terkini dan sensasi

Ahad, 31 Disember 2017

Pahit manis 2017

Assalamualaikum...(^ ^)

Penghujung 2017 dah, lebih kurang 2 jam lagi kita akan melangkah ke 2018. 2017 Mas tinggalkan dengan kisah pahit manis, yang pahit tak nak dikenang tapi dijadikan penguat diri untuk ke tahun mendatang. Moga 2018 janjikan lebih banyak kemanisan dan 2017 ditinggalkan sebagai kenangan! 

Antara kemanisan gula 2017.

1. Allah SWT bagi rezeki untuk Mas mengandung lagi selepas keguguran pada tahun 2016, syukur. Bulan Oktober lahirlah zuriat tu sebagai amanah dan tanggungjawab kepada Mas dan husband. Moga dia membesar dengan sihat dan jadi penambah rezeki kami di tahun baharu.



2. Alhamdulillah 2017 dah 2 tahun bersama komuniti KBBA9, banyak jugak aktiviti yang dapat Mas ikuti sepanjang tahun tu. Paling seronok sudah tentu Family Day KBBA9, 2 kali diadakan pada 2017 iaitu di De Rhu Beach Resort dan Legend Cherating Beach Resort. Kedua² event ni sangat seronok, kami dapat berkumpul beramai² sesama ahli kelab dan keluarga. Dapat beramah mesra dan kenali mengenali dengan lebih rapat, dah umpama keluarga!



3. Raikan ulangtahun perkahwinan yang ke-15, syukur Allah masih panjangkan jodoh kami. Walaupun tengah sarat mengandung masa tu gigih pergi raikan kat Cameron Highland, balik hari je tau. Seronok dapat jalan² dengan keluarga, dapat makan strawberi coklat yang diidamkan dan ada lah kenangan gambar anniversary dengan perut memboyot. Hehehee!



Itu sajalah yang paling manis tapi banyak lagi kemanisan lain, tak acilah nak tulis semua kan? Tapi dalam kemanisan tu ada pahitnya, walaupun payah untuk dihadapi. Yang pahitnya bila seawal tahun 2017 sekali lagi rumah di kampung dilanda banjir, walaupun tak seteruk banjir 2014 tapi naik jugaklah air dalam rumah dapur. Nasib Mas sempat balik selamatkan barang², jadi takdelah yang musnah. 



Pahit manis 2017 bakal meninggalkan kita dan jadi memori, kenanglah ia sebagai penguat semangat kita untuk menempuhi hari mendatang. Moga kita lebih berusaha untuk perbaiki amalan diri dan kehidupan. Bye² 2017, selamat datang 2018!

LAMPU Putrajaya agak membosankan!

Assalamualaikum...(^ ^)


Anak² nak pergi tengok dan berhibur sebelum sekolah buka, jadi mama pun turuti jelah. Tahun lepas pernah jugak pergi tapi tak tulis pun dalam blog, sebab apa tak tulis rasanya lupa kot? Hahahaa!

Apa yang Mas tengok tiada perbezaan sangat pun antara tahun lepas dan tahun ni, agak membosankan. Pertunjukan lampu berirama tu ulang yang sama je banyak² kali dari mula Mas datang sampailah balik. Mas lepak situ 1½ jam je, sampai pukul 9 tapi pukul 10.30 dah balik. Jadilah kan janji dah tunaikan permintaan anak².



Bab hiasan lampu bunga² tu baru tahun ni Mas jalan² sampai ke tempat tu, tahun lepas tak pergi pun. Sebelum pergi tu memang jangkaan tinggi, mesti cantik² dan menarik lampu²nya. Tapi bila sampai indah kabar dari rupa, ini jelah gambar yang Mas ambil. Agak mengecewakan jugak, macam lampu kelip² waktu raya pulak. 

Tarikan lain pulak ada beca berhiaskan lampu, boleh naik pusing² kat dalam kawasan pesta tu. Harga Mas tak pasti sangat sebab tak naik pun, mesti mahal jugak. Pastu peniaga² hiasan lampu tu yang untung sebab tengok ramai jugak yang ada nak kecil beli. Harga dengar kata boleh tahan, nasiblah si Airis tak minta mama belikan. Kalau tak pokai, hahahaa!



Parking pulak macam biasalah memang sesak dan penuh, kena pandailah cari. Macam kami memang park jauh sikit sebab nak elakkan sesak bila balik nanti, takpelah jalan jauh sikit. Bab jualan makanan dan minuman pulak memang pesta makanan, macam² ada. Tapi harga agak cekik poket jugaklah terutama air, 1 cup plastik tu RM4 kau! Makanan pulak ada yang mahal dan ada yang setimpal dengan rasa, kenalah pandai pilih. 

Secara kesuluruhan Pesta LAMPU Putrajaya ni agak membosankan, tiada penambahbaikan dari tahun sebelumnya. Pergi sana lebih banyak habiskan duit je, lebih² lagi yang bawak anak ramai. Harap pihak penganjur lebih peka dan adakan penambahbaikan supaya setimpal dengan wang yang pengunjung habis bila datang ke pesta ni.

Khamis, 28 Disember 2017

Selesai persiapan sekolah

Assalamualaikum...(^ ^)

4 hari lagi sekolah akan dibuka, camne persiapan sekolah anak² korang? Dah selesai ke belum? Jangan nanti dah buka sekolah ada lagi barang yang takde, terutama stokin dengan tali leher. Inilah yang selalu anak² Mas hadapi bila hari pertama persekolahan, jadi tahun ni beli lebih supaya tak terjadi adegan tu. 


Macam Mas semua kelengkapan baju sekolah, kasut dan beg sekolah dah beli awal masa bulan 10 tu, kebetulan memang dah sediakan duit simpanan. Lagi pun masa tu Mas dalam pantang bersalin jadi belilah awal, takde kelam kabut. Pertama kalilah mereka pergi shopping dengan babahnya je! Alhamdulillah lulus hal ehwal membeli tu, takde terlebih bajet. Hehehee!

Pastu bulan Disember barulah urusan membeli buku tulis dan buku latihan pulak, semuanya anak² pergi beli sendiri. Dah besar kan jadi pandailah urus sendiri, babah tukang hantar je dan bagi duit. Untuk Atikah dan Arfan dalam RM200 je untuk buku sekolah, takdelah mahal sangat sebab tak banyak buku kena beli. Yuran sekolah atau yuran peperiksaan takde pun kena bayar, PIBG je nanti bila buka sekolah. 


Untuk Airis pulak hanya beli baju Pra Sekolah 3 pasang, baju putih dan seluar tracksuit. Dah takde dah macam dulu², kena beli uniform dan baju sukan. Senang sikit camtu, jimat perbelanjaan mak ayah! Buku pulak takde kena beli, semuanya di bawah peruntukan sekolah. Alhamdulillah lega, Allah mudahkan urusan persekolahan anak². Yelah kan, Mas ni anak dah bertambah. Kenalah fikir nak berjimat cermat, nanti dah mula kerja nak bayar taska Aiyra lagi. Sah²lah RM300++ sebulan.

Selamat kembali ke sekolah anak² mama! Tahun ni Atikah di tingkatan 3, Arfan di darjah 6 dan Airis di Pra Sekolah. 2 orang nak periksa penting tu, moga dipermudahkan mereka belajar dan menimba ilmu.

Rabu, 27 Disember 2017

Aiyra dah pandai meniarap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang Mas tak jangka, di usia dia 2 bulan 27 hari Aiyra dah pandai meniarap. Dialah yang paling cepat di antara adik beradiknya, kakak² dan abang semua umur 3 bulan lebih baru pandai. 


Dari usia dia 2 bulan Mas dah nampak tanda² dia nak meniarap, dia mengereng dan macam nak pusingkan badan. Masa tu terdetik dalam hati, "Ehhh cepat betul Aiyra ni, baru 2 bulan umur!". Tapi memang jangkaan tepat, cepat dia pandai. Mama apa lagi gembiralah bila dia dah pandai, tak sangka dah besar baby mama. Cepat betul masa berlalu!

Tapi kan kita sebagai ibu janganlah harapkan anak² cepat pandai buat sesuatu, bergantung pada diri bayi tu jugak. Ada bayi memang cepat pandai dan ada jugak yang lambat sikit, jadi tak perlulah risau. Kita ikuti je perkembangan tumbesaran dia, janji bayi kita sihat dan tiada masalah. Lambat dan cepat tu bergantung pada kepandaian bayi kita, yang penting dia akan pandai jugak kan? Tak perlulah nak bandingkan dengan adik beradik yang lain atau anak orang lain. 


Macam anak² Mas tak semua cepat pandai buat sesuatu tapi alhamdulillah mereka boleh buat dan tiada masalah. Kalau yang perempuan memang semua cepat, jalan cepat dan bercakap pun cepat. Yang lelaki lambat sikitlah! Tapi takpe Mas tak risau pun, janji dia normal dan membesar dengan sihat. 

Untuk Aiyra tahniah dah pandai meniarap, luas sikit permandangan kan?

Selasa, 26 Disember 2017

Cuti habis dah ke?

Assalamualaikum...(^ ^)


30/12/2017 ni Aiyra akan genap berumur 3 bulan, maka dengan rasminya tamatlah cuti bersalin Mas. Alaaaaa dah kena masuk kerjalah kan? Ehhh belum lagi, Mas ada 2 bulan cuti tanpa gaji pulak. Bolehlah peluk² dan gomol² Aiyra 24 jam. 

Pastu cadangnya nak tambah lagi sebulan cuti tanpa gaji sebab taska Aiyra belum tahu lagi ada kosong ke tak. Hari tu kakak taska tu kata kemungkinan bulan Mac atau bulan April akan ada kosong, Mas kena pastikan semula dengan dia. Kalau bulan April baru kosong makanya Mas kenalah sambung sebulan lagi cuti, sebab CTG Mas yang 2 bulan tu berakhir 4/3/2018. Kenalah mohon pulak lagi sebulan untuk Mac tu, 2/4/2018 baru mula kerja. 


Tapi kalau bulan Mac taska dah ada kosong Mas cadang nak sambung jugak cuti, rasanya biarlah Aiyra dah 6 bulan baru hantar taska. Dia dah besar sikit masa tu dan dah mula makan, mudahlah pihak taska nak jaga. Husband pun tak kisah kalau Mas nak sambung cuti, pasal duit untuk bayar potongan gaji dan perbelanjaan bulanan tu dia akan usahakan. Insya Allah ada rezeki kami!

Fuhhh 3 bulan lagilah cuti, apa nak buat ye? Apa lagi, uruskan anak² sekolahlah sebab tak lama lagi sekolah nak buka dah. Mamalah nanti hari² hantar dan jemput anak² sepanjang bercuti tu. Bila dah mula kerja nanti, babah ambil alih semula tugas tu. Pastu cadang bulan Februari nak bawa anak² bercuti, sementara masih cuti panjang kan? Moga dipermudahkan semua urusan!

Isnin, 25 Disember 2017

Bekalan wajib bawa

Assalamualaikum...(^ ^)


2 benda ni memang wajib bawa kalau nak jalan² kemana² sekarang, warmer dan ice box untuk EBM. Aiyra kan sebelah siang hanya menyusu gunakan botol je, jadi untuk biasakan dia kenalah gigih angkut benda² ni. Tak boleh bagi alasan leceh dan susah, lagi pun Mas dah biasa sejak zaman Airis dulu. Kemana saja 2 benda ni menemani, tak boleh tinggal kalau tak laparlah anak mama. 

Setiap kali berada di mana pun kami akan gigih cari plug soket untuk panaskan susu, walaupun di pasaraya atau hospital. Macam semalam kami pergi Ikea, tetiba Aiyra mengamuk nak susu. Terus tanya pekerja kat situ mana nak cari plug soket. Dah jumpa tu terus panaskan susu untuk dia, pastu ramai pulak yang tengok. Ada jugak yang bertanya kami panaskan apa, bila cakap EBM terus ada yang puji "Bagusnya, kemana pun tetap bagi anak susu ibu!"

Masa kat LWOT hari tu pun kami selamba je tumpang plug soket kat booth kedai makan. Kalau budak tu suruh bayar pun kami sanggup, asalkan dapat panaskan susu untuk Aiyra. Nasib budak yang kerja kat booth tu memahami, siap puji Mas bagus sebab jalan² pun tetap sediakan susu ibu untuk anak. 


Sebenarnya semua tu tak susah, janji kita nak buat. Kalau rasa leceh dan payah memang semua nampak susah, maka kita akan ambil jalan mudah. Ada jugak yang tanya, "Kenapa tak direct feeding je, kan senang!" Memang boleh kalau Mas tak bekerja, Mas buat camtu nak biasakan dia dengan botol. Nanti bila dah mula bekerja lebih kurang 10 jam Mas akan tinggalkan dia kat taska. Kalau Aiyra tak biasa dengan botol Mas jugak yang susah hati nak kerja kan?

Jadi biar Mas bersusah payah janji Aiyra mesra botol bila mama mula kerja, takdelah masalah nanti.

Jumaat, 22 Disember 2017

Penangan drama Dolce Amore

Assalamualaikum...(^ ^)


Haaaaa sapa layan drama Dolce Amore ni? Hari ni dah episod akhir dah, tak sabar nak tengok pengakhiran kisah cinta Serena dan TenTen. Adakah mereka akan berkahwin dan mampu mencipta kebahagiaan bersama. Tak sabar nak tunggu jam 7 malam nanti!

Sebenarnya Mas bukan suka sangat layan drama luar negara atau dikenali sebagai drama alih bahasa ni. Bukan sebab ceritanya tak menarik tapi kadang panjang episodnya, itu yang malas nak tengok. Pernah dulu terlayan drama Rosalinda, masa tahun 2003 kalau tak silap. Fuhhh memang kemaruk tengok, tak boleh langsung terlepas satu episod pun. Nak dekat pukul 6 petang je dah siap sedia depan TV, tak sabar nak tengok Rosalinda yang cantik. Masa tu Mas mengandungkan Atikah, bila dia lahir ramai cakap dia putih mirip Rosalinda. Hahahaa, penangan mama kemaruk tengok cerita itulah. 


Sama jugak dengan drama Dolce Amore ni, disebabkan tengah mula cuti bersalin hari tu maka terlayanlah drama ni. Mula² tengok camtu je, kadang terlepas jugak beberapa episod. Tapi sanggup tengok ulangan tau sebab rasa lain macam pulak kalau terlepas episod² tu. Pastu suka tengok pelakonnya yang cantik dan kacak. Haaa camtulah penangan drama Dolce Amore ni!

Drama ni bukan saja pasal kisah cinta tapi pasal ikatan kekeluargaan yang erat, yang sanggup susah senang dan tempuh suka duka bersama. Pastu ada jugak babak² yang kelakar dan mencuit hati. Sedih dan simpati jugak tengok bagaimana Serena dan TenTen tempuhi perjalanan cinta mereka kerana berbeza darjat. Pelbagai konflik dan konflik mereka hadapi namun rasa cinta tu tak pernah padam!


Kalau tengok drama camni mudah ketagih, sekali layan mesti nak layan sampai episod terakhir. Walaupun ada babak yang mustahil berlaku dalam kehidupan kita tapi tak salah ia dijadikan pengajaran.

Khamis, 21 Disember 2017

Seronok dapat kolam besar

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah lama dia berzikir kat mama suruh beli kolam baru, sebab kolam lama dah habis rosak. Tapi taulah kan nak beli benda camtu bukan murah² kalau nak yang lebih berkualiti dan tahan lama. Sebelum ni Mas beli yang murah je, pakai dalam setahun dua dah bocor dan koyak. Jadi kenalah mama kumpul duit dulu, barulah boleh nak beli kan?


Nak dijadikan cerita semalam ada dapat katalog Tesco, pastu ternampaklah promosi kolam ni. Harga sebenar RM113.00, tapi selepas promosi jadi RM49.90 je. Tunjuk kat Airis, terus dia cakap "Haaaaa bolehlah belikan untuk Airis!" Fuhhh terus kena paw, macam tau² je mama gaji hari ni. Nyesal pulak mama tunjuk kat dia, hahahaa!

Tapi takpelah memang ada niat nak belikan untuk dia, dapat pulak harga murah camtu. Jadi mampulah nak beli, lagi pun kolam tu pun besar dan nampak berkualiti. Bolehlah tahan lama sikit! Abang kakak pun boleh kalau nak masuk sama dalam kolam tu, hehehee!


Maka hari ni ke Tescolah untuk tunaikan permintaan Airis tu, seronok sangatlah dia. Balik rumah tak sabar tunggu petang, terus suruh babahnya pam isi angin. Tak sabar sangatlah nak mandi. Haaaaa ambik kau, dari pukul 5 petang sampai dekat pukul 8 malam dia berendam. Itu pun paksa keluar sebab dah malam, kalau tak lagi berjam² dia dalam tu. Siap suruh mama masukkan Aiyra sekali mandi dengan dia. Hehehee, kena tunggu Aiyra besar sikit baru boleh korang mandi berdua. 

Puashati dapat gembirakan anak² dengan rezeki gaji hari ni. Rezeki bonus nanti kita pergi jalan² pulak!

Rabu, 20 Disember 2017

Lega Aiyra tak meragam

Assalamualaikum...(^ ^)


Nak berjalan jauh dengan bayi yang masih kecil, mesti rasa risau kan. Yelah risau takut dia meragam dalam perjalanan atau tak serasi dengan tempat penginapan. Kalau dah meragam menangis kita pun tak selesa nak jalan² kan, baik dok rumah je! 

Itulah yang Mas fikirkan bila nak bawa Aiyra jalan² minggu lepas, risau takut perkara tu terjadi. Tapi alhamdulillah Aiyra bagi kerjasama yang bagus sekali, sepanjang perjalanan dalam kereta dia cuma tidur dan bangun menyusu je. Takde pun menangis atau tak selesa, jadi lancarlah perjalanan hingga sampai ke destinasi yang dituju. 

Pastu bermalam di hotel pun, alhamdulillah dia dapat tidur lena. Yelah Mas risau jugak dia tak serasi atau tak selesa, maklumlah berubah tempat tidur. Tapi bila malam dia dapat tidur lena, legalah rasa. Lepas ni senanglah nak bawa dia jalan² lagi, tak perlu rasa risau dah. 


Masa kat LWOT tu pun sama, dia baik je walaupun cuaca panas. Mula² sampai tu lena sangat tidur, orang ramai bising² pun dia tak hirau. Dekat 2 jam jugaklah dia lena, bangun bila perut dah lapar nak susu. Pastu dah kenyang tidur semula! Seronok bila bayi kecil kita tak meragam camtu kan, barulah kita pun seronok nak kemana². Takde masalah dan takde rasa stress, dapat jalan² dengan hati gembira.

Terima kasih Aiyra sebab bagi kerjasama yang baik dan tak meragam, sama² kita seronok dapat jalan². Lepas ni dah ada destinasi baru menanti, harap Aiyra baik² je. Lagi pun Aiyra dah nak umur 5 bulan masa tu, mesti dah seronok bila jalan². Yeayyy tak sabar nak bawa Aiyra jalan² lagi!

Selasa, 19 Disember 2017

Cuti sekolah di Lost World Of Tambun

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh lega, dapat jugak gembirakan anak² sebelum habis cuti sekolah. Mula² cadang nak ajak mereka ke Bangi Wonderland, sebab mereka cakap nak pergi tempat mandi manda. Tapi ada pulak permintaan, nak duduk kat hotel. Jadi perancangan kena tukar, nak bagi anak² gembira camtulah kan?



Jadi pilihan Mas dan husband samada Lost World Of Tambun (LWOT) atau Melaka Wonderland, itu je yang paling dekat. Husband tak nak ke Melaka, jalan sesak katanya kalau hujung minggu. Anak² dah seronok nak ke LWOT, jadi itulah pilihan destinasi jalan² kami sempena cuti sekolah. Memang sekejap je rancang, tempah hotel, kemas beg baju dan percutian singkat pun bermula.

Hari Sabtu kami gerak dari Salak Tinggi terus ke Ipoh, hampir 4 jam jugak perjalanan sebab ada sesetengah laluan di highway sesak. Sabtu malam tu kami menginap di T-Hotel di Taman Meru Raya, Ipoh. Tempah bilik pun melalui booking.com je, nasiblah ada bilik family yang kosong. RM200 untuk satu malam dengan 2 buah katil queen, selesalah untuk kami 6 beranak tidur. Malamnya pulak belanja anak² makan besar, dah lama tak makan di luar sejak mama berpantang.


Esok pagi selepas sarapan kami gerak ke LWOT, sampai sana jam 9.30 pagi. Tapi masa tu dah penuh parking dan orang pun dah ramai beratur nak beli tiket, maklumlah cuti sekolah jadi memang ramailah yang bawak keluarga bersukaria. Tiket kami untuk 3 dewasa dan 2 kanak² dalam RM280++, setelah dapat diskaun 30% dari kad PetronMiles. Bagi Mas berpatutanlah harga tiket sebegitu sebab semua taman tema dalam tu kita boleh main. 

5 jam je anak² dapat bersukaria mandi manda kat situ sebab pukul 3 petang kami dah nak gerak balik, nak buat camne sebab malam Ahad tu babahnya kerja. Walaupun 5 jam tapi tak semua permainan anak² dapat main, orang ramai kan jadi kena beratur panjang. Mereka cuma banyak habiskan masa dekat Wet Park je, yang lain² tak sempat main. Tapi walau camtu pun mereka tetap gembira, cuma tak puashatilah sebab banyak tempat tak dapat main. 



Itulah percutian singkat Mas dan keluarga, walaupun sekejap janji anak² seronok. Tahun depan pulak kita pergi bercuti lama sikit sebab mama korang ni ada 2 bulan lagi cuti, seronoklah korang kan? Destinasi dan tarikh dah pilih, dalam Malaysia je kami mampu. Tapi takpelah kan janji dapat bawak anak² bercuti itu dah memadai, tak kisahlah tempat tu dah banyak kali pergi pun. 

Isnin, 18 Disember 2017

Gegar Vaganza 4 : Konsert Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahniah Aishah, Juara Gegar Vaganza 4!

Dari awal lagi memang dah nampak dia bakal Juara, sebab tiap² minggu persembahan dia bagus dan vokal pun mantap. Persembahan solo dia semalam, fuhhh memang mantop. Meremang bulu roma dengar dia nyanyi lagu All By Myself tu, sampai juri pun sebak. Pastu masa lagu battle pun penuh bertenaga, langsung tak semput dan dia dapat menyanyi dengan bagus.


Walaupun dah berumur 50an tapi suara dia bak emas, lunak merdu dan sama je dari zaman anak dara. Artis legenda ni, tiada tandingnya! Memang selayaknya dia bergelar juara, dan lepas ni harap kerjaya dia dalam bidang nyanyian berseri kembali.

Keputusan lain ada yang dijangka dan ada yang tidak, macam kemenangan Lan Solo di tempat ketiga. Sepatutnya Mas rasa Hazami lagi layak tempat ketiga sebab persembahan solo dia menarik, cuma battle je agak kurang. Tapi siapa kita nak sangkal keputusan juri kan? Peserta lain Mas berpuashati sebab memang dah dijangka dan setimpal dengan mutu persembahan dan kekuatan vokal mereka.

Tahun depan katanya penaja tu nak adakan GV lagi, hurmmm baguslah kan sebab mungkin dengan cara tu dia nak promosikan produk dia. Pastu harapan Mas moga artis² yang bertanding lebih mantap dan pengacara lebih jaga hemahnya. 


Ini keputusan penuh Konsert Akhir GV4, moga ketemu lagi di GV5.

Juara | Aishah
Naib Juara | Liza Hanim
Ketiga | Lan Solo
Keempat | Hazami
Kelima | Firman
Keenam | Tia Jibara

Jumaat, 15 Disember 2017

Dah ada geng main!

Assalamualaikum...(^ ^)


Seronok sangatlah kakak Airis sebab adik dah makin besar, dah ada geng main! Aiyra pulak dah pandai sangat dah, kalau kakaknya tu ajak main kemain menyengih je. Macam tahu sangat apa yang kakaknya cakapkan tu, kadang siap gelak². Tengoklah tu dah ajak adik main robot, padahal adik tu bukan reti pun. Tapi asalkan Aiyra gelak dia pun seronoklah!

Memang dia tak sabar pun nak tunggu Aiyra pandai meniarap dan merangkak, hari² tanya. Bukannya apa sebab tak sabar nak main dengan adik, sebab itulah selalu tanya. Kadang tu dia dok main masak² sebelah adik, kononnya adik tu pelangganlah. Comel je Mas tengok, yang si Aiyra tahu menyengih je!


Sekarang ni memang pantang kalau adik tu jaga, mesti nak ajak main. Kalau adik tidur siap suruh mama kejutkan sebab nak main dengan Aiyra. Sampai cakap, "Mama jangan tidurkan Aiyra, kakak Airis nak main robot dengan dia." Bila mama suruh main dengan abang, terus cakap tak nak sebab tak seronok. Hahahaa, dan² tu cakap tak seronok. Padahal dulu abang tulah teman main setiap hari, kalau abang tak nak main siap marah lagi. Dah ada Aiyra lupa terus ke abang! 

Tapi takpelah Mas layankan je, maklumlah orang seronok ada adik. Jadi buat masa ni adiklah segalanya, lupa dah abang kakak. Kalau main pun asyik bertekak dan bergaduh je, pening mama ni. Pastu yang paling tak menahan kadang abang kakak nak main dengan adik pun dia tak bagi. Adik Aiyra hanya kakak Airis yang punya, dah jadi geng main!

Seronok pulak bila tengok anak² camni, sejuk perut mengandung!


Khamis, 14 Disember 2017

Jalan² lepas pantang

Assalamualaikum...(^ ^)

Aiyra dah berumur 2 bulan 14 hari, tapi Mas masih terperap kat rumah. Padahal perintah berkurung 60 hari dah habis pun, tetap tak keluar kemana². Kalau keluar pun bawa Aiyra ke hospital atau klinik, tak pun pergi beli barang kat pasaraya. Itu pun boleh kira berapa kali je!

Bukan tak nak keluar jalan² atau bercuti tapi fikir Aiyra masih kecil masa tu, sekarang Aiyra pun dah besar 2 bulan lebih kan, takde dah risau nak bawak dia jalan². Pastu dia pun dah pandai menyusu guna botol, lagilah mudah nak kemana². 


Pastu disebabkan jugak anak² yang lain pun dah bising, cuti sekolah tak pergi ke mana². Nak habis dah cutinya tapi mereka pun terperap jugak kat rumah. Jadi dek kesian kat anak² dan mamanya pun dah bosan dok rumah, maka program jalan² pun dirancang. Bukan lama pun, 2 hari 1 malam je. Destinasi pulak tempat yang anak² boleh bersukaria dan seronok, walaupun sekejap. 

Sabtu ni lepas husband habis kerja kami akan ke tempat tu, nanti Mas bagitau tempatnya. Ahad petang baliklah, tak boleh lama² sebab malam tu husband bekerja. Harap perjalanan berjalan lancar dan dipermudahkan, anak² pun dah tak sabar nak pergi. 

Tak kisahlah percutian singkat pun asalkan anak² gembira kan, itu yang penting.

Rabu, 13 Disember 2017

Demi jaga perut si Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila kita menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, perkara utama perlu dijaga sudah tentu pemakanan. Memang tak boleh makan sebarangan sebab dari apa yang dimakan akan jadi air susu. Kalau tersilap makan dan ada kesan sampingan, mesti bayi kita pun akan kena jugak.


Macam Mas memang bab makanlah paling dijaga, risau anak kena kembung ke atau sakit perut. Biarlah Mas tahan nafsu makan sikit, janji anak tak sakit. Lagi pun dapatlah Mas berdiet sikit sebab takde makan pedas, lemak dan makanan yang kurang berkhasiat. Pastu makanan pun semua masak sendiri untuk jamin keselamatan dan kebersihannya.

Walaupun dah habis pantang 44 hari, Mas masih amalkan makan menu² pantang. Setiap hari kalau sarapan minum milo kosong panas dengan roti gandum, pastu kena ada sebiji buah epal merah atau hijau. Untuk tengahari pulak Mas masak Grilled Salmon dengan tomato ceri dan sayur brokoli + lobak. Itulah menu setiap hari demi jaga perut si Aiyra. 

Tak bosan ke? Bagi Mas tak pun sebab Mas suka menu camtu, sedap dan sihat! Pastu Aiyra pun boleh kongsi khasiat sihat tu.




Selasa, 12 Disember 2017

Gigih mengepam demi Aiyra

Assalamualaikum...(^ ^)

Tengoklah si debab ni, walaupun baru umur 2 bulan lebih tapi kuat menyusu tau. Kalau ikutkan anak² Mas yang perempuan takdelah kuat sangat menyusu, yang lelaki je menyusu banyak. Tapi Aiyra ni lain, mungkin sebab dia lahir besar kot?


Sekarang sebelah siang Mas dah bagi dia menyusu guna botol, sebab nak biasakan bila dah ke taska nanti. Pastu nak jalan² pun senang! Jadi bila dah guna botol lagilah kuat dia menyusu, mula² bagi 2oz setiap 2 jam tapi sekarang dah 3oz. Kadang tak cukup 3oz tu, macam nak kena bagi 4oz pulak.

Fuhhh memang Mas kena gigih mengepam setiap hari, paling kurang 2 atau 3 kali. Pastu tiap kali mengepam tu sekurangnya kena dapatkan 6oz paling sikit dan paling banyak 8oz atau 10oz. Tapi setakat ni setiap sesi mengepam biasa dapat 6oz je, kalau sebelah pagi dapatlah 8oz. Susu tak berapa nak meriah sangat, mungkin sebab faktor umur kot. Bab makan tu takdelah Mas diet sangat, makan jugak nasi sekali sehari. Kalau tak makan lagi sikit susu, huhuhuu!


Buat masa ni kalau mengepam memang stok cukup untuk 2-3 hari je, tak boleh langsung nak simpan banyak² sebab si debab tu demand dia tinggi. Kadang masuk hari ketiga stok dah tinggal satu bekas je, jadi kena gigih lagi pam nak kumpul stok untuk 2-3 hari lagi. Camtulah setiap hari demi Aiyra!

Tapi bab mengepam ni memang kena gigih dan konsisten, tak boleh langkau waktu pam tu. Pastu janganlah stress masa pam tu kalau dapat sikit susunya dari biasa, kena fikir positif. Makan dan minum pun kena banyak, lebihkan susu dan ambillah milk booster. Doa dan yakinlah jugak susu tu akan sentiasa banyak dan mencukupi untuk anak kita, Insya Allah pasti boleh. Mas memang amalkan semua ni supaya dapat susukan Aiyra sehingga umur 2 tahun.

Isnin, 11 Disember 2017

Gegar Vaganza 4 : Minggu Separuh Akhir

Assalamualaikum...(^ ^)

Hurmmm rasa macam hambar je Konsert Separuh Akhir GV4 semalam, macam banyak je kekurangan. Semua peserta kurang menyerlah dalam persembahan, pastu sesetengah tu vokal macam lain macam je. Langsung tak kena dengan lagu!

Setelah pengumuman Ada Lagu Ada Lagi dibuat, Syura tersingkir. Mas memang dah jangka samada dia atau Tia Jinbara, sebab kedua² kurang menyengat. Persembahan macam serba tak kena je, suara pun agak tak menjadi dan lagu pulak jadi tak sedaplah. Patutnya depa berdua tersingkir tapi nasib menyebelahi Tia, berjaya jugak ke Konsert Akhir.


Yang agak baik persembahan semalam Aishah dan Liza Hanim, walaupun ada masanya bila menyanyi tu vokal mereka agak lari. Bila tarik nada tinggi tu agak nak terkucil jugak. Hazami pun konsisten dan vokalnya pun dapat dikawal dengan baik, mungkin sebab tu dia dapat markah paling tinggi.

Tahniah pada 6 peserta yang berjaya ke pentas akhir, tak sabar nak tahu siapa bakal bergelar juara. Di final nanti macam biasa mereka akan menyanyikan 2 buah lagu, satu lagu solo dan satu lagu battle. Lagu solo bertemakan Berani Ke Idok 2.0, manakala lagu battle bertemakan genre rap. Tapi untuk battle peserta belum ditetapkan lagi akan berganding dengan siapa, kena tunggu Konsert Akhir nanti!


Lagu Solo
Aishah | All By Myself (Celine Dion)
Liza Hanim | Meniti Titian Usang (Search)
Firman | Drama King (Meet Uncle Hussain ft Black)
Hazami | Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
Lan Kristal | Romancinta (Mojo)

Battle
Aishah vs ? | Supergirls (De Fam)
Hazami vs ? | Amboi (Altimet)
Firman vs ? | Tepi Sikit (Sleeq ft Joe Flizzow)

Rabu, 6 Disember 2017

Alhamdulillah jantung Aiyra sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Mula² doktor pakar cakap pasal masalah jantung Aiyra, Mas agak terkejut jugak dan tak tahu nak cakap apa. Walaupun melalui penerangan doktor masa tu masalah tersebut bukanlah serius tapi bila dengar bab jantung siapa yang tak risau kan? Lagi pun Aiyra masih kecil nak hadapi semua tu!


Mas cerita lebih lanjut, masa baru lahir doktor pakar kanak² ada bagitau kat jantung Aiyra ada 2 lubang. Satu kat saluran darah ke jantung kiri dan satu lagi kat saluran ke paru² dia. Tapi doktor kata lubang tu bukanlah besar, ianya normal berlaku pada bayi baru lahir. Nanti bila dia dah besar lubang tu akan tertutup sendiri. Cumanya bila Aiyra berumur 2 bulan, kenalah buat pemeriksaan lebih lanjut. Jantung Aiyra perlu di scan secara menyeluruh, ini untuk pastikan samada lubang tu dah tertutup atau belum. 

Jadi pagi tadi kami bawak Aiyra ke Hospital Serdang untuk temujanji scan jantung. Sebelum sampai ke hospital tu berharap sangat urusan scan berjalan lancar dan jantung Aiyra sihat sepenuhnya. Fuhhh berdebar² jugaklah melangkah kaki ke hospital, bukannya harap yang tak baik tapi biasalah perasaan kita sebagai mak kan? Hanya ibu² je yang memahami rasa tu!

Setelah hampir 2 jam menunggu tibalah masa jantung Aiyra akan di scan. Cara scan jantung ni sama macam doktor scan perut ibu mengandung, kita boleh nampak keseluruhan jantung tu. Proses scan berjalan lancar walaupun ada masa Aiyra mengamuk jugak, sampai terpaksa susukan dia nak bagi tenang. Lama jugak masa diambil sebab doktor kena scan keseluruhan jantung Aiyra, yelah kan nak dapatkan keputusan yang tepat. 


Alhamdulilah setelah selesai proses scan doktor terangkan jantung Aiyra sihat dan tiada dah 2 lubang yang terbuka kat saluran tu. Fuhhhhh leganya rasa bila dengar doktor cakap camtu, syukur sangat Allah permudahkan segalanya. Cuma kena ada satu lagi proses scan semasa dia umur setahun nanti, bulan 12 pulak kena datang. Kalau masa tu jantung Aiyra sihat dan tiada masalah, dah tak perlu buat scan lagi. Maknanya jantung Aiyra dah 100% sihat!

Tunggu temujanji umur Aiyra setahun pulak, harap semuanya baik jugak!

Selasa, 5 Disember 2017

Selesai urusan anak bujang

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya dari umur 7 tahun lagi dia dah nak bersunat, tapi kami tak benarkan. Bukannya apa, Mas nak dia lalui zaman kanak²nya lama sikit, biarlah main puas² sebagai kanak² dengan riang gembira. Nanti dah bersunat dan dah dewasa, mesti malu dah nak main macam budak². 


Pastu cadangnya tahun lepas nak sunatkan dia tapi disebabkan cuti Mas tak berapa mencukupi, kami tangguhkan dulu. Yelah, sekurangnya kenalah ambil cuti 2-3 hari nak jaga dia kan? Jaga makan dan pergerakan dia, maklumlah anak² ni kalau takde mak bukannya pandai sangat. Bila dah ditangguhkan tu sibuklah dia cakap, "Tak kira tahun depan Arfan nak bersunat jugak, ramai kawan Arfan dah buat. Malulah kalau darjah 6 tak bersunat lagi." Hahahaa, tahu pun malu bersunat lambat!

Jadi tahun ni kami tunaikan kewajiban tu, ada budak dah tak sabar nak jadi dewasa. Bulan Disember tarikh pilihan kami sebab masa tu Mas masih cuti bersalin. Senanglah nak jaga dia bila mama ada, takdelah dia terkial² sendiri nanti. Setelah kami cari klinik yang sesuai tarikh 3/12 jadi pilihan sebab masa tu Mas dah habis pantang 44 hari, jadi mama dah kuat nak jaga anak berpantang sunat pulak.

Alhamdulillah, selesai dah urusan anak bujang tu. Masa buat sikit pun dia tak menangis, tak sakit langsung katanya. Yelah, Mas risau jugak sebab dia tu terkenal dengan sikap hati tisunya tu. Kadang gaduh sikit dengan adik pun menangis, jadi manalah tahu bersunat pun menangis kan? Tapi ternyata dia kuat dan tahan sakit. 


Hari ni dah hari ketiga, setakat ni dia dah nampak sihat. Dah boleh pakai seluar, jalan pun dah laju dan dah boleh mandi jugak. Cuma Mas suruh dia jaga luka tu betul², kena bersihkan setiap hari dan letak minyak gamat supaya luka cepat kering. Walaupun dia agak takut² nak buat tapi mama paksa jugak, kalau tak camne nak cepat baik. Pantang makan pun Mas masih suruh dia jaga, tak boleh makan sebarangan terutama benda² gatal nanti gatal pulak lukanya.

Haaaaa dewasa dah anak bujang mama, boleh jadi imam dah ni dan boleh mengurat awek dah. Hahahaa, tak sabar nak bermenantu ke mama tu!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com