Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 31 Ogos 2019

Sambutan Merdeka Ke-62

Assalamualaikum...(^ ^)

Serius puashati sangat dapat tengok sambutan Hari Kebangsaan secara live depan mata, anak² pun teruja dan gembira sangat. 


Walaupun terbangun lewat dan pukul 6 pagi baru keluar dari rumah, pastu hadap jammed lagi nak dapat parking tapi berjaya jugak sampai. Pastu walau kena jalan jauh dari parking tapi anak² tetap semangat, nak pulak tempat parkir tu dekat dengan tempat jentera² bomba. Lagilah mereka suka, mamanya pun suka jugak. Hehehee, kami kan supporter nombor satu babah!

Sempat jugaklah bergambar dengan jentera² bomba ni, dan dah tentulah mama dan Airis yang paling teruja! 





Sampai kat dataran memang orang dah ramai giler, nak duduk depan pentas utama memang tak merasa dah. 3-4 kali jugak kami ke hulur hilir cari tempat nak duduk, semua dah penuh. Tapi nasib kami baik, tetiba polis yang bertugas buka pagar dan bagi duduk atas jalan. Haaa terus masuk dan dapat duduk depan, betul² depan jentera² yang akan lalu. Puashati sebab dapat ambik gambar dengan jelas! 


Bila jentera² tu lalu memang semua orang bersorak, siap lambai² kat kontijen perarakan. Anak² Mas terutama Aiyra yang paling seronok, pandai dia lambai dan kibar²kan bendera. Pastu yang paling rasa bangga bila dapat nyanyi lagu Negaraku ramai², dapat sama² lafazkan ikrar dan laungkan Merdeka sebanyak 7 kali. Fuhhh satu perasaan yang sukar digambarkan, serius korang kena alami sendiri!





Lagi satu yang best bila dapat tengok jet² pejuang TLDM buat pertunjukan udara. Fuhhh teruja sangat, biasa tengok dalam TV je. Mas siap tanya dengan husband lagi kat mana jet² tu tunggu sebelum pertunjukan bermula, haaa punyalah nak tahu. Rupanya jet² tu terbang dari Lumut, ia dah standby sebelum pertunjukan bermula. Husband cakap dari Lumut ke Putrajaya tu 15 minit je jet tu boleh sampai! Haaa hebat kan?


Tahun depan Insya Allah akan bawak anak² lagi, bagi mereka rasa semangat kemerdekaan tu. Biar mereka tahu erti kemerdekaan dan tahu menghargai negara tercinta. Bagi mereka bangga sebagai anak Malaysia!










Jumaat, 30 Ogos 2019

17 tahun cinta!

Assalamualaikum...(^ ^)

Happy 17th Anniversary Husband!
Love you 1 million!


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh kami berdua. Moga hubungan cinta ini akan terus kekal bahagia dan terpelihara sehingga ke syurga. Tiada lain yang kami mintak, moga kami terus saling sayang menyayangi.

Anniversary kali ni takde pun buat majlis istimewa, cukup sekadar doa moga hubungan terus berkekalan. Pastu kami ambik peluang pergi dating berdua, kebetulan Mas ambik cuti. Dah lama tak keluar berdua, yelah sejak ada anak² merekalah peneman setia. Jadi bila semuanya bersekolah, Mas dan husband ambiklah peluang dating berdua. Hehehee, bukan selalu kan?


Dapatlah makan berdua, pastu pergi tengok filem Sangkar. Syok jugak sekali sekala keluar berdua, dapat eratkan lagi hubungan tu. Bukan nak kata dengan anak² tak erat tapi sekali sekala kenalah ada masa berdua kan? 

Hadiah memang takde! Kami ni memang jarang beli hadiah bila tiba birthday atau anniversary, sekali sekala tu ada lah. Tapi kalau ada rezeki lebih kami belilah jugak sebagai tanda kasih sayang, tak semestinya takde hadiah kita tak ingat kan! 

Selamat Ulangtahun 17 tahun cinta!


Khamis, 29 Ogos 2019

Acquiring Express Flower Delivery from the Right Florist | Little Flower Hut

Assalamualaikum...(^ ^)

One thing you need when planning an event is a flower delivery service knowing that flowers will always be a popular way of designing a venue. The good thing is that you can already look for a Little Flower Hut flower shop where you can get fresh flowers perfect for the event. In fact, there are florists that could deliver the flowers the same day thus keeping you away from worrying about making an advance reservation.


How to Look for the Best Flower Delivery 

If you want to make the most out of your money when acquiring flower delivery, then you have to look for the best florist that could offer you their services at reasonable rates. Though you can find countless florists online because of the increasing demand for flower delivery service, deciding where to order flowers can be the difficult part. So if ever that you want an express flower delivery, here are some tips that you can consider when looking for the right florist.

  • To avoid making mistakes when searching for the right florist, it is necessary that you read reviews first. Their past customers will give you a hint if the florist is dependable or not.
  • If you want to save money of express delivery, then look for a florist that could offer you the service at a cheaper rate. Remember that there are florists who provide discounts to their customers.
  • If you are in need for flowers that you will use for an event, then you can go for a florist that could provide you a wide selection of flowers to choose from.
  • It is important that you choose a florist that could deliver you fresh and quality flowers on time.
  • Check if the florist is capable of creating unique and stunning flower arrangements that would be perfect for any type of occasion. 


The idea of acquiring a flower delivery service from a professional florist somehow eases the worries you feel when planning an event. They can guarantee you quality flowers within your budget even if you are in need of express flowers. Besides, you can take advantage of their latest offers and discounts to lessen the cost of the flowers and the delivery service. For an express delivery, you have to be aware of the places where the florist can deliver flowers. It is best that you look for a florist near your place or to the recipient.

Selasa, 27 Ogos 2019

Kenapa pilih produk Himalaya: Bowel Wellness dan Women Wellnes

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang jarang ambik supplemen, tapi sejak umur dah masuk 40an bagi Mas penting jugak untuk amalkan pengambilan supplemen ni. Bukannya kita nak bergantung 100% padanya, tapi sebagai makanan tambahan untuk kesihatan tubuh badan kita. 

3 minggu lepas Mas ada cuba amalkan ambik 2 supplemen dari Himalaya Wellness ni, iaitu Bowel Wellness dan Women Wellness. Kenapa Mas pilih produk Himalaya sebab Mas dah pernah guna beberapa produk Himalaya, ternyata ianya bagus dan serasi dengan Mas. Lagi satu produk Himalaya Wellness ni tiada campuran, boleh tengok label No Added tu. Pastu dijamin HALAL dan 100% bahan semulajadi! 


Masalah susah membuang?
Korang ada tak hadapi masalah susah nak membuang, Mas ni kadang² tu ada jugak kalau terlebih makan macam² atau tersalah makan. Bila susah tu perut rasa tak selesa sangat, rasa kembung dan sebu je.

Biasanya Mas minum Green Tea untuk lawas dan setiap hari banyakkan pengambilan makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan. Cuma kadang tu ada masa perut meragam, maka susahlah nak lawas. Jadi masalah tu memang mengganggu perut dan sistem penghadaman pun kurang memuaskan.



Bila tahu pasal produk Bowel Wellness ni teruslah Mas cuba. Ramuan Triphala di dalamnya dapat membantu aliran usus normal. Jadi kalau susah nak membuang Mas akan ambik 1-2 bijik kapsul selepas makan dan alhamdulillah esok paginya akan lawas membuang. Tapi penting bila makan supplemen ni kena minum air secukupnya!

Antara kebaikaan lain adalah:
1. Melegakan perasaan sembelit
2. Membantu proses perkumuhan usus
3. Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus
4. Melancarkan sistem pencernaan serta bertindak sebagai anti bakteria


Badan bertenaga dengan Women Wellness
Sebagai ibu dan wanita bekerjaya Mas kena sentiasa sihat dan cergas, lagilah di usia dah 40an ni kesihatan tu amat penting. Selain jaga pemakanan bagi Mas pengambilan supplemen untuk kesihatan dalaman jugak penting. 

Jadi pengambilan kapsul Women Wellness ni sangat membantu, ia dapat mengurangkan keletihan serta mengimbangkan hormon untuk wanita. Walaupun Mas bangun seawal jam 4 pagi setiap hari, pastu bekerja lebih kurang 10 jam di pejabat dan memandu 70km pergi balik kerja tapi Mas masih bertenaga bila di rumah. Takdelah badan rasa letih dan lesu sangat! 

Pastu kandungan Shatavari di dalamnya sangat bagus untuk ibu yang melahirkan anak dan memyusukan anak. Antara kelebihannya:
1. Membantu memulihkan badan ibu selepas proses melahirkan
2. Membantu ibu baru untuk menyusukan anak
3. Menggalakkan pertambahan susu ibu
4. Bertindak sebagai milk booster



Haaa sebagai milk booster ni memang Mas akui sebabnya Mas masih menyusukan Aiyra dengan susu badan walaupun dia dah minum susu formula. Tapi susu Mas tetap ada dan Aiyra masih dapat menyusu dengan puas kalau dia tak minum susu botol. 

Jadi kalau korang nak cari supplemen yang sesuai sebagai makanan kesihatan bolehlah pilih produk Bowel Wellness dan Women Wellness dari Himalaya. Ia boleh dibeli kat butik² Himalaya, farmasi, Watsons atau secara online di Shopee. Pastu untuk info lebih lanjut boleh layari laman sosial media Himalaya Malaysia.

Instagram: @himalayamalaysia

Isnin, 26 Ogos 2019

Buat spek murah di Kedai Spek Viral

Assalamualaikum...(^ ^)

Cermin mata ni umpama nyawa Mas kalau kat rumah, kalau takde memang terbataslah penglihatan. Tak akanlah kat rumah nak pakai contact lens jugak kan? 

Baru² ni Mas ada kongsikan kat Instagram yang dua² spek kesayangan dah rosak gara² si Aiyra, dipijaknya sampai satu patah bingkai dan satu lagi hilang sebelah cermin. Hadoiii memang tak agak² perangai dia ni, suka hati je dok pijak spek mama tanpa rasa bersalah. Nasiblah ada spek spare, tapi spek tu power dia tak sama dengan dua² spek lama tu. Jadi kalau pakai memang rasa tak selesa!


Jadi Sabtu lepas tercapailah hajat nak buat cermin mata baru, yelah dah gaji kan? Nak pulak tengok ramai kawan² kongsi pasal Kedai Spek Mata Viral No.1 kat Sungei Wang Plaza tu. Katanya harga spek kat situ murah dan berbaloi, haaa memang terujalah Mas nak pergi. Jauh sikit takpe janji dapat spek berkualiti dengan harga murah!

Kedai Spek Viral - Eye Pro Vision
Haaa inilah kedainya, Eye Pro Vision yang terletak di level G111 kat Sungei Wang Plaza. Mas sampai seawal jam 11.30 pagi dan tak sangka sangat masa tu dah ramai pelanggan, ingatkan masih awal takde pelanggan lagi. Melangkah je masuk kat dalam kedai tu terus rasa teruja, sebabnya banyak gila pilihan bingkai. Ada lebih kurang 2000 jenis pilihan bingkai dari pelbagai design dan macam² warna, serius rambang mata oiii nak pilih! 



Layanan staf terbaik dan professional
Pastu layanan dari staf kat situ memang terbaik sangat, kita melangkah je masuk mereka terus tegur dan bantu kita untuk memilih bingkai yang terbaik. Tak lokek dengan senyuman, mereka memberi penerangan yang jelas kepada semua pelanggan. Walaupun ramai tapi layanan tetap diberi dengan baik, memang servis tip top sangat! Mas pulak rasa beruntung sangat sebab dilayan oleh William dengan bagus dari mula memilih bingkai sehingga spek mata siap. 

thanks William!

Lens Alpha Blue 420 terbaik!
Lagi satu apa yang best tentang kedai ni ialah lens yang digunakan, iaitu lens Alpha Blue 420. Lens ni anti silau, sesuai untuk pemanduan di waktu malam, dapat lindungi mata bila tengok handphone lama² dan tahan lasak. Harganya pun sangat murah dan berbaloi, bingkai + lens Alpha Blue 420 hanya bermula dari RM125 sahaja. Haaa mana nak dapat kat kedai lain tau! Korang boleh tonton video ni untuk tengok kelebihan lens Alpha Blue tu! 


Serius Mas memang rekemen sangat kat korang yang nak buat spek baru tu pergi ke kedai Eye Pro Vision ni, murah + berbaloi + puashati sangat. Servis tip top, layanan staf pun memuaskan hati dan banyak membantu pelanggan, penerangan jelas jugak akan diberikan oleh staf yang berpengalaman. Pastu nak tunggu siap pun tak lama, hanya 1 jam sahaja spek dah siap! Haaa teruja tak?


Lagi sekali Mas nak bagitau, mana nak dapat spek murah, bingkai + lens Alpha Blue 420 hanya RM125 sahaja, haaa cepat² korang datang je Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza. Pasti puashati dan berbaloi², tengoklah video tu camne terujanya Mas bila dapat spek baru! 

Untuk maklumat lanjut:

Eye Pro Vision
Alamat: G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
11.00 pagi hingga 9.00 malam



Isnin, 19 Ogos 2019

Aiyra discaj Klinik Pediatrik

Assalamualaikum...(^ ^)

Bagi yang baca blog Mas dan ikut cerita pasal perkembangan Aiyra, pasti tahu yang dia ada masalah hypo/gula rendah dan jantung semasa lahir. Sejak dia discaj dari NICU masa umur 6 hari, memang dia sentiasa kena follow up dengan Pakar Pediatrik. Rasanya lebih kurang 10 kali temujanji termasuk yang hari ni.


Seperti biasa sebelum pergi Mas sentiasa doa semoga ini adalah appointment terakhir, bukannya apa kalau pergi hospital ni ambik masa yang lama menunggu. Itu je sebenarnya, bukan Mas rasa susah sentiasa kena bawak dia jumpa doktor. Demi kesihatan dan tumbesaran dia Mas sanggup lakukan apa saja.

Semalam doktor Pakar berpuashati dengan peningkatan tumbesaran dia, berat naik dan BMI pun ok. Pastu doktor pun berpuashati dengan perkembangan dia, apa yang doktor cakap dia faham dan apa yang doktor suruh dia boleh buat. Jadi doktor cakap dia membesar dengan sihat dan normal, takde masalah apa² dah.


Lega Mas bila doktor cakap camtu dan paling lega bila doktor cakap "Aiyra dah boleh dicaj dari Klinik Pediatrik!" Fuhhh syukur sangat, bermakna lepas ni dah takde appointment hospital lagi. Alhamdulillah syukur sangat, Allah mudahkan segalanya. Moga lepas ni Aiyra membesar dengan sihat!

Jumaat, 16 Ogos 2019

Hilangkan parut dengan Minyak Vitamin E Cosmoderm

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah nak kongsi pasal Minyak Vitamin E Cosmoderm ni tapi mood menulis ke lautan Atlantik perginya, hahahaa! Jadi hari ni Mas nak kongsikan pasal kelebihan minyak ni untuk pulihkan dan hilangkan parut dengan berkesan.


Kalau korang ingat Mas pernah cerita pasal Aiyra kemalangan jatuh motor, dan akibat kemalangan tu luka kat muka dan tangan dia agak teruk. Bila luka tu dah beransur pulih memang meninggalkan kesan parut, walaupun parut tu tak ketara sangat tapi tetap nampak. Memang akan hilang sebab kulit kanak² masih muda kan, tapi akan memakan masa jugak. 

Tapi nasib Mas baik, Ben Ashaari ada bagitau suruh Mas gunakan Minyak Vitamin E dari Cosmoderm ni, katanya ia sangat berkesan untuk hilangkan parut. Mas pun terujalah nak cuba, sebab Mas tahu produk² Cosmoderm semuanya bagus dan dijamin halal tau. Jadi boleh digunakan tanpa rasa was-was!

Minyak Vitamin E Cosmoderm ni diperbuat dari bahan² semulajadi iaitu Vitamin E Oil, Roseship Oil dan Fruit Extarct. Kelebihannya dapat membantu mengurangkan kesan regangan dan parut pembedahan atau kemalangan di wajah dan badan. Pastu ia jugak dapat membantu merawat bibir merekah dan kesan lecur. 



Inilah kesannya pada parut muka dan tangan Aiyra selepas seminggu Mas gunakan minyak ni, nampak semakin berkurangan. Untuk hilangkan terus parutnya kenalah guna secara konsisten, sapu 2 kali setiap hari selepas mandi. Nak guna pun senang je, lepas kulit dibersihkan dengan sempurna terus sapu 2-3 titik kat tempat parut tu dan urut perlahan-lahan. 

Kalau nak beli minyak ni boleh dapatkan secara online di website Cosmoderm, hanya cuma RM49.90 untuk botol 30ml.


Isnin, 5 Ogos 2019

Selamat Ulangtahun Arfan!

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Lahir Arfan!

Moga jadi anak yang soleh dan abang yang terbaik untuk adik². Berjaya dalam pelajaran dan hidup serta dunia dan akhirat.


Haaa kalau ikutkan birthday dia hari Sabtu lepas tapi disebabkan mamanya ni hampir lupa hari jadi anak maka entri pun lupa nak tulis. Ya Allah memang hampir terlupa, nasiblah si Airis yang dok sibuk tanya Mas tak beli kek ke? Pelik jugak tetiba suruh beli kek, sekali dia cakap "Laaa mama ni, hari ni kan birthday abang Arfan!" Hehehee, barulah mama teringat.

Jadi terus suruh husband belikan kek untuk dia, bagi dia rasa seronok diraikan. Takde pun kami buat majlis meriah bagai, cukuplah sekadar ingatan dan potong kek bagi anak² makan. Mereka ni dapat camtu pun dah rasa gembira, tak perlu majlis hari jadi sangat. Lagi pun anak² Mas memang tak pernah raikan birthday dengan buat majlis² ni. Bukan tak menghargai tapi kami buat ikut apa yang kami mampu! 

Takdelah Mas cakap salah kalau nak buat birthday party untuk anak², boleh je jika kita mampu. Setahun sekali raikan anak, apa yang salahnya kan? Tapi biarlah kita buat ikut cara dan kemampuan kita sendiri, tak perlu ikut apa yang orang lain buat. Cara Mas camtu je, bawak anak² pergi makan dan belikan kek. Pastu belilah hadiah untuk kenangan! 


Untuk burthday Arfan ni, Mas memang tak bawak anak² keluar makan lagi sebab bajet tak mencukupi. Tengoklah Raya Haji nanti ke kalau ada rezeki, masak special sikit untuk anak² makan. Kalau ada bajet lebih, bawak je mereka makan kat luar.

Happy Birthday Arfan! Mama, babah, kakak, Airis dan Aiyra sayang kamu.

Khamis, 1 Ogos 2019

Jarang dah update blog!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa ramai jugak yang tanya, Mas dah jarang update blog ke sekarang. Mana taknya kalau tahun lepas setiap hari pembaca akan tengok entri Mas, mesti akan muncul. Kalau tak menulis satu hari tu rasa tak lengkap je rasa!


Tapi sejak masuk tahun 2019 ni entah kenapa Mas jarang sangat menulis, susah nak cakap kenapa. Padahal kadang idea tu ada tapi nak mulakan mengarang tu macam takde mood je, pastu terus tak menulis sampai berhari². Kadang² tu bila ada semangat nak menulis, kekangan masa pulak. Haihhh banyak alasan kan, hahahaa!

Pastu ada masa tu, tiba je bulan baru nekad nak konsisten menulis setiap hari. Tapi bila lepas 2-3 hari rajin, tetiba mood ke laut. Itu yang sebulan tak sampai 10 entri pun, macam bulan Julai ada 4 entri je. Jumlah entri tahun 2019 pun tak sampai 100 lagi, baru 69 entri je. Rasa sedih jugak bila tengok, sebab kalau nak dibandingkan dengan tahun² sebelumnya semua cecah 200 lebih entri untuk setahun.

Sebab itulah Mas dah jarang sangat ambik job blogger, sebab Mas tahu blog dah jarang update. Rasa macam tak sedap hatilah kan, blog malas update tapi bila ada job kaut jugak. Yelah kesian kat client kan, dia mesti bagi job sebab blog kita ramai pembaca. Ni bila dah jarang update mestilah pembaca pun kurang, sebab itulah Mas malas nak ambik entri kerja sangat. Tunggu dah selalu menulis nanti, baru aktif semula!

Harap bermula bulan Ogos ni, Mas kembali aktif semula berblog. Memang nak cuba rajin seperti dulu, sayang blog ni berkubur begitu je. Moga Mas akan semangat dan istiqomah untuk menulis setiap seperti dulu!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com