Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Januari 2013

Thanks Mobywrap, senang dan selesa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Airis ni kalau bawak dia jalan² kena tengok mood. Kadang² takde masalah dan adakalanya dia mengamuk jugak, terutamanya kalau dia mengantuk nak tidur. Yang pastinya bila tidur dia tak nak tidur dalam stroller atau babahnya yang dukung, mesti mama jugak.

Jadi untuk lebih senang dan selesa, Mas tak lenguh dan dia pun dapat tidur dengan lena maka Mobywrap ini dibeli. Memang sangat mudah memakainya sebab kain tu panjang, jadi boleh dililit di pinggang untuk sokongan. Rasa selesa dan mudah, Airis pun lena tidur dalam tu.

Lepas ni senanglah nak pergi shopping kalau Airis mengantuk nak tidur.

Thanks Mobywrap!




Mama gembira, Airis pun gembira. Kan Airis kan?


Ahad, 27 Januari 2013

Nur Airis Arissa : 2 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

24/1/13 genap umur Airis 2 bulan. Alhamdulilah, dia membesar dengan sihat.

Perkembangan Airis di usia 2 bulan, berat dia dah 4.9 kg dan tinggi 57 cm. Memang semangat badan dia, lenguh tangan kalau dukung lama². Kalau setiap kali pangku dia masa tidur memang naik kebas tangan mama, hehehee!

Dia dah pandai mengiring sendiri, setiap kali letak atas tilam mesti automatik dia ngiringkan badan. Pastu nak cuba masukkan tangan dalam mulut, kalau tak dapat mulalah nak menangis. Geram tengok!

Yang paling seronok walaupun dah masuk umur 2 bulan Airis masih menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah, hasil susu sangat memberangsangkan. Moga ada rezeki Airis sehingga dia besar.

Dipersembahkan beberapa gambar terkini Airis untuk tatapan semua.






Rabu, 16 Januari 2013

Demi Airis

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni Mas nak kongsi sikit mengenai usaha keras untuk untuk fully breastfeed Airis sekurang²nya sehingga umur dia 2 tahun.

Mas akui walaupun dah ada anak 3 orang tapi pengetahuan mengenai penyimpanan susu ibu kurang sebenarnya. Masa Atikah dan Arfan dulu mereka hanya menyusu badan sehingga umur 5 bulan sahaja. Masa tu memang Mas tak kisah pun pasal nak simpan stok EBM ke dan nak pam susu ke, yang hanya Mas tahu masa tu susukan anak terus bila dia lapar. Walaupun susu dah penuh tapi takde usaha langsung nak pam, begitulah ceteknya ilmu Mas pasal penyimpanan susu ni.

Tapi bila dah ada Airis, Mas terus tanam azam nak bagi dia menyusu badan sehingga umur 2 tahun. Jadi masa hamilkan dia Mas dah siapkan keperluan yang sepatutnya. Demi semangat nak simpan stok EBM yang banyak untuk Airis, Mas sanggup beli second hand chest freezer ni. Dapatlah harga RM400, beli kat Mudah.


Buat masa sekarang Mas hanya pam untuk stok EBM sekali sehari sahaja, bukannya apa masa tak berapa nak mencukupi. Kalau Airis meragam memang susah nak curi masa untuk pam. Tapi alhamdulilah setakat ini hasil susu memang lumayan, sekali pam sebelah boleh dapat 5oz. Jadi masa 10 hari terawal Mas pam dah dapat kumpul 50oz. Sekarang sedang berusaha cari masa untuk pam sekurangnya 4 kali sehari, chaiyok Mas!



Buat masa ni Mas rasa bersyukur sangat sebab masih fully breastfeed untuk Airis, alhamdulillah susu sangat lumayan hasilnya. Memang takde supplement pun yang Mas makan, Mas cuma amalkan makan VCO sejak mengandung lagi. Memang stok VCO tak pernah putus.


Mas harap sangat usaha keras ni akan berhasil, dan semoga hasil susu untuk Airis akan sentiasa mencukupi sehingga dia berumur 2 tahun.

Jumaat, 4 Januari 2013

Back To School Photo Contest

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tak sertai contest, ni nak cuba nasib. Jom sertai sama²!

Back To School Photo Contest by Eqbal Zack, pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Hanya kongsikan gambar anak² anda lengkap berpakaian sekolah dan umur anak mestilah 12 tahun ke bawah. Kemudian ceritakan serba sedikit mengenai gambar tersebut. Untuk menyertai klik Back To School Photo Contest.


RASANYA BARU SEMALAM ATIKAH MASUK DARJAH 1, TAHUN NI DAH DARJAH 4. RASANYA BARU SEMALAM ARFAN BERUMUR 1 TAHUN, TAHUN NI DAH DARJAH 1. CEPAT BETUL MASA BERLALU DAN CEPAT BETUL MEREKA MEMBESAR. GOOD LUCK ANAK² MAMA DAN JADI ORANG YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com