terkini dan sensasi

Ahad, 22 April 2018

Sediakan bekal mudah je!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada yang bertanya jam berapa Mas bangun untuk sediakan bekal, pastu sempat ke masak untuk bekal sarapan dan makan tengahari. Jawapan Mas sempat, kena rajin dan kena bangun awal. Kalau kau fikir tak sempat, fikir malam dan fikir mengantuk memang ke laut lah bekal kau tu!


Macam Mas senang je, masak yang mudah dan ringkas. Tak payahlah kau nak buat masak lemak cili api ke, masak kari ke, masak kurma ke, itu memang 2 jam pun tak sempat. Pastu tak perlulah nak menumis bagai, makan masa! Masak je grilled ikan atau ayam untuk lunch dan buat sandwich untuk sarapan, 5 minit mesti siap! Atau nak lagi senang buat Nasi Goreng, haaaaa ni boleh makan untuk sarapan dan tengahari sekali. 

Nak lagi senang, malam sebelum tidur siapkan terus bahan²nya. Kalau nak masak Nasi Goreng, potonglah bawang dan sayur siap². Pagi esok bangun terus tumbuk dan menumis, siap dalam masa 5 minit je. Itu sajalah cara Mas sediakan menu, biarlah mudah dan ringkas janji jimat dan perut kenyang!



Lagi satu nak bawak bekal ni kena rajin dan kena korbankan waktu tidur. Mas ni jam 4 pagi dah bangun kau, kebil² bijik mata kadang tu dok tepi dapur. Nasib tak masak sambil tidur, hahahaa! Kalau fikir ngantuk memang nasiblah beli nasi lauk ayam + ulam pun sampai RM6!

Jom fikir² nak bekal apa esok, ambik bubur nasi Aiyra pun ok kot. Masak lebih sikit pagi esok, hehehee! 

1 ulasan:

  1. Jam 4 pagi bangun? Waahh! Salute la akak.. Tahniah kak mas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com