Terkini dan Sensasi

Isnin, 15 Jun 2015

Review filem Insidious Chapter 3

Assalamualaikum...(^ ^)

Cadang awalnya nak tengok filem San Andreas, tapi memandangkan kami walk in je tiket pun habis. Jadi tukar rancangan, beli tiket filem Insidious Chapter 3. Anak² Mas suka, walaupun takut tapi mereka teruja nak tengok filem seram.


Sinopsis filem
Mengisahkan seorang gadis bernama Quinn yang ingin bertemu dengan roh ibunya. Dia berjumpa dengan Elise yang pakar dalam menyeru roh orang yang telah mati. Semasa Elise menyeru roh ibu Quinn ada roh jahat lain yang mengikut sekali. Roh tersebut telah mengganggu Quinn dan mahu membawanya ke alam lain. Dapatkah Quinn diselamatkan oleh Elise?

Review Insidious Chapter 3
Bagi Mas plot cerita yang dipaparkan tidak terlalu berat, agak mendatar dan jalan cerita mudah difahami. Watak hantu memang menyeramkan kerana ada babak yang ia muncul secara tiba² dan mengejutkan seluruh penonton. Mas berapa kali menjerit terkejut sebab tiba² hantu muncul. Dahlah rupa buruk dan menyeramkan! 

Jadi cerita ini memang menarik untuk ditonton bersama keluarga. Tapi kalau penakut, tengok sambil tutup mata. Sebab nanti mesti terjerit²!


7 bintang untuk Insidious Chapter 3. Seram!

6 ulasan:

  1. SA dh tengok..mmg scary..tu kalau tgok chapter 1 or chapter 2 lg seram...kan? Tp citer seram omputih x seseram citer dari thailand

    BalasPadam
  2. seram cter ni...sbb terkejut2 jew..

    BalasPadam
  3. pernah tengok insidious 1 dan 2 .. memang best! yang ni tak pernah tengok lagi ...tunggu download je la hehehe

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...best2 cite ni...:)

    BalasPadam
  5. Tak tengok lagi ni, so takleh nak komen lebih..huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com