Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Januari 2012

Video promo Chinese New Year dari Petronas

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya masih belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Walaupun seminggu telah berlalu tetapi pihak Petronas sudah pastinya akan menyediakan video promo untuk perayaan Tahun Baru Cina 2012. Kebiasaannya video promo yang dibuat oleh pihak Petronas mesti menyampaikan mesej yang berguna. 

Bagi tahun 2012 ini "Coming Home" menjadi TV Comercial dari Petronas. Pengambaran bagi video ini diadakan di beberapa buah negara seperti Malaysia, England, Belgium, China dan India. Ia mengisahkan 6 individu yang berbeza menetap di negara yang berbeza serta mempunyai cara hidup yang berbeza. Tetapi mereka tetap tidak lupa pada asal usul dan tradisi hidup yang sebenar.

Salah satu kisah dalam video tersebut ialah seorang doktor gigi yang tinggal di kawasan pendalaman India terpaksa menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya melalui Skype. Ini menunjukkan walaupun terpisah jauh tetapi hubungan kekeluargaan dan tradisi perayaan itu tidak dilupakan.

Jom sama² kita saksikan video promo tersebut, memang sangat menarik!


Selain daripada video promo tersebut, pihak Petronas jugak telah menjemput pihak media dan jugak para blogger ke majlis Pra Tonton Istimewa sempena mempromosikan Kempen Petronas Tahun Baru Cina pada 17 Januari yang lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Galeri Petronas KLCC dan dirasmikan oleh Pengurus Kanan Petronas, Dato' Mohammad Medan Abdullah. Di sini Mas kongsikan beberapa gambar sekitar majlis tersebut.





Di samping itu pihak Petronas jugak ada menganjurkan CNY Photography Contest. Peserta hanya perlu upload gambar yang bertemakan "Reimagining Energy". Contest ini bermula dari 17 Januari hingga 12 Februari 2012. Untuk menyertai contest ini boleh ke page CNY Photo Contest. 

Jangan lupa untuk like page Petronas untuk mengetahui maklumat lanjut.

Kelemahan wanita terhadap rasa dan kehendak

Assalamualaikum...(^ ^)


Kenapa selalu dikaitkan wanita dengan insan yang lemah, sebab wanita ni memang ada kelemahan dia. Tapi bukan lemah dari segi mental dan fizikal, cuma lemah dalam melawan rasa dan kehendak terhadap beberapa perkara. 

Sebagai wanita memang Mas akui akan kelemahan ni, kadang² susah nak lawan semua tu. Apa dia kelemahan tu, jom kita tengok sama². Siapa yang rasa dirinya wanita tu janganlah tak nak mengaku pulak, dah memang ini kelemahan kita.

Kelemahan yang ketara, pantang tengok ada sale. Wanita mana tak suka sale, sila angkat tangan! Mesti takde kan? Haruslah suka, nak pulak sale seperti handbag, kasut, baju dan aksesori. Tak kisah berhabis duit demi nak pulun beli, bila duit dah habis baru nak mengeluh. Memang susah nak kawal nafsu kalau tengok sale ni, Mas pun sama.

Ini pun kelemahan jugak, mudah sangat terpengaruh. Maksudnya terpengaruh dengan sikap dan perwatakan orang lain. Misalnya tengok orang pakai pakaian mahal², kita pun nak ikut. Padahal kita takde kewangan yang cukup pun nak beli pakaian tu. Tapi terpengaruh punya pasal, kita sanggupkan jugak. Kadang² Mas terpengaruh jugak, tapi takdelah sampai nak beli. Memang tahu diri tak mampu.

Lagi satu kelemahan, mudah merajuk tak tentu pasal. Ini lebih merujuk pada diri sendirilah. Kadang² tu hal yang terjadi takde serius mana pun, tapi nak jugak merajuk. Saja nak dapat perhatian lebih dan nak husband pujuk. Husband Mas memang lemah kalau bab² merajuk ni sebab dia tak suka pujuk. Tapi nak buat camne kan, itulah kelemahan wanita.

Ada lagi tak? Ada lagi sebenarnya tapi ini saja yang Mas nak kongsikan. Bagi Mas biarlah kita lemah terhadap perkara sebegini daripada kita lemah dalam melawan hawa nafsu yang menjurus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Isnin, 30 Januari 2012

Ikut cakap anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Pernah tengok tak mak ayah yang ikut cakap anak dia 100%. Apa yang anak dia suruh, dibuatnya. Apa yang anak dia cakap, diikutnya. Anaknya marah ke, anaknya mengamuk ke tetap dilayan karenah anak tu. Sampai kan semuanya macam ikut telunjuk anak dia je.

Mas pernah tengok orang camni, apa anak cakap pasti dia akan ikut. Tak pernah sekali pun dia marah anaknya kalau budak tu buat perangai. Pernah sekali Mas tengok anak dia siap pukul kepala ayahnya dan tarik tudung maknya, sebab mak ayah dia pergi ambil adik dulu kat pengasuh pastu baru ambik dia kat kelas agama. Budak tu tak mahu camtu, mesti ambik dia dulu baru ambik adiknya.

Kalau Maslah, anak camtu memang siaplah kena. Bukannya nak pukul dan marah tak tentu pasal, tapi memang patut kita marah kan? Tak kanlah mak ayah pulak nak ikut cakap dia 100%, macam dia pulak lebih besar dan dewasa. Mak ayah macam orang asing bagi dia. Dahlah budak lagi, baru umur 8 tahun.

Kita sebagai mak ayah boleh nak ikut cakap dan kehendak anak, tapi biarlah sekali sekala dan atas sebab yang musabab. Ada kepentingan dan keperluan kita dengar cakap anak, tapi kalau setakat nak dengar dia merengek² minta mainan ke, minta itu ini ke, jangan diturutkan. Nanti jadi macam kes kat atas, anak sanggup pukul dan marah mak ayah sesuka hati.

Nak sayang anak dan manjakan anak bukan camtu caranya, biarlah dengan didikan yang penuh kasih sayang dan ada ketegasan di dalamnya.

Batuk berpanjangan

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah memang Mas tak tahan sangat, dah nak genap sebulan batuk. Mula dari 1/1/12 sampailah ke hari ni, masih tak baik batuknya. Rasanya ubat batuk dah 2-3 botol habis dimakan, tapi tetap camtu. Nak kata makan tak pantang takdelah sangat. Air manis atau ais batu memang Mas tak sentuh pun, hari² dok teguk air kosong je.

Mungkin sekarang musim batuk selsema, sebab kat pejabat Mas ramai jugak yang batuk. Biasalah cuaca tak menentu, hujan panas setiap hari. Sebab itulah kita kena minum air kosong banyak², pastu elakkan duduk dalam aircond terlalu lama. Tapi kalau kat pejabat memang Mas tak dapat nak elakkan, memang lebih kurang 8 jam dok dalam aircond.

Pastu ditambah dengan aircond kereta rosak, cooling coil bocor. Jadi gas aircond lepas bebas dalam kereta, dan taukeh kedai aircond cakap memang gas bocor boleh sebabkan batuk teruk. Nasib baik kami dapat kesan lebih awal, kalau tidak makin teruk batuknya. Boleh jadi batuk kering nanti. Taukeh tu pun cakap, gas aircond memang bahaya. Alhamdulillah nasib tak kena pada anak².

Setakat ni batuk Mas belum baik lagi, paling teruk batuknya bila waktu pagi dan malam. Memang senak dada dibuatnya. Nampaknya lepas ni kena cuba cara tradisional yang arwah mak ajar dulu, minum air rendaman buah kembang semangkuk.

Memang mujarab! Mas pernah cuba, tapi baru hari ni teringat pasal cara ni.


Ahad, 29 Januari 2012

Terima kelemahan diri

Assalamualaikum...(^ ^)


"Kenapalah aku tak dilahirkan sebagai wanita yang cantik? Walaupun aku pandai tapi kalau tak cantik ada ke orang nak pandang aku?"

Jangan anggap kelemahan diri satu ketidaksempurnaan. Semua manusia tak sempurna sepenuhnya dan ada kelemahan diri masing². Mungkin kita tak cantik luaran tapi kalau dalaman kita cantik itu satu kelebihan jugak. Biasanya kelemahan diri akan seimbang dengan kelebihan kita.

Terima kelemahan diri seadanya, jangan jadikan kelemahan itu sebagai titik hitam dalam hidup. Jadikan ia sebagai pendorong untuk kita lebih menghargai kehidupan. Kalau kita sempurna segalanya dikhuatiri akan riak dan takbur. Sebab itulah Allah jadikan kita makhluk yang ada kelemahan dan kelebihan, supaya kita lebih bersyukur dengan hidup ini.

Allah jugak tak jadikan kita makhluk yang lemah segala-galanya, takut nanti kita tak boleh terima dan ambik keputusan tak mahu hidup lagi. Jadi ciptaan Allah dah cukup sempurna, setiap makhluknya ada kelemahan dan kelebihan masing².

Terima kelemahan diri sendiri dan jangan keji kelemahan orang lain.

Bersyukur dengan kelebihan diri sendiri dan puji kelebihan orang lain.

Baru hidup seimbang dan kita akan jadi manusia paling SEMPURNA!

Sabtu, 28 Januari 2012

Memang kreatif!

Assalamualaikum...(^ ^)


Kawan² boleh teka tak apa bendanya ni, hehehee!

Mas mula² tengok tak tahu apa kebendanya, tapi bila dibelek lama² barulah tau apa yang anak² Mas buat. Laptop olok² rupanya. Pandai pulak dia buat, dah macam laptop betul. Ini kerja si Atikahlah.

Begitulah pemikiran anak ni kan, kadang² lebih kreatif dari pemikiran kita. Apa yang mereka fikir dan hasilkan adalah pengaruh persekitaran mereka. Hari² dia dok tengok laptop mamanya dan terus terpikir nak buat laptop olok², tercipta dari daya pemikiran kreatifnya.

Jadi jangan kita halang, biarkan mereka dengan kekreatifan yang penuh berimaginasi itu. Mana tau bila dah dewasa nanti dia mampu hasilkan satu ciptaan sendiri, walaupun hanya bermula dengan ciptaan yang olok² itu. Lagi pun perkara begini yang boleh mencergaskan daya pemikiran mereka.

Memasak ni seronok!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau dulu Mas memang malas sikit memasak, boleh dikatakan tiap² hari beli makanan kat kedai. Bukannya tak pandai masak tapi kalau dah malas nak buat camne kan? Tapi nasib baik husband dan anak² tak kisah sangat, tapi Mas pulak rasa bersalah sebab tak masak untuk mereka.

Tapi sekarang boleh dikatakan tiap² hujung minggu dan hari cuti Mas akan masak. Rasa seronok dapat masak menu yang pelbagai untuk husband dan anak². Bila dah selalu masak kita rasa satu kepuasan yang susah nak digambarkan, nak pulak kalau mereka puji masakan kita sedap.

Sebenarnya tak kisah kalau pandai masak atau tidak, tapi bila kita berjaya hasilkan pelbagai menu untuk santapan orang tersayang, itu satu keseronokan.

Jadi menu untuk hari ini adalah Tumis Timun Air, Daging Goreng Berlada dan Ikan Goreng Pasti Sedap.


Berdikarilah wahai wanita

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas pasti wanita zaman sekarang semuanya dah pandai berdikari. Dah pandai lakukan apa saja tanpa minta bantuan dari orang lain, terutamanya lelaki. Dah boleh hadapi susah senang sendiri, tanpa perlu simpati dari sesiapa.

Cuma ada jugak segelintir wanita yang tidak mahu atau takut untuk berdikari sendiri, bukannya Mas nak cakap sebarangan tapi ianya dari pengalaman sendiri. Dulu memang Mas tak pandai nak berdikari sendiri, semuanya harapkan husband. Nak pergi kerja pun husband yang hantarkan, nak pergi sendiri tak boleh sebab masa tu nak memandu kereta pun tak pandai.

Tapi disebabkan kekangan kerja husband yang tak menentu masa, Mas kena gagahkan diri untuk berdikari sendiri. Tak boleh setiap masa nak harapkan husband, Mas kumpul duit gaji dan pergi belajar memandu. Alhamdulillah sekarang semua Mas dah boleh buat sendiri, memandu sendirian ke kampung pun dah lepas. Yang penting husband beri kepercayaan penuh untuk Mas berdikari sendiri.

Jadi pada wanita jangan takut untuk berdikari, ia untuk keyakinan diri kita jugak. Bila kita mampu berdikari dengan mudah kita hadapi sesuatu masalah seorang diri. Demi untuk kebaikan jugak andai suatu masa nanti tiada suami atau keluarga di sisi untuk bantu kita.

Jumaat, 27 Januari 2012

Langit tak selalu cerah

Assalamualaikum...(^ ^)


Langit tak selalunya cerah dan kita tak selalunya bertuah. 

Ingatlah, sekali kita terlepas dari kesalahan yang kita lakukan tak bermakna kita akan terlepas buat kali kedua. Bak kata pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua!"

Jadi kalau pernah menipu untuk pertama kali jangan menipu untuk kali kedua, takut nanti penipuan kedua kita itu dapat dikesan. Susah nak terlepas buat kali kedua. Sebab itu Mas selalu ingatkan anak², jangan tipu mama. Sekali mungkin mama tak tahu, tapi kali kedua jangan harap boleh terlepas.

Kita hidup hanya sekali, jadi manfaatkannya. Mungkin kita pernah buat silap, dan itu sudah pasti. Kerana manusia memang tak lari dari kesilapan, tapi janganlah pulak kita nak ulangi kesilapan itu buat kali kedua. Sedangkan langit tak selalunya cerah, inikan pula nasib kita.

Jangan ulangi kesilapan lalu!

Terkadang kita terlupa

Assalamualaikum...(^ ^)


Kita manusia ni memang tak pernah lepas dari sifat terlupa, dah sebati dalam diri kot? Kadang² perkara yang kita lupa dianggap remeh tapi sebenarnya ianya penting untuk kita. Sepatutnya kita amalkan perkara tu barulah kita tak asyik terlupa je!

Bagi Mas ada beberapa perkara yang kita dan Mas sendiri selalu terlupa. Sebab jarang dan malas nak diamalkan, betul tak? 

Yang paling utama membaca doa, memang selalu kita terlupa nak baca kan? Mungkin terlupa sebab jarang diamalkan, padahal setiap apa yang kita nak lakukan semuanya ada doa. Kalau diamalkan selalu pasti akan jadi habit, jadi susah untuk kita terlupa. Jadi mulai hari ini cuba baca doa sebelum nak buat sesuatu, walaupun nak masuk ke tandas. Mas pun anak² yang selalu ingatkan.

Lagi satu bacaan Bismillah, sepatutnya sebelum memulakan sesuatu perkara kita mesti ucap kalimah Bismillah. Ini supaya kita dapat lakukan sesuatu dengan sempurna dan dirahmati Allah. Tapi disebabkan nak cepat buat sesuatu kita selalu terlupa akan kalimah itu. Mulai hari ini kita mulakan sesuatu dengan Bismillah. Sebelum taip entri kat blog baca Bismillah, pasti idea mencurah².

Ini pun kita sering terlupa, ucap kalimah Alhamdulillah. Seronok sangat dapat berita gembira terus terlupa, mungkin kita sengaja atau tak sengaja. Misalnya bulan ni dapat gaji lebih sikit, terlalu gembira sampai terlupa nak ucap Alhamdulillah. Lepas ni jangan lupa lagi ye!

Terkadang memang kita terlupa. Tapi cuba amalkan, pasti jadi amalan.

Khamis, 26 Januari 2012

Jual untuk kaut untung

Assalamualaikum...(^ ^)


Pelajar sekarang untung kan, siap dapat baucer bantuan untuk beli buku lagi. Tak perlu susah² nak mintak duit dekat mak ayah. Masa Mas belajar dulu, terkial² kumpul duit nak beli buku. Memang tak merasa nak beli buku baru, mesti beli buku second hand dari senior. Itu jelah yang termampu. Kalau tak dapat kumpul duit terpaksa tunggu duit pinjaman masuk untuk beli buku. 

Tapi di sebalik keuntungan itu ada jugak yang bersikap pentingkan diri sendiri, sanggup jual baucer yang diperolehi menerusi internet. Dah bagi kemudahan dan kesenangan, jalan salah jugak yang mereka pilih. Sepatutnya hargailah pemberian itu, bukan senang nak dapat. Cuba fikir pelajar lain yang tak pernah dapat pun bantuan camni.

Kalau banyak duit sekali pun jangan ambik jalan mudah, maklumlah kau mampu dan banyak duit. Jadi tak perlukan baucer tersebut. Kalau tak memerlukan pun, apa salahnya beri kepada kawan yang memerlukan. Jangan pulak kaut keuntungan darinya, tak berkat kau belajar nanti.

Dah beri kesenangan pun masih tak tau menghargai. Apa nak jadi pelajar sekarang, nak kata tak pandai semuanya genius belaka.

Apa salahnya beralah

Assalamualaikum...(^ ^)

Kebiasaannya dengan orang yang lebih tua kita mesti selalu beralah kan? Tak kiralah dalam apa jua keadaan pun. Tapi bagaimana pulak dengan kes orang yang bodoh sombong. Dalam hal yang remeh temeh pun dia tak mahu beralah, walaupun dengan orang yang lebih tua.


Kejadian berlaku di sebuah bank semalam. Masa Mas tengah beratur kat mesin cash deposit tiba² ada seorang pakcik ni terus potong barisan orang di depan Mas. Tak tahulah kenapa pakcik tu buat camtu, mungkin dia tak perasan ada orang beratur di belakang atau dia nak cepat. 

Tapi situasi yang tak seronok ditengok bila budak ni marah², padahal pakcik tu dah minta maaf. Budak ni pulak masih tak boleh terima siap suruh pakcik ni beratur di belakang, pakcik tu terus pergi di belakang Mas. Tak sampai  hati pulak tengok, terus suruh dia beratur di depan Mas.

Rasanya dalam situasi camni tak perlu kita nak marah². Dia orang tua, jadi tak perlulah berkira sangat. Kalau orang muda lainlah, Mas pun marah jugak. Lagi pun pakcik tu setakat potong barisan, bukannya dia buat apa² pun. Memang rasa nak marah kat budak semalam, tapi kenangkan ramai orang je. Pastu malas nak buat kecoh. 

Ingatlah kawan² kalau ada orang tua terpotong barisan kita ke, janganlah cepat nak melenting. Orang tua biasalah, kadang² dia tak sedar apa yang dilakukan. Tak salah kalau kita beralah, dapat pahala lagi. Suatu hari nanti kita pun akan tua jugak kan?

Rabu, 25 Januari 2012

Saya dan Awak [14]

Assalamualaikum...(^ ^)

Suatu hari saya dan awak berborak pasal isu kahwin sekali lagi selepas pasangan meninggal dunia.

Saya : Kalau saya mati dulu awak kahwin lain tak?

Awak : Kenapa tiba² tanya soalan camni.

Saya : Saja nak tanya! Tapi kalau saya mati dulu saya nak awak kahwin lain tau. Biar ada orang jaga awak, takdelah awak sunyi nanti.

Awak : Kalau camtu saya pun, kalau saya mati dulu awak pun kahwin lain jugak ye. Nanti takdelah awak sunyi dan asyik teringat kan saya.

Saya : Tak nak! Susah nak cari suami macam awak.

Awak : Saya pun! Susah nak cari isteri macam awak.

Itulah, susah kita nak cakap jika sesuatu perkara itu belum terjadi. Jadi sayangilah pasangan kita selagi hayatnya ada. Jangan asyik nak mengeluh, marah² dan mintak itu ini. Tak dapat yang dihajati, marah tak tentu hala. Pastu merajuk tak tentu pasal, nanti bila dah takde susah nak cari pengganti.


Susah ke nak berubah?

Assalamualaikum...(^ ^)


Memang susah kalau kita rasa ianya susah. Nak pulak berubah ke arah yang lebih baik dan positif, lagilah susah. Tapi kalau keinginan untuk berubah tu kuat dan disertai dengan tekad dan azam, pasti boleh kan? Tak susah mana pun sebenarnya.

Cuma kadang² kita ni bila berubah selalu hangat² taik ayam. Sekejap je berubahnya, pastu kembali semula ke tabiat asal. Sebab apa? Sebab apa yang kita amalkan tu dah jadi tabiat, dah sebati dengan diri kita. Jadi bila nak ubah tabiat tu memang susah. 

Pastu niat nak berubah tu tak betul, berubah sebab nak menunjuk² pada orang sekeliling. Ya! Aku boleh berubah, lihatlah dunia. Bila niat tak betul maka perubahan tu memang tak kekal lama, sebab kita bukannya benar² mahu berubah untuk perbetulkan kesilapan diri tapi sebab nak tunjuk pada orang yang kita boleh berubah. Niat tak betul jadi matlamat pun terpesonglah.

Satu lagi, jangan berubah disebabkan pengaruh orang lain. Memang susah sebab ia bukan ikhlas dari hati kita sendiri. Sebagai contoh nak berubah dari tak bertudung kepada bertudung tapi sebab boyfriend yang suruh. Hanya akan bertudung bila jumpa boyfriend sebab dia suka tengok kita bertudung, bila keluar dengan keluarga atau kawan² kita tak bertudung. Jadi perubahan camni memang tak akan kekal, putus dengan boyfriend nanti terus tak bertudung langsung.

Niat, tekad, azam dan semangat perlu untuk kita berubah ke arah kebaikan. Dapatkan orang sekeliling seperti keluarga atau sahabat yang boleh memberi dorongan yang positif untuk kita berubah. Susah ke payah ke itu tolak tepi, janji niat kita nak berubah kerana Allah.

Selasa, 24 Januari 2012

Review filem Bujang Telajak

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekadar memenuhi permintaan anak² yang sibuk nak tengok cerita ni. Mereka memang minat cerita kelakar camni, siap boleh gelak sakan lagi.

Sinopsis filem
Filem Bujang Telajak ini mengisahkan 3 orang pemuda iaitu Saiful, Johan dan Nabil yang terpikat dengan seorang wanita cantik bernama Puteri. Sehingga mereka sanggup menyamar menjadi wanita untuk mengetahui latar belakang Puteri. Setelah diselidik akhirnya Saiful mengetahui yang Puteri suka pada lelaki yang kurang upaya, ini kerana Puteri mengagumi ibunya yang sanggup berkahwin dengan ayahnya yang buta. Jadi mereka bertiga telah menyamar menjadi orang buta, pekak dan bisu demi menawan hati Puteri. Berjayakah mereka dan adakah rahsia penyamaran mereka terbongkar? 

Review Bujang Terlajak
Bagi Mas filem ini seperti cerita kelakar yang biasa difilemkan, cuma kekuatannya adalah pada 3 watak utama iaitu Saiful Apek, Johan dan Nabil. Lawak mereka yang bersahaja itu memang boleh buat penonton bergelak ketawa. Jalan ceritanya agak mendatar dan ringan, sesuailah ditonton oleh para peminat filem komedi. Bawak anak² yang minat cerita kelakar macam anak Mas memang sesuai, sepanjang menonton mereka ketawa tak henti².

Kemudian pengarah filem jugak pandai buat suspen pada perakhiran cerita, semua orang yang menonton ingatkan cerita tu dah habis rupanya belum. Jadi jangan cepat² bangun dari kerusi tau, tonton hingga penjaga pawagam tu buka pintu. Sebab babak² terakhir itulah kita boleh tau siapakah menjadi pilihan hati Puteri. 

Keseluruhan cerita yang kelakar, boleh buat Mas ketawa. 7 bintang untuk Bujang Telajak.

Kerana sayang ku turutkan

Assalamualaikum...(^ ^)


Inilah yang terjadi pada orang zaman sekarang, salah dalam menilai kasih sayang. Kerana sayang dan cintakan seseorang sanggup lakukan apa saja. Apa saja untuk buktikan kasih sayang itu, sehingga sanggup gadaikan maruah dan kehormatan diri.

Tak salah kita mengagungkan kasih sayang dan cinta sesama insan, kerana ia adalah satu perasaan yang lahir dari hati. Tapi jangan salah ertikan rasa kasih sayang itu, kita lakukan perkara yang tidak baik dan mencemarkan nilai kasih sayang yang sebenar.

Kenapa dengan kekasih sanggup lakukan apa saya, apa yang kekasih mahu kita turuti segalanya. Buktikan kasih sayang dengan mengadai kehormatan diri. Kalau tak ikut takut ditinggalkan, takut kekasih tak sayang. Sebegitu mudah kita menilai kasih sayang, hanya diganti dengan tubuh badan. 

Kenapa dengan ibu bapa kita tak camtu, kalau betul sayangkan ibu bapa kenapa susah nak turuti kehendak mereka. Susah nak ikut apa yang mereka suruh, melawan cakap mereka lagi. Itukah yang dinamakan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya?

Hargailah setiap kasih sayang yang kita miliki, baik pada kekasih atau ibu bapa. Biarlah kasih sayang itu ikhlas dari hati dan ikhlas kerana Allah! 

Jangan kerana sayang ku turutkan.

Isnin, 23 Januari 2012

Salah ke kongsi menu masakan?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas nak tanya, ok ke Mas kongsikan menu masakan dalam blog ni. Sebab ada cik anon yang komen kata Mas menunjuk, asyik tunjuk menu masakan je. Macam Mas sorang pandai masak katanya.

Mas kongsikan menu di sini bukannya nak menunjuk tapi sekadar perkongsian, manalah tau ada yang teringin nak cuba masak menu tu bila tengok blog Mas. Memang Mas tak sertakan resepi sebab semuanya adalah masakan yang mudah, rasanya semua orang tahu dan pandai masak.

Kalau resepi tu nampak luar biasa sikit dan ada yang minta resepi barulah Mas akan buat entri khas untuk resepinya. Lagi pun Mas bukannya pandai masak sangat, masak sekadar untuk kenyangkan perut sendiri dan perut suami serta anak². Lagi pun blog ini bukan blog masakan.

Harap kawan² tak kisah Mas berkongsi apa yang Mas masak, lagipun Mas hanya berkongsi bila hari cuti dan hujung minggu je.

Ini menu hari ini, Masak Lemak Kobis + Tauhu, Ikan Siakap Sweet Sour dan Sambal Sardin Super Special yang diminta oleh anak². Maaflah kalau terliur, hehehee!


Piknik di Pulau Santap Janda Baik

Assalamualaikum...(^ ^)

Memang seronok pergi piknik semalam. Alhamdulillah cuaca baik dan dapatlah kami berBBQ dan mandi sepuas²nya. Yang paling seronok anak²lah, mandi sampai biru mulut. Maklumlah air sungai sangat sejuk, ditambah pulak dengan cuaca berangin.

Kawasan Pulau Santap memang tempat yang seronok untuk berkelah, air sungainya bersih. Di sepanjang tebing sungai jugak disediakan pondok yang sangat selesa dan tempat untuk berBBQ. Pondok yang disediakan boleh disewa dengan harga RM15 hingga RM20, ikut besar mana pondok tu. Tempat BBQ pulak disewa dengan harga RM3 tapi arang kita kena beli sendiri.

Kalau hari cuti memang ramai orang berkelah disitu, kalau nasib tak baik memang tak dapat sewa pondok. Terpaksalah bentang tikar kat tepi sungai tu. Memang destinasi berkelah yang menarik, mungkin sebab tarikan water tubing yang membuatkan ramai orang berkelah di sini.

Jom layan gambar kami di Pulau Santap.







Ahad, 22 Januari 2012

Piknik lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)


Ini sajalah aktiviti yang boleh dilakukan cuti² ni. Hari ni pun husband off dan kebetulan pulak adik beradik yang menetap kat area sini pun tak balik kampung, jadi terus ajak mereka pergi berkelah. Dah lama rasanya Mas tak bersukaria dengan mereka, maklumlah masing² sibuk.

Destinasi piknik yang menjadi pilihan kami adalah di Pulau Santap, Janda Baik. Mas pernah pergi masa percutian di Janda Baik tahun lepas. Bila adik beradik tengok tempat tu menarik jadi mereka terus setuju nak pergi berkelah di sana.

Bila dah pergi ramai² senang nak bahagikan tugas. Tugas Mas masak Nasi Goreng, perap daging untuk buat Daging Bakar dan beli kerang untuk bakar nanti. Kat situ memang ada tempat untuk buat BBQ jadi senang, tak perlu bawa tempat BBQ sendiri. Hanya beli arang dan bawa bahan² makanan.

Mas dah nak siap untuk pergi, tak sabar nak bergembira mandi sungai dan main water tubing yang Mas tak dapat main masa pergi tahun lepas. Kali ni nak main sampai puas, hehehee!

Nanti Mas update kisah mandi manda kat sana, daaaaa!

Sabtu, 21 Januari 2012

Menu hari cuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Hambarnya blog hari ni. Maklumlah cuti lama, mesti ramai balik kampung.

Tapi takpe, hambar pun hambarlah. Janji Mas dapat kongsikan sesuatu dengan kawan² dalam blog Mas yang tak seberapa ni. Rasanya kalau tak update rasa tak seronok pulak.


Macam biasalah hari ni husband kerja, jadi Mas hanya memerap di rumah. Jalankan rutin biasa iaitu masak untuk husband dan anak². Memang dapur ni hanya berasap bila waktu husband kerja, kalau dia off memang keluar jalan² dan makan di luar.

Menu hari ini biasa je. Ada Singgang Serani Ikan Tenggiri, Sambal Sotong dan Ulam-Ulaman. Singgang Serani tu adalah ilham dari blog Che Mat Gebu, tapi Mas tambah bendi sikit. Ternyata memang sedap, anak² dan husband pun puji. Kalau teringin nak cuba boleh tengok resepinya di sini.

Review filem The Mysterious Island: Pengembaraan yang best!

 Assalamualaikum...(^ ^)

Cuti 4 hari hanya duduk rumah, sudah semestinya tidak. Malam semalam ajak husband tengok wayang sebab hari ni terpaksa memerap kat rumah, husband kerja.

Jadi semalam kami pergi menonton filem Journey 2 : The Mysterious Island. 


Sinopsis filem
Filem ini adalah kesinambungan dari filem Journey To The Center Of The Earth. Pengembaraan bermula apabila Sean Anderson menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri dimana pulau tersebut tidak pernah wujud. Ia adalah tempat hidupan pelik, gunung emas, gunung berapi maut dan pelbagai lagi rahsia yang menakjubkan. Setelah ayah tiri Sean iaitu Hank membantu dia menyelesaikan kod kecemasan itu sememangnya pulau misteri itu wujud. Jadi Sean bercadang untuk pergi ke pulau tersebut untuk mencari datuknya yang dipercayai ada disana. Berjayakah Sean dan Hank mencari pulau tersebut dan bagaimanakah pengembaraan mereka di sana?

Review The Mysterious Island
Bagi Mas filem ini sangat menarik, pengembaraan mereka untuk mencari pulau misteri itu sangat mendebarkan. Pelbagai perkara yang menarik dan di luar jangkaan berlaku, kita yang menonton pun turut merasa debarannya. Pengalaman berada di pulau itu jugak telah mengeratkan lagi kasih sayang antara Sean dan Hank yang dahulunya kurang rapat. Di situlah eleman kasih sayang dipertontonkan.

Terdapat jugak elemen kelakar yang sangat mencuit hati di dalam filem ini, rugi kalau tak menontonnya. Mas berikan 9 bintang untuk The Mysterious Island.

Jumaat, 20 Januari 2012

Cinta dulu cinta sekarang

Assalamualaikum...(^ ^)


Kalau kita tengok memang banyak perbezaan antara cinta dulu dan cinta sekarang. Cinta dulu malu² tapi cinta sekarang tak tahu malu. Mungkin bagi sesetengah orang sekarang, cinta tu umpama dah dapat tiket kebebasan. Kebebasan untuk keluar berdua²an, berpegang tangan malah hingga ke bilik hotel. Berkorban untuk cinta sampai maruah tergadai.

Cinta dulu
Kalau nak luahkan rasa kasih sayang takdelah secara terang²an. Luah dalam surat cinta, hanya kita dan pasangan sahaja yang tahu.

Panggil saya awak je, tak pun panggil nama. Seganlah nak panggil abang ke, sayang ke.

Usahkan nak bawa balik ke rumah, nak hantar depan pintu pagar pun dah takut. Takut ayah kita tunggu dengan muka bengis dan parang di tangan, kang tak pasal² kena tetak.

Tapi cinta sekarang
Luah dekat Youtube, semua orang boleh tengok. Takde langsung rasa malu, tapi bila orang dah kutuk dan mengata tau pulak nak malu kan? 

Baru 2 minggu bercinta dah boleh panggil papa dan mama, amboi!

Berani bawa masuk rumah curi² masa mak ayah takde, nauzubillah!

Banyak sebenarnya beza cinta dulu dan sekarang, tapi Mas tulis 3 yang utama. Kalau anak² remaja sekarang tak terlalu taksub dengan cinta, tidak akan ada kes buang² bayi ni. Cinta mereka hanya berlandaskan nafsu semata². Sepatutnya jadikan cinta itu amanah dari Allah, pelihara dan jaga ia sebaik²nya. Baru berkekalan!

Memang kami takde jodoh!

Assalamualaikum...(^ ^)

Erkkk, apa kes pulak ni. Sabar dulu, baca hingga ke titik terakhir!

Entahlah nak cakap banyak pun tak tahu camne. Sakit hati pun ada, sedih pun ada. Tapi mungkin nasib baik tak menyebelahi Mas atau handphone tu ada masalah. Ingat tak entri ni. Baru beli 2 minggu dah rosak, pastu diganti dengan yang baru pun rosak jugak.

Jadi Mas ambik keputusan dah tak mahu ambil 4S lagi, walaupun kedai tu sanggup ganti lagi dengan yang baru. Setelah berbincang panjang semalam, dicampur dengan luahan ketidakpuasan hati. Akhirnya Mas terpaksa ambik Iphone 4, nak ambik jenama lain tak berminat pulak. Kalau ikut hati nak minta semula semua duit, tapi husband cakap ambil Iphone 4

Entahlah kawan², Mas rasa memang 4S ada masalah. Dah 2 buah Mas guna, tetap ada masalah yang sama. Masa Mas pakai 3GS dulu selama 2 tahun tak pernah ada masalah langsung. Taukeh kedai tu pun tak tahu kenapa jadi camni. Katanya mungkin sebab 4S tak boleh jailbreak, tu yang ada masalah. Jadi fikir²kanlah pada kawan² yang berniat nak beli Iphone 4S. 

Tapi boleh tahan jugak ambil Iphone 4 sebab lebih kurang sama dengan 4S, harganya pun lebih murah. Jadi taukeh kedai tu pulangkan baki duit kat Mas, jadi takdelah rugi sangat. Cuma Iphone 4 ada warna hitam je, terpaksa jugak ambil walaupun putih tetap dihati. Sedih sangat!


Khamis, 19 Januari 2012

Pergaduhan adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)


Bergaduh adik beradik memang biasa terjadi, tapi bagaimana pulak kalau pergaduhan yang melibatkan kecederaan seperti yang Mas dengar dalam radio pagi tadi. Seorang abang menyimbah adiknya dengan air panas mendidih kerana berang dengan adiknya yang asyik berleter kerana dia malas bekerja. Sampai camtu sekali sikap abang, dek kerana leteran dia sanggup mencederakan adiknya.

Bukannya tak boleh bergaduh tapi kalau setakat kau marah aku, aku marah kau tu cukuplah. Janganlah sampai bertindak drastik sehingga mencederakan, mengugut dan mengaibkan adik beradik. Bak kata perpatah "Air dicincang tak akan putus," begitu jugaklah ikatan kita adik beradik. Walau kita dendam dan marah camne pun dia tetap adik beradik kita.

Cuba kawal sikap marah dengan bawa berbincang bersama², jangan jadikan kemarahan sebagai punca penyelesaian kepada masalah. Jangan ambik sikap sambil lewa, nanti jadi seperti pasangan adik beradik ni. Mula² bergaduh sampai nak ugut bunuh, pastu bila dah aib dan malu sebab ceritanya tersebar luas terus buat kenyataan dah insaf dan minta maaf. Tapi nanti buat lagi, camne tu?

Mas pun pernah jugak bergaduh dengan adik beradik, tapi memang tak pernah lama. Hari ni gaduh esok dah baik, seolah² tiada apa yang terjadi. Arwah mak pernah cakap, "Korang adik beradik susah nak bergaduh lama, sebab mak simpan tali pusat korang dalam satu bekas. Jadi korang akan sentiasa bersatu dan bersama, gaduh teruk mana pun mesti akan baik semula!" 

Mujarab jugak petua mak tu, memang kami adik beradik jarang bergaduh. Kalau bergaduh mesti akan baik semula, tak pernah gaduh lama² sampai tak bertegur sapa. Sekarang Mas amalkan untuk anak².

Samalah kita eratkan hubungan adik beradik, mereka adalah darah daging dan ahli keluarga kita. 

Putaran hidup

Assalamualaikum...(^ ^)


Apa yang ada dalam gambar ni umpama putaran hidup. Ada langit terbentang luas, ada jalan menuju ke suatu arah, ada pokok yang masih lebat daunnya dan ada pokok yang sudah tinggal ranting. 

Langit yang terbentang luas menggambarkan kehidupan kita yang penuh dengan rezeki dan nikmat. Segalanya ada dan segalanya Allah dah sediakan untuk kita, jadi pandai²lah kita manfaatkan rezeki dan nikmat itu. Yang paling penting jangan lupa bersyukur, nanti lagi luas Allah beri.

Jalan yang menuju ke suatu arah mencerminkan perjalanan hidup, mana arah tuju hidup kita. Walaupun jalan itu berliku tapi kalau ditempuh dengan semangat dan kesabaran pasti kita sampai ke destinasi. Iman yang kuat di dada jugak membantu kita memilih jalan yang betul. Tapi kalau kita pilih jalan yang salah, masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Janji kita insaf dan bertaubat.

Pokok yang lebat daunnya dan pokok yang sudah tinggal ranting umpama usia kita. Semasa muda kita akan nampak cantik, jadi jangan persiakan kecantikan itu. Bila sudah tua, kecantikan itu sedikit sebanyak akan hilang. Jadi sedarlah itu hanya sementara, seeloknya manfaat usia kita yang berbaki itu dengan beramal dan beribadat.

Begitulah hubungan alam dengan putaran kehidupan kita, jadi biarlah hidup kita ini sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. Ingat kita tak selalu berada di atas.

Rabu, 18 Januari 2012

Wordless Wednesday [56]

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum 5S bermula. Meriah je dinding tu, hehehee!


Bila 5S bakal dilaksanakan, semua terpaksa dibuang.


Keberkesanan 5S ni tak pasti menjadi ke tak, susah jugak nak dilaksanakan.

Wordless Wednesday [55]

Assalamualaikum...(^ ^)

Kan memang benar, sebab POLITIK semuanya jadi huru hara. Adik beradik pun boleh bergaduh sampai ugut nak bunuh!


Selasa, 17 Januari 2012

Periksa handphone pasangan

Assalamualaikum...(^ ^)


Periksa handphone suami atau isteri, perlu ke? 

Entahlah Mas pun kurang pasti sangat, perlu atau tidak. Sebab Mas tak buat pun. Cuma ada baik dan buruknya kalau kita buat, janji tidak menimbulkan syak wasangka yang keterlaluan.

Baiknya bagi suami isteri yang suka SMS atau jawap panggilan secara sembunyi, cara ni memang sangat meragukan. Jadi untuk pastikan tidak berlaku kes curang dan main kayu tiga, lebih baik periksa. Mana tau dah berpuluh² SMS cintan cintun dalam handphone dia.

Baiknya jugak kalau suami isteri suka layan internet kat handphone, nak layan kat laptop takut pasangan nampak apa yang ditengok. Jadi ambik langkah selamat, layari internet kat handphone. Lebih baik kita periksa handphone dia, entah² hari² dok tengok laman web lucah. Simpang malaikat 44!

Buruknya pulak, kita kurang menghormati hak suami isteri. Manalah tau ada kawan yang meluahkan perasaan tertekan dekat pasangan kita, jadi bila selalu sangat periksa handphone dia tak pasal² terbaca rahsia kawan pasangan kita. Pastu sibuk pulak tanya kat pasangan, mesti pasangan akan marah sebab haknya tak dihormati.

Ada lagi tak yang buruk? Ada, takut menimbulkan syak wasangka yang bukan². Manalah tau masa periksa terjumpa SMS yang lain sikit, terus melenting dan marahkan pasangan. Terus kata mereka curang dan ada orang lain, padahal SMS tu ada orang tersalah hantar dan pasangan kita terlupa padam. Tak ke haru macam ni, kita dah syak yang tak baik.

Bagi Mas senang, saling percaya mempercayai. Masing² tahu tanggungjawab bagaimana nak jaga hubungan dan hati pasangan. Kalau rasa curiga, bawa berbincang, selesai cara baik.

Rimaslah orang camni!

Assalamualaikum...(^ ^)


"Kenapa kau pakai kasut camni, selesa ke?"

"Kenapa kau pakai tudung warna ni, macam tak sesuai je!"

"Kenapa kau guna handbag camni, tak cantiklah!"

Serius Mas rimas bila orang suka bertanya perkara yang remeh camni, terutamanya kawan perempuan. Nampak kita pakai atau guna benda yang berlainan sikit dengan dia guna, mulalah nak tanya macam². Ok tak, berkesan tak, sesuai tak dan beberapa jenis tak lagilah.

Pastu cara tanya memang menjengkelkan, siap buat mimik muka lagi. Kononnya barang yang kita guna tak segah barang yang dia guna, ingat kita guna barang murah ke? Lagi pun kita yang guna, jadi kita lebih tahu kesesuaian dan keberkesanan barang tu.

Bagi Mas tak perlu nak banding membanding camni, lagi pun setiap orang ada gaya dan cara dia yang tersendiri. Mungkin dia sesuai pakai dan guna barang tersebut, jadi tak perlulah pertikaikan. Janji apa yang dipakai nampak selesa dan tidak menjolok mata!

Setiap orang pakai dan guna ikut keselesaan dan kesesuaian masing².

Isnin, 16 Januari 2012

P.o.l.i.t.i.k

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas bukan seorang yang minat politik, bukannya anti politik tapi kurang suka bab politik ni. Tak mahu dikata anti politik pulak nanti, tapi itu tak bermakna Mas tak ambik tahu langsung hal² politik. Mas baca jugak akhbar dan tonton di TV, tapi sekadar baca dan tengok. Takdelah terlalu memandang serius hal² politik ni. Sekadar ambik tahu untuk pengetahuan, takdelah nanti orang kata buta politik.

Cuma Mas tengok terlalu ramai orang yang fanatik politik, dan oleh kerana anti dengan sesuatu parti mereka sanggup lakukan apa saja. Kadang² tanpa memikir risiko yang bakal mereka terima, janji mereka dapat perjuangkan parti yang mereka sokong.

Tak salah fanatik sebenarnya, tapi biar ke arah yang mendatangkan kebaikan. Apa salahnya kita perjuangkan parti yang disokong dengan cara baik, tanpa menghina dan mencemuh parti yang kita tidak suka. Bersaing cara baik kan lebih sihat dari taktik kotor yang boleh melagakan kedua² pihak. Menang kalah sesebuah parti adalah adat bertanding dalam politik, jangan terlalu taksub!

Mas ingat lagi dengan arwah Abah, dia memang penyokong kuat parti Bulan. Tapi tak pernah langsung dia nak pengaruh anak²nya untuk turut sama menyokong. Dia bagi kebebasan pada kami memilih mana² parti yang dipercayai.

Pernah sekali dia cakap pada Mas..
"Kamu kakitangan Kerajaan jadi janganlah ikut parti abah, nanti tak pasal² kamu dapat masalah dengan kerja. Abah berjuang ikut kepercayaan abah terhadap parti tu dan kamu berjuang ikut kepercayaan kamu. Menang kalah adat bertanding kan?"

Tengok, walaupun terlalu fanatik dengan parti yang disokong tapi tiada pengaruh negatif di situ. Masih boleh bersaing secara sihat dan di landasan yang betul. Bagi abah semua tu duniawi, bukan boleh bawa mati. Jadi dia tak mahu anak²nya berjuang untuk politik dengan cara yang salah.

Waktu mengundi kita mengundi, pangkah parti yang kita sokong. Kalau keputusan tidak berpihak kepada kita janganlah kecewa, terima dengan hati yang terbuka.

Takbur Seorang Isteri

Assalamualaikum...(^ ^)


"Hak kamu yang dia rampas itu adalah hak kamu di dunia, tapi hak isteri yang kamu pegang adalah hak dia di akhirat. Ampunkanlah isteri kamu!"

Kata² dari drama Takbur Seorang Isteri yang Mas tonton di TV9 semalam. Drama mengisahkan seorang isteri yang derhaka pada suami, sanggup halau suami dari rumah semata² ikutkan rasa takbur. Nasihat ibunya beri tak diendahkan, masih sombong dan bongkak dengan harta yang dimiliki.

Tapi biasalah, langit tak selalunya cerah. Balasan Allah SWT kadang² ditunjukkan di dunia, akhirnya isteri yang takbur jatuh sakit. Mungkin itu balasan kepada sikap derhakanya pada suami, tapi yang menanggung derita adalah si ibu. Tak sanggup melihat anaknya menderita lalu diminta suami mengampunkan dosa isteri. Suami yang mulanya sakit hati dengan sikap isteri akhirnya mengalah. Dia tak mahu isteri terus menanggung dosa, kerana itu adalah hak dia. 

Pengajaran
Sebagai isteri jangan terlalu sombong dan bongkak dengan pangkat dan harta. Walaupun suami berpangkat rendah dan bergaji kecil tetapi dia tetap di darjat yang tinggi dalam keluarga. Isteri harus hormat dan patuh dengan cakap suami. Tanggungjawab isteri lebih besar nilainya dari harta berjuta.

Suami pulak jangan terlalu ikutkan rasa marah dan sakit hati, memang isteri bersalah dan derhaka. Tapi sanggupkah suami tengok isteri terus menanggung dosa, ampunkan isteri yang derhaka itu. Dia dah dapat balasan setimpal di dunia atas perbuatannya, janganlah suami nak menghukum jugak. Di akhirat kelak, itu antara dia dengan Allah SWT.

Ibu tetap sayangkan anak walau seburuk dan sejahat mana anaknya, ibu mana yang sanggup tengok anak menderita. Saat anaknya sakit teruk terus hilang rasa marah dengan sikap anaknya dulu, apa yang ada dalam fikiran hanya mahu anaknya sihat dan tidak terus menderita. Ibu yang melahirkan dan membesarkan, jadi sayangnya pada anak tak pernah hilang.

Ingatlah, apa pun pangkat kita dan banyak mana pun harta kita suami dan ibu adalah harta yang paling berharga dan paling tinggi darjatnya di hati kita.

Ahad, 15 Januari 2012

Terima kasih mak!

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang dah selamat berada di rumah sendiri, pukul 5.30 tiba kat sini. Mula ingat nak balik pagi tapi pandai pulak mak mertua Mas pancing menantu dia supaya balik lepas makan tengahari, dimasaknya Gulai Tempoyak Ikan Patin.

Apa lagi terbantut rancangan nak balik awal, belasah dulu Gulai Tempoyak Ikan Patin masakan mak. Memang lagi sedap dari yang kat R&R tu, bertambah Mas makan. Terima kasih mak!

Masa nak balik memang Mas tak boleh pandang wajah mak mertua. Saat cium tangan dia, saat cium pipi dia dan saat memeluk dia terus rasa sebak. Terbayang wajah arwah mak, terus terubat rindu pada arwah. Nak pulak wajah tua mak mertua seiras wajah arwah mak.

Pada merekalah Mas menumpang kasih sayang! 

Jadi pada kawan² yang masih ada mak ayah selalu jenguk mereka kalau kita tak tinggal dengan mereka. Bila mereka dah tiada hanya kenangan yang tinggal. Rindu hanya terubat dengan mengenang saat² manis bersama mereka. 

Jangan sia²kan ibu dan ayah kita, mereka tiada galang gantinya.

Jangan lupa asal usul

Assalamualaikum...(^ ^) 


Setinggi mana pun darjat dan pangkat kita.

Sekaya mana pun kita.

Banyak mana pun harta kita.

Jangan lupa asal usul kita!

Mungkin kita bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang berharta, nak apa saja kita boleh dapat. Tapi tak semestinya kita nak bangga diri, terus lupa asal usul.

Kita memang bernasib baik tapi orang tua kita sebelum mereka berharta pasti telah melalui hidup yang susah. Harta yang dikumpul dan dicari adalah untuk kesenangan dan keselesaan anak². Tapi anak, bila dah hidup senang dan banyak harta terus berlagak dan tak sedar diri.

Macam Mas dah biasa hidup susah masa kecil dulu. Jadi sekarang bila Mas dah senang, tak pernah Mas lupa zaman kesusahan dulu. Kesusahan itulah yang membolehkan Mas menikmati kesenangan hidup sekarang. Mas ajar anak² supaya belajar hidup susah, supaya mereka tak terlalu disogokkan dengan kesenangan dan wang ringgit.

Sabtu, 14 Januari 2012

Riuh rendah rumah mak

Assalamualaikum...(^ ^)

Macam biasalah bila balik ke kampung mak mertua mesti anak² Mas akan berjumpa dengan sepupunya. Bila dah bertemu tu masing² punya pelbagai karenah. Mula² elok main sama², pastu bila orang ni tak puas hati dengan orang ni, terus bergaduh.

Yang kalah pasti akan menangis. Yang tak mahu mengaku kalah, macam biasalah si Arfan. Asyik nak menang je, habis sepupunya dibuli. Pening kepala Mas, riuh rendah rumah mak dibuatnya. Itu belum anak abang ipar yang 5 orang tu balik, kalau tak lagi riuh. Tok wan dan akinya lagi pening kepala. 

Tapi Mas biarkan, janji mereka tak gaduh teruk. Lagi pun bukan selalu jumpa.


Patin Tempoyak marvellous

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekarang ada kat rumah mak mertua di Kuantan, syok sangat duduk kat kampung. Cuaca sejuk dan nyaman, nak mandi pun malas. Air sejuk beku macam ais batu.

Setiap kali balik ke Kuantan Mas mesti akan singgah R&R Temerloh dulu, singgah makan Patin Tempoyak yang sangat marvellous. Rasanya macam tak sah kalau tak singgah, nanti mesti terbayang² kesedapan Patin Tempoyak tersebut.

Jadi Mas nak cadangkan kat kawan², kalau nak pergi Kuantan singgahlah kat Gerai Selera NJ. Gerai nombor 10, gerai dia  memang menjual Patin Tempoyak yang sangat sedap. Ikannya segar, kuahnya pekat dan pedas. Memang boleh bertambah nasilah kalau makan.

Harga seketul ikan dijual dengan harga RM7, memang berbaloi dengan rasanya. 


Jumaat, 13 Januari 2012

Tiba-tiba rosak!

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas pun pelik kenapa boleh rosak, padahal baru beli 2 minggu. Mungkin nasib baik tak menyebelahi Mas, memang tak tahu apa puncanya. Dalam 1000 yang dikeluarkan mungkin ada satu yang kurang kualitinya dan orang yang kena adalah Mas.

Semalam Mas pergi ke The Mines untuk jumpa semula taukeh kedai dan tengok apa masalahnya. Mula² dia ingat masalah software, jadi dicubanya install software baru. Namun tetap tak berhasil, bila buat panggilan orang masih tak dengar suara Mas. Rupanya speaker yang rosak. Taukeh kedai tu pun dah buntu, kenapa boleh jadi camtu pada handphone baru. Mas lagilah, bukan saja buntu malah sakit hati pun ada. Beli handphone mahal tiba² rosak pulak, dimana silapnya pun tak tahu. 

Bila jadi camni terus Mas hilang sedikit kepercayaan pada Iphone. Tapi bila taukeh tu cakap dia akan ganti dengan yang baru, rasa lega sikit. Dia pun terkejut, sebab dah banyak Iphone dijualnya pada pelanggan tapi belum pernah jadi camni. Satu dalam seribu jadi begini!

Mas pun tak nak panjangkan cerita. Asalkan dia ganti dengan yang baru, itu dah cukup berbaloi. Dah nasib nak dapat yang rosak, jadi redha je. Bersyukur sebab dapat yang baru, harap lepas ni dah takde masalah lagi. Kalau jadi jugak, Mas akan pilih jenama lain pulak.  

Kepada kawan², jangan tak percaya pulak pada Iphone lepas baca cerita Mas. Dah lama Mas pakai Iphone tapi baru kali ni rosak selepas 2 minggu beli. Masa pakai Iphone 3GS dulu 2 tahun memang tak pernah ada masalah. Jadi kejadian ini mungkin dah nasib, ada satu handphonenya tidak berkualiti.

Genap setahun!

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, pejam celik dan masa silih berganti dah setahun usia massaari.com. Bermula dengan 1 follower hingga hari ini mencecah hampir 1500 follower, tak sangka ia semakin dikenali oleh pembaca. Satu pencapaian yang tak pernah Mas jangkakan, maklumlah hanya blog picisan.  

Banyak dah Mas korbankan masa dan tenaga untuk blog ini, pernah bersekang mata untuk buat yang terbaik untuk dia. Cuba cari identiti dan hasilkan penulisan yang terbaik untuk dia. Akhirnya penat lelah itu berbaloi, dia makin dikenali dan ramai kawan yang baik Mas dapat darinya. 

Mas tak harapkan wang ringgit darinya, cuma kalau ada rezeki dia Mas terima. Hanya kepuasan yang Mas dapat bila menulis di dalamnya, dapat berkongsi rasa dan percaya dengan para pembaca. Moga mereka mendapat sedikit ilmu dan manfaat darinya, moga cerita di dalamnya memberi sedikit kesan dan teladan di hati pembaca.

Mas akan bersama blog ini selagi mampu menulis, walaupun kadang² ketandusan idea tapi terasa sayang nak biarkan dia sepi tanpa cerita. Seronok berkongsi kisah di dalamnya, kisah yang boleh dijadikan kenangan. Kisah yang boleh buat orang tersenyum bila membacanya.

Harapan untuk blog ini, moga ia terus dikenali. Wujud di dalam hati setiap pembaca bila massaari.com disebut. Biar dia bertahan hingga ke tahun kedua, ketiga, keempat, kelima dan selagi jari ini mampu menulis untuknya. Selagi idea tak kering untuk berkongsi cerita di dalamnya.

Terima kasih pada kawan² yang banyak memberi sokongan, sudi membaca kisah di dalamnya walaupun sekadar cerita biasa, Sudi memberi kata² semangat saat dia diserang haters dulu. Sudi meringankan jari jemari menaip komen untuknya setiap kali dia kongsikan cerita. Moga sedikit sebanyak kawan² dapat manfaat darinya, dan persahabatan kita dari blog ini akan kekal selamanya walau tak pernah bersua muka. Penulisan ini yang merapatkan kita.

Happy 1 Year Anniversary massaari.com!

Khamis, 12 Januari 2012

Manusia mudah taksub

Assalamualaikum...(^ ^)


Orang ramai terus membanjiri Jalan Mewah Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru untuk mencari batu kerikil dipercayai mengandungi hablur emas daripada longgokan batu untuk membaiki jalan yang berlubang, walaupun kawasan berkenaan sudah dipagari dengan pita halangan polis dan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor mengesahkan batu kerikil yang dijumpai penduduk bukan emas. (sumber dari Berita Harian)

Bila Mas baca pasal ni rasa nak tergelak pulak, kenapalah masyarakat kita mudah sangat taksub dengan perkara² sebegini. Lagi pun memang dah disahkan yang batu tersebut tidak mengandungi emas. Tetapi masih ramai lagi yang sibuk mencari, dengan harapan boleh dapat emas seketul dua kot?

Rasanya perkara camni janganlah kita taksub sangat, bukannya senang nak dapat emas!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com