Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 27 November 2013

Wordless Wednesday [76]

Assalamualaikum...(^ ^)

Alalalalaa si manja mama ni. Sekarang nak makan macam baby pulak, sambil baring.

Ngada sangat dia


Selasa, 26 November 2013

Airis 1st birthday celebration

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam baru berkesempatan sambut birthday Airis. Lagi pun semalam dah gaji jadi barulah ada rezeki nak buat.


Selepas Mas selesai temujanji di hospital dan selesai urusan injection Airis untuk 1 tahun barulah kami gerak ke Cyberjaya. Teringin nak makan Nasi Arab jadi kami rancang nak sambut kat sana. Order Nasi Arab, beli kek kat Secret Recipe pastu raikan dia. Lepas kenyang makan Nasi Arab kami nyanyi lagu happy birthday untuk Airis. Pastu tiup lilin, potong kek dan menikmati Rasberry Cheese Chocolate Cake yang super duper sedap tu!

Mas memang suka buat sambutan yang ringkas, senang. Janji anak² gembira! Airis pun seronok sangat dapat potong kek dan rasa sikit kek.




Ahad, 24 November 2013

Nur Airis Arissa : 1 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

HAPPY BIRTHDAY TO AIRIS
HAPPY BIRTHDAY TO AIRIS
HAPPY BIRTHDAY TO NUR AIRIS ARISSA
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUU

umur 1 hari

umur 1 tahun

Wah kejapnya masa berlalu.
7 tahun Mas tunggu untuk hamil lagi. Bila dah sah hamil, husband, Atikah dan Arfan adalah orang paling gembira. Atikah dan Arfan memang dah lama tunggu nak adik.

Alhamdulillah, hari ni Airis dah berusia 1 tahun. Besar dah comel mama ni, rindu saat² dia masih baby. Sekarang dah besar, dah pandai jalan dan makin bijak. Mama seronok sangat tengok Airis membesar dengan air susu mama sepenuhnya. Moga Airis terus dapat minum susu mama sehingga usia 2 tahun.

Apa yang mama harapkan Airis membesar dengan sihat sehingga dewasa, jadi anak yang solehah dan hormat pada ibu bapa. 

Mama, Babah, Kakak dan Abang sayang kamu!

Jumaat, 22 November 2013

Timbang rasalah sikit!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kadang² manusia ni memang takde sifat timbang rasa, hanya fikir diri sendiri. Janji mereka lepas dan orang lain nak jadi apa pun mereka tak kisah, terutama di jalan raya kan?


Perkara ni berlaku pada Mas semalam semasa balik dari kerja, Mas biasalah balik kerja mesti berdua dengan Airis. Pastu bawak baby mesti letak dalam carseat dan tampal sticker baby on board kat cermin belakang kereta, ini untuk memudahkan pemandu lain tahu yang kita bawak baby.

Tapi Mas geram, pemandu ni tak tahu ke yang Mas bawak baby. Padahal Mas dah lekat sticker kat cermin belakang kereta, tak nampak ke? Masa tu Airis mengamuk nak tidur jadi Mas pun memandu perlahan sambil tepuk dia bagi lena. Tiba² ada pemandu kereta ni ikut belakang, pastu hon dan bagi highbeam. Apasal pulak, Mas bukan duduk lorong kanan pun. Kalau dia nak memotong patutnya dia ikut lorong kanan, tak kan nak memotong ikut kiri pulak. Tapi dia tetap dok belakang kereta Mas sambil memandu dengan jarak yang rapat.

Memang geram sangat, rasa nak brek kecemasan je. Biar dia cium bontot kereta Mas. Dia yang salah, sapa suruh ikut rapat². Tapi Mas buat tak tahu je, tetap pandu perlahan. Akhirnya dia ke lorong kanan untuk memotong, haaaaa tau pun! Masa dia memotong tu Mas saja hon kuat², panas hati betul. Pastu laju dia pecut, takde otak punya orang!

Selasa, 19 November 2013

Nur Airis Arissa : 10 dan 11 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Sedar tak sedar 24 November ni Airis dah nak masuk usia setahun, besar dah anak mama. Jadi Mas nak cerita perkembangan Airis di usia 10 dan 11 bulan.


Masuk usia 10 dan 11 bulan Airis dah semakin bijak dan tumbesarannya pun baik. Di usia 10 bulan dia dah pandai berdiri sendiri tanpa sokongan sesiapa. Bila dia dah pandai berdiri tu memang seronoklah tengok sebab nampak comel je. Gigi pulak dah ada 8 batang dan gigi geraham dia pun dah nampak nak keluar. Kalau bagi makan biskut atau roti ke dia dah cuba nak kunyah guna gigi geraham tu, mungkin gusi tu dah keras. 

Pada usia 11 bulan pulak dia dah semakin kuat untuk berdiri dengan cepat, dan sekarang pun dia dah pandai melangkah 3-4 langkah. Cuma belum berapa stabil lagi, baru nak mulalah tu. Nanti kalau dah laju memang tak cukup tanahlah mama nak kejar, hehehee! Pastu bab makan pulak Airis memang tak menolak dan takde sangat alahan apa² kalau makan. Cuma dia tak berapa boleh makan ayam, kalau makan nanti akan naik macam ruam kat muka. Jadi di usia sekarang Mas tak bagi dia makan ayam, dah masuk setahun nanti akan cuba bagi semula.

Berat badan dia pulak memang seimbang dengan tumbesaran dia, BMI pun cantik. Masa check up usia 11 bulan berat dia dah 8.2 kg, kira semangatlah jugak. Walaupun badan dia tak nampak besar sangat tapi bila dukung tu terasa lenguh tangan. Berat dia biasalah kadang turun naik, bukan apa kalau demam berat badan memang berkurang sikit. Tapi Mas tak kisah sangat, janji dia sihat!

Itulah cerita Airis di usia 10 dan 11 bulan. Tak sabar ni nak tunggu birthday dia Ahad ni, nak beli kek pastu nak suruh dia tiup lilin dan potong kek. Mesti comel!

Jumaat, 15 November 2013

10 Muharam 1435H

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam 10 Muharam 1435H kalau ikut bulan Islam adalah hari lahir Nur Airis Arissa, bersamaan dengan hari Asyura. Kalau ikut tarikh sebenarnya dalam 10 hari je lagi Airis nak masuk umur setahun, besar dah dia. Cepat masa berlalu dan alhamdulillah dia membesar dengan sihat dan aktif.

Mas ada jugak bercadang nak buat majlis sikit sempena birthday dia tapi belum buat keputusan jadi atau tak. Sebab kalau ikutkan masa kakak dan abangnya dulu takde pun majlis² ni, hanya raikan kami anak beranak je. Jadi tengoklah rezeki camne nanti, hehehee!

Ahad, 10 November 2013

Cepat dimasak sedap dimakan

Assalamualaikum...(^ ^)

Lamanya dah tak update cerita masak² kat dapur Mas, rindu saat kongsi cerita masak memasak dalam blog ni. Kekangan masa kawan², memang jarang dapat update. Nak sangat aktif macam dedulu, rindu saat tu. Tak nak melalut ke lain, nak cerita apa yang cepat dimasak sedap dimakan ni! 


Inilah dia, Sambal Tauhu Ikan Bilis Petai. Memang kegemaran Mas sepanjang masa, hari² makan pun tak jemu tau. Mas boleh makan 5 ke 6 ketul seorang dan kadang tu ratah camtu je.

Nak masak dia sangat mudah, 15 minit dah boleh siap!

Mula² goreng tauhu yang dah dipotong 3 segi. Nak potong tauhu ni ikut suka tapi Mas lebih suka potong 3 segi, pastu goreng garing sikit. Ikan bilis pun sama, kena goreng garing jugak. Petai tu ikut suka sebenarnya, kalau tak makan petai janganlah gatal nak bubuh kan. Hehehee!

Cara nak masak cuma tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dah ditumbuk. Pastu masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sampai cili garing pastu masukkan garam, serbuk pasti sedap, ajinomoto dan asam keping. Tuanglah sikit air dan masak hingga kering sedikit.

Kemudian masukkan tauhu dan petai, kacau rata sekejap dan tutup api. Bila api dah ditutup baru masukkan ikan bilis dan gaul. Ikan bilis dimasukkan bila Mas dah tutup api kerana nak kekalkan keranggupan ikan bilis tu. Pastu boleh dihidang dengan nasi panas. 

Tak tengok keliling dah, tambah 3 pinggan kau. Selamat mencuba!

Selasa, 5 November 2013

MyDear Warehouse Sales

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam kebetulan cuti terus ajak husband pergi MyDear Warehouse Sales ni.

Mas sampai sana dalam pukul 4 petang. Tengok orang pun tak ramai sangat, mungkin sebab ramai yang bekerja. Masuk dalam khemah terus tengok kasut dan baju dulu, takde yang berkenan di hati terus masuk kat dalam untuk tengok barang yang memang dah rancang nak beli.


Mula² tengok khemah ni dulu sebab dah lama nak belikan untuk Airis. Tengok harga pun memang sangat murah, apa lagi terus beli. Dapat free 100 biji bola lagi, harganya RM74.


Pastu nak cari tricycle untuk Airis. Nak cari yang boleh tolak tu, senang nak bawak dia jalan petang² kat taman. Cari punya cari terus berkenan dekat yang ni dengan harga RM100 je. Memang sangat murah dari harga yang Mas tengok dekat tempat lain.

Satu lagi safety gate, memang sangat diperlukan sebab Airis dah semakin lasak. Harga pun murah, hanya RM104. Baru senang mama nak buat kerja kat dapur lepas ni.

Untuk pengetahuan kawan², sales ni sampai 10hb. Mas memang niat nak pergi lagi, ada lagi nak beli tapi tunggu ada rezeki lebih. Jadi kawan² yang ada anak kecil dan bakal dapat anak boleh pergi.

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com