birthday husband, birthday anak dan hari bapa berada pada bulan yang sama maka tiga hari tersebut diraikan sekali.. lagipun belum gaji lagi, kenalah berjimat cermat! kalau ikutkan husband tak perlu celebrate pun.. tapi demi menggembirakan hati anak², Mas beli jugalah kek, lagi pun hari ini birthday ika..

sebenarnya bagi Mas meraikan adalah sebagai syarat untuk menggembirakan anak² dan suami.. apa yang penting sebenarnya ingatan dan doa buat mereka agar panjang umur!

 kek birthday yang simple tapi sedap, Chocolate Paradise!

 birthday man dan birthday girl.. terpaksa share kek tahun ni!

day 10 : a picture of your most treasured item

Assalamualaikum...(^ ^)

cabaran hari ke 10 sudah sampai... inilah antara barang yang paling berharga pada Mas!

  • Mas sudah memiliki jam jenama Alba ini hampir 10 tahun... ia merupakan jam pemberian suami Mas sebagai hantaran kahwin! 
  • sejak pakai memang jam ni tak pernah rosak, cuma pernah tukar bateri sekali je sepanjang 10 tahun... pernah sekali tu Mas tertinggal jam ni dalam tandas kat Alamanda! memang gelabah gila sebab jam kesayangan ni... tapi nasib baik jumpa balik sebab ada orang jumpa dan pulangkan dekat kaunter pertanyaan di Alamanda...
  • jam ini sangat bermakna kerana usianya sama dengan usia perkahwinan kami!

happy birthday my sweet princess

Assalamualaikum...(^ ^)

rasanya seperti baru semalam Mas melahirkan dia.. sedar tak sedar semakin dewasa anak dara Mas ni! sudah semakin berat tanggungjawab Mas terhadap dia.. yang pastinya Mas mahu dia menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat! dan yang paling penting dia dapat menjaga Mas bila Mas sudah tua nanti..


SELAMAT HARI LAHIR 
NUR ATIKAH ASYIKIN
mama love you so much

hari ini genap usiamu 8 tahun.. walaupun usia hanya satu angka tapi perjalanan hidupmu masih panjang.. semoga engkau manfaatkan dengan sesuatu yang bernilai dan berharga! 

Isnin, 20 Jun 2011

saya dan awak [5]

Assalamualaikum...(^ ^)

awak : sayang... saya nak keluar sekejap ada kerja!

saya : kerja apa lagi dah pukul 11.00 malam ni... awak ni tak tau erti penat ke?

awak : sekejap je sayang... ada jiran kita minta repairkan kereta dia, esok dia nak balik kampung! mana ada penatnya... lagi pun boleh jugak dapat duit poket untuk esok...

saya : memang dapat duit tapi saya kesian tengok awak, tak berhenti buat kerja part time untuk tambah pendapatan! 

awak : itukan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga... cari rezeki untuk isteri dan anak2!

saya : (hanya mampu tersenyum)

awak memang kuat bekerja cari rezeki...

 saya cuba bantu tambahkan rezeki dengan berblog, mana tau ada rezeki...

tanya sama pokok

Assalamualaikum...(^ ^)

[1]
tersesat malu bertanya
tak tahu tak tahu ke mana
terlalu banyak alasannya
ku terdiam

[2]
menyusur di kaki lima
terlihat bayang wajah kelmarin
tersentuh hati bagai luruh

[3]
tanya sama pokok apa sebab goyang
jawab angin yang goncang
terbang burung terbang
patah sayap diduga
seandainya rebah, kau masih ada

[4]
terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu
terlalu banyak alasannya
duduk terdiam

[5]
tak mudah namun tak susah
terserah atas pilihan
tersentuh hati mula luruh

ulang [3] [4] dan [5]
tanya sama pokok

pengaruh dan populariti

Assalamualaikum...(^ ^)

pengaruh memberi impak yang besar pada seseorang... jika kita seseorang yang berpengaruh sudah pasti akan dikenali ramai! ada saja yang mahu berkenalan dan menumpang populariti kita... bagi mereka mungkin sedikit sebanyak mereka dapat tempias dari populariti kita yang berpengaruh itu!

sumber gambar dari google
seperti orang politik... mereka hanya mampu mempengaruhi orang dengan kata2 sahaja! padahal kita tidak pasti kata2 itu menjanjikan sesuatu yang pasti atau tidak... jadi kita jangan pandang pengaruh itu dari satu sudut sahaja, biarlah pengaruh itu memberi manfaat yang benar2 berguna pada kita!

pengaruh dalam dunia blog juga tidak kurang luasnya... terutama bagi blogger yang sudah popular dan dikenali! sudah tentu blogger lain ingin jadikan dia idola atau sumber inspirasi... tapi ada juga yang terlampau terpengaruh sehingga terikut-ikut dengan blogger tersebut... kalau boleh apa yang blogger itu buat dia nak buat! kalau terpengaruh dari sudut positif takpelah tapi kalau sekadar nak tumpang populariti baik hentikan pengaruh sebegitu!

**********
orang yang berpengaruh dan popular semuanya bermula dari bawah... mereka tidak terpengaruh dengan populariti tetapi jadikan orang lain sebagai sumber inspirasi!

day 9 : a picture with person who has gotten you through the most

Assalamualaikum...(^ ^)

9 hari sudah... harap cabaran ini dapat diteruskan dengan jayanya!

  • gambar bersama abah dan mak adalah gambar yang paling bermakna dan paling sukar untuk dilupakan... hanya gambar ini sajalah yang boleh dijadikan pelepas kerinduan Mas terhadap mereka!
  • gambar ini diambil semasa konvokesyen Mas di UiTM Shah Alam pada tahun 2002... inilah saat yang paling bermakna kerana Mas telah berjaya mengenggam segulung diploma dan dapat menggembirakan hati abah dan mak!
  • sampai sekarang gambar ini tersimpan rapi di dalam dompet Mas!

Ahad, 19 Jun 2011

dah shopping baju raya ke?

Assalamualaikum...(^ ^)

tak sabar nak puasa dan tak sabar nak raya... itulah yang Mas nanti kan sekarang ni! masa puasalah kita dapat makan bersama dengan keluarga kan? sebab sekarang ni memang jarang dapat makan bersama kecuali weekend atau makan kat luar... jadi sebelum nak raya mestilah ada persiapan kan? dan yang paling penting sekali adalah baju raya... 

jadi semalam Mas berkesempatan pergi Nilai 1 untuk cari kain nak buat baju raya... sampai je kat sana memang rambang mata tengok kedai yang menjual pelbagai jenis kain yang cantik-cantik... ditambah pula dengan sale yang mencecah hingga 70%! 


Mas pun masuklah beberapa buah kedai untuk buat pilihan... semua kain yang dijual sangat cantik, murah dan menarik hati... rasa nak borong semua! setelah membuat survey di beberapa buah kedai akhirnya dapat jugaklah kain yang dicari... kami borong di Jelita Textile! kawan-kawan camne, dah beli baju raya ke? baik beli awal nanti tailor tak nak terima tempahan dah...

gambar kain belum boleh didedahkan, nanti tak suprise... tunggu raya ye!

day 8 : a picture of hero/knight/heroin

Assalamualaikum...(^ ^)

sampai sudah ke cabaran hari ke 8... nak tahu siapa hero pujaan hati Mas! (* *)

  • this is my hero... Shah Ruk Khan! Mas minat semua filem dia sama ada yang lama atau pun baru... boleh dikatakan semua VCD filem dia Mas beli! 
  • Mas suka cara dia menghayati sesuatu watak... memang penuh perasaan! kalau watak sebagai seorang kekasih dia sungguh romantik dan penuh perasaan cinta dan kasih... 
  • antara filem yang paling Mas suka dan boleh tengok sampai 10 kali pun ialah Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein dan Kabhi Kushi Kabhi Gham... 
  • gandingan yang paling Mas suka ialah Shah Rukh Khan dan Kajol... sangat romantis!
tengok gambar ni sambil bayangkan Kajol tu Mas... heheheheeee

abah

Assalamualaikum...(^ ^)

Abah...
kau pergi tinggalkan aku dengan seribu kerinduan... 
kau pergi tinggalkan aku dan tidak akan kembali lagi...
saat itu aku rasakan seperti hilang tempat bergantung...
saat itu aku rasakan dunia gelap gelita tanpa arah tuju...
tapi apa dayaku untuk melawan takdir Ilahi...
pemergiaanmu diiringi dengan doa dan airmata...

**********
walaupun dah hampir 8 tahun abah pergi meninggalkan Mas tapi rasanya seperti baru semalam... abah adalah ayah yang tegas mendidik anak2 tapi tetap penuh dengan kasih dan sayang! abah akan sentiasa risau jika anak2nya ditimpa musibah atau masalah... memang tak tidur malam dibuatnya! abah lah orang yang paling seronok jika anak2nya beroleh kejayaan... menitis airmatanya kerana terlalu gembira!

begitulah besarnya pengorbanan abah yang tak dapat Mas balas... Mas harap kawan2 yang masih mempunyai abah, hargailah setiap saat bersama dan jangan sesekali sakiti hati dia! 

SELAMAT HARI BAPA untuk arwah abah, abah mertua dan juga suamiku... anda semua adalah abah yang terbaik! 

Al-Fatihah untuk arwah abah...

Sabtu, 18 Jun 2011

demi blog tersayang

Assalamualaikum...(^ ^)

dimaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik di kawasan perumahan Taman Salak Idaman, Bandar Baru Salak Tinggi... gangguan bermula dari jam 5.30 petang sehingga tak pasti lagi jam berapa! jadi diminta semua penghuni kawasan perumahan ini keluar kemana sahaja supaya tidak kepanasan dan keboringan berada di rumah... laporan dari TNB kot!

disebabkan laporan oleh TNB itu terpaksalah Mas keluar ke Putrajaya supaya tidak seperti cacing kepanasan dirumah... nak update blog pun tak selesa kan? jadi Mas pun lepak kat Dataran Putrajaya! bersantailah di situ sambil update blog... macam tulah kalau dah sayang blog, sanggup apa saja!

ada gaya blogger tegar tak?

saya dan awak [4]

Assalamualaikum...(^ ^)

sempena birthday awak semalam...

saya : happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to abang hensem, happy birthday to you! selamat hari lahir awak... semoga panjang umur dan murah rezeki! awak nak hadiah apa?

awak : wah... siap nyanyi lagi! terima kasih sayang... saya tak perlukan hadiah apa2!

saya : janganlah macam tu... masa birthday saya, awak belikan hadiah dan kek lagi... tak akanlah birthday awak saya tak bagi apa2 pun!

awak : saya bagi awak hadiah sebab nak menghargai segala pengorbanan awak kepada saya selama ini... awaklah sumber inspirasi saya, kekuatan saya, ibu kepada anak2 saya dan kekasih hati saya selamanya... jadi semua itu adalah hadiah yang paling bernilai buat saya!

saya : saya sangat2 terharu awak... awak juga hadiah yang tak ternilai buat saya!

happy birthday awak... i love u!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com