Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 15 April 2020

UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM tangguh

Assalamualaikum...(^ ^)

Inilah yang pernah Mas cakap dengan anak², sepatutnya peperiksaan UPSR, PT3 tak perlu buat dan cuma SPM jer dibuat lewat sikit dari sepatutnya. Haaa akhirnya apa yang Mas pernah cakap terjadi jugak, terima kasih KPM!


Memang sewajarnya peperiksaan tu dibatalkan sebab ia bukanlah peperiksaan penting, malah tak jejaskan pun prestasi anak². Tau memang ada segelintir ibu bapa tak bersetuju, takut anaknya tak dapat masuk kemana² asrama penuh selepas tahun 6 atau tingkatan 3. Bagi mereka ni akademi lebih utama.

Ya memang tidak dinafikan tapi bagi Mas buat masa sekarang ni kesihatan adalah lebih utama, kalau tak sihat camne nak sekolah kan? Sanggup ke kita nak bahayakan nyawa anak² demi nak mereka ambik peperiksaan, berbaloi ke di waktu wabak tengah melanda ni! Jadi biarlah wabak ni dah betul² dihapuskan baru kita fikir pasal akademik anak².

Lagi pun pihak KPM dah bagitau akan perkenalkan kaedah baharu bagi tujuan pemilihan kemasukan ke SBP atau MRSM. Jadi tak perlulah ibu bapa terlalu risau, Insya Allah dipermudahkan urusan anak² nanti!

Macam Mas hanya kakak Atikah jer yang akan hadapi peperiksaan SPM tahun ni Dia pun rasa lega bila SPM ditangguh ke awal tahun depan, bolehlah dia buat persedian lebih sikit. Dia pun ada cakap macam tak bersedia nak periksa bulan 11 tahun ni, yelah dah lama tak belajar kat sekolah. Sekurangnya bila SPM tangguh dapat ulangkaji lebih banyak lagi.

Sekolah pun kita tak tahu akan dibuka bila kan, mungkin lepas bulan Jun atau langsung tak sekolah tahun ni. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk anak², dan mereka dapat belajar semula seperti sediakala!

Selasa, 14 April 2020

Donut Pelangi

Assalamualaikum...(^ ^)

Anak² Mas memang suka makan donut, cuma mamanya jer yang malas nak buat. Tapi bila kena PKP ni rajinlah nak menguli tepung, maka terhasil Donut Pelangi gebu + cantik + sedap ni. Hehehee terpuji diri sendiri pulak!


Mas buat memang uli guna tangan jer, takde mixer kan? Pastu cara buat mungkin berbeza dengan orang lain tapi inilah resepi Mas, setakat ni buat menjadi elok donutnya.

Bahan-bahan Donut Pelangi
2-3 cawan tepung gandum
3 sudu besar planta
1 pek Mauripan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar susu pekat manis
Air secukupnya

Cara² membuatnya
1. Campurkan semua bahan kecuali air dan gaul sehingga menjadi sebati. Mauripan tu Mas bubuh camtu jer, takde pun bancuh dengan air bagi kembang.


2. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh yang tak melekat kat tangan. Doh ni Mas uli lebih kurang ½ jam.

3. Bila doh dah cantik, bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan yang asal, 1 ditambah pewarna merah dan 1 pewarna hijau. Uli bagi warna sebati dengan doh.

4. Pastu cantumkan 3 doh sekali dan uli supaya ketiga² doh bercampur dan menjadi warna seakan pelangi. Kemudian buatlah bentuk donut dam rehatkan ia sehingga kembang selama lebih kurang 45 minit.


5. Bila donut dah kembang, goreng  sehingga kekuningan. Gunakan api sederhana supaya donut tidak hangus. Dah siap bolehlah digaul dengan gula. Haaa berebut anak² makan!

Selamat mencuba!

Isnin, 13 April 2020

PKP dilanjutkan ke Fasa 3

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang dah agak akan bersambung, sebab rantaian jangkitan Covid-19 masih belum putus. Pastu jumlah kes pun makin meningkat, jadi elok sangtlah PKP ni dilanjutkan.


Lagipun Mas tengok masih ramai yang berdegil tak nak kekal duduk di rumah, ada saja alasan nak keluar walaupun tanpa urusan penting. Mas yang kena kerja secara giliran ni pun kalau ikutkan malas nak keluar, duduk kat rumah lagi seronok. Dapat luangkan masa dengan anak², dapat masak macam² menu, dapat pantau anak² belajar dan macam² lagi. Nak bangun lewat sikit kalau tidur lepas Subuh pun boleh!

Esok hari terakhir PKP Fasa 2, dan harap sangat pihak berkuasa perketatkan tindakan ke atas mereka yang ingkar. Mas tengok lagi nak habis PKP Fasa 2 ni lagi ramai orang berpusu² keluar, seolah tak kisah jer. Lagilah kerajaan nak bagi kelonggaran sesetengah industri boleh beroperasi, haihhh tak boleh bayangkan lagi ramai yang akan ingkar perintah.


Nasiblah kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan salun kecantikan dah dibatalkan kebenaran beroperasi, kalau tak berpusu² lah orang nak ketiga² kedai ni. Mesti jarak sosial tak jaga, pastu peralatan yang digunakan pun dikhuatiri tak bersih dan bakal mengundang virus untuk melekat. Musim wabak Covid ni buat jelah salun sendiri kat rumah, dan kalau ada mesin rambut boleh jer potong sendiri.

Pastu tindakan tak benarkan bazar Ramadan beroperasi pun adalah tindakan yang bagus, dapatlah elakkan orang dari berkumpul ramai². Macam Mas tak kisah pun ada ke takde bazar sebab dah hampir 10 tahun tak jejak kaki kat bazar Ramadan ni. Ikutkan memang kesian dekat peniaga² tapi kesihatan semua lebih penting kan? Cuma katanya akan ada e-bazar, haaa dapatlah bantu peniaga² ni!

Moga dengan bermulanya PKP Fasa 3 pada 15hb nanti, semua rakyat Malaysia akan lebih beri kerjasama. Janganlah keluar sesuka hati tanpa tujuan yang penting, kesianlah dekat semua barisan hadapan yang 24 jam kena bekerja. Sama² kita putuskan rantaian dan hapuskan Covid-19!

Rabu, 8 April 2020

Cekodok Roti Gandum

Assalamualaikum...(^ ^)

Sepanjang PKP ni antara menu sarapan yang paling laku ialah Cekodok atau Jemput², haaa kalau buat tu berebut masing² makan. Baru² ni Mas cubalah buat Cekodok Roti Gandum sebab nak habiskan roti gandum, yelah roti tu Mas sorang jer makan. Jadi sebelum expired date Mas buatlah cekodok, jadi takdelah membazir kan?

Anak² pun berselera makan, walaupun hakikatnya diaorang tak makan pun roti gandum. Bila dah buat cekodok, sedaplah pulak. Ini Mas kongsikan resepinya, mudah sangat!


Bahan-bahan Cekodok Roti Gandum
2-3 cawan tepung gandum
3-4 keping roti gandum (koyak-koyakkan)
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Air secukupnya

Cara² membuatnya
1. Campurkan semua bahan² dan kacau hingga sebati, pastu masukkan air dan bancuh sehingga aduan sebati. Macam Mas suka bancuh agak cair sikit supaya bila goreng ia tak keras. Kalau nak tambah sayur macam lobak atau daun bawang pun boleh, ikut suka.


2. Pastu goreng atas api sederhana sehingga kuning keemasan, garing sikit lagi sedap. Haaa boleh makan dengan Sambal Sardin, ranggup di luar dan lembut di dalam.

Cubalah korang buat daripada roti tu expired camtu jer, mesti anak² suka!


Selasa, 7 April 2020

Tugasan aktiviti belajar di rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak PKP ni dah 2 minggu Aiyra tak ke taska, dan Mas tahu dia rindu sebab hari² tanya bila boleh pergi taska. Awal PKP dulu memang taska KKM bukak, tapi lepas ada kes positif Covid-19 di Ibu Pejabat KKM terus taska diarah tutup.


Nasiblah Mas pun bekerja dari rumah 2 minggu, dapatlah Mas jaga dia kat rumah. Esok sampai 14/4 Mas dah kembali bertugas, jadi husband lah jaga kalau dia tak bertugas syif siang. Untung jugaklah husband bertugas syif, takdelah risau sangat nak tinggal anak² kat rumah bila Mas kena bertugas.

Sambung balik cerita pasal Aiyra rindu taska, ye memang dia tak sabar nak kembali ke taska. Selalu tanya bila taska buka, nak jumpa teacher, nak jumpa kawan² dan nak main taman. Jadi nak hilangkan rasa rindu tu ada jugaklah cikgu dia ajak sertai aplikasi video, dapatlah Aiyra live dengan cikgu.


Pastu mula 1 April hari tu cikgu taska ada bagi tugasan aktiviti untuk belajar di rumah, haaa seronoklah Aiyra bila cakap cikgu suruh belajar. Inilah antara tugasan yang taska bagi dari 1/4 hingga hari ni.
1. Mengenal jenis sayur-sayuran
2. Mengenal sifat bahan
3. Mengenal warna melalui Matching Game
4. Membezakan warna melalui aktiviti Sepit Sama Warna
5. Memadankan warna melalui aktiviti Mana Warna Ni?



Haaa menarik tugasannya, jadi Mas kena rakam video setiap aktiviti yang Aiyra buat dan hantar pada cikgu taska. Nasiblah Aiyra bagi kerjasama sebab dia rasa seronok dapat belajar benda baru, dia ikut je apa Mas suruh. Lagi satu dapatlah dia mengenal jenis sayur, sifat bahan² dan mengenal warna. Cuma Aiyra dapat buat sampai tugasan 3 je, sebab untuk tugasan 4 dan 5 tak cukup bahan.

Untuk esok Mas akan tengok tugasan apa yang cikgu bagi, kalau ada bahan bolehlah suruh kakak dia ajarkan sebab Mas dah kerja esok. Aiyra pun dok tanya jugak ni bila nak belajar lagi, yelah dia rasa seronok kan? Ni Mas kongsikan 3 video aktiviti² yang sempat Aiyra buat!

Aktiviti 1: Mengenal sayur-sayuran

Aktiviti 2: Mengenal sifat bahan

Aktiviti 3: Mengenal warna - Matching Games

Rabu, 1 April 2020

Roti Puri

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sepanjang PKP ni ada jer makanan yang husband suruh buat, kemain dia punya teringin tu kalah orang mengidam. Hehehee!


Tapi bagus jugaklah, boleh Mas belajar masak macam² kan? Kalau tak entah bilalah nak buat, yelah bila dah sibuk bekerja memang jarang sangat nak masak macam². Jadi semalam husband teringin nak makan Roti Puri, dia siap bagi resepi lagi. Bila tengok resepi takdelah susah sangat, bahan pun tak banyak dan cara nak buat pun mudah. Ini Mas kongsikan resepi!

Bahan-bahan Roti Puri
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering (Mas guna mauripan)
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
½ cawan air suam (tambah jika perlu)
Secubit garam

Cara² membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan kecuali air, gaul rata sehingga menjadi seperti bread crumb.

2. Kemudian masukkan air dan uli hingga sebati, air boleh ditambah sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. 


4. Perapkan doh selama 30 minit. Selepas 30 minit doh akan kembang, jadi uli sekejap. Pastu bulat²kan doh dan canaikan menjadi leper menggunakan 2 helai plastik.



5. Panaskan minyak, pastikan minyak banyak sehingga roti boleh tenggelam. Goreng roti sambil curahkan minyak ke atas roti supaya roti menjadi kembong dengan elok. Pastikan minyak tidak terlalu panas yer!

Alhamdulillah menjadi percubaan pertama Mas buat Roti Puri, walaupun hakikatnya dok gaduh laki bini kat dapur kenapa husband goreng ada yang kembong ada yang tak. Hehehee, kelakar betul. Tapi sedap tau, kami makan dengan Sambal Ikan Bilis. 


Korang kena cuba tau!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com