terkini dan sensasi

Jumaat, 21 Julai 2017

Jamuan Raya BSM 2017

Assalamualaikum...(^ ^)

Pastinya di pejabat korang bekerja tu tentu akan ada jamuan raya kan bila bulan Syawal, kira macam tradisilah. Tak lengkap pulak rasanya raya tu tanpa ada jamuan bersama² rakan sepejabat dan ketua kita. Yelah setiap hari masing² sibuk bekerja, bila ada jamuan camnilah dapat hilangkan stress dan eratkan hubungan silahturrahim antara semua. 


Macam kat bahagian Mas bekerja ni memang setiap tahun akan adakan jamuan raya, acara wajib di bulan Syawal. Setiap tahun AJK Kelab akan rancang segalanya baik dari segi tempat jamuan, jemputan dan juadah. Pastu setiap unit di bahagian akan turut serta buka gerai yang sediakan juadah yang sedap². Lagi meriah bila ada photobooth dan pertandingan untuk pelbagai kategori. 

Semalam sebagai penutup jamuan raya sekali lagi Jamuan Raya BSM diadakan, tema kali ni Kampungku Hipster. Fuhhhhh memang meriah bila Mas turun ke dewan, tengok² dah tersergam photobooth yang cantik ni. Memang ikut tema, kreatif sangat AJK yang terlibat. Apa lagi terus tak lepaskan peluang bergambar sakan, nama pun raya kan?




Bila melangkah masuk ke dalam dewan lagilah meriah, ada 8 gerai yang cantik² telah tersedia dengan juadah masing². Memang Mas tabiklah dekat semua yang terlibat, bertungkus lumus siapkan gerai supaya nampak cantik. Maklumlah siap ada pertandingan gerai tercantik tau. Selain tu ada jugak kategori gerai paling meriah dan gerai sediakan juadah tersedap. Ni antara gambar gerai² yang sempat Mas ambil, kreatiflah diaorang ni! 




Haaaaa memang seronok kan bila ada jamuan camni, semua dapat berkumpul dan makan bersama². Hilang segala penat bekerja bila dah borak² dan gelak ketawa, hubungan antara pekerja dan bos pun dapat dieratkan. Pastu pihak AJK siap jemput mantan Setiausaha Bahagian yang pernah berkhidmat dulu. Dapatlah jumpa 2 orang ex bos Mas ni, seronok sangat! 


Habis dah jamuan raya di bahagian Mas bertugas, kira semalam penutup tirailah. Moga dapat berjumpa lagi di Syawal tahun depan!





1 ulasan:

  1. Wah happening ya Ada hiasan bagai. Cantik nk bergmbar

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com