Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 28 Januari 2011

Pembuka selera : Gulai Tempoyak Ikan Patin Versi Temerloh

Assalamualaikum...(^ ^)

Ini entri kedua untuk resepi pembuka selera, harap selera kawan² terbukalah kali ni. Ini adalah resepi wajib bagi orang Temerloh, kalau pergi Temerloh kawan² mesti cuba menu ni tau! Memandangkan koi ni orang Temerloh koi nak kongsilah cara membuatnya.

Mohlah nengok!



Bahan-bahan
1-2 dua ekor ikan patin
5 sudu tempoyak (kalau nak kuah pekat, isi lebih)
10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sepotong kunyit hidup (kunyit serbuk boleh jugak)
Sepotong halia
2 keping asam gelugor (kalau tempoyak dah masam tak perlu isi)
5 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
2 papan petai (ikut suka, kalau tak suka tak perlu isi)
Sebatang serai
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Air secukupnya

Cara² membuatnya
1. Ikan patin dibasuh dengan asam gelugor untuk hilangkan bau hanyir, kemudian potong ikan mengikut saiz yang disukai.

2. Tumbuk cili api, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian serai dititik dalam lesung batu serta petai dipotong kecil dan dibuang kulitnya.

3. Masukkan air secukupnya di dalam periuk bersama bahan yang ditumbuk tadi. Kemudian masukkan ikan patin dan tempoyak, masak dengan api pelahan.

4. Bila telah mendidih masukkan daun kesom, bunga kantan, petai, garam secukup rasa dan serbuk perasa. Jika tidak masam masukkan asam keping.

5. Didihkan selama 5 minit kemudian angkat. (jangan terlalu lama nanti ikan akan hancur) 

6. Sedia dihidang bersama nasi panas.

Khamis, 27 Januari 2011

Pembuka selera : Gulai Lemak Cili Api Jantung Pisang

Assalamualaikum...(^ ^)

Untuk sekian kalinya Mas nak kongsi resepi yang membuka selera. Kalau selera korang tak terbuka bila tengok gambar resepi Mas ni tak dapek den nak nolonglah! Resepi untuk hari ini yang ingin dikongsi adalah resepi turun temurun arwah mak, kami adik beradik memang suka.

Moh lihat sama²!


Bahan-bahan
1-2 biji jantung pisang
1 mangkuk santan
5-6 biji cili api (kalau nak pedas, isilah lebih)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Segenggam ikan bilis
Sepotong kunyit hidup (kalau nak guna kunyit serbuk pun boleh)
Sekeping asam gelugor
Sebatang serai
Garam secukup rasa
Serbuk perasa

Cara² membuatnya
1. Jantung pisang disiang dan ambik bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam, kemudian dibersihkan dan ditoskan.

2. Cili api ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan bawang putih dan bawang merah serta ikan bilis, tumbuk sampai lumat. Kemudian serai dititik dalam lesung batu.

3. Bahan yang telah ditumbuk tadi dimasukkan dalam periuk bersama jantung pisang dan santan, masak di atas api sederhana sambil dikacau.

4. Bila telah mendidih, masukkan serai, asam gelugor, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Kacau supaya santan tidak pecah minyak.

5. Sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan goreng, sedap dan menyelerakan

Inilah resepinya, kalau berselera bolehlah cuba! 

kau akan mati jua ~

semalam aku nonton sebuah drama bertajuk Alida di Astro Prima...
...sebuah kisah seorang budak berumur 12 tahun 
yang psycho akibat melalui kehidupan yang amat teruk...
...dia menjadi seorang pendendam sehingga berani membunuh
di akhir ceritanye aku tertarik dengan petikan kata2 ini...
mari hayati maknanye yang tersurat dan tersirat~

Rabu, 26 Januari 2011

mama boleh tak?

Assalamualaikum...(^ ^)

dalam entri ni nak cerita sikitlah pasal perbualan dengan my daughter semalam... balik kerja semalam sampai rumah pukul 5.30 petang... masuk je dalam rumah belum sempat buka tudung, salin baju dan letak handbag pun belum, kakak dah bertanya...

kakak :  mama, boleh tak kakak nak main bowling untuk sekolah hari sabtu ni kat Alamanda?

mama :  main bowling? cikgu pilih kakak ke? (saje buat-buat tak tahu... padahal dah tau pun sebab cikgu dia dah call pagi tadi...)

kakak :  yelah mama, cikgu nak buat pemilihan untuk wakil sekolah..

mama : hurmmm... kakak boleh main ke?
kakak : boleh, kakak kan pernah menang... mama tengok piala kakak tu! nanti kakak praktislah!

mama : oklah mama tau kakak penah menang, tapi janji jangan nakal 2-3 hari ni... kalau tak, mama tak bagi main... (saje jer ugut, biar dia dengar sikit cakap mamanya ni!)

kakak : ok mama, kakak janji! 

cerah masa depan anak Mas dalam bidang kebowlingan ni... dia memang minat pun... jadi bila dah terpilih ni lagilah dia suka... mamanya pun tumpang bangga! kita tunggu sajalah sabtu ni... 

mamanya yang tak sabar sebenarnya...

Selasa, 25 Januari 2011

oh! my lappy

Assalamualaikum...(^ ^)

banyak nak cerita pulak hari ni... jadi rajinlah nak update! 

tapi yang tak berapa nak best, my lappy kena jangkitan virus... adoyai, ciannya dia! internet connection langsung tak boleh... mati kutulah Mas camni! nanti tak boleh nak berFB dan berblogging... jadi kenalah format balik perisian dia! dan sekarang dia dah ok...

oh, lappy ku sayang... janganlah kena jangkitan lagi tau! kalau tak mama beli yang ni nanti...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


*psttt : kanda, bila nak beli IPAD ni utk dinda? ngeeehehehehe...

lega dah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dah boleh tersenyum...

hati dan perasaan ni pun dah lega sangat... perkara yang merisaukan Mas 2-3 hari ni sudah terjawab! mesti kawan-kawan tertanya kan? apalah sebenarnya masalah Mas ni... Mas cerita sikit ye! 

Mas ada masalah kesihatan sikit, biasalah masalah perempuan... jam 11 pagi tadi Mas mengagahkan diri pergi ke klinik! berjumpalah Mas dengan doktor apa ntah nama dia... bincang-bincang, cakap-cakap dan tanya apa masalah Mas, serius ke? doktor pun memberikan pandangan dan nasihatnya serta apa sebenarnya masalah Mas ni... nasib baik takde masalah yang serius cuma doktor cakap hormon tak stabil je... lega sangat!

yelah, takut jugakan kalau ada masalah serius.. biasalah bila dah tak stabil tu kenalah makan ubat untuk stabilkan balik... ubat ni pulak ada sikit kesan sampingan! tapi doktor suruh makan dulu dalam sebulan dan tengok kesannya macam mana...


inilah ubatnya! tapi sebelum Mas makan, Mas trylah jugak  search kat google pasal ubat ni... nak tahulah jugak apa kesan sampingannya... berkesan ke tidak dan macam-macam lagilah... entahlah, takut Mas tak makan je ubat ni!

lagu cinta kami ~

mlm tadi tengah dok layan DVD lagenda budak setan
hehehehe...tetiba jer teringat zaman cintan-cintun dedulu~
jadi entri ni aku nak share lah lagu cinta kami...
lagu ni memang aku sgt suka dan sgt kena dengan 
kisah cinta kami....al-maklumlah aku ni jatuh cinta 
pandang pertama dengan hubby aku...
jom! kita nyanyi sama2~

..ku tak tahu mengapa
tiba-tiba sahaja..
..di dalam hati ini 
sering rindu padamu..
..ingin ku melupakan, tak berdaya
ku tahu engkau juga..
..sangat sayang padaku
kau pun sering merindu..
..bila tidak bertemu
ternyata kau dan aku..
..pendam rasa
kau dan aku..
..sudah ditakdirkan bertemu
dan tiba-tiba kita jatuh cinta..
..ini semua sudah suratan Ilahi
dan kita harus hadapi kenyataan..
..biar, apapun terjadi
aku harap engkau tabah..
..menerimaku sebagai teman barumu
semoga kita saling sayang, bahagia..
..janganlah engkau pergi
selagi dihatiku..
..masih menyayangimu, oh sayangku
bila sehari tak pandang..
..aku rindu

Isnin, 24 Januari 2011

blogger RM1 juta ~

hurmmm...mesti ramai dah baca ni kat 
paper berita minggu semalam kan
wahhhh...untung jugak jadi blogger ni...
boleh jana income sampai RM1 juta!!
tahniahlah kepada redmummy.com tu kan
bila dah baca pasal berita ni aku pun
teruslah jengah ke blog dia...
pandai betul dia nak menjana pendapatan kan??
ermmm...mmg beruntung betul dia~
aku nak jadi macam redmummy ke??
eh!! xdelah...aku tulis blog ni pun sekadar suka2 je
tapi bagi yang pandai buat duit dengan
hanya berblogging ni memang mereka
sangat bagus!!

Selasa, 18 Januari 2011

photoscape

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ni Mas rajin pulak menulis! ini entri Mas yang kedua untuk hari ni.. sebenarnya di entri ni Mas nak cerita pasal photoscape! Mas rasa mesti dah ramai guna benda ni.. biarlah orang nak cakap Mas ketinggalan zaman sebab baru sekarang tau guna tapi, teringin nak share experience!

banyak kegunaan benda ni.. memang baguslah! Mas dah excited giler.. macam-macam boleh kita buat dengan gambar kita! boleh katakan tiap-tiap hari Mas nak mengadap benda ni.. edit gambar kasi cantik untuk kenangan masa hadapan.. tak guna cakap banyak, jom layan gambar-gambar yang Mas edit guna photoscape ni!

   bestnye dpt buat gambar family kami camni...


ni paling aku suka...boleh letak dialog!!

Sabtu, 15 Januari 2011

untuk kesihatan

Assalamualaikum...(^ ^)

entri kali ni nak cerita sikit pasal kesihatan... bukannya apa sekadar berkongsi je! Mas mula ambil produk ni dari bulan September 2010 sampailah sekarang... walaupun orang lain tak perasan perbezaannya tapi Mas sendiri memang perasan dan rasa perbezaannya! mesti korang nak tau produk apa yang Mas ambil kan?


inilah produknye, InnerShine Pati Prun... satu kotak ni ada 14 botol! harganya takdelah mahal sangat... bagi Mas mampulah untuk beli... heheheee


banyak keistimewaan produk ni... memang sangat bagus untuk kesihatan! antara keistimewaannya ialah bagus untuk kita punya digestion serta untuk kesihatan dalaman... selain itu untuk menyerlahkan seri kecantikan kulit... Mas dah ambil produk ni lebih kurang 5 bulan... jadi setakat ini memang Mas dapat rasa keistimewaannya!

Mas ambil produk ni 1 botol setiap hari sebelum tidur, memang lazat dan berkhasiat!

Khamis, 13 Januari 2011

baru belajar

Assalamualaikum...(^ ^)

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan 

untuk entri pertama ni Mas nak cerita kenapa Mas buat blog... sebenarnya husband yang minta ajarkan, tapi Mas tak pandai... jadi Mas pun mintalah tolong seorang sahabat ajarkan...

thanks BB sebab sudi ajar... nanti ajar secara detail lagi ye! hehehee, seronok jugak ada blog ni... bolehlah cerita tentang kehidupan kita... boleh luahkan apa yg kita rasa dan macam-macam lagilah...

jadi sudikan lah jenguk blog Mas!

"SAYA BUDAK BARU BELAJAR" 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com