terkini dan sensasi

Selasa, 19 Mei 2020

Nasi Kerabu Daging Bakar

Assalamualaikum...(^ ^)

19 Ramadan yang lepas teringin sangat nak makan Nasi Kerabu Daging Bakar, nak beli memang payah nak dapat sebab bazar Ramadan takde. Jadi dengan gigihnya cuba buat sendiri, dengan harapan menjadilah percubaan tu.

Siap² beli semua bahan, pukul 4 petang dah mula kelentung kelentang kat dapur. Memang banyak benda nak buat, nasiblah husband ada bantu. Jadi kat sinilah Mas kongsikan lah resepi lengkap set Nasi Kerabu Daging Bakar tu.


Bahan² Nasi Kerabu
3 pot beras
Air secukupnya
3-4 titis pewarna Star Brand Biru Tulin
2 helai daun pandan

Cara membuatnya: Masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker

Bahan² Daging Bakar
500 gram daging
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
½ biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Cara membuatnya: Campur semua bahan dan gaul sebati, pastu perap selama 1 jam. Mas bakar guna Air Fryer je, suhu 180 darjah selama 7 minit. Dah cukup 7 minit bakar sebelah lagi selama 7 minit jugak.

Bahan² Sambal Tumis
3 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
5-6 ulas bawang putih*
½ inci halia*
4-5 sudu cili kisar
1 cawan santan pekat
3 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugor
2 sudu besar budu
1½ sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya
1. Kisar bahan² bertanda (*), kemudian tumis bahan hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Bila dah pecah minyak, masukan 1½ cawan air dan 1 cawan santan. Pastu masukkan serai dan asam keping.

2. Bila dah mendidih masukkan budu, gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak.

Bahan² Sambal Ikan
½ biji kelapa parut (digoreng + ditumbuk kasar)
3 ekor ikan kembong (rebus, ambil isi, tumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
2½ sudu kecil garam dan gula

Cara membuatnya: Campurkan serai dan bawang yang dah ditumbuk, kemudian masukkan garam dan gula. Pastu masukkan isi ikan dan kelapa, gaul sebati.

Bahan² Sambal Cili
3 biji cili api
3 biji cili besar
Air asam jawa
½ inci belacan
1 biji perahan air limau nipis 
Garam dan gula

Cara membuatnya: Campur semua bahan dan kisar hingga hancur.

Bahan² Ulam-ulaman
¼ biji kubis
1 biji timun jepun
3 jalar kacang panjang
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan

Cara membuatnya: Hiris halus semuanya dan gaul sebati.

Haaa itulah bahan² dan cara membuatnya set Nasi Kerabu Daging Bakar ni, boleh jugak tambah telur masin dan keropok goreng untuk penambah selera. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com