Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 15 Julai 2019

Kisah Aiyra jatuh motor!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah seminggu kejadian ni berlaku, tapi Mas nak jugaklah cerita kat sini sebagai peringatan dan pengajaran. Yelah bercakap tentang kecuaian ni kadang kita tak duga, berhati² camne pun kalau benda nak jadi ia akan jadi jugak. Semua tu dah ketentuan Allah!


Kisah ni berlaku pada 6/7/19, masa tu husband bekerja jadi Mas di rumah dengan anak² je. Pastu si kakak nak pergi kedai, jadi Mas pun suruhlah dia belikan barang jugak. Atikah ni memang dah biasa pergi kedai naik motor dan kadang tu bawak jugak adik dia, jadi Mas beranilah biarkan dia pergi. Cuma sebelum dia pergi Mas dah pesan suruh pergi kedai yang biasa pergi, kedai tu dekat je dengan rumah. Kalau kedai tu tutup Mas pesan tak perlu ke kedai lain. Tapi entah kenapa hari kejadian tu dia berani ke kedai yang lebih jauh!

Masa nak pergi tu memang Aiyra nak mengikut, Mas nak larang sebenarnya tapi entah kenapa mulut tak tercakap. Mas biar je dia pergi ikut kakaknya, Arfan pun ikut jugak. Nasiblah si Airis tengah mandi, kalau tak mesti dia pun nak ikut. Tapi sebelum mereka pergi Mas sempat pesan jangan bawak motor laju², cuma lepas mereka pergi tetiba hati rasa tak sedap je!

Lepas ½ jam mereka pergi Mas dah rasa lain, kenapalah pergi kedai dekat je tapi lambat sangat balik. Mas telefon Atikah banyak kali tapi dia tak jawap, haihhh masa tu hati dah risau sangat. Tengah dok kalut tu sekali dengar orang buka pintu, terus Mas meluru keluar dari bilik. Sekali nampak Atikah dok dukung Aiyra yang dah lembik dan cakap "Mama kami jatuh motor!"

keadaan luka hari 1 dan 2

Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan Mas masa tu. Mengigil satu badan tengok keadaan Aiyra, dengan muka dan tangan berdarahnya. Terjerit² dok tanya kakak kenapa boleh jadi camtu, dia pun dok gigil² nak jawap! Tak fikir panjang dah masa tu, terus telefon husband suruh balik. Pastu terus bawak Aiyra ke kecemasan KK Salak, tapi disebabkan keadaan hidung Aiyra nampak macam patah KK suruh refer ke hospital. Mereka buat refer letter dan cepat² kami ke kecemasan Hospital Putrajaya.

Sampai kat sana memang tak tunggu lama, lepas daftar terus dapat jumpa doktor. Lega lepas doktor bagitahu takde kecederaan serius, hidung Aiyra tak patah dan takde pendarahan dalaman. Cuma luka yang agak teruk kat siku tangan kiri dan luka terkoyak kat tepi hidung. Kakak dan Arfan pun alhamdulillah takde luka yang serius jugak, cuma luka² kecik je kat kaki.


Mas syukur sangat, Allah lindungi anak² Mas. Apa yang dah jadi Mas tak salahkan Atikah, Mas tahu dia pun terkejut dan trauma dengan apa yang dah jadi. Yelah adiknya cedera paling teruk kan, mana dia tak trauma. Nak marah dia pun tak guna, benda dah nak jadi kan? Janji mereka 3 beradik selamat dan takde perkara yang serius terjadi. Cuma lepas ni Mas dan dia kena lebih berhati² dan beringat!

Sekarang Aiyra dah pulih, luka kat muka dan tangan pun dah baik sepenuhnya. Nasiblah luka kat muka dia tak berparut teruk, cuma kat tangan jelah berparut besar sikit sebab lukanya agak teruk. Aiyra pun dah ceria dan takde alami trauma! 

hari ke 9, dah makin baik lukanya


3 ulasan:

  1. Semoga Aiyra cepat sembuh seperti sediakala.. Anak2 saya pun haritu jatuh motor dengan anak pengasuh masa otw balik sekolah.. Alhamdulillah tak serius.. Tapi gigil2 juga la badan bila dengar berita di opis

    BalasPadam
  2. Subhanallah!.. setiap apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Semoga parut di badan aiyra cepat hilang. lepas kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Sabar ya Kak Mas. Allah nak uji kita dari segenap sudut. Sabar tu besar pahalanya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com