Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 30 April 2018

Nur Aiyra Annasya : 7 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

7 bulan dah Aiyra hari ni, cepat sangat membesar baby mama ni. Tak puas lagi mama tengok kamu dok diam tidur je, sekarang jangan haraplah sebab dah lasak kemain. Pantang lepas, macam lipas kudung dok merangkak sana sini.


Masuk usia 7 bulan, alhamdulillah Aiyra dah makin sihat. Yelah kan 2 minggu dia dok demam, mula kena demam panas dan pastu kena pulak demam campak. Memang dugaan untuk dia membesar dan bina antibodi untuk lebih kuat lawan penyakit, dan Aiyra berjaya lawan penyakit tu. Lepas baik demam makin ligatlah dia, yelah orang dah makin sihat dan kuat. 

Sekarang merangkak memang dah laju, rata dah dalam rumah dia jelajah. Pastu berdiri berpaut pun dah makin kuat kaki dia, lepas berdiri tu dia dah reti nak merangkak semula. Tapi duduk sendiri dia tak pandai sangat lagi, Mas nampak macam nak mengatur langkah dah. Yelah, kalau dia dok berpaut pada sofa tu memang laju je dia meniti. Walaupun macam goyang² lagi kaki tu tapi laju jugak dah langkah dia tu. Macam nak cepat jalan je si kecik ni!

Meragam pulak memang dia takde sangat, budak baik Aiyra ni. Tidur malam takde pun dia nak berjaga tengah malam ke, kecualilah masa demam hari tu. Menangis pun takde sangatlah, cuma lepas demam ni pantang tinggal kejap mulalah nak merengek. Biasalah orang baru nak sihat kan? Tapi kalau dia tak mengantuk, perut kenyang dan puas menyusu memang dia main jelah. Mama tinggal je dalam kolam tu, dia main je. Boleh mama buat kerja dengan senang hati. 

Bab makan dan menyusu memang Aiyra takde masalah, sentiasa selera je. Makan 3 kali sehari mesti habis bubur yang Mas masak, susu pulak kalau siang 3-4 botol. Malam pulak dia akan direct feeding, haaa sekali bergantung mau 2 jam. Hehehee balas dendam sebab siang tak dapat! 

Moga terus membesar dengan sihat dan aktif ye Aiyra!

Ahad, 29 April 2018

Nasib ada bakul kain!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hadoiii memang cuak betul Mas malam semalam, berderau darah sampai ke otak rasanya. Nasiblah Mas letak bakul kain kat tepi katil, kalau tak memang tak dapat bayangkan camne keadaan Aiyra.

Kejadiannya camni, jam 5 pagi Aiyra bangun sebab dia berak. Mas pun bangun dah bawak pergi cuci, dah siap tu dia sambung menyusu semula. Masa menyusu tu dia jaga, dok main muka Mas sambil hisap susu. Elok jelah dia baring, kiri kanan dan kat hujung kaki memang ada bantal. 


Entah camne masa susukan dia tu Mas terlelap, kejap je rasa terlelap tu. Tak sampai pun 5 minit, sekali dengar bunyi macam benda jatuh. Gedebukkk dan Mas pun terus jerit, "Ya Allah Aiyra!". Bingkas bangun dah nampak dia tertonggeng dalam bakul ada kain, kepala ke bawah kaki ke atas. Mengucap panjang mak kau ni Aiyra oiii, dup dap dup dap dada. Rasa nak pengsan pun ada!

Terus angkat dia dan peluk! Memang bernasib baik sangat Mas letak bakul kain tu kat tepi katil, kalau tak memang berdebuk Aiyra atas lantai mozek. Dahlah jatuh kepala dulu, tak dapat bayangkan camne kalau bakul tu takde. Masya Allah! Mas pun menyesal jugak sebab terlelap masa dia masih jaga, tak sedar langsung masa bila entah dia pergi ke hujung katil. Padahal memang Mas letak bantal kat situ!

Mesti ada yang cakap kenapa tidur atas katil, padahal ada anak kecik. Bukan selalu pun Mas tidur dalam bilik, kecuali bila husband kerja syif malam je. Tak berani nak tidur kat luar dengan anak kecik camtu, risau jugak kalau apa² berlaku. Kalau tidur dalam bilik tu rasa selamat sikit walau husband takde, lagi pun pintu bilik berkunci.

Lepas ni mesti kena lebih berhati² kalau dia terjaga waktu camtu, Mas tak boleh terlelap selagi dia tak tidur semula. Dia dah makin lasak, jadi apa yang dia buat memang tak terduga dek akal kita. Biasa kalau dia jaga Mas akan pastikan dia tidur dulu sebelum sambung tidur, tapi semalam entah camne mata boleh terlelap pulak. Haihhh Allah nak bagi petanda tu supaya Mas tak cuai, maafkan mama Aiyra!

Sabtu, 28 April 2018

Boling Puspanita KKM

Assalamualaikum...(^ ^)

Kali kedua main boling tahun ni, bulan Februari hari tu anjuran LZS dan kali ni anjuran Puspanita KKM pulak. Hehehee asah balik skill, dah dekat 2 tahun lebih tak membaling. Dengan takde latihannya, masuk gelanggang tadi main baling jelah.



Kejohanan kali ni adalah Boling Piala Pusingan KSU Puspanita KKM, tahun kedua diadakan. Tahun lepas Mas tak masuk, yelah tengah mabuk² mengandungkan Aiyra masa tu. Kali ni masuk pun kawan yang ajak, mulanya agak malas jugak sebab takut jadi juara longkang. Hahahaa apa taknya, dah lama takde latihan dan masuk kejohanan camni. Tapi kawan bagi semangat, jadi kita pergilah dengan semangat juang yang tinggi. Cewahhh poyo je kau Mas!

Bermula je games pertama memang ai ke laut dalam you, hahahaa! Terasa malu dengan diri sendiri tau, takde strike dengan spare langsung. Tapi masuk je frame kelima barulah ai bikin lane jadi panas, dapat double strike tau. Haaa masih mantap skill tu sebenarnya, cuma lambat panas dan lambat dapat rentak. Yelah lama berehat kan? Kami main 2 games je, dapat mata lebih dari 120 untuk setiap games. Kira masih berbisalah, kalau rajin berlatih boleh cecah 150 mata ke atas.



Alhamdulillah pasukan kami dapat tempat ketiga untuk kategori kumpulan, haaa mantap jugak! Jatuhan pin Mas untuk 2 games adalah 260++ mata, kira terbaik jugak tu. Dapatlah hadiah piala dengan hamper, takdelah balik dengan tangan kosong. Cuma cabutan bertuah je Mas tak dapat, payah betul nak bertuah kalau ada event camni. Dahlah hadiah Tupperware, melepas nak dapat! 

Cuma nak cakaplah main boling ni kan susah nak berhenti tau, Mas kononnya nak gantung kasut dan simpan bola dah tapi bila ada kejohanan camni memang berkobar² nak sertai. Haaa nampaklah kena kembali aktif ni, kena banyakkan latihan. Pastu kena sertai banyak kejohanan barulah skill mantap!

Jumaat, 27 April 2018

Jumanji vs Insidious 4

Assalamualaikum...(^ ^)

Amboi syoknya korang dok tengok cerita Avengers Infinity Wars, sana sini dok cerita pasal ni je. Mas ni usahkan nak tengok Avengers, filem lain yang baru² ditayangkan tu pun Mas belum tengok. Tak mampu dah nak tengok wayang sekarang, yelah anak² dah besar kan. Atikah dan Arfan dah kena beli tiket dewasa, mau RM100 lebih untuk tiket je.


Jadi untuk tak hampakan anak² dan mereka dapat tengok cerita yang mereka nak tengok sangat, Mas langgan je kat Astro Best. Bayar je RM10.60 dapatlah tengok cerita tu selama 48 jam, haaa tengoklah sampai muak selama 2 hari. Tak pun boleh jugak tebus mata dari Astro Circle, kalau banyak mata lah. Pastu tak perlu nak beli tiket mahal², tak perlu nak bersesak dan jimat. Sama je tengok kat TV dengan wayang kan, janji dapat tengok.

Setakat ni Mas dah langgan 2 cerita, tebus mata Astro Circle je. Dapatlah layan Jumanji dan Insidious 4, dok 2 hari ulang² tengok. Sampai hafallah jalan cerita. Untuk Jumanji Mas bagi 8 bintang, bestlah cerita dia. Banyak babak kelakar, memang asyik gelak ketawa je. Walau dok ulang tengok banyak kali tetap boleh gelak lagi, tak rugi langgan. 


Pastu Insidious 4 Mas baru langgan hari ni, hurmmm agak mengecewakan cerita dia. Tak seseram Insidious sebelum ni yang 1, 2 dan 3, jalan cerita agak perlahan. Watak hantu pun tak seram sangat, takdelah dok terkejut atau jerit tahap extreme. Cerita dia pun banyak flashback zaman kanak² Elise, camne dia mula² boleh nampak hantu² tu. Mas bagi 5 bintang je, nasib tak tonton kat wayang kalau tak rugi je beli tiket mahal². 

Tapi apa pun puashatilah dapat tengok, walaupun dah lambat. Janji tengok kan? Habis Insidious ni nak langgan Maze Runner terbaru tu , pastu nak tunggu Dukun pulak. 

Khamis, 26 April 2018

Raikan Minggu Setiausaha Bersama Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum...(^ ^)

Sertai program camni sajalah peluang bagi kami nak lepaskan stress kerja di pejabat, dapat bersukaria sambil timba ilmu. Terima kasih sangat pada boss bagi peluang pada kami!


Memang setiap tahun akan ada program camni untuk Setiausaha, menghargai kerjaya kami sebagai frontliner di dalam organisasi. Mulalah Mas ingat tak dapat pergi dah, yelah kan Aiyra baru baik dari demam campak. Tapi alhamdulillah, pagi tadi dia beransur sihat dan husband pun izinkan Mas pergi. Dia kata dia boleh jaga Aiyra, hehehee lompat bintanglah ai. Ehhhhh Mas behave sikit ye!

Selepas tempuh jammed hampir 1 jam kami pun sampai ke Ibu Pejabat PKNS, lega rasa sebab tak sabar nak jumpa Ustaz Don Daniyal. Melangkah masuk ke dalam dewan Ustaz Don dah sampai, wahhh makin tak sabar kami nak dengar perkongsian ilmu dari dia. Bila Ustaz Don mula bersuara memang masa 2 jam tu rasa sekejap sangat, bukan apa sebab penyampaian dia tu sampai ke jiwa. Dahlah sempoi dan kelakar sangat orangnya, sepanjang masa dewan gamat dengan gelak tawa.



Walaupun hanya 2 jam je bersama Ustaz Don tapi ilmu yang dia sampaikan penuh dengan isi yang padat, memang sesuai dengan tema "Dia Adalah Setiausahaku." Habis bersama beliau kami dihiburkan pulak oleh Dato' Nash, fuhhh memang mengimbau kenangan silam bila dengar lagu yang dia sampaikan. Terutama lagu Pada Syurga Di Wajahmu, sampai ke jiwa bait² lirik lagu tu. Lagu kegemaran Mas tu! Dahlah suara Dato' Nash tak berubah, masih sedap macam dulu.

Pastu macam biasa setiap tahun pihak penganjur akan adakan jugak cabutan bertuah dalam program ni, lumayan semua hadiahnya. Tapi Mas takde rezeki, nombor yang dapat tak bertuah pun. Tapi tak kisahlah, dapat sertai program ni pun dah kira bertuah. Rasalah kerjaya Mas sebagai Setiausaha ni dihargai, takdelah orang anggap kami ni hanya tahu jaga diari boss dan jawab telefon je. Padahal kamilah yang akan mengadap karenah pelanggan dulu sebelum mereka berjumpa boss, haaa berharga tau Setiausaha ni! Hehehee, terpuji lelebih pulak!

Rabu, 25 April 2018

Mengadu hal anak² murid di group whatsapp

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang mesti ada group whatsapp sekolah anak² kan, wajib ada zaman laaa ni! Macam Mas 3 orang anak sekolah memang ada 3 group, tapi Mas masuk group pra sekolah Airis je dan untuk kakak Ika dan Arfan babahnya yang uruskan. 


Bagi Mas bagus sebenarnya ada group whatsapp ni, bolehlah dapat maklumat terkini pasal aktiviti anak² di sekolah. Nak dapatkan dari anak² ni kita faham sendirilah kan? Kadang cikgu pesan lain dia cakap lain, jadi membantulah group whatsapp ni. Cuma sekarang ni Mas tengok cikgu suka mengadu hal anak² murid kat group tu, siap sebut nama anak murid mana yang selalu bermasalah di sekolah. Sudah tentulah bila cikgu tu tulis semua ibu bapa yang ada dalam tu akan baca kan, malulah mak ayah yang anaknya diadukan tu. 

Pastu bila semua baca, ada je yang tukang tokok tambah. Haihhh kalau Mas jadi mak ayah tu memang pedih rasa, malulah orang tahu perihal anak kita. Walaupun tak bertentang mata dengan ibu bapa dalam group tu dan mungkin mereka tak kenal mana satu anak kita, tapi rasa malu tetap ada. Yelah orang dok tahu anak kita nakal kat sekolah, anak kita tak reti membaca kat sekolah dan macam² lagi.


Ini memang terjadi yer dalam group whatsapp pra sekolah Airis, cikgu dia memang selalu mengadu hal anak² murid dalam tu. Siap sebut nama lagi, pastu bagitu apa masalah anak murid tu. Memang tak pernah kena pada Airis, tapi bila Mas baca rasa simpati pada ibu bapa anak² tu, sedikit sebanyak mesti rasa sedih. Tak sepatutnya cikgu tu buat camtu, kalau nak mengadu pun dia whatsapp secara peribadi dengan ibu bapa murid tu. Cerita dengan jelas apa masalah anak murid berkenaan dalam kelas, cara ni dapat jaga aib mereka dan boleh berbincang dari hati ke hati. Haaa kan itu lebih bagus. 

Bersikap profesional sikit wahai cikgu dalam tangani hal anak² murid ni, tak boleh asyik nak mengadu je. Ada masalah bersemuka dengan ibu bapa, jangan dok cerita hal anak² murid kat whatsapp group je. Harap cikgu tu sedar caranya tu tak manis dan kurang efektif

Selasa, 24 April 2018

Akhirnya Aiyra kena Demam Campak

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah memang dugaan betul bulan ni, dahlah baru masuk kerja terpaksa bercuti lagi. Tapi nak buat camne demi anak, Allah duga sebab kita mampu kan? Lagi satu saat anak sakit ni membuatkan kita lebih menghargai setiap saat bersama dia. 


Baru baik dari demam virus, semalam masa ambik Aiyra dari taska Mas tengok badan dia dah penuh bintik² merah. Terus mulut cakap, "Kena demam campak ni!" Apa lagi bergegaslah ajak husband ke KK Putrajaya, tak terfikir nak pergi KK Salak masa tu. Tapi bila dah jumpa doktor, katanya bukan demam campak. Dia cakap campak tak akan keluar lepas 6 hari demam, terus disuruhnya ambik darah lagi sekali. 

Mas boleh sabar lagi masa tu, ikut jelah cakap doktor. Lepas keputusan darah keluar, doktor kata suspek viral fever. Katanya viral fever pun ada simptom² naik bintik² merah kat badan, tetap dia cakap bukan campak. Tapi Mas cakap jugaklah, anak² lain pernah kena campak dan camnilah simptomnya. Namun doktor tu tetap nafikan, siap google gambar tunjuk kat Mas camne rupa kena campak. Haihhh masa tu rasa nak campak handphone dah kat muka dia, bukan apa dah sah apa yang kat badan anak Mas tu sama macam gambar dalam google tu. Nak nafikan apa lagi, ai geram ni tau!


Pastu dia suruh Mas pergi KK Salak hari Rabu untuk ambik darah semula, nak tengok camne keputusan darah. Mas angguk je, padahal malas layan dah masa tu. Tengok muka dia pun Mas malas! Habis kat situ kami buat keputusan pergi ke klinik swasta pulak, mana tahu doktor sana boleh sahkan ianya campak. Tapi keputusan tetap sama, berhabis duit je dapat ubat demam dan calamine lotion tu. Masih nak nafikan yang Aiyra bukan kena campak, haihhh makin buntu ai tau!

Pagi tadi bintik² merah makin banyak naik, penuh seluruh badan, kaki, tangan dan muka. Makin kasar bintik² tu dan Aiyra asyik bergaru je. Kami sapu bedak sejuk daun bambu untuk legakan kegatalan dia, memang merengek jelah dia sebab tak selesa. Lepas pukul 2 petang terus bawak pergi KK Salak, malas nak tunggu hari Rabu. Bukan apa sebab bintik² dah makin banyak, sian tengok Aiyra menanggungnya!


Masuk je bilik doktor kat KK Salak tu terus dia cakap, "Haaa ini demam campak ni!" Sekali tengok je kau terus dia tahu, terbaiklah doktor. Pastu doktor siap belek seluruh badan untuk tengok dengan jelas dan dah puashati itu memang campak terus dia keluarkan surat cuti kuarantin tu. Bukan macam doktor semalam, pegang Aiyra pun tak. Tengok camtu je terus cakap bukan, memang geram aihhh dengan doktor tu. Dia macam ingat Mas ni hadap sangat nak cuti kuarantin tu, ingat Mas suka² nak cuti. 

Jadi mulai hari ni sampai Isnin depan berkuarantinlah Aiyra di rumah, Mas tak boleh nak bawak dia keluar kemana². Ini untuk pastikan dia betul² sihat dan bebas dari campak tu. Moga Aiyra cepat sembuh dan sihat seperti sediakala!

Isnin, 23 April 2018

Rupanya demam virus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lega sangat bila Aiyra dah beransur pulih dari demam, hari ni Mas dah kembali bekerja dan dia pun dah pergi taska. Cuma batuk dan selsema je yang belum baik, moga 2-3 hari nanti akan sembuh. 


Rupanya Aiyra ni kena demam virus, demam ni sebabkan suhu badan jadi tinggi. Pastu agak lambat baik, mungkin akan memakan masa beberapa hari. Pastu akan disusuli dengan batuk dan hidung akan berair je, Aiyra memang alami simptom camni. Bayangkan dia demam dari hari Selasa tapi suhu badan asyik 37°C ke atas je, walaupun dah balut badan dia dengan tuala basah selang sejam. Naik rungsing Mas masa tu, dia merengek Mas pun menangis. Sedih wooo tengok keadaan dia, dahlah kecil lagi. 

Pastu lepas pergi hospital hari Jumaat, sama je keadaan dia. Bila malam badan akan panas melampau, bagi ubat setiap 6 jam sekali pun suhu tetap tak turun. Sampai kami terpaksa mandikan dia sejam sekali, nak bagi suhu turun. Dia pun nampak lemah je, tapi nasib baiklah dia nak makan dan minum susu. Makan ubat dan minum air masak pun dia pandai, takdelah Mas susah hati sangat. 

Lagi satu semalam tetiba dia cirit pulak, lebih 4 kali berak². Haihhh lagi runsing Mas tau tak, dahlah demam belum kebah. Terfikir camne nak kerja hari ni, terus rasa nak bawak ke hospital lagi sekali. Mas siap cakap² dengan dia, "Aiyra cepat sembuh tau, tak mau demam dah. Nanti boleh pergi taska, mama boleh pergi kerja. Rindu nak tengok Aiyra aktif macam selalu!" Haaa camtu sekali tau! Agaknya berkat Mas cakap camtu dengan Aiyra, bila dah malam dia nampak aktif dan badan pun berpeluh². Cirit birit pun dah takde, suhu badan pun dah kembali normal. Lega sangat korang, rasa nak lompat bintang berkali² masa tu. Nak jerit, "Anak aku dah sihat!"


Jadi malam tadi memang lena dia tidur, badan pun tak panas langsung dah. Mas pun dapatlah tidur lena, yelah dekat 4 malam tak tidur langsung. Bangun pagi tadi pun dah ceria, dah nak senyum bila diagah². Haihhh nangis mak nak oiii, gembira sangat tengok kamu dah sembuh! 

Itulah kan, bila anak kena demam virus camni Mas terus lebih peka pada keadaan sekeliling dia. Sebelum ni Mas biar je, tapi lepas ni akan tegah anak² lain pegang Aiyra kalau baru lepas main kat luar. Bukan apa takut bawak virus dari luar kan, biar dah bersih baru pegang adik. Pastu Mas pun kena pastikan tangan bersih sebelum pegang dia, kena ada hand sanitizer tu.  Kena lebih mencegah supaya anak lebih dilindungi dan sentiasa sihat!

Ahad, 22 April 2018

Sediakan bekal mudah je!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada yang bertanya jam berapa Mas bangun untuk sediakan bekal, pastu sempat ke masak untuk bekal sarapan dan makan tengahari. Jawapan Mas sempat, kena rajin dan kena bangun awal. Kalau kau fikir tak sempat, fikir malas dan fikir mengantuk memang ke laut lah bekal kau tu!


Macam Mas senang je, masak yang mudah dan ringkas. Tak payahlah kau nak buat masak lemak cili api ke, masak kari ke, masak kurma ke, itu memang 2 jam pun tak sempat. Pastu tak perlulah nak menumis bagai, makan masa! Masak je grilled ikan atau ayam untuk lunch dan buat sandwich untuk sarapan, 5 minit mesti siap! Atau nak lagi senang buat Nasi Goreng, haaaaa ni boleh makan untuk sarapan dan tengahari sekali. 

Nak lagi senang, malam sebelum tidur siapkan terus bahan²nya. Kalau nak masak Nasi Goreng, potonglah bawang dan sayur siap². Pagi esok bangun terus tumbuk dan menumis, siap dalam masa 5 minit je. Itu sajalah cara Mas sediakan menu, biarlah mudah dan ringkas janji jimat dan perut kenyang!



Lagi satu nak bawak bekal ni kena rajin dan kena korbankan waktu tidur. Mas ni jam 4 pagi dah bangun kau, kebil² bijik mata kadang tu dok tepi dapur. Nasib tak masak sambil tidur, hahahaa! Kalau fikir ngantuk memang nasiblah beli nasi lauk ayam + ulam pun sampai RM6!

Jom fikir² nak bekal apa esok, ambik bubur nasi Aiyra pun ok kot. Masak lebih sikit pagi esok, hehehee! 

Sabtu, 21 April 2018

Anak KBAT, mak pun kena KBAT!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bermula minggu akhir April sehinggalah tarikh peperiksaan PT3 pada bulan Oktober, Atikah akan sibuk. Mama tengok jadual dia yang padat tu pun dok geleng² kepala, kesian pun ada. Mencabar betul pembelajaran anak² sekarang, nak jadi murid KBAT lah kata kan. Fuhhh nasib waktu Mas dulu takde KBAT ni, kalau tak mahu terlipat. Hahahaa!


Bermula Mei nanti Atikah akan hadapi tugasan kajian kes Sejarah, semalam dah dapat soalannya. Balik je sekolah terus cakap, "Mama kakak dah dapat soalan kajian kes Sejarah. Pening jap tengok soalan!" Terus Mas tanya apa soalan yang dia dapat, "Masyarakat setempat di kawasan tempat tinggal." Haaaaa kebil² bijik mata Mas dengar, terus terfikir apa nak jawab. Atikah pulak terus dok tanya camne nak jawab, mak kau ni dahlah tak cukup tidur jaga adik demam. Memang blur kepala hotak!

Jadi hari ni dah bertenang sikit sebab Aiyra pun dah semakin pulih, barulah Mas cuba bantu dia. Mas suruh dia buat rangka dulu apa yang nak dimasukkan dalam kajian tu, misalnya maksud masyarakat setempat dan peranan mereka. Pastu cuba cari contoh soalan di dalam internet, memang tak dapat soalan yang sama tapi sedikit sebanyak akan membantu. Lagi satu Mas suruh dia fikirkan dulu soalan apa yang ditanya pada penduduk nanti untuk dapatkan maklumat. 

Haaa legalah Mas dapat bantu dia sikit walaupun mama kau ni tak belajar benda² ni dulu, mama pun KBAT jugak. Hehehee kena camni kan, tak tahu pun kita cuba bantu. Barulah anak² tak rasa terbeban, sekurangnya dia ada idea camne nak buat. Janganlah bagi macam² alasan sebab kita tak belajar dulu, sapa nak bantu anak² kalau bukan kita mak ayahnya. 

Memang Atikah akan bincang dengan guru kat sekolah, tapi tak salah kita pun bagi idea dan pendapat. Jangan nak harap ajaran cikgu di sekolah je, ilmu yang kita kongsikan dengan anak² tu berguna jugak. Moga Atikah dapat hasilkan kajian kes terbaik untuk PT3, bantuan Mas tu moga bermanfaat!

Jumaat, 20 April 2018

Akhirnya ke hospital jugak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang Aiyra demam dah masuk 4 hari, tapi Mas takdelah bawak dia ke klinik. Mas cuma pantau suhu badan dia kat rumah je, memang on off panasnya. Tapi jam 1 pagi tadi panas dia lain macam, rasa panas sangat. Mas bungkus dia dengan tuala basah dan pantau suhu badan, tapi dari jam 1 pagi hingga 4 pagi suhu tak turun


Terus telefon husband yang tengah kerja, suruh balik dan bergegas ke Hospital Serdang. Sampai kat zon kecemasan tu terus masuk jumpa jururawat bertugas, check suhu badan cecah 38.5°C. Memang tinggi, terus nurse masukkan ubat ikut punggung. Pastu terus kena ambik darah, nak tengok ada jangkitan kuman atau denggi. 

Pastu jururawat tanya jugak, Mas ada bagi Aiyra ubat demam tak? Serius cakap Mas tak berani nak bagi dia apa² ubat sebab bagi Mas dia kecik lagi dan setahu Mas bayi bawah setahun tak digalakkan makan ubat. Rupanya Mas salah, nurse cakap kena bagi ubat untuk turunkan panas demam. Kalau tak nanti anak kemungkinan akan kena sawan tarik. Ya Allah, rasa bersalahnya Mas sebab tak ke klinik tanya pasal perihal bagi ubat kat bayi ni. Lepas ni tak akan terjadi camni dah!


Selain tu Aiyra kena nab jugak sebab dia batuk agak teruk, nasib dia rilek je masa nab tu. Siap boleh tidur lena lagi, agaknya dia rasa lega sikit. Pastu kena jumpa jugak doktor pakar, sebab Aiyra kan ada masalah jantung masa lahir. Jadi doktor MO kata kena jumpa pakar untuk rawatan lanjut. Lega dapat jumpa doktor pakar sebab macam² boleh tanya, Mas tanya jugaklah pasal perihal bagi ubat kat bayi ni. Doktor pakar kata boleh bagi ubat cuma dosnya tak boleh terlalu tinggi dan hanya ubat demam sahaja yang boleh dibagi. Ok lega Mas dah jelas pasal tu, dan lega jugak bila keputusan darah Aiyra pun normal. Bebas dari jangkitan kuman dan denggi!

Dekat jam 11 pagi dah boleh discaj, tapi Mas kena pantau demam dia kat rumah. Kena bagi ubat setiap 6 jam sekali, kalau demamnya masih berlarutan kenalah ambik darah lagi. Setakat malam ni, alhamdulillah demam dia dah makin kebah. Cuma batuk dan selsema je belum baik lagi, tapi dia dah berselera makan dan kembali aktif. Yeayyy joget joget gembira mama, biarlah mama kawal dia lasak janji dia dah sihat!

Khamis, 19 April 2018

Bercuti demi anak sakit

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni masih bercuti lagi demi Aiyra, walaupun babah dia boleh jaga tapi fahamlah naluri mak² ni kan? Lebih rela jaga anak sendiri yang sakit depan mata, korban cuti beberapa hari tu apalah sangat. 


Yelah daripada Mas susah hati kat pejabat fikirkan Aiyra, lebih baiklah Mas ambik cuti. Setakat ni Mas rasa boss memahami, takde pulak dia nak marah bila Mas cakap nak bercuti. Dah anak tak sihat kan, tak kan Mas senang lenang nak pergi kerja. Lagi pun boss ada anak jugak, tentu dia faham camne perasaan bila anak sakit. 

"Alahhh apa salahnya kalau husband yang jaga atau ambik cuti." Bukannya tak boleh, husband Mas ni anggota bomba dan dia kerja syif. Pastu buat masa ni cuti semua anggota bomba dibekukan, jadi memang dia tak boleh bercuti. Kalau boleh dia nak sangat cuti tapi apakan daya, anak sakit sapa tak risau kan. Jadi masa kerja syif siang atau malam dia sentiasalah tanya camne keadaan Aiyra, kalau ada masa dia baliklah sekejap tengok. Takdelah dia biar Mas sorang diri uruskan anak.

Bagi Mas kan, kita sebagai ibu ni biarlah korbankan cuti tu kalau anak sakit. Jangan anak demam selamba je hantar ke taska, kesian anak tu! Macam Mas dari anak pertama dulu, kalau anak demam memang akan bercuti. Tak kira apa keadaan sekali pun, janji Mas nampak anak depan mata. Kalau jadi apa² Mas tak mahu menyesal!

Rabu, 18 April 2018

Bila anak demam

Assalamualaikum...(^ ^)

Susah hati kan bila anak demam, nak pulak bayi kecil. Apa yang dia tahu menangis merengek jelah, lagilah lemah jiwa raga bila dengar. Mas terpaksa bercuti hari ni sebab Aiyra demam, tinggi jugak suhu badan dia. Semalam lagi dia macam dah nak demam tapi Mas hantar jugak ke taska, tapi pesanlah kalau demam dia teruk suruh cepat bagitau. Jam 3 petang cikgu dia mesej kata suhu badan Aiyra tinggi, 37.5°C. Cepat² suhu husband ambik dan redakan dulu panas dia dengan tuala basah, sementara tunggu Mas balik kerja. 


Bila anak dah demam ni mulalah macam buntu apa nak buat kan, padahal bukan baru sorang anak. Tapi Mas cuba jugak pelbagai cara janji suhu badan dia turun, risau kalau panas sangat sebab takut kena tarik. Balik je kerja semalam terus mandikan dia dengan air lemon suam, bagus air lemon ni sebab boleh turunkan suhu. Lepas mandi tu nampaklah Aiyra selesa sikit, panas pun berkurangan. 

Tapi bila masuk tengah malam mulalah suhu tu naik semula, hampir cecah 39°C. Haihhh tak tidur malam kau, sejam sekali bungkus badan dia dengan kain basah. Pastu Mas serum jugak kepala dia dengan air ramasan daun belalai gajah, katanya boleh turun panas demam. Memang sejam sekali buat, Aiyra pun apa lagi memang merengek² jelah. Satu malam tak tidur lena!

Haaa apa lagi ikhtiar Mas, sebelah siang serum pulak dengan air ramasan daun bunga raya. Ini pun berkesan untuk turunkan suhu panas demam. Pastu malam nanti nak cuba buat minyak bawang putih, bagus jugak untuk anak² kecil demam. Kena cuba macam² cara, janji berkesan kan? Yelah, budak sebesar Aiyra ni bukan boleh makan apa² ubat pun. Sebab itulah Mas tak bawak ke klinik, Mas pantau je suhu badan dia setiap masa.

Moga dengan ikhtiar Mas tu Aiyra cepat sembuh. Demam nak tumbuh gigi rasanya ni, sebab rasa gusi atas dia macam dah tajam je. 

Selasa, 17 April 2018

Photobook pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Selama ni dok tengok je orang buat photobook ni, ada yang percuma dan ada yang RM1 je. Masa tu tak tergerak hati pun nak buat, malas nak memilih gambar yang beribu dalam telefon tu. 



Tapi entah camne tergerak hati nak buat bila ternampak kat Instagram, Photobook Worldwide ada bagi kod baucer untuk dapatkan photobook dengan percuma. Teruslah berkenan nak buat, muat turun terus aplikasi photobook tu. Maka pemilihan gambar pun bermula, untuk pertama kali buat ni Mas pilih gambar secara random je. Bukan apa untuk percubaan, nak tengok hasilnya camne kan? Kalau cantik dan puashati boleh buat lagi. 

Guna aplikasi photobook tu senang je nak buat, ikut je arahan yang diberikan. Pemilihan photobook pulak boleh pilih nak yang Simple Books, Handcover Photobooks atau Photo Prints. Mas pilih yang Simple Books size 6"x6", ada jugak size 8"x8" dan 12"x12". Gambar pulak boleh pilih minima 21 keping.



Dah siap pilih gambar boleh terus buat pembayaran, jangan lupa masukkan kod baucer yang photobook berikan tu. Nanti dapatlah diskaun atau bernasib baik dapat percuma, pastu hanya bayar caj pos mengikut alamat yang kita berikan. Macam Mas yang order ni kena harga RM2.60 lepas gunakan kod baucer, dan caj pos RM8. Masa penghantaran pulak, selepas 5 hari photobook dah selamat sampai kat tangan Mas. Haaa baru RM10.60, dapat pulak photobook yang cantik sangat, puashati!

Mas ada dapat lagi kod baucer, harus buat lagi ni. Tengah dok pilih gambar mana pulak nak diabadikan sebagai kenangan, yelah dari dok tersimpan je dalam telefon tu lebih baik buat photobook kan. Boleh mengimbau memori dan tengok dengan anak²!




Isnin, 16 April 2018

15 tahun berkhidmat

Assalamualaikum...(^ ^)

16 April 2003 - 16 April 2018, 15 tahun berkhidmat. Masih di bahagian yang sama, kementerian yang sama dan orangnya pun masih sama. Hehehee orang sama tapi umur je dah berbeza, mula kerja masa tu usia baru 24 tahun. Rezeki mengandung anak sulung, tak sangka di usia kandungan 7 bulan masih diterima bekerja. Kerja 2 bulan pastu cuti bersalin, untung!


Kalau diingat semula masa mula² kerja tu banyak dugaan, masa tu KKM ni kat Jalan Cenderasari Kuala Lumpur. Mas menetap di Subang Jaya, jadi agak jauh jugak ulang alik kerja masa tu. Mas pun tak reti memandu lagi, jadi husbandlah ulang alik hantar dan jemput balik kerja. Naik motosikal je, dengan perut tengah memboyot tau! Seminggu sekali mesti tayar motor pancit, terpaksa menapak mak buyung teman husband tolak motor nak cari kedai untuk tukar tiub. Basah lencun kena hujan jangan cakaplah, kadang kena waktu pagi memang masuk ofis dengan baju basah. Tapi demi cari rezeki kami gagah!

Pastu rezeki tahun 2005, KKM berpindah ke Putrajaya dan masa tu pun husband bertukar kerja ke Balai Cyberjaya. Jadi kami mohon kuarters, tak jauh dah nak ulang alik kerja. Masa tu tak pandai memandu jugak, jadi Mas ulang alik kerja naik motosikal. Siap bawak Atikah lagi sebab Mas hantar dia dekat taska berhampiran pejabat. Tahun 2007 barulah ada kereta dan Mas dah pandai memandu, senang sikit ulang alik kerja. Haaa banyak dugaan dan pengalaman demi kerja ni, niat nak cari rezeki dan bantu husband. 

Sekarang Mas masih serasi dan selesa di KKM ni walau dah 15 tahun berkhidmat di bahagian yang sama, banyak kenangan di sini. Dah 7 orang boss Mas jaga sepanjang 15 tahun ni, seorang je boss perempuan dan 6 boss lelaki. Bukan takde niat nak bertukar tapi tugas sebagai PA ni payah nak mohon tukar, susah nak ada kekosongan. Jadi biarlah Mas kerja kat KKM ni selagi khidmat diperlukan!

Ada 21 tahun lagi khidmat Mas sebelum berpencen umur 60 tahun, tapi rasanya Mas tak akan kerja sampai usia tu. Kuat je dah rasa nak ambik opsyen ni, dah tak rasa keseronokan bekerja tu. Niat umur 45 tahun nak bersara pilihan, nak uruskan anak² je kat rumah. Tapi tengoklah camne nanti, Mas baru berniat tapi yang selebihnya berserah pada Allah je. Kalau betul dah sampai masa untuk Mas berhenti kerja dan bersara awal, ia akan dipermudahkan. Kalau tak kerjalah selagi termampu

Terima kasih Allah atas rezeki 15 tahun ni!
Terima kasih husband izinkan Mas kerja selama 15 tahun ni!

Ahad, 15 April 2018

Sokong anak² bersukan

Assalamualaikum...(^ ^)

Inilah sebabnya Mas tak dapat nak sertai Bengkel Videofon KBBA9 tu, rasa ralat jugak. Yelah ilmu yang berguna tu, dahlah Mas ni kurang pandai bab² edit video dekat telefon. Takpelah demi anak² kan, nanti boleh baca perkongsian rakan² KBBA9 yang pergi. 


Berbalik pada sukan sekolah Arfan dan Airis, mula² agak keberatan jugak nak pergi. Sebabnya husband kerja, jadi Mas yang terpaksa kawal 4 orang anak seorang diri. Nasiblah ada kakak Atikah yang boleh bantu, maka Mas gagahkan diri pergi. 9.30 pagi jugak baru sampai sekolah, nak keluar awal jangan haraplah sebab banyak hal nak kena selesaikan dulu. 

Sampai sekolah cuaca agak panas, Mas cari dulu port lepak bawah pokok. Bawak anak kecik kan, memang perlukan tempat yang teduh. Masa sampai tu Airis dah habis acaranya, tak sempat nak tengok. Dengar dia cerita jelah, sedih jugak sebab tak dapat bagi sokongan. Takpe janji Mas dah datang, itu dah cukup buat dia gembira. Tapi sempat jugaklah tengok Arfan masuk acara sukaneka, dapat jugaklah mama dok sorak jerit tepi padang tu. Hahahaa terover pulak akak!



Walaupun anak² tak menang acara tu, Mas tetap sokong dan ucap tahniah pada mereka. Bagi semangat sikit supaya mereka tak sedih, janganlah marah pulak kan kalau anak² kalah. Sokongan kita yang penting buat anak², mereka nampak kita datang pun mereka dah seronok. Tak menang acara pun mereka tak sedih dah! 

Tapi di sebalik keseronokan tadi Mas cuma terkilan dengan sikap seorang guru ni, berlaku depan mata Mas. Masa tu Arfan nak ambik makanan, sekali cikgu tu herdik dia. Siap cakap awak ni asyik makan je, tolong cikgu malas. Haihhh panas hati Mas tengok sebenarnya, tapi malas nak buat onar kat situ. Ikutkan hati memang geram tengok anak sendiri kena marah, padahal dia dah buat macam² cikgu tu suruh sebelum makan. Lainlah kalau dia tak buat apa² langsung. 


Sikap camnilah yang Mas tak gemar tengok, cikgu ni seolah pergunakan murid². Nak rumah sukan kau menang kerah murid² buat macam², tapi tak hargai pertolongan anak murid tu. Patutnya cikgu terapkanlah semangat kesukanan tu serta saling menghargai bila dah berjaya. Malulah sikit bersikap camtu depan ibu bapa kan? Mas nak seronok tengok anak² sukan tapi lain pulak jadinya! Yang lain Mas seronok je dapat bagi sokongan kat anak², cuba sikap cikgu tu rosakkan mood sikit.

Sabtu, 14 April 2018

Festival Ramadan Putrajaya 2018

Assalamualaikum...(^ ^)

"Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira."

Amboi kemain kau Mas, siap menyanyi lagi. Hehehee bukan tak sabar nak raya tau, tapi tak sabar nak tunggu tibanya bulan Ramadan. Selain dapat keberkatan bulan yang mulia tu sudah tentulah nak buat persiapan raya kan? Bagus buat persiapan awal ni, takdelah kelam kabut bila dah dekat nak raya nanti. Beli sikit² pun takpe, tak perlu nak berbelanja sekaligus nanti.

Haaa bila nak berbelanja untuk raya tu mesti nak cari tempat yang jual barang dengan harga murah kan? Haaa jom Mas bagitau satu tempat best, bukan je boleh membeli belah tapi macam² aktiviti ada!


Festival Ramadan Putrajaya 2018
Inilah dia, sempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini jugak membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang bulan Ramadan.

Pelbagai Aktiviti Menarik
Haaa selain membeli belah di festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung. Antaranya ialah gabungan seramai 30 selebriti terkenal tanahair, persembahan 'busking' para artis popular masa kini dan penampilan artis² istimewa yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

Pastu festival ini jugak akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Yang paling seronok akan ada cabutan bertuah tau, hadiah lumayan sangat. Apa dia hadiahnya? Sebiji kereta ataupun motosikal, fuhhh syok kalau bertuah ni!


Program Kerohanian
Lagi satu yang menariknya mengenai festival ni, turut diberikan perhatian khusus adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pulak, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Pastu hujung minggu akan direncanakan majlis iftar bersama anak² yatim yang terpilih.

Wajib Datang!
Selain itu, tumpuan jugak akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain². Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan raya keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan jugak ruang untuk pengunjung beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.


Untuk maklumat dan informasi terkini mengenai festival ini, korang boleh hubungi:

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
No. Telefon: Izainil (017-3031953) / Ashraf (017-8892909)

Jumaat, 13 April 2018

Jangan tau pacak je!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang tengah panas nak PRU14, perang bendera dah berleluasa sana sini. Ada biru, hijau, merah, kuning, ehhh ada ke kuning? Hahahaa tak kisahlah, tapi pergilah mana² memang nampak bendera dulu. Tu belum penamaan calon, nanti perang poster lah pulak!


Tapi satu nak cakaplah, bila dah pacak bendera tu kenalah prihatin. Prihatin tu senang cakap camni, janganlah pacak sesuka hati di tempat yang tak sepatutnya sebab menyusahkan orang ramai. Macam pacak menghalang lampu isyarat, menghalang papan tanda dan menghalang lalulintas. Pastu pihak yang bertanggungjawab uruskan hal pacak bendera ni kena sentiasa peka, misalnya kalau bendera tu dah tercabut dan jatuh kat tengah jalan kenalah alih.

Jangan biarkan, nanti tak pasal² kenderaan yang lalu terlanggar ke dan akibatkan kecelakaan. Haaa kan kes naya tu! Satu lagi kalau yang gantung bendera guna tali tu, lagilah bahaya kalau dah terentang kat tengah jalan. Kalau motosikal terlanggar boleh terbelit kat tayar motor, atau lebih bahaya terbelit kat kaki atau leher ke. Haaa nanti tak pasal² boleh korbankan nyawa orang oiii! 

Pastu lagi satu kalau bendera tu dah terjatuh atau tercabut serta dah rosak, tolonglah ambil dan buang. Janganlah biar je bersepah² merata macam kat tengah jalan atau tergantung atas pokok, mencacatkan permandangan je! Tak pasal² jadi sampah sarap, pastu orang Alam Flora yang kena bersihkan. 

Jadi tolong ye pihak yang berkenaan, prihatin dan peka. Jangan tau pacak je!

Khamis, 12 April 2018

Mas hampir putus asa!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini cerita sedih tau, rasa nak nangis bila ingat balik. Lap air mata jap, sob³!

Tapi serius tau, masa awal² Mas kembali bekerja minggu lepas memang masa agak tak cukup dan badan rasa letih sangat. Yelah bangun seawal jam 4 pagi dan tidur pulak jam 11 malam, lebih kurang 5 jam je tidur. Serius tak cukup rehat, serius penat dan segalanya seriuslah. Hehehee!

Jadi disebabkan keadaan tu, penghasilan susu tetiba jadi merundum. Biasa sekali sesi pam boleh dapat 8oz, tapi dalam minggu pertama kerja tu merundum sangat susunya. Sekali pam hanya dapat 4-5oz je, drop sangat! Padahal Mas takde pun skip waktu pam atau tak makan ke, Mas minum banyak air dan ambil supplemen lagi. Sedih wooo masa tu, rasa dah putus asa sangat. 


Cakap dengan husband, "Camne ni bang, stok susu anak tak cukup ni. Kat rumah pun ada 2 botol je!" Husband pun buntu, sampai dia kata nak tak nak kita kena campur susu formulalah. Uwaaa menangis dalam hati Mas masa tu, tak sanggup wooo nak bagi FM. Aiyra baru je 6 bulan! Jadi Mas cakap dengan husband, "Takpe bang, saya usaha dulu selagi termampu. Insya Allah pasti cukup susu untuk Aiyra."

Jadi Mas ubah sesi mengepam, setiap 4 jam sekali wajib pam. Bermula dengan jam 7 pagi, 11 pagi dan 3 petang, kena konsisten agar penghasilan susu sentiasa ada. Malam pun sebelum tidur kalau tak penat sangat, Mas akan mengepam jugak. Pastu seawal pagi sebelum sarapan apa² Mas minum susu kurma, ini untuk rangsang lagi penghasilan susu. Air masak wajib 3 liter dan wajib minum Lazz Susu Kambing sebagai milk booster tambahan, pastu supplemen Shatavari Himalaya memang tak tinggal. Lagi satu waktu makan pun Mas tak boleh skip, kena ambil sarapan dan makan tengahari. Sebabnya Mas dah banyak guna tenaga, jadi kena seimbang. Pukul 10 pagi dan waktu malam kena minum susu Lazz sebab waktu tu Mas tak ambil makanan berat. 

Alhamdulillah berkat usaha tu dengan sabar, penghasilan susu ada peningkatan semula. Cukuplah bekalan untuk Aiyra ke taska, walaupun pam hari ini untuk stok esok je. Tapi takpe, janji Mas dapat susukan dia dengan susu Mas sepenuhnya sehingga umur dia 2 tahun. Kena terus istiqomah dan tak boleh cepat putus asa. Doa semoga Allah permudahkan!

Rabu, 11 April 2018

Perlu ke menulis setiap hari?

Assalamualaikum...(^ ^)

Perlukah? Bagi Mas perlu kalau kita nak orang baca blog kita setiap hari, mesti kita ada pembaca setia.

Macam Mas selagi ada idea dan selagi ada mood menulis, Mas akan cuba tulis setiap hari. Kalau dulu lagi Mas rajin, sehari sampai 3-4 entri. Tapi sekarang akibat kekangan masa dan idea hanya mampu 1 hari 1 entri je, walaupun kadang tu penat otak nak fikir idea menulis. Haaa entri camni pun boleh dijadikan idea menulis kalau dah kering kontang sangat idea tu, janji penulisan kita ada perkongsian yang bermanfaat dan berguna.


"Alaaa kau tu tulis entri peribadi je banyak, bukan entri kerja pun!" Bagi Mas takpelah kalau entri peribadi atau syok sendiri pun, janji ia beri kesan positif pada pembaca. Maksudnya ada ilmu yang berguna dia dapat dari entri tu, itu dah memadai. Sebagai blogger memang kita nak selalu ada entri kerja, yelah itu sumber pendapatan sampingan jugak. Tapi kalau hari² baca entri kerja Mas sebagai pembaca akan bosan, nak jugak sekali sekala ada entri peribadi blogger tu. Jadi kalau banyak entri kerja tu selang seli lah dengan entri peribadi jugak, baru syok baca!

Berbalik pada menulis setiap hari tu terpulang pada kemampuan, masa dan idea masing². Nak blog bertahan lama dan sentiasa dipercayai oleh client, seeloknya biarlah setiap hari kita menulis. Sedikit sebanyak ia bantu naikkan trafik blog kita, dan mana tahu setiap hari ada pembaca baru masuk ke blog kita kan? Haaa itu yang buat client suka dan percaya nak bekerjasama dengan blog kita, rezeki tu. 

Mas ni kalau ikutkan tak cukup masa nak menulis setiap hari, tengoklah kadang² dah malam baru ada entri. Tapi sebab sayangkan blog ni Mas cuba usahakan, alhamdulillah masih mampu setakat ni. Lagi pun naklah jugak kekalkan kepercayaan client yang pernah berkerjasama dengan blog Mas ni, mana tau dia nak offer job lagi. Hehehee rezeki jangan ditolak!

Selasa, 10 April 2018

Bendera dah pacak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni tarikh pilhanraya dah ditetapkan, 9/5/2018 hari Rabu. Maka ramailah rakyat jelata tak puashati sebab kena pada hari bekerja, camne nak balik mengundi. Boss bagi ke mohon cuti, kalau yang jauh mungkin tak cukup sehari. Jadi macam² status kat media sosial keluar hari ini, masing² tak puashati. 


Mas pun tak puashati jugak, bukan apa kesian pada yang nak balik jauh. Kalau balik hari memang penat sikitlah, kena rancang betul² perjalanan. Tapi walau camne pun mengundi tu tetap kena tunaikan, penting bagi Mas. Bukanlah Mas taksub pada politik atau sokong mana² parti tapi sebabnya semua ada tanggungjawab, macam boss kenalah bagi kelonggaran untuk staf keluar mengundi. Kalau yang terpaksa balik kampung kenalah izinkan dia bercuti, 1 undi tu bermakna tau. 

Lagi pun ada Akta rasanya, majikan kena izinkan stafnya keluar mengundi. Tak boleh pentingkan syarikat dia je, 5 tahun sekali je mengundi. Takde rugi apa²lah pada syarikat, tapi negara ni yang rugi kalau hilang walau satu undi. 

Pastu kita nak bela nasib kita, kita nak yang terbaik untuk negara kita jadi kenalah berkorban sedikit masa dan wang ringgit. Mana tau dengan 1 undi kita boleh ubah segalanya. Mas ni nasiblah dah tukar tempat mengundi ke Selangor, takdelah kalut fikir nak balik kampung. Husband pun dah wajib undi pos, lagilah mudah. Cuba nak ambil cuti pada 9/5 tu atau time off belum difikirkan lagi, kena bincang dengan boss dulu. Nak tau jugak boss mengundi di mana kan?

Korang jangan tak mengundi tau, rugi! Kita nak kan perubahan untuk 5 tahun akan datang, jadi tanggungjawab kita untuk tentukan. Tak kan nak tengok je bendera tu dipacak tanpa kita berbuat apa²!

Isnin, 9 April 2018

Sebab tu rajin bawak bekal

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah sejak mula kerja kembali, hari² Mas masih bawak bekal. Kalau nak ikutkan malas bangun seawal jam 4 pagi dan malas nak masak, memang takde bekal tu. Jawabnya sarapan dan makan tengahari beli jelah, hadap je harga makanan yang semakin mahal tu. Tapi disebabkan fikir nak jimat dan Mas pun amalkan makanan sihat, kena ketepikan semua rasa malas dan penat tu. 

Macam hari ni Mas bawak bekal sarapan Sandwich Telur dan Epal Merah Hijau, pastu makan tengahari Mas hanya masak Ikan Bakar dan Terung Bakar. Nasi memang malas nak masak sebab Mas makan segenggam je pun, jadi baik beli je. Waktu rehat Mas turun ke cafe untuk beli nasi, ambil jugak Ulam Raja dan 2 ketul kentang. Sekali bila nak bayar terkesima terkedu dan terkejut dengan harganya!


Haaaaa korang tahu berapa harga ni? RM2, hahahaa jangan harap nak dapat harga camtu. Sesenduk nasi campur ulam dan kentang 2 potong tu harganya RM4 ye, diulangi RM4. Fuhhh macam harga makanan kat hotel 5 bintang je. Sangat tak patut bagi Mas, kalau RM2.50 atau RM3 Mas masih boleh terima lagi. Bila dah cecah RM4, sangat tak boleh terima dek akal!

Nasib Mas bawak bekal lauk dan sayur, kalau beli jugak mau RM10 kot. Sebab harga camnilah Mas sanggup bawak bekal, biarlah yang ringkas je. Janji dapat berjimat dan tak ditindas dengan harga mahal camtu! Jangan salah faham ye, Mas bukan nak kondem taukeh cafe tu. Tapi tak salah kalau dia jual dengan berpatutan, takdelah kita pelanggan rasa terkesan sangat. Kalau kat 10 pelanggan dia buat camtu, memang cepat kayalah.

Jadi kalau korang tak nak kena macam Mas ni lebih baiklah bawak bekal, lebih jimat. Mas tahu peniaga ni pun terkesan dengan harga minyak yang makin naik dan harga bahan mentah yang makin mahal, tapi seeloknya jangan dia jual dengan harga yang ikut sesedap hati je. Fikirkan pelanggan jugak!

Ahad, 8 April 2018

Kolam gantikan walker

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa anak² lain Mas memang ada gunakan walker kalau nak kawal mereka dari merayau kemana² atau nak mudah buat kerja di dapur. Masa tu Mas fikir anak² akan selamat bila berada dalam walker tu, takdelah akan jatuh. Satu lagi teringin nak anak cepat berjalan kalau dok dalam walker, tanpa fikir akibat yang tak baik untuk perkembangan anak².

Tapi bila Mas baca di Facebook tentang perkongsian dari seorang fisioterapi kanak² mengenai pergunaan walker ni, Mas rasa betul apa yang dia katakan tu. Walaupun masa tu Mas letak anak² dah pandai duduk atau berdiri sendiri, tapi sebenarnya ia tetap tak baik untuk perkembangan anak². Ia tak bantu pun anak² untuk cepat berjalan. Bab rasa anak² akan selamat bila di dalam walker tu pun tak betul sebenarnya, sebab bila dah ada dalam tu anak yang masih kecil ni bukan pandai kawal pun. Risiko untuk dia terjatuh agak tinggi!


Jadi dari perkongsian itu ada ditunjukkan gambar menggunakan kolam untuk letak bayi kita di dalam tu. Mas ada kolam besar tu, dari tersimpan je bagus jugak Mas gunakan untuk letak Aiyra, alas dengan toto tebal dan letak bantal. Bolehlah dia main dalam tu dengan selesa sambil tengok TV, takdelah Mas nak risau dia merayau kemana². 

Keselamatan pun terjamin sebab kolam tu tinggi dan di dalamnya Mas ada alas dengan toto, risiko untuk cedera kalau terjatuh agak berkurangan. Pastu kalau Mas nak buat kerja pun mudah, takdelah dok risau dia akan masuk bawah kerusi ke dan gigit kabinet TV. Masa tinggalkan dia nak buat kerja tu kakak dia pun boleh temankan dan main sama² kat dalam tu. 


Lagilah sekarang ni Aiyra dah pandai berdiri berpaut pada sofa, bahaya kalau biarkan kat luar. Bila dalam kolam ni agak selamat untuk dia, kalau dia berdiri berpaut pun keliling kolam tu lembut. Takdelah sakit badan. Mama nak baring dan susukan dia kat dalam tu pun boleh, luas dan selesa. Hehehee!

Jadi untuk Aiyra ni Mas tak akan gunakan walker, Mas nak dia rangsang sendiri kepandaian buat apa² pun. Memang dia cepat pandai, umur 6 bulan dah boleh berdiri sambil berpaut walapun belum pandai duduk. Lagilah bila duduk dalam kolam tu dia akan bergerak melangkah ke depan sambil berpaut pada dinding kolam tu. Haaa boleh nampak kepandaian tu dia usaha sendiri kan, tanpa bantuan walker! 

Sabtu, 7 April 2018

Lazz Susu Kambing : Hari² mau minum!

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila sebut je susu kambing semua anak² geleng kepala, "Eeeee tak nak lah minum, nanti ada bau tak sedap!" Bukan anak² je, mama pun sama geleng kepala jugak. Memang tekak Mas tak boleh terimalah susu kambing, susu lembu pun Mas hanya mampu minum yang Dutch Lady je.


Tapi bila asyik dok tengok viral pasal Lazz Susu Kambing, Mas macam tertarik sangat nak cuba. Ada pulak baca kawan blogger ni berkongsi yang dia bukan penggemar susu kambing jugak, tapi bila cuba Lazz dia boleh minum. Haaa lagilah ai tergedik² tak sabar nak cuba. Pastu katanya boleh jugak dijadikan milk booster, ini lagi buat ai teruja nak minum. Hehehee!

Sebelum kongsi camne reaksi penerimaan Mas dan anak² terhadap Lazz Susu Kambing ni, boleh ke kami minum? Ini Mas nak kongsikan khasiat, kebaikan dan keistimewaan Lazz ni.
1. Lazz merupakan perintis susu kambing kurma organik Malaysia
2. Rasanya lebih enak tanpa bau hamis.
3. Tiada gula tambahan.
4. Tanpa bahan pewarna dan perisa.
5. Kebaikan semulajadi susu kambing
6. Diimport 100% dari Holland
7. Dijamin HALAL.



Lazz Susu Kambing ni ada 4 perisa iaitu Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Choco, Lazz Susu Kambing Kurma dan Lazzcafe.

Wahhh sedaplah Lazz Susu Kambing!
Haaaaa itulah reaksi Mas dan anak² bila pertama kali cuba minum Lazz, terus tekak boleh terima. Apa lagi hari² mau minum, kalau tak minum rasa tak lengkap pulak. Anak² pun dah ada perisa kesukaan mereka, Airis suka Lazz Asli. Arfan pulak nak Lazz Choco dan kakak Atikah pilih Lazz Kurma. Mama camne pulak, sudah tentu mama suka semua. Hahahaa tamaklah mama ni, nak buat camne sebab semuanya sedap sangat! 



Setiap hari sebelum pergi sekolah anak² akan minum secawan sebagai sarapan, reaksi positif mereka berikan ialah kurang rasa lapar di dalam kelas. Kalau tak sebelum waktu rehat, perut dah berbunyi². Pastu macam Atikah dia bersekolah dari pagi hingga petang, jadi dia akan bawak bekal Lazz Kurma. Reaksi Atikah, "Kurang rasa penatlah mama lepas minum Lazz ni, walaupun kakak seharian kat sekolah!" Haaa joget² Mas dengar, ternyata Lazz Susu Kambing banyak bagi khasiat yang positif pada anak².

Mas pulak dari seorang bukan penggemar susu, hari² jugak mau minum Lazz Susu Kambing ni. Untuk sarapan Mas minum campuran Lazz Choco dan Lazz Asli, sedap tau! Rasanya lemak berkrim dan tak manis sangat, pastu badan rasa bertenaga dan tak mengantuk untuk mulakan kerja. Sebelah malam pulak memang tak makan nasi, jadi untuk elakkan perut lapar Mas akan minum Lazz Kurma. Sangat mengenyangkan walaupun Mas menyusukan Aiyra. Haaa sebut pasal menyusu, Lazz jugak dah jadi milk booster Mas. Yeayyyyy, suka sangat sebab susu semakin bertambah!



Lagi satu selepas penat buat kerja rumah Mas akan pekena secawan Lazzcafe, fuhhhhh rasa nikmat sangat dan hilang semua penat lelah. Oh my, ai memang dah jatuh cinta dengan Lazz! 

Harga pulak camne, mahal ke murah. Serius Mas cakap harganya sangat berpatutan dengan khasiatnya. Kalau beli sangat berbaloi sebab boleh minum seisi keluarga! Tak ke jimat tu?


Pastu kalau korang nak tau, Lazz ni ada set yang dicadangkan mengikut keperluan korang. Pilih je set mana satu yang sesuai, pasti akan dapat khasiatnya.

1. Set Mak Buyung : 1 Lazz Kurma + Lazz Choco. Sesuai untuk ibu hamil yang tidak boleh minum susu semasa hamil, tetapi nak yang terbaik untuk kandungan dengan mengamalkan pemakanan sihat.
2. Set Sejoli (Ikhtiar Untuk Hamil) : 1 Lazzcafe + 1 Lazz Kurma. Sesuai diamalkan sebagai salah satu ikhtiar untuk kehamilan, minum 1-2 gelas susu sehari bersama rutin pemakanan sihat dan senaman.
3. Set Combo Susu Meriah (Ibu Menyusu) : 1 Lazz Kurma + 1 Lazz Choco + 1 Lazzcafe. Kebaikan semulajadi pati ekstrak kurma dan susu kambing membantu menggalakkan susu badan.
4. Pakej Jimat Stok Anak Sebulan : 6 kotak Lazz Asli, Kurma atau Coklat. Kebaikan semulajadi susu Lazz untuk kanak-kanak bermula 2 tahun ke atas.
5. Set Ikhtiar Kuning (Untuk Ibu Berpantang & Menyusu) : 3 kotak Lazz Asli. Untuk ibu menyusu minum sebagai salah satu ikhtiar elakkan kuning bayi.

Haaa camne, berminat dan dah pilih set yang mana? Kalau dah pilih boleh terus buat pembelian, dan yang menariknya siap ada Lazz Delivery tu. Susu akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah korang. Untuk maklumat lanjut boleh layari dan hubungi:

Instagram: @lazzsusukambinghq
No. Telefon: 013-3083354
Lazz Careline: 1-800-88-5299





Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com