Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 September 2016

Sampainya di kampungku

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah hari ni selamat jugak sampai ke kampung. Setiap kali balik kampung memang seronok dan teruja. Maklumlah suasana damai kampung tu bisa mengamit kenangan lalu. Bila sampai je kat laman rumah pusaka tu terimbau nostalgia dedulu. Rasa sebak jugak!



Kampung Mas ni terletak kat Temerloh. Jadi bila dah sampai Temerloh wajiblah pekena Ikan Patin Tempoyak. Kali ni Mas cuba makan di Go'bang Maju Patin Tempoyak. Inilah menu yang kami ambil, fuhhh memang marbeles patin tempoyak dia. Licin sepinggan nasi! 


Dah kenyang perut pergi pulak ke tepi sungai Pahang. Haaaa dah banyak aktiviti menarik kat situ, Mas yang anak jati Temerloh ni pun rasa teruja. Nanti Mas kongsikan apa aktiviti menarik tu.

Balik semula ke rumah, buah rambutan masak ranum pulak menanti. Perghhh memang seronok bila sampai kat kampung, rasa nak menetap kat sini je!



Khamis, 29 September 2016

Ephyra setiap pagi

Assalamualaikum...(^ ^)


Dah setahun Mas jadi pengguna setia Ephyra. Ternyata sangat berpuashati dengan khasiat dan keberkesanannya. Memang tak was² untuk terus guna.

Setiap pagi tak pernah lupa minum Ephyra, kira dah jadi macam breakfast wajib setiap pagi. Dahlah rasanya sedap, pastu khasiatnya bagus. Sesuai pulak sebagai minuman kesihatan untuk Mas yang nak kekal berdiet ni. Sebabnya ia memang mengenyangkan! Minum jam 8 pagi akan kekal kenyang hingga ke waktu makan tengahari. 


Nak buat pun senang, hanya bancuh dengan air kosong pastu goncang sikit bagi ia larut dalam air. Dah siap untuk diminum! Boleh diminum dimana sahaja, dalam kereta, di pejabat, ketika melancong dan bila² sahaja. Kalau tak nak minum sebagai sarapan boleh jugak minum waktu malam sebelum tidur. 

Jadi bagi wanita yang nak cantik dan sihat tu, kena minum Ephyra

Rabu, 28 September 2016

Tips membeli barang keperluan harian

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap orang pasti ada cara tersendiri membeli barang keperluan harian atau barang dapur. Ada yang beli seminggu atau 2 minggu sekali dan ada yang beli sebulan sekali. Semuanya bergantung pada keperluan masing²!

Mas biasanya memang akan beli sebulan sekali selepas hari gaji. Tapi kadang tu ada jugak membeli masa tengah bulan jika ada barang dah habis. Bila nak membeli barang keperluan Mas ada tips dan cara tersendiri. Bagi Mas ia mudah dan praktikal serta memudahkan urusan membeli belah. 


Tips membeli barang keperluan cara Mas.

1. Mas akan senaraikan barang yang hendak dibeli mengikut keperluan utama seperti barang yang dah habis, barang yang perlu beli dan barang untuk top up atau spare. Dengan adanya senarai ni akan memudahkan kerja Mas supaya tiada barang yang tertinggal atau terlupa beli.

2. Tetapkan berapa bajet untuk membeli barang keperluan untuk sebulan. Mas memang tak akan beli ikut sesuka hati, sebab tu bila dah ada senarai senanglah nak tetapkan bajet!

3. Kira siap² semua barang yang diambil supaya ia mengikut bajet yang kita tetapkan. Mas kira guna kalkulator kat handphone je!

4. Tulis harga pada senarai barang. Ini untuk memastikan harga barang yang tertera sama dengan harga yang discan. Sebab kadang tu semasa pembayaran pernah terjadi harga barang tak sama. Jadi bila buat camni mengelakkan kita ditipu.

Moga tips ini berguna!

Selasa, 27 September 2016

Tengok kapalterbang mendarat

Assalamualaikum...(^ ^)


KLIA memang dekat je dengan rumah Mas, 10 minit dah boleh sampai. Pastu kat kawasan KLIA tu ada satu tempat untuk kita tengok kapalterbang mendarat. Bukan kat dalam KLIA tapi di tepi jalan berhampiran KLIA tu. 

Setiap petang memang ramai pengunjung akan datang ke sini untuk bawak anak² mereka melihat sendiri pemandangan kapalterbang mendarat dengan lebih jelas. Memang boleh rasa kapalterbang tu terbang kat atas kepala kita, rasa dekat sangat. Macam boleh sentuh dengan tangan! 


Selang beberapa minit pelbagai jenis kapalterbang akan lalu untuk mendarat. Anak² Mas memang teruja sangat terutama Airis, maklumlah pertama kali Mas bawak mereka rasai pengalaman ni. Bukan anak² je teruja, mamanya pun sama. Heheheee!

Dekat 2 jam jugak kami habiskan masa layan anak² tengok kapalterbang. Airis berapa kali cakap "Mama ni last, ni last!" Tapi bila nampak lampu kapalterbang tu sayup² terus dia nak tengok lagi. Berapa kali last pun Mas tak tau, hahahaa. 


Jadi pada kawan² yang belum pernah rasai pengalaman ni dengan anak², boleh datang bawak mereka. Pasti seronok! Senang je nak cari tempatnya, dekat kawasan tepi jalan sebelah KLIA1 tu. Kalau nampak banyak kereta parking kat tepi jalan tu, kat situlah tempatnya. Sentiasa ramai orang. 

Gambar keterujaan kami sebagai kenangan!




 



Isnin, 26 September 2016

Berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul

Assalamualaikum...(^ ^)

gigih bergambar kat signboard, sekali tutup daaa


Perancangan awal nak berkelah di Pulau Santap, Janda Baik sebab itu memang tempat kegemaran Mas kalau nak piknik. Tapi disebabkan husband cakap dah selalu sangat piknik kat situ, jadi dia ajak ke Jeram Toi. Memang kami tak pernah berkelah kat sana dan dikhabarkan tempat tu memang cantik dan seronok untuk piknik. Tapi tiba kami di sana kawasan tu ditutup, dah lama mulai Mei 2016. Aduh memang hampa sangat, menyesal tak google info dulu sebelum datang! 

Memandangkan masa tu dah dekat jam 2 petang kami kena ubah rancangan, kena fikir alternatif tempat lain untuk berkelah. Tak kan nak balik pulak sebab anak² dah teruja nak mandi manda. Jadi husband cadangkan pergi ke Ulu Bendul sebab tempat tu je yang dekat. 


Maka sampailah Mas ke Hutan Lipur Ulu Bendul buat kali pertama. Mula² sampai terbayang dah mesti air sungai yang sejuk dan kawasan yang redup untuk berkelah. Rupanya takde kawasan sungai untuk mandi manda, dah diubahsuai jadi kolam tangkungan. Memang tak semulajadi dah walaupun lanskap sungai tu masih dikekalkan. Cuma kalau nak mandi kat sungai masih boleh tapi airnya ceteklah. Kawasan pun agak panas walaupun mereka ada buat pondok dan atap di tepi kolam. 




Kawasan sekitar pun nampak bersih, takde sampah sarap atau lalat. Tandas pun bersih! Terdapat jugak kedai makan dan kedai² menjual peralatan untuk berkelah. Kemudahan surau dan parking jugak selesa dan luas. Jadi bolehlah datang sini untuk berkelah cuma bagi Mas kurang menarik sebab Mas lebih suka mandi air sungai yang semulajadi, baru puas! Memang kolam tangkungan tu guna air sungai tapi bagi Mas tetap tak puas untuk mandi manda. 



Tapi disebabkan kami dah sampai kan, anak² pun dah tak sabar nak mandi jadi Mas teruskan jugak. Cari tempat untuk lepak yang teduh, pastu biarkan anak² mandi sampai puas. 

Anak² seronok sangat mandi kat sini walaupun ia bukanlah tempat pilihan Mas untuk piknik. Tapi anak² puashati dah memadai bagi Mas. Cuma nak datang berkelah lagi kat sini memang tak lah kot.









Khamis, 22 September 2016

Perancangan percutian kami

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang jarang dapat bercuti, kalau dapat pun setahun sekali je. Itupun hanya mampu dalam Malaysia, luar negara masih belum ada rezeki. Tapi walau hanya bercuti dalam negara kena jugak buat perancangan percutian tu sebaik mungkin. Barulah dapat bercuti dengan seronok dan puashati!

Biasanya perancangan percutian ni Mas buat 2 atau 3 bulan sebelum. Mulanya kena pilih tarikh dan tempat yang sesuai, pastu kena tengok cuti husband. Kalau husband dapat cuti barulah survey penginapan, kereta sewa dan buat bajet. Semua ni kena buat awal sebab takut kelam kabut pulak!


Pemilihan destinasi biasanya Mas suka yang banyak tempat menarik untuk dilawati dan sesuai untuk kami sekeluarga. Maklumlah kami bukan cuti berdua je, bawak anak² kan. Pemilihan tarikh pulak Mas lebih suka pergi hari bekerja sebab tak ramai orang. Jadi takdelah sesak kalau kita nak jalan².

Hotel pulak Mas lebih suka pilih hotel bajet yang murah dan selesa. Biasanya bajet hotel untuk 1 malam bawah RM250. Lagipun kami campur anak dah 5 orang jadi kenalah sewa bilik keluarga yang ada 2 katil besar dengan harga yang berpatutan. Biasanya Mas akan tempah melalui Agoda atau booking.com je. Kat situ banyak boleh dapat hotel bajet dengan harga yang berpatutan. Pastu kita boleh tengok review pengunjung lain pasal hotel tu. 


Pastu yang paling penting sudah tentulah bajet, takde bajet camne nak bercuti kan? Jadi bajet perlulah mencukupi sepanjang percutian tu.. Seeloknya kita buat awal² bajet, berapa yang diperlukan untuk sewa hotel, sewa kereta, minyak dan tol, makan/minum, shopping dan lain². Bila ada bajet takdelah kita terlebih belanja dari duit yang kita ada. 

Sekarang Mas tengah sibuk buat bajet untuk percutian kami bulan 10 nanti. Destinasi dan tarikh dah pilih, macam biasa dalam Malaysia je. Pastu hotel serta kereta sewa pun dah tempah dan bajet pun dah buat. Moga semuanya berjalan lancar!

Selasa, 20 September 2016

Fenomena drama Abang Bomba I Love You

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tau pasal novel Abang Bomba I Love You ni, tapi tak pernah baca pun. Ada jugak terfikir mesti akan ada drama adaptasi dari novel ni nanti. Rupanya memang dah jadi kenyataan pun!

Memang jarang kita tengok drama berkisar cerita pasal kerjaya bomba ni, biasanya kerjaya polis atau ahli korporat je. Jadi bila ada kisah camni sedikit sebanyak masyarakat tahu macam mana tugas seorang bomba tu. Walaupun drama ni lebih berkisar pada cinta tapi ada jugak diselitkan bagaimana mereka melakukan tugas² menyelamat. Barulah orang tahu tugas bomba bukan setakat padamkan kebakaran je, tapi pelbagai lagi tugas menyelamat. 


Kat rumah Mas pun dah jadi drama wajib untuk ditonton setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Maklumlah kat rumah kan ada abam bomba, hehehee! Yang paling teruja nak tengok sudah tentulah si Airis. Dengar je lagu cerita tu terus dia dok bersila atas sofa. Pastu cakap "Mama, cerita Babah Bomba I Love You. Haaaa bolehlah dik, mentang² babah kau bomba!

Pastu asyik nak cakap kat babah dia "Babah Bomba I Love You"! Hamboi kemain lagi, memang pengaruh drama sangat kau dik! 

Isnin, 19 September 2016

Si Arfan yang kreatif

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila malam Mas tengok kalau takde kerja sekolah mesti dia dok angkut pensil dan kertas kat depan TV. Pastu khusyuk dok lukis sesuatu kat kertas tu. Mas ralit jugak perati apa yang dia buat, sekali tengok rupanya dok lukis kartun! 


Karektor kartun wajiblah Boboiboy! Itulah yang dia suka tengok hari², pastu siap ada dialog tu.

Memang dia ni agak kreatif! Kalau sesuatu yang dia minat tu memang selalu Mas tengok dia buat. Kalau diasah bakatnya ni boleh jadi pelukis komik suatu hari nanti. Buat komik sendiri pastu terbitkan. Fuhhh mamanya yang berangan lebih!

Tapi tak salah kan? Mana tau sikap kreatif anak² tu boleh datangkan hasil. Kita bagi galakan dan dorongan jika ianya mendatangkan kebaikan. Jangan dihalang jika itu minat mereka!

Jumaat, 16 September 2016

Bila mamanya alpa seketika

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam si kecik ni bikin mama hampir sakit jantung. Memang mama rasa bersalah sangat biarkan dia main kat luar. Mama alpa seketika je pastu tak sangka benda camni boleh terjadi. 

Begini ceritanya.. 

Airis dengan Arfan main kat garaj kereta, Mas pulak ada duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tapi mata tetap peratikan mereka main kat luar tu. Mula elok je dengar diaorang main gelak² pastu tiba² dengar diorang cam bergaduh. Baru bangun nak keluar tengok diorang sekali dengar bunyi benda berdentum. Memang terkejut sangat, terus berlari keluar!

Sampai kat luar tengok Airis dah terbaring menangis kat luar pagar, pastu pintu pagar dah tumbang. Ya Allah memang mengigil satu badan Mas masa tu! Dalam kepala memang dok terfikir yang dia dah kena hempap dengan pintu pagar! 

Mas terus rangkul dan peluk dia, masa tu badan dia dah lembik. Mas jerit panggil nama Airis dan gerakkan dia, Mas tak nak dia pengsan. Masa tu panik jangan cakaplah, gigil dan tak tau nak buat apa! Tapi Mas kena cuba tenangkan diri. Terus periksa kepala dia sama ada berdarah atau tak, tanya dia ada rasa pening tak, ada rasa nak muntah tak. Pastu ambik ais dan demah muka dia yang bengkak dan hidung dia yang berdarah, nasib dia tak pengsan! 

Pastu terus bawak pi kecemasan kat KK Salak. Masuk jumpa doktor dan nasib baiklah takde apa yang serius, takde pendarahan dalaman, takde patah atau retak dan dia pun nampak dah aktif dan mau bercakap bila doktor tanya. Masa tu rasa lega sangat, Allah masih lindungi anak Mas. 


Balik rumah terus tanya dia dan Arfan camne boleh tumbang pintu pagar tu. Airis cakap dia pergi luar pagar pastu Arfan tak bagi dia masuk. Dia geram abang dia buat camtu terus ditolaknya laju² pintu pagar tu, jadi rodanya lari dari landasan dan terus tumbang. Mengucap panjang maknya bila dengar! 

Memang sesal tak sudah sebab alpa masa tu dan tak sedar yang Airis dah pergi ke luar pagar. Memang bahaya ada dimana² walaupun kita dah berhati². Lepas ni memang kena lebih peka dan ambik ikhtibar dari apa yang berlaku.

Alhamdulillah hari ni pun tengok Airis aktif macam biasa, syukur sangat!

Rabu, 14 September 2016

Photoshoot Raya

Assalamualaikum...(^ ^)


Tak sah kalau raya takde bergambar sakan. Lagipun Raya Puasa hari tu Mas memang takde gambar satu keluarga, jadi Raya Haji ni ambik kesempatan untuk buat photoshoot raya kekononnya. Disebabkan kami tak balik kampung beraya, Putrajaya menjadi lokasi pilihan kami untuk photoshoot. Lokasinya adalah di sekitar Masjid Besi.

Seperti biasa Mas memang tak guna khidmat jurugambar profesional, cukuplah guna kamera Note5 je. Janji dapat photoshoot dan gambar pun cantik²!

Kenapa pilih lokasi kat masjid? Dah namanya hari raya jadi kenalah ada masjid dan tema baju raya. Husband dan Arfan pun lengkap berbaju melayu. Barulah photoshoot raya kan?

Jom tengok gambar kami!









Gambar berdua tak sah kalau takde kan. Nasiblah ada anak dara yang pandai amikkan gambar, bolehlah mama babah dia posing sakan! Hehehee.







Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com