Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 September 2015

Berat ideal

Assalamualaikum...(^ ^)

Lamanya tak update cerita pasal misi kurus Mas. Bukan menyerah kalah dah, tapi masih dalam misi nak capai berat ideal. Target nak 60kg akhir tahun ni tapi masih tak capai² lagi. Sekarang berat statik 66kg, tak turun² dah. Naik tu kadang ada 0.5kg ke 1kg sebab ada jugak masa makan tak ingat, pastu workout pun malas. Bila dah naik angka kat penimbang tu baru nak insaf!

Berat ideal
Mas ni kalau nak ikutkan dah berjaya hilangkan 18kg dalam masa 7 bulan. Memang satu pencapaian dan usaha yang Mas pun tak jangka. Tapi kalau nak berat ideal dan BMI pun normal kena berat 60kg ke 62kg camtu. Haaa kena kurangkan lagi 6kg tu.

Persoalannya boleh ke dapat berat ideal? Pasti boleh jika ada usaha dan disiplin. Selama 7 bulan Mas boleh hapuskan 16kg tak akanlah lagi 6kg mustahil untuk dihapuskan. Cuma kena lebih disiplin dalam bab penjagaan makanan dan senaman. Fuhhh workout dah banyak ke laut, kena konsisten semula.

Tak nak jadi camni semula!



Nak kekal camni sampai bila², hehehee!


Selasa, 29 September 2015

Perkahwinan Acoy & Jue : Majlis kenduri

Assalamualaikum...(^ ^)


26 September 2015 berlangsung majlis kenduri seorang lagi adik Mas. Dengan tema merah + silver, pengantin nampak menyerlah dan berseri. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Walaupun serba sederhana tetapi kenangan itu tetap indah.

Adik Mas ni dah nikah awal pada 5 September, cuma kenduri dibuat pada cuti raya haji atas permintaan keluarga pihak perempuan. Kebetulan ramai ahli keluarga yang balik cuti raya jadi sekali harunglah. Tak perlu nak amik cuti banyak kali. Yang seronoknya semua adik beradik Mas ada, dapatlah berkumpul bersama² meraikan pengantin.

Kebetulan pulak adik Mas dan isteri anak yang terakhir kahwin jadi majlis tu agak meriah jugak. Ramai tetamu yang datang nak tengok mempelai yang kacak dan anggun tu. Siap ada yang cakap pengantin lelaki macam artis, hehehee! 

Jom tengok gambar² sekitar majlis ni.











Bersama adik beradik, senyum!






Segak cam artis ke? Hehehee!






Bersama kakak pengantin yang flawless gitu, hahahaa!





Dek kerana jerebu

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah hari ini jerebu semakin berkurangan walaupun masih belum pulih sepenuhnya dan indeks udara pun masih di tahap tidak sihat. Lega semalam hujan turun membasahi bumi.

Hampir sebulan negara dilanda jerebu akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Bukan sahaja negara luar tapi ada segelintir pihak di negara kita pun melakukan pembakaran terbuka. Sikap mereka seolah² tidak prihatin dengan keadaan jerebu yang agak teruk ni. Kena denda mereka bayar je atas dasar punya duit dan kuasa!


Sekolah pun dah 2 kali tutup dek kerana jerebu. Kita yang bekerja ni terpaksa hadap jerebu sebab pejabat memang tak tutupnya. Jadi Mas memang banyak habiskan masa di pejabat, kurang nak lakukan aktiviti luar. Nak keluar jogging pun tak sanggup, sesak nafas bau asap. Balik kampung hari tu pun jerebu jugak, tak dapat nak hirup udara segar. 

Harap sangat jerebu ni cepat berakhir. Rindu nak tengok langit biru, rindu nak hirup udara segar dan rindu nak beriadah di luar dengan keluarga. 

Isnin, 28 September 2015

Perkahwinan Acoy & Jue : Hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Selesai sudah majlis kahwin adik bujang di Temerloh, Pahang. Habis sudah gelaran bujang dalam adik beradik Mas, semuanya dah selamat mendirikan rumahtangga. Makin besarlah keluarga kami, 13 dewasa dan 14 anak². Fuhhh pasti meriah bila berkumpul di hari raya nanti.


Seperti biasa selesai majlis Mas akan kongsikan gubahan hantaran hasil dari kerja tangan Mas. Lepas ni habis dah kontrak buat hantaran untuk adik beradik, tunggu anak sendiri pulak. Hehehee!

Tema hantaran kali ni ialah biru + gold. Tak ikut tema warna baju pengantin sebab nak jimat belanja. Jadi Mas gunakan barang hiasan yang ada, janji hantaran cantik dan menepati citarasa pengantin. Konsep macam biasa, hanya penggunaan riben dan bunga. 

Husband dan kawan² puji hantaran cantik dan suruh Mas buka tempahan. Cuma nak buka tempahan untuk orang lain masih belum yakin. Tapi kalau ada kawan² yang berpuashati dengan gubahan boleh je roger² Mas. Kita bincang².

5 gubahan yang berjaya dihasilkan!

Jam tangan

Telekung

Senaskah Al-Quran

Coklat dan gula²

Buah-buahan

Kelab Blogger Ben Ashaari di dada akhbar

Assalamualaikum...(^ ^)


Kelab Blogger Ben Ashaari di dada akhbar
26 September 2015 dalam akhbar Utusan Malaysia terpampang cerita mengenai kemeriahan Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari. Dengan tajuk "Platform Muafakat Penulis Blog Tempatan" menggambarkan penulis blog bukan hanya menulis cerita atau gosip tetapi mampu bersama sebagai satu keluarga. 

Dalam KBBA aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kami sebagai komuniti saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim. Apabila berkumpul dan bersemuka kami boleh berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai penulisan blog. Mas baru lagi sertai KBBA tapi kami semua semakin rapat dan mereka semua adalah keluarga Mas. 


ada jugak gambar tengah syok berzumba


BANGGA! Itu sahaja yang dapat digambarkan perasaan Mas. 

Sejak bergelar blogger ini pertama kali muka masuk akhbar. Biarlah apa orang lain nak kata tapi Mas tetap bangga. Lagi bangga bila Mas bersama keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.

Cerita Family Day KBBA jugak dalam akhbar Harian Metro dan Sinar Harian.



Jumaat, 25 September 2015

Hasil petai kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah cerita yang sangat seronok bila balik kampung, macam² boleh dapat. Lagilah kat kawasan rumah Mas ni, ada banyak pokok² yang ditanam oleh arwah abah. Bila ada hasil menjadi memang rezeki Mas dan adik beradik!

Balik kampung kali ni ada hasil dari pokok petai. Dah lama tak berbuah petai ni, alhamdulilah tahun ni lebat buahnya. Dapatlah kongsi sesama dengan adik beradik. Sedap petai kampung ni, ulas besar². Puashati makan!

Haaa tengok petainya, cantik ulasnya. Buat petai jeruk sedap ni!




Khamis, 24 September 2015

Salam Aidiladha : Rezeki raya korban

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam 10 Zulhijjah 

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog Mas. Moga erti pengorbanan kita semua tak disalahertikan. Semua orang ada pengorbanan masing² sama ada rela atau terpaksa.

Macam husband Mas pengorbanan secara paksa rela bertugas di hari raya. Terpaksa korbankan masa bersama keluarga. Tapi nak buat apa lagi, dah tugas kenalah turutkan. Kalau ikutkan setiap kali raya haji Mas memang tak balik kampung, hanya beraya di rumah sendiri.

Raya Haji tahun ni ada rezeki dapat balik sebab kebetulan adik Mas nak kahwin. Itupun kalau ikutkan tak cukup bajet nak balik kampung, tapi alhamdulillah dapat duit raya dari bos. Dapatlah guna duit tu buat isi minyak dan bayar tol. Itu yang dinamakan rezeki raya korban!

Salam Aidiladha dari Mas sekeluarga.
Gambar pagi raya takde, kita bagi gambar pagi raya Aidilfitri jelah. 


Rabu, 23 September 2015

Hasil gubahan hantaran

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali adik bujang nak kahwin, Mas memang ambil tugas buat hantaran. Bukan kreatif dan pandai sangat, tapi sebab minat. Masa bertunang dan kahwin dulu semua hantaran buat sendiri. Ramai puji cantik dan menarik, siap tanya tempah kat mana. Bukan bangga diri tapi hakikat. Cewahhhhh!

Hantaran kali ni Mas buat untuk sorang lagi adik bujang. Dia dah nikah pada 5 September tapi Sabtu ni baru majlis kenduri kahwin, hantaran pun masa kenduri dia bawak. 5 dulang je hantarannya, jadi tak banyak sangat kena mengubah. Pastu barang hantaran hanya jam, telekung, Al-Quran, buah dan coklat, jadi memang mudah nak mengubah. 

Malam semalam Mas dah siapkan 3 hantaran. Tema ringkas janji cantik, haaa gitu! Idea semua datang secara spontan tapi hasil kerja memang buat pengantin tersenyum lebar, hehehee!

Nak buat hantaran ni tak perlu gubahan atau hiasan yang terlalu banyak, biar ringkas je. Janji hantaran tu nampak cantik dan lain dari yang lain. Setakat ni semua gubahan yang Mas buat adik² puashati dan puji ianya cantik. 

Mas belanja satu gambar hantaran yang dah siap. Nanti dah siap semua Mas update kat blog ye!



Selasa, 22 September 2015

Qurta Anta oleh Amjifa Exclusive

Assalamualaikum...(^ ^)

Raya Haji dah semakin dekat, tapi anda masih tercari² baju yang sesuai untuk dibeli samada untuk pakai sendiri bagi kaum adam atau nak hadiahkan pada bapa, suami, abang atau kekasih hati bagi kaum hawa. Pastinya anda nak cari baju yang simple tapi selesa dan segak dipakai. Mas tahu koleksi baju yang sesuai untuk digayakan di pagi raya, mari dekat mari rapat Mas nak cerita.



Qurta Anta oleh Amjifa Exclusive
Inilah koleksi qurta yang tengah hangat di pasaran dan menjadi trend masa kini. Ia bukan sahaja boleh dipakai di pagi raya tapi sesuai juga digayakan ketika ke pejabat, kenduri kahwin atau bila² masa. Qurta ini diilhamkan oleh Amar Baharin, pelakon TV yang semakin dikenali sekarang. 

Menggunakan nama Qurta Anta, ianya sangat selesa dan segak dipakai. Dengan material 100% italian cotton, kainnya sangat berkualiti dan bila dipakai pasti bergaya. Yang paling menarik tentang qurta ini ianya mesra wudhu. Ada zip di bahagian tangan bagi memudahkan ketika nak mengambil wudhu.


Dengan gaya slim fit yang semakin menjadi trend sekarang, ianya ada 5 pilihan warna yang menarik dan ceria dari saiz S hingga XXL. Harga yang dijual ialah RM139 termasuk kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Sekarang Amjifa Exclusive juga ada buka tawaran kepada 30 yang terpantas dan berminat untuk memulakan perniagaan bersama² mereka. Wahhh menarik ni, buka peluang untuk tambah pendapatan. Kalau berminat cepat² whatsapp ke nombor 016-9696891.


Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian boleh jenguk² ke:
Instagram: @amjifaexclusive
Facebook: Amjifa Exclusive
Whatsapp: 016-6860645

Blogger² KBBA mengayakan Qurta Anta, memang segak!


Terima kasih Amar kerana percayakan blogger KBBA untuk promosikan Qurta Anta oleh Amjifa Exclusive. Pasti laris macam goreng pisang panas!



Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com