Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 22 Julai 2017

Idea menulis entri

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang rasa senang tak menulis entri di blog ni? Bagi Mas nak menulis tu senang, taip je tapi bab nak dapat idea menulis yang sering jadi masalah. Sekali idea tak nak muncul berjam² dok mengadap laptop atau tab pun tetap tak boleh nak tulis apa². Perahlah idea camne pun!

Ini sering terjadi kalau nak menulis entri peribadi atau santai², memang susah nak cari idea. Memang boleh tulis pasal anak atau keluarga tapi bosan jugaklah hari² entri camtu je kan? Sekali sekala nak jugak kita tulis entri yang bermanfaat dan boleh bagi pengajaran dan info berguna pada pembaca. Barulah kita boleh dipanggil penulis blog yang versatile dan banyak pengetahuan. Barulah pembaca seronok nak baca blog kita hari² kan?


Cuma berbeza kalau kita menulis entri berupa review atau entri kerja sebab semua bahan dah ada. Kita cuma perlu karang dan olah ayat supaya entri jadi menarik dan pembaca tertarik nak baca hingga ke noktah terakhir. Tapi janganlah copy paste semua bahan yang diberi, itu kira macam tangkap muat je. Berilah idea kita sikit dalam entri tu walaupun ianya entri kerja, barulah terbaik kan?

Psstu nak cari idea menulis ni takdelah susah sangat, cuma kita perlu rajin sikit. Macam Mas kadang tu malam sebelum tidur ada jugaklah fikir entri apa nak tulis esok, kalau dapat Mas tulis tajuk dulu siap². Esoknya baru fikir untuk tulis dan karang ayat! Kadang tu waktu memandu pun sempat jugaklah fikir, sampai je pejabat terus mengarang supaya idea tu tak lesap. Kalau buntu jugak Mas baca entri² lepas, baca blog kawan² atau baca akhbar, mana tau dapat idea ke dari penulisan² dalam tu. 

Banyak sebenarnya cara kita nak dapat idea menulis entri ni, kadang dari kehidupan seharian atau apa yang berlaku di sekeliling boleh dijadikan idea. Cuma kena pandailah menulis bagi menarik dan selitkan sedikit pengajaran yang bermanfaat! 

5 ulasan:

  1. Kadang-kadang puas perah otak ni cari idea, tapi blank jugak.haha . kdg2 benda nak bercerita ada tapi idea nak menyusun ayat takde, jadi blur

    BalasPadam
  2. Rajinnya kak mas sllu update entry huhuhu kdg mmg fikir tp lepas tu hilang idea ahaks

    BalasPadam
  3. idea banyak ,nak taip tak sempat,draft je lebih hahahhaha

    BalasPadam
  4. kadang2 takde idea, kadang2 laju la , kadang2 busy walaupun ada je idea. haha

    BalasPadam
  5. Saya pulak. Kadang idea datang membuak -buak tapi kekangan masa pulak. Pastu, bila dah ada masa, idea yang dtg tadi terus hilang. End up, blog tak update. Huhuhuv

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com