Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 30 Jun 2015

Kekal kenyang dengan EPHYRA

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali bersahur mesti kita nak makan sesuatu yang mengenyangkan, betul tak? Ini supaya badan kita bertenaga dan perut kekal kenyang sehingga ke waktu berbuka.

Ephyra pilihan terbaik
Bagi Mas memang suka sesuatu yang ringkas bila bersahur sebab Mas memang dari dulu tak lalu nak makan nasi di waktu sahur. Jadi Ephyra adalah pilihan terbaik. Cepat, senang dan mudah disediakan. Rasanya jugak sedap!


Sejak mengamalkan minum Ephyra memang sentiasa bertenaga walaupun penat. Lagilah bulan puasa ni, Mas perlukan banyak tenaga. Dengan bekerja, pastu balik kerja tempuh jammed, pastu sampai rumah nak masak juadah berbuka lagi. Memang penat dan terkejar² masa.

Jadi dengan minum Ephyra sewaktu sahur Mas lebih bertenaga untuk uruskan kerja dan uruskan rutin memasak. Perut pun sentiasa rasa kenyang dan tak meragam walaupun seharian berpuasa. Di samping tu boleh Mas kekal berdiet, pakej tu!

Jangan lupa Ephyra sahur nanti. Cantik, sihat dan bertenaga dengan Ephyra!

Shopping raya di Voir The Mines

Assalamualaikum...(^ ^)

Hujung minggu lepas Mas ambil kesempatan untuk shopping raya baju anak². Nak belilah seluar baju 2 helai sorang. Jadilah, asalkan anak² ada baju baru nak raya. Kita ibu bapa ni takde pun takpe.



Cadang nak shopping di Nilai 3 tapi kebetulan Ahad tu nak ke The Mines, kami tengok dulu kat situ. Sekali lalu kat depan Voir, tengok ada happy hour. Baju, seluar dan kasut untuk dewasa dan kanak² dijual dengan harga serendah RM10. Apa lagi terus terjah tanpa fikir panjang.

Baju seluar yang dijual mereka longgok je, jadi kena pandai pilih. Majoriti jenama Soda. Nak pilih pun kena banyak bersabar sebab kena berebut dengan pembeli lain. Mas pilih mana yang berkenan, pastu ambil dulu dan kumpul. Kemudian baru ke fitting room untuk anak² cuba, mana yang sesuai dengan mereka terus tengok harga dan beli. 

Tapi memang berbaloi beli. Semuanya dijual dengan harga serendah RM10, paling mahal pun RM30. Ini hasil tangkapan Mas untuk anak². Baju jenama Soda dan Voir RM10 dan RM15 sehelai, seluar jenama Soda dan Voir berharga RM20 ke RM25. Sambar jugak sehelai seluar untuk Mas dengan harga RM30, jenama Voir.


Jumlah semua RM200 untuk 7 helai seluar dan 5 helai baju, sangat murah. Bagi Mas jenama apa pun tak penting, janji dapat beli dengan harga yang murah dan barang pun berkualiti. 

Voir akan buat sales sehingga 5 Julai. Jadi sempat lagi kalau kawan² nak shopping raya di sana, pasti berbaloi² dan jimat!

Isnin, 29 Jun 2015

Beli juadah berbuka di luar

Assalamualaikum...(^ ^)


Semalam Mas berbuka puasa di luar, tapi kali ni Mas beli juadah berbuka di bazar Ramadhan. Bazar pilihan adalah di Putrajaya, bazarnya cukup luas dengan aneka pilihan juadah yang pelbagai. Kalau ikutkan nafsu memang nak beli semua makanan yang dijual.

Beli juadah buka puasa di luar
Bagi Mas agak membazir! Kenapa Mas kata sebegitu? Contoh semalam, Mas habis RM30 dengan hanya membeli Nasi Dagang, Bihun Goreng, Murtabak, kuih 3 jenis dan air. Mahal jugak! Rasanya kalau beli bahan untuk sekali masak takde sampai banyak ni kosnya.


Pastu juadah yang dibeli tak memuaskan hati berbanding kita masak sendiri. Sesetengah penjual masak dan jual hanya untuk dapat keuntungan, tapi rasa memang zero. Dahlah dengan harga mahal, tapi makanan tak sedap.

Bukan Mas kata semua penjual macam tu, ada yang jual juadah yang sedap dengan harga yang berpatutan. Cuma segenlitir saja yang jual sekadar nak laku dan dapat untung tapi kualiti takde. Jadi kalau berbuka di luar dengan membeli makanan di bazar kena pandai pilih gerai mana yang jual juadah yang sedap dan murah.

Nak lagi puas hati makan, masak sendiri. Terjamin kesedapannya dan lebih jimat!

Ahad, 28 Jun 2015

Kuih Kepek Hidung

Assalamualaikum...(^ ^)

Satu lagi kuih tradisional yang Mas suka dan akan buat bila bulan puasa. Sedap dan anak² Mas pun suka makan. Ada orang panggil kuih ni Kuih Puteri Mandi. Tapi kalau ikut resepi arwah mak, Mas panggil Kuih Kepek Hidung.

Mudah je nak buat kuih ni. Jom tengok apa bahan² dan bagaimana cara nak buat.


Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut putih
1 cawan tepung pulut hitam
1 mangkuk santan pekat
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras
Gula pasir
1 cawan air

Cara-cara membuatnya
1. Tepung pulut putih dan tepung pulut hitam dicampur, kemudian dibancuh dengan santan dan sedikit air. Bancuh sehingga adunan tersebut menjadi bentuk doh. 



2. Bentukkan doh menjadi bentuk bulat yang kecil. Kemudian letak di dalam loyang dan tekan ditengah² doh yang bulat itu supaya ia menjadi lubang di tengah.



3. Kemudian taburkan gula pasir di tengah² lubang tersebut. Gula ditabur supaya kuih menjadi manis.



4. Seterusnya doh dikukus setengah masak, kemudian tuangkan santan yang telah dibancuh dengan tepung gandum + tepung beras ke dalam loyang. Kukus kuih selama 15-20 minit sehingga masak.



Tips dari Mas
Semasa membancuh pastikan doh tidak terlalu keras supaya bila dah masak, kuih tidak keras.

Selamat mencuba!

Jumaat, 26 Jun 2015

Makan secara sihat di bulan Ramadhan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bagi Mas bulan puasa adalah bulan yang paling sesuai untuk kita lebih menjaga kesihatan. Ini kerana perut kita berehat dari sebarang makanan lebih dari 12 jam sehari. Ia jugak dapat membantu kita mengurangkan berat badan.

Panduan Makan Secara Sihat
Untuk kekalkan kesihatan di bulan Ramadhan kita perlukan menu yang sihat. Dengan menu yang sihat ini badan kita lebih bertenaga untuk menjalani ibadah puasa setiap hari. Jom tengok!

Hadkan minuman manis
Ini yang patut dihadkan dan kalau boleh elakkan kerana minuman manis akan buat kita lebih dahaga. Lebih elok banyakkan minum air kosong.


Pilih buah-buahan
Jadikan buah-buahan segar sebagai pilihan utama semasa berbuka. Mas paling suka makan buah, jadi memang wajib makan buah dulu sebelum makanan berat.

Kukus, rebus dan panggang
Pilih makanan yang dikukus, direbus dan dipanggang sebagai menu semasa berbuka. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak. 

Juadah yang manis
Kurangkan juadah yang terlalu manis semasa berbuka. Makanan manis memang sedap tapi itulah yang lebih berbahaya dan boleh menyebabkan banyak penyakit.

Juadah yang masin
Kurangkan makanan masin seperti telur dan ikan masin semasa bersahur dan berbuka puasa.


Makan secara sederhana
Sebaiknya bersederhana di bulan Ramadhan ni. Kita memang kaya dengan makanan tapi tak akan semua kita nak makan. Pelbagaikan makanan, biar kuantiti sikit janji menu yang sihat.

Mulai hari ini sama² kita amalkan pemakanan sihat. Di samping berkhasiat, dapat juga bantu kita kurangkan berat badan. Tak nak ke bergaya cantik di Hari Raya nanti, hehehee!

Khamis, 25 Jun 2015

Gigih memasak juadah berbuka

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah hari ni dah 8 Ramadhan dan Mas masih berjaya masak juadah berbuka puasa untuk husband dan anak² setiap hari. Belum lagi beli lauk atau kuih muih di bazar, semuanya masak sendiri.

Walau penat dan terkejar² masa tapi Mas masih gigih memasak. Bila husband dan anak² makan dengan berselera dan puji masakan Mas, terus hilang segala penat lelah. Lagi berkobar semangat nak masak pelbagai jenis lauk untuk mereka.


Kuih pun Mas buat sendiri, buat yang mudah dan yang Mas tahu je. Apa saja kuih Mas buat anak² suka makan. Memang mereka tekak melayu tradisional macam mamanya jugak, hehehee!

Satu lagi memasak ni tak perlu menu yang gempak sangat. Biar yang ringkas tapi menyelerakan dan mengenyangkan perut. Contoh Mas masak 1 jenis lauk, 1 jenis sayur dan 1 jenis kuih. Masak cukup² untuk sahur dan berbuka, senang kan? Lagi pun makan lauk yang ringkas ni lagi kita berselera. 

Masak sendiri boleh berjimat cermat!


Rabu, 24 Jun 2015

Gaji awal : Rancang perbelanjaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh senyum nampak yang penjawat awam tu, maklumlah esok dah gaji. Bukan sekadar dapat gaji tapi dapat bantuan kewangan untuk raya lagi RM500, masyuk!

Pastu mesti ramai yang dah berkira² nak shopping untuk raya. Nak beli baju baru, kasut baru, tudung baru, handbag baru, langsir baru dan kereta baru. Ehhh mana cukup RM500 nak beli kereta! Macam² dah kita rancang kan?

gambar kredit sini

Tapi kena beringat, jangan belanja sakan sangat. Seeloknya duit RM500 tu simpan untuk perbelanjaan bulan Julai dan Ogos nanti. Sebab gaji bulan Julai awal bulan dan gaji Ogos hujung bulan. Pastu kena setelkan bil² dan segala hutang sebelum shopping sakan. Ingat ada lebih kurang 47 hari gap antara gaji Julai dan Ogos, lama jugak!

Macam Mas memang dan rancang siap² apa nak beli. Memang raya tahun ni sederhana je, beli apa yang perlu sahaja. Yang pastinya bil² dan hutang memang akan bayar awal, kalau tak duit akan habis camtu je. Simpanan harus ada!

Insya Allah kalau bijak rancang segala perbelanjaan, duit RM500 cukup untuk perbelanjaan kita sepanjang tempoh tu. Selagi ada rezeki pasti kita pandai nak manfaatkannya. Janji berjimat cermat!

Selasa, 23 Jun 2015

Kongsi gambar menu berbuka

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas suka kongsi gambar menu berbuka puasa di Facebook dan Instagram. Bukan niat nak menunjuk pandai masak ke tapi sekadar berkongsi. 

Semua tahu kan bila berpuasa kita selalu terfikir apa nak makan untuk berbuka nanti. Terutamanya kaum isteri yang nak masak untuk suami dan anak², pening nak fikir kadang tu. 


Jadi dengan gambar menu yang Mas kongsi orang lain akan dapat idea apa nak masak. Mas masak bukan menu susah pun, menu ringkas je. Yang penting senang dan cepat dimasak serta menyelerakan dan perut pun kenyang. 

Bagi Mas tak salah berkongsi, asalkan niat kita betul. Bagi yang rasa tak nak kongsi jadi tak perlulah. Tapi jangan nilai orang lain kerana kita tak pernah tahu apa niat di hati setiap manusia.  

Yang penting jaga hati dan niat kita sendiri!

Isnin, 22 Jun 2015

Happy birthday kakak

Assalamualaikum...(^ ^)


Besar dah anak dara Mas ni. Semalam genap usia dia 12 tahun dah, pantasnya masa berlalu. 

Happy Birthday Kakak
Moga menjadi anak yang solehah serta taat kepada ibubapa dan Allah SWT. Moga jadi kakak yang terbaik kepada adik² kamu. Moga bahagia dunia dan akhirat.

Sentiasa ingat segala pesanan mama dan babah. Belajar rajin² untuk capai cita² dan impian.

Mama sayang kamu!


Ahad, 21 Jun 2015

Majlis Buka Puasa bersama Mahsuri

Assalamualaikum...(^ ^)


Mahsuri menganjurkan Majlis Buka Puasa di Pusat Jagaan Rumah Kesayangan bagi berkongsi kegembiraan sambil menikmati juadah berbuka bersama anak² di pusat jagaan ini. Mereka jugak meraikan para pemenang pertandingan "Masak & Menang" bersama Mahsuri.

Majlis Buka Puasa bersama Mahsuri
Mas sebagai wakil blogger turut serta merasai kegembiraan dan berbuka puasa bersama anak² di sini. Penghuni dan tetamu dijamu dengan hidangan masakan tradisional jawa iaitu Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Kicap dan Ayam Goreng Berempah. Ia dimasak sendiri oleh chef Mahsuri menggunakan sos Mahsuri, sedap! 



"Ketawa kanak² bagaikan irama di telinga. Kita amat bersyukur kerana selama ini banyak yang diabaikan dalam kehidupan harian. Menghabiskan masa bersama mereka dan berkongsi pengalaman buka puasa amat bermakna kepada kami dan kanak² terbabit." kata Pengarah Pemasaran Mahsuri, Carmen Liew.

Sepanjang Ramadhan dan sepanjang pertandingan "Masak & Menang" kesemua 24 pemenang akan dijemput melawat dan berbuka puasa bersama anak² di 4 rumah kebajikan dan kakitangan Mahsuri. Antaranya rumah terlibat adalah:

Pusat Jagaan Rumah Kesayangan : 20 Jun
Rumah Kebajikan Baitul Hidayah : 27 Jun
Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari : 4 Julai
Rumah Nur Sakinah : 11 Julai


Jadi jangan lupa sertai contest tersebut, mana tau ada rezeki jadi pemenang. Selain menang RM500 boleh sama² berbuka puasa dengan anak² di rumah kebajikan.

Maklumat lanjut sila ke FB MyMahsuri.

Sabtu, 20 Jun 2015

Pertandingan Masak & Menang Mahsuri

Assalamualaikum...(^ ^)


Nak dapat duit raya lebih tak untuk Hari Raya tahun ini. Jadi mari sama² sertai pertandingan ini.

Pertandingan Masak & Menang Mahsuri
Sempena bulan Ramadhan, jenama sos dan penambah perisa Mahsuri menganjurkan pertandingan "Masak & Menang" bermula dari 28 Mei 2015 hingga 8 Julai 2015. Ia terbuka pada sesiapa yang berminat terutamanya mereka yang berbakat dalam bidang masakan.


Pertandingan ini memberi peluang kepada yang gemar memasak untuk berkongsi gambar resepi juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri. Gambar juadah boleh dikongsi di Facebook MyMahsuri berserta hastag #MyMahsuri dan #Manis, #Pedas #Tiram serta #Ayam.

Setiap minggu 4 penyertaan paling kreatif akan dipilih dan bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan yang berlangsung selama 6 minggu menyaksikan 24 pemenang bertuah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000. Sangat lumayan, boleh buat duit raya!


Selain itu, para pemenang bakal menerima undangan dari Mahsuri ke majlis berbuka puasa bersama keluarga ke 1 daripada 4 pertubuhan kebajikan. Pihak Mahsuri akan mendermakan sos kepada rumah kebajikan terbabit dan selain menaja juadah berbuka puasa.

Antara pertubuhan kebajikan yang terlibat dalam pertandingan "Masak & Menang" ini ialah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri.

Jumaat, 19 Jun 2015

Promosi tempat duduk percuma Air Asia

Assalamualaikum...(^ ^)

Baru dapat emel dari Air Asia, ada promosi tempat duduk percuma lagi. Weeeee suka, boleh gatal² tengok kalau ada rancangan nak bercuti.


Promosi bermula tepat jam 12 tengah malam pada 22 Jun 2015. Pasti banyak promosi destinasi yang menarik untuk dilawati. Bersedia je jam 12 tengah malam, lambat nanti tak dapat!

Jika anda ahli BIG Shot, akan dapat keistimewaan untuk akses 24 jam lebih awal iaitu tepat 12 tengah malam pada 21 Jun 2015. Mas ahli BIG Shot. Esok dah boleh akses, tak sabarnya!

Jadi jangan lupa, ingat tarikh tu!

Kurma Kukus

Assalamualaikum...(^ ^)

Resepi Kurma Kukus
Ini resepi turun temurun keluarga Mas. Bila puasa memang wajib arwah mak buat untuk juadah berbuka. Sekilo kurma memang habis mak buat sebab semua anak² berebut makan, kalau buat sikit memang tak cukup.

Nak buat Kurma Kukus ni senang je, petik jari pun boleh siap. Hehehee, nak gambarkan betapa senangnya nak buat. 


Bahan-bahan
Kurma timbang, contoh kurma Mariami
1 cawan santan
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras

Cara membuatnya semudah ABC
1. Kurma dibelah dua dan dibuang biji. Kemudian susun di dalam loyang.



2. Untuk kepala, bancuh 1 cawan santan dengan 3 sudu tepung gandum dan 3 sudu tepung beras. Kacau sebati supaya tepung tak berketul². Kalau bancuhan terlalu pekat tambahkan sedikit air dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.

3. Seterusnya kukus kurma selama 1 minit. Bila kurma dah lembut masukkan bancuhan tadi sama paras dengan kurma. Pastu kukus selama 10-15 minit sehingga kepala masak.



Tadaaa dah siap, mudah je kan? Bolehlah dimakan sebagai juadah berbuka. Kalau Mas 1 loyang boleh habis sorang, sedap! 

Selamat mencuba!


Khamis, 18 Jun 2015

Sahur

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, dah masuk 1 Ramadhan. Syukur masih dapat meneruskan ibadah puasa tahun ini.

Bangun bersahur
Bila berpuasa sunatlah kita bersahur. Sesetengah orang malas nak bangun sahur pagi² buta, jadi mereka sahur awal pukul 12 tengah malam. Seeloknya lebih afdal kita bangun dan ambil pahala sunat sahur tu. Tak perlulah nak makan berlebihan seperti waktu berbuka, kurma 3 ulas dan air kosong atau susu secawan pun dah memadai. Janji bangun bersahur!

Menu sahur
Mas lebih suka menu yang ringkas, 1 jenis pun dah cukup. Biasanya Mas akan panaskan lauk berbuka kalau ada lebih. Kalau takde Mas masak sebelum tidur dan panaskan bila bangun sahur. Anak² dan husband suka menu seperti sup, telur dadar, telur mata, ikan masin, telur masin dan ikan bilis goreng. Itu dah cukup menyelerakan!

Macam Mas cukup bersahur dengan 3 ulas kurma dan secawan Ephyra. Kemudian minum ½ liter air kosong. Dah memadai dan alhamdulillah boleh tahan sehingga waktu berbuka.


Menu sahur pagi tadi, Telur Dadar dan Sup Tulang. Habis 2 pot nasi.

Rabu, 17 Jun 2015

Selamat hari lahir sayang

Assalamualaikum...(^ ^)

Entri berbaur romantik sikit hari ni sempena hari jadi my macho darling.

Abang..
Selamat Hari Lahir Sayang.
Walau bertambah usiamu tapi abang tetap muda di mata ayang. Ayang doakan abang panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Moga segala yang diimpikan akan tercapai. Ayang akan sentiasa jadi tulang belakang abang dalam apa keadaan sekali pun, baik susah atau senang.

Tiada hadiah mahal atau istimewa yang mampu ayang berikan, hanya kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
Sayang awak!


Selasa, 16 Jun 2015

Majlis Pelancaran DVD MYRYL : Warna & Kerjaya

Assalamualaikum...(^ ^)


Pada 13 Jun 2015 yang lalu telah diadakan Majlis Pelancaran DVD Myryl : Warna & Kerjaya bersama Bloggers di Hotel Bangi Putrajaya.

Dengan kelebihan dan kepakaran dimiliki, pihak Myryl yang diasaskan oleh Puan Shuhada Alauddin telah melancarkan DVD yang berjudul "Warna & Kerjaya". DVD dihasilkan bagi membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin menceburi bidang berlainan atau membuat perubahan kerjaya.


Puan Shuhada turut berkongsi tentang bidang² kepakaran serta pengalaman beliau bagi membantu individu yang ingin melakukan perubahan kerjaya. Yang menarik tentang DVD ini ialah pendekatan diambil beliau dalam membantu perubahan kerjaya seseorang individu adalah melalui warna

Sebagai pertambahan nilai pada mereka yang membeli DVD ini, Puan Shuhada turut berkongsi tentang aplikasi warna dalam kehidupan seharian.



Bagi yang tertarik untuk membeli DVD "Warna & Kerjaya" ini serta ingin mengetahui maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan: 

Encik Nadhir Nordin
Emel: nadhir@myrylpoint.net
HP: 019-9390135

Isnin, 15 Jun 2015

Review filem Insidious Chapter 3

Assalamualaikum...(^ ^)

Cadang awalnya nak tengok filem San Andreas, tapi memandangkan kami walk in je tiket pun habis. Jadi tukar rancangan, beli tiket filem Insidious Chapter 3. Anak² Mas suka, walaupun takut tapi mereka teruja nak tengok filem seram.


Sinopsis filem
Mengisahkan seorang gadis bernama Quinn yang ingin bertemu dengan roh ibunya. Dia berjumpa dengan Elise yang pakar dalam menyeru roh orang yang telah mati. Semasa Elise menyeru roh ibu Quinn ada roh jahat lain yang mengikut sekali. Roh tersebut telah mengganggu Quinn dan mahu membawanya ke alam lain. Dapatkah Quinn diselamatkan oleh Elise?

Review Insidious Chapter 3
Bagi Mas plot cerita yang dipaparkan tidak terlalu berat, agak mendatar dan jalan cerita mudah difahami. Watak hantu memang menyeramkan kerana ada babak yang ia muncul secara tiba² dan mengejutkan seluruh penonton. Mas berapa kali menjerit terkejut sebab tiba² hantu muncul. Dahlah rupa buruk dan menyeramkan! 

Jadi cerita ini memang menarik untuk ditonton bersama keluarga. Tapi kalau penakut, tengok sambil tutup mata. Sebab nanti mesti terjerit²!


7 bintang untuk Insidious Chapter 3. Seram!

Ahad, 14 Jun 2015

Pertandingan Boling Individu KKM

Assalamualaikum...(^ ^)


Hari ini sekali lagi berjuang di arena boling. Pertandingan kali ini adalah persiapan dan pemilihan untuk pemain ke Sukan KKM di Sarawak tahun 2016. Ini pusingan pertama, akan ada pusingan kedua selepas raya nanti. 

Mas ke arena boling hari ni tanpa latihan langsung. Memang susah nak luangkan masa untuk turun berlatih atas kekangan masa dan keadaan. Jadi main hari ini memang teruk sangat, langsung tak dapat rentak untuk kekalkan markah 150 ke atas. Paling tinggi markah pun hanya 134 sahaja. Agak tertekan dan putus asa, rasa nak bersara je dari arena boling. 


Tapi faktor kesihatan dan gangguan di lane boling jugak adalah penyebabnya. Memang betul, kalau nak hadapi pertandingan tidak boleh stress dan ada gangguan. Kalau tidak memang kita hilang tumpuan dan rentak. Masa main tadi Mas batuk teruk sampai sakit dada, pastu ada pulak anak pemain lagi mengganggu di lane.

Habis 6 games Mas hanya berjaya di tempat ke-11, bolehlah kan? Jadi kena cuba sedaya upaya di pusingan kedua nanti. Kena lebih berlatih, mantapkan skill dan lebih fokus semasa main. Moga ada peluang dan ruang untuk Mas ke Sukan KKM di Sarawak nanti.


Tahniah jugak kepada pemain lain yang berjaya meraih kemenangan.

Sabtu, 13 Jun 2015

Workshop MYRYL : Warna & Kerjaya

Assalamualaikum...(^ ^)


Atas usaha orang kuat KBBA iaitu Ben Ashaari, Mas dan rakan blogger KBBA berpeluang mengikuti Workshop Myryl: Warna & Kerjaya. Terima kasih pada Ben dan pasukan MYRYL yang diketuai oleh Puan Shuhada kerana memberi peluang kepada kami turut serta dalam workshop ini. Sangat seronok dan banyak ilmu ditimba.


MYRYL
Bermaksud "Master Yourself Revamp Your Life". Dalam kehidupan kita perlu tahu apa kekuatan diri dan bagaimana nak bina personaliti diri. Melalui program MYRYL yang fokus kepada warna dan kerjaya kita mengenali personaliti diri melalui warna dan nombor.

Warna Luaran dan Dalaman Diri
Warna diri kita terdiri dari warna luaran dan warna dalaman. Warna luaran mewakili 80% karekter diri dan warna dalaman pulak hanya 20% sahaja. Di dalam workshop ini diajar bagaimana cara untuk mengetahui warna diri kita. Nanti Mas kongsi melalui DVD dari MYRYL. Setelah dikenalpasti warna luaran diri Mas ialah hijau. Memang 60% tepat dengan personaliti diri Mas!


Nombor Luaran dan Dalaman Diri
Selain kenali warna diri kami jugak diajar cara mengenali nombor diri. Seperti warna, nombor diri jugak ada nombor luaran dan nombor dalaman. Nombor luaran mewakili 20% karekter diri dan nombor dalaman pulak adalah 80%. Ini adalah cara nak mengetahui nombor diri luaran, iaitu melalui tarikh lahir. Setelah dianalisi nombor luaran Mas ialah 6 dan nombor dalaman ialah 7. 






Rumusan Workshop MYRIL
Bagi Mas ia memang workshop yang bagus dan bermanfaat. Darinya kita dapat build self confident apabila kita tahu kekuatan dan kelemahan personaliti kita. Kita jugak boleh cuba ubah apa yang negatif dalam diri kita kepada positif. Ia memberi semangat baru kepada diri Mas sendiri untuk lakukan perubahan terbaik.

Terima kasih sekali lagi Ben and pasukan MYRYL.


Maklumat lanjut tentang bengkel ini boleh ke:
Website MYRYL: www.myryl.net
Instagram: @myrylpoint

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com