Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Mac 2011

daya pemikiran kreatif kanak-kanak

Assalamualaikum...(^ ^)

kanak-kanak memang mempunyai daya pemikiran kreatif... kadang-kadang apa yang mereka buat tu tak terfikir oleh akal orang dewasa... melalui permainan pun mereka boleh mencipta kreativiti! sama seperti anak Mas si Arfan tu, kalau bermain memang kreatif... kadang-kadang rasa lawak pun ada bila tengok dia main macam tu... tapi kita jangan halang, biarkan mereka mencipta kreativiti mereka sendiri dalam bermain... ini boleh mencergaskan daya pemikiran mereka!

tengok, punyalah kreatif! tudung saji dijadikan kereta sport dia... hehehehe


ini lagi satu, lagi kreatif! kaki abah dia dijadikan tempat parking kereta-kereta dia...


"kreativiti membuatkan kita lebih mencapai keriangan hidup!" mungkin sebab tulah kanak-kanak ni sentiasa riang gembira je!

mertuaku kesayanganku

Assalamualaikum...(^ ^)

seorang rakan mengadu...
"Mas, aku tak fahamlah dengan perangai mertua aku tu
macam tak suka kat aku je... tak pernah nak borak2 ngan aku
sebelum kahwin camtu... dah kahwin pun camtu! ish... peninglah!
pernah tak kawan2 menghadapi situasi seperti ini? Mas pun pernah mengalaminya semasa sebelum berkahwin dan di awal perkahwinan... memanglah Mas rasa sedih sebab Mas memang berharap mertua akan suka Mas samada sebelum atau selepas kahwin! tapi Mas tidak cepat melatah, Mas jadikan mak sebagai rujukan dan bertanya apa yang perlu Mas lakukan untuk memenangi hati mertua! Mas nak share dengan kawan2 bagaimana caranya...
  • mulakan perbualan... kita tahu mereka lebih berusia dari kita jadi takkanlah kita nak harapkan mereka akan tegur kita dulu! sebagai anak menantu sepatutnya kita mulakan apa2 perbualan dengan mertua, barulah mereka rasa dihormati dan disayangi!
  • belikan hadiah sebagai tanda kasih sayang... Mas selalu buat perkara ni! tak salahkan kita berbelanja sedikit untuk mereka... kata nak jadi menantu kesayangan! tapi biarlah ikhlas tau, jangan sebab nak bersaing dengan menantu yang lain!
  • peluk cium mereka seperti kita peluk cium ibu bapa kita sendiri... walaupun kita menantu tapi janganlah kita nak beza2kan kasih sayang antara mereka dengan ibu bapa kita! kalau ibu bapa kita dah takde mereka umpama ibu bapa kita sendiri... Mas mesti akan peluk cium mertua kalau balik kampung sebab merekalah tempat Mas menumpang kasih! mak abah dah takde kan....huhuhuhu
  • jangan bersangka buruk dengan mereka... walaupun mertua tak berapa suka dengan kita janganlah kita bersangka buruk pulak! cuba kita fikir semula, mungkin ada sebabnya mereka tak suka... belajar perbaiki kelemahan diri dan cuba memenangi hati mereka! sekeras2 hati orang tua ni tetap akan lembut... siapa tak sayang menantu sendiri kan?
sekadar berkongsi dengan kawan2...
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan!

Rabu, 30 Mac 2011

apa nak buat kalau takde kerja kat pejabat

Assalamualaikum...(^ ^)

salam pagi Rabu, harap kawan2 semua sihat! dah sampai penghujung Mac kan? memang cepat betul masa berlalu... 

Mas nak tanya, apa matlamat kawan2 datang kerja? mesti nak buat kerjalah kan? takkan nak tidur pulak kat pejabat! tapi macam mana kalau datang je pejabat langsung takde kerja nak dibuat... mulalah rasa bosan dan sang mata pun terus mengantuk tahap gaban! so... apa nak buat??? Mas ada beberapa perkara yang kawan2 boleh buat bila takde kerja nak dibuat kat pejabat...

enterprem lagi...hehehehe
muka bosan bila takde kerja!
  • baca buku Perintah Am ke, Pekeliling ke atau Garis Panduan ke... di samping boleh tambahkan lagi ilmu pengetahuan boleh jugak tanamkan minat membaca!
  • kemas bilik boss... ni Mas memang selalu buat! daripada tak buat apa2 lebih baik kemas bilik boss kan? bila boss tengok bilik dia kemas je, manalah tau dia belanja makan tengahari ke? hehehee...
  • buat filing... ni pun Mas selalu buat kalau time takde kerja! time banyak kerja memang tak sempat nak buat... so, bila dah takde kerja tu barulah terhegeh2 nak buat filing! (biasalah kan??)
  • update entri kat blog dan blogwalking... yang ni Mas kadang2 je buat! macam sekarang ni, memang tengah takde kerja pastu boss pulak pergi meeting... so sempatlah update satu entri dan blogwalking! tapi janganlah pulak buat time tengah banyak kerja!
  • tidolah apa lagi! haaaaa... yang ni memang Mas tak pernah buat! tak pasal2 karang tengah syok2 tido boss masuk... tak ke kantoi!!
harap tips ni berguna untuk kawan2... kalau rasa tak berguna, abaikan je!

Selasa, 29 Mac 2011

hebatnya penangan Ben Ashaari

Assalamualaikum... (^ ^)

tengahari tadi Mas joinlah jugak segmen khas Ben Ashaari pasal komen menarik dan best tu... masa nilah Mas boleh belajar memberi komen terbaik untuk entri orang lain dengan seikhlas hati! pastu tak sangka pulaklah komen Mas menjadi komen pilihan hati BA... terharunya!


BA ada tulis dia takkan paste komen Mas tu, tapi Mas nak tunjukkan entri mana yang Mas komen dan apa yang Mas komen... bukan menarik pun, tapi mungkin menarik di hati BA! 


pastu tanpa disangka-sangka jumlah UV blog Mas terus meningkat naik... belum pernah lagi UV blog Mas sampai 200++ untuk satu hari, biasanya dalam 50 ke 80 je! memang hebat betul penangan Ben Ashaari ni... 


walaupun tak sehebat blogger lain yang dah sampai beribu-ribu UV sehari tetapi ini adalah pencapaian yang paling membanggakan bagi blogger baru macam Mas ni! terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang sudi datang ke blog ini...

tak salah memberi teguran.. tapi??

Assalamualaikum...(^ ^)

"awak ni memang buta fesyen lah!
dah lah baju merah, tudung pulak warna oren..
tak matching langsung aku tengok... buruk gile!"

aduh!! apa perasaan kawan2 bila ada orang memberi teguran sebegini kepada kita? mesti sebak rasa hati kan? kadang2 teguran seseorang itu boleh menguris perasan kita kan? mungkin dia tak berniat begitu tapi tanpa dia sedari kata2 dia telah membuatkan kita terasa! sebagai seorang manusia sememangnya kita tidak sempurna di mata setiap orang... mungkin ada orang yang boleh menerima teguran itu dengan hati yang terbuka walaupun teguran itu amat sinis sekali! tapi perlu diingat ada insan yang hatinya mudah tersentuh dengan teguran sebegitu...
sekali lagi gambar takde kena mengena dengan entri
saja je nak enterprem... jangan marah aaaa!
tak salah memberi teguran tapi biarlah kata2 tu berlapik sikit! gunakan kata2 yang lebih sopan atau beri sedikit kiasan semasa menegur... dengan cara begini orang yang ditegur mesti boleh terima dengan hati yang terbuka! dengan cara itu dia boleh perbaiki kelemahan dirinya... betul tak? jadi kalau nak tegur tu, tegurlah sebegini... barulah manis dan sedap didengar...

"cantiklah baju ngan tudung awak ni
tapi aku rasa baju ni lebih sesuai kalau dipakai
dengan tudung warna lain... baru awak nampak lagi cantik!"

...tegurlah demi kebaikan
bukan tegur untuk mengaibkan...

pantang larang dulu-dulu

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar tiada kena mengena dengan ini cerita
sekadar hiasan mata sahaja... hehehehe
pernah tak kawan2 dengar tentang pantang larang orang tua2 zaman dulu2? semua pantang larang ni memang unik dan tak kurangnya ada jugak yang pelik... semasa zaman Mas muda remaja dulu2, memang arwah mak selalu cakap tentang pantang larang ni... kadang2 mak larang Mas buat, pantang katanya! jom kita tengok antara pantang larang orang tua2 zaman dulu2...

anak dara jangan menyanyi ketika memasak, nanti dapat suami tua
hehehehehe... kelakar pulak bila dengar pasal pantang larang ni
Mas dulu kalau masak mesti menyanyi punya! lagu Saloma lah, lagu CT lah
tapi tetap dapat lelaki muda belia lagi hensem gitu! hehehehe...
agaknya mereka larang tu sebab tak manislah kan anak dara
menyanyi melalak ketika masak! nanti bersembur lak air liur tu dalam makanan...

jangan duduk atas bantal nanti naik bisul
haaaaa... yang ini memang kita suka buat kan? 
selamba badak je duduk atas bantal... best sangat ke??
agaknya mereka larang tu sebab bantal tu kan tempat alas kepala
kita ketika tidur, tak eloklah kan duduk atas bantal... kesian bantal tu!

anak dara jangan duduk di tangga, nanti jodoh lambat
zaman Mas anak dara dulu, memang suka duduk kat tangga ni
port favourite ni... terutamanya kalau nak cari kutu kat kepala kawan2
tapi jodoh Mas cepat je... umur 23 dah kawin! (bukan gatal tau, tapi dah jodoh!)
agaknya mereka larang tu sebab tak manislah anak dara duduk
bertenggek kat tangga... macam nak tayang muka je! kalau lawa takpelah...

jangan makan beralih tempat, nanti banyak suami
hehehehe... yang ini pun mesti kita selalu buat kan? 
sekejap makan kat meja makan, sekejap kat depan tv, sekejap kat dapur, 
sekejap kat dalam bilik! (eh? ada ke yang buat camni?)
tapi Mas tak buat tau! Mas suka makan kat satu tempat je... depan tv lah!
agaknya mereka larang tu sebab memang tak senonoh lah kan makan
beralih tempat ni... pastu susah nak sapu nasi yg bersepah merata2 tempat tu!

jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk
hurmmm... apa kaitan payung ngan ular? pelik benor lah...
Mas pernah je buka payung dalam rumah tapi takde pun ular yang datang
kena marah ngan mak adalah... hehehehehe
agaknya mereka larang tu sebab takut tercucuk mata kot?

ini jelah yang Mas tahu dan nak kongsi dengan kawan2... tapi mungkin banyak lagi pantang larang lain yang Mas tak tahu kot? agak2nya zaman sekarang ni ada lagi tak orang ikut pantang larang ni??

Ahad, 27 Mac 2011

KLCC Skybridge (Part 2)

Assalamualaikum...(^ ^)

akhirnya masa yang dinanti pun tiba! tepat jam 2 petang kami pun bersedia untuk naik ke skybridge... sebelum menuju ke lif yang akan membawa kami ke atas kami perlu menjalani pemeriksaan keselamatan dulu dan setiap orang dikehendaki memakai pas pelawat...

 pas pelawat untuk dewasa

untuk kanak-kanak hanya ditampal sticker di baju

kami hanya dibenarkan berada di atas skybridge selama 15 minit je... walaupun hanya sekejap tapi ia merupakan kenangan paling indah... sangat teruja dan menyeronokkan! jadi enjoy our sweet moment on the KLCC Skybridge...


yeayyyyyyyyyyyy... i'm flying!

hehehehe... memang best!
kawan-kawan jangan lupa pergi tau...

KLCC Skybridge (Part 1)

Assalamualaikum...(^ ^)


hari ini Mas sekali lagi ke KLCC... impian untuk naik ke KLCC skybridge perlu diteruskan! Mas tiba di sana seawal jam 7.00 pagi... terkejut jugaklah bila tengok dah ramai rupanya orang beratur! terfikir jugak pukul berapalah diaorang datang ni... tidur kat sini agaknya?

akhirnya sampai jugak turn husband 
setelah hampir 3 jam beratur... Mas pun penat menunggu!

hehehehe... akhirnya tiket berjaya dibeli!
dewasa RM3 seorang dan kanak pun sama RM3 seorang
ini kalau pakai myKad, kalau takde seorang RM10

sempat gak posing sementara tunggu husband beli tiket

memandangkan kami dapat tiket untuk waktu melawat pada jam 2 petang, jadi terpaksalah kami jalan dulu kat sekitar KLCC ni... tiba-tiba teringin nak bawak anak-anak masuk ke Petrosains! di sini ada dijual tiket untuk family package iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan bayaran RM24 je! 



inilah antara benda menarik yang ada dalam Petrosains ni... banyak lagi yang menarik tapi tak boleh nak ambil gambarlah! jalan dalam Petrosains sangat seronok! di samping enjoy, kita boleh dapat pelbagai pengetahuan tentang selok belok cari gali petronas yang dijalankan oleh Petronas... 

itulah pengalaman di Petrosains... satu pengalaman yang sangat menarik dan menyeronokkan! kawan-kawan wajib datang ke sini jugak... lepas ni Mas sambung cerita tentang pengalaman di skybridge pulak... tunggu tau!

Sabtu, 26 Mac 2011

MAS SOKONG EARTH HOUR

Assalamualaikum...(^ ^)

hehehehe... berjaya jugak akhirnya menyokong Earth Hour 2011... 
walaupun hanya keseorangan di dalam gelap gulita tu disebabkan
anak2 dah tidur dan husband pulak keluar... tapi tetap berjaya terperap
di dalam gelap seorang diri dari jam 8.30 hingga 9.30 malam!
pening jugaklah kepala Mas duduk dalam gelap sorang2 tu...
walaupun ditemani oleh cahaya lilin tapi tetap tak sama dengan cahaya lampu

cahaya lilin yang menemani Mas yang keseorangan

pandangan dari dalam rumah...
jiran depan rumah tak tutup lampu pun!

apasal jiran aku terang benderang je!
sama ada tak menyokong atau tak tahu tentang earth hour ni...

memang bagus kempen ni
at least kita tahu macam mana cara2 nak menhargai bumi kita...
jumpa di EARTH HOUR tahun hadapan!

KLCC bertukar menjadi ZOO NEGARA

Assalamualaikum...(^ ^)


memang Mas dah planning dari hari Jumaat nak pergi KLCC... tujuan sebenarnya sebab teringin sangat nak naik skybridge KLCC tu... sampai je kat sana rupanya kaunter tiket dah ditutup dan tiket telah sold out! barulah Mas tahu yang kaunter tiket hanya dibuka dari jam 7 hingga 8 pagi sahaja dan waktu untuk naik ke skybridge tu dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 petang...

melepas peluang kami nak naik skybridge! terpaksa datang esok dan kami akan keluar rumah seawal jam 6.30 pagi! memang tak berputus asa! so terpaksalah tukar plan... dari KLCC terus bertukar menjadi Zoo Negara! lagi pun dah lama tak pergi zoo ni... almost 2 years tak jejak kaki kat sini!


antara gambar-gambar haiwan yang menarik untuk dilihat di zoo ini

sebenarnya tak bosan sangat bersiar-siar di zoo negara ni... seronok dapat tengok gelagat haiwan-haiwan yang menarik dan mencuit hati... sambil tu kita boleh tahu serba sedikit tentang kehidupan mereka... jadi kami sangat enjoy walaupun cuaca agak panas!



pastikan rumah selamat sebelum keluar

Assalamualaikum...(^ ^)

selamat pagi kawan2... weekend datang lagi! pasti semua seronok kan? boleh bangun lambat, boleh bawak anak pergi jalan2, boleh balik kampung... Mas pun seronok jugak sebab sekejap lagi nak keluar bersiar2 dengan anak2 ke KLCC...hehehehe! tapi sebelum kita keluar meninggalkan rumah pastikan yang rumah kita selamat... jangan lupa perkara2 ini walaupun ianya nampak remeh tapi sangat penting! antara perkara yang perlu kita utamakan.....

pastikan semua suis lampu dan kipas dimatikan
sebelum nak keluar tu periksa lah dulu suis lampu dan kipas
manalah tau ada yang terlupa dimatikan kan?
tak pasal2 pulak bil elektrik melambung tinggi nanti...

pastikan semua suis plug dimatikan..
periksa semua suis plug TV ke, iron ke, charge handphone ke
dimatikan jugak... manalah tau kan semasa kita keluar tu
hujan lebat diiringi petir dan kilat!

pastikan semua pintu, tingkap dan pintu pagar dikunci
yang ni paling penting! maklumlah sekarang kejadian pecah rumah
semakin menjadi2... kalau terlupa kunci, tak pasal2 habis semua
barang dalam rumah dikebasnya!

pastikan kita beritahu jiran sebelah rumah
walaupun kita hanya nak keluar dari pagi sampai petang
tapi tak salah kalau kita beritahu kepada jiran sebelah kita
at least dia boleh tengok2 kan rumah semasa ketiadaan kita
keselamatan rumah kita terjaga kan?

ok kawan2, inilah sedikit tips dari Mas yang selalu Mas amalkan
semoga rumah kita selamat sehingga kita pulang!
Mas nak bersiap2 ni... KLCC dah melambai2 tu
jumpa petang nanti dengan entri yang lebih menarik... bubyeeeee!

Jumaat, 25 Mac 2011

nama baru... header pun baru

Assalamualaikum...(^ ^)

akhirnya berjaya jugak Mas dapat header baru... mulai hari ini Mas tukar dengan rasminya nama blog Mas kepada MRS SECRETARY dan disertai dengan header terbaru ni... cantik tak kawan-kawan? header ni Mas tempah khas dari ezan... senang deal dengan Ezan ni, dia sabar je melayan karenah Mas yang suruh dia edit header ni sampai 4 kali! terima kasih banyak-banyak Ezan... jangan serik tau layan karenah kak Mas ye!



sebab apa Mas tukar nama blog ni ke Mrs Secretary... sesuailah dengan kerjaya Mas sebagai secretary kan? secretary kepada boss di pejabat dan kepada boss di rumah... hehehehe! tapi Mas tetap sayang header lama ni... header ni Mas tempah dari wan hazel dan Mas akan simpan header ni sebagai kenangan kerana header nilah Mas bersemangat untuk berblog sampai sekarang...

mrs secretary

apa pendapat kawan-kawan... ok tak nama dan header baru Mas!

nak zuriat lagi... tapi belum rezeki

Assalamualaikum...(^ ^)


alhamdullilah setelah hampir 9 tahun berkahwin Mas dikurniakan 2 orang cahayamata yang sihat walafiat... merekalah penyeri hidup Mas dan husband... tapi setelah anak yang kedua dah berusia 5 tahun memang Mas teringin sangat nak zuriat lagi... tapi mungkin belum rezeki! jeles bila tengok along Mas yang anaknya dah 4 orang dan jeles jugak bila tengok kawan-kawan mengandung! 

mungkin ada juga di antara kawan-kawan yang senasib dengan Mas kan? jadi kita jangan cepat dan terus berputus asa... terus mencuba dan mencuba serta amalkan pelbagai tips untuk dapatkan zuriat... mana kawan yang belum dapat zuriat pun boleh cuba tips-tips yang Mas cuba ni! 

(i)   amalkan membaca doa inginkan zuriat setiap kali selepas solat
(ii)  amalkan makan folic asid setiap hari
(iii) jaga pemakanan, makan makanan berkhasiat
(iv) jumpa doktor untuk dapatkan nasihat

insyallah dengan usaha dan tips yang Mas lakukan ini, Mas masih berpeluang untuk mendapatkan zuriat lagi... kawan-kawan doakan Mas dan Mas pun doakan kawan-kawan jugak!

mana satu? sms atau call?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pasti semua kawan2 ada handphone kan?
jaranglah kita tengok orang tak guna handphone...
kalau tak guna tu mesti handphone dia rosak atau hilang!
so bila guna handphone kawan2 lebih prefer yang mana satu? 
SMS atau CALL??

bagi Mas tengok pada keadaan atau apa yang nak disampaikan... kalau keadaan hari tu mood takde sebab kena marah ngan boss maka Mas akan sms je kat si penerima... malas nak call sebab takut nanti terlepas geram pulak dekat orang yang menerima panggilan tu!

kalau keadaan masa tu hati tengah berbunga2 mestilah prefer call daripada sms kan? sebab excited nak sampaikan berita gembira sambil tergelak2 atau tersenyum2... kalau sms kang mesti si penerima tu tak tahu kita tengah bergembira sakan kan?? 

pastu kalau keadaan masa tu tengah bersedih tahap syahdu syahdan Mas lebih prefer sms je... sebab kalau call mesti menangis teresak2 punya sampai orang yang terima call tu tak tahu apa yang kita nak cakap! asyik dengar kita nangis teresak2 je... so sms jelah macam ni 'aku putus ngan boypren aku, sedih tau! huwaaaaaaaaaa..... mesti orang terima sms tu akan faham kot?

tapi kalau dengan husband, Mas memang lebih prefer call dia
kalau sms buat sakit hati je... bukan dia nak jawab pun atau
kadang2 tu dia balas ok atau orait je...
sms lah panjang lebar sampai 100 patah perkataan pun
aduh! geram betul lah... kadang2 soalan yg kita tanya dalam sms tu
pun dia tak jawab! penat je taip tanya macam2
so lepas dah sms mesti kena call jugak 
baru puas hati kan?? hahahahaha!
Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com