Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 Mei 2021

Hari Raya PKP 3.0

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Alhamdulillah, walau dalam keadaan negara kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan namun kita masih dapat meraikan Hari Raya tahun 2021. Tahun ni merupakan kali kedua kita beraya dalam suasana PKP, jadi mesti dah biasa kan dengan keadaan tu. Pastinya korang ada cara tersendiri nak cipta kenangan indah untuk Aidilfitri 2021 ni!

Macam Mas tetap rasa suasana raya tu walaupun tahun ni kali kedua tak dapat balik kampung, yelah tak kan nak bersedih kan? Kena gembira demi anak² sebab merekalah paling seronok nak sambut raya walaupun hanya di rumah. 

Dua hari sebelum raya Mas dah siap kemas rumah, pasang lampu lip lap dan pasang pelita. Malam raya pulak isi kuih dalam balang dan masak juadah raya, tahun ni macam tahun lepas Mas buat Rendang Daging Kerbau dan beli ketupat palas frozen je. 



Pagi 1 Syawal pulak lepas solat raya dan sesi bermaafan kami bergambar jelah, tahun ni ada 4 versi gambar raya. Ada dalam rumah, kat taman mini, kat depan rumah dan kat jalan dalam taman kami. Pastu lepas Zohor kami pergi ronda² ke Cyberjaya dan bergambar pulak kat taman. Dah penat bergambar, ronda² pulak kat DPulze Cyberjaya tu. Haaa itu sajalah, janji penuh aktiviti kami pada 1 Syawal.



Tema baju raya pulak memang last minit pilih, kebetulan Mas berkenan dekat kebaya merah ni masa jualan bazar raya kat KKM. Kebaya tu ada bunga² warna baby blue, terus cadang baju raya husband dan Arfan warna tu. Untuk kakak Atikah, Airis dan Aiyra kenalah ikut mama, warna merah menyala! 

Haaa itu sajalah aktiviti raya pertama kami, walau tak boleh ziarah tetap ada kenangan indah dicipta. Yang penting kami gembira dan anak² gembira, barulah raya kan? Esok raya kedua memang duduk di rumah je sebab husband kerja! 




Moga raya tahun hadapan kita dah bebas dari wabak Covid-19 dan dapat sambut raya di kampung halaman masing²!

Isnin, 10 Mei 2021

Vaksin Covid-19 dos pertama

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh lamanya tak menulis kat sini, sampai domain blog pun dah nak hampir expired. Nasiblah teringat yang domain akan luput tarikh bulan Mei, terus cepat² renew

Masih sayang dekat blog ni tau, tak kan nak biar terkubur camtu je. Bukan malas menulis tapi kekangan masa dan kerja sangat membataskan, hari² dekat pejabat sibuk sangat. Balik rumah pun dah pukul 7 petang baru sampai, masa tu dah penat sangat dan nak fikir hal rumah lagi kan? 

Haaa sebab itulah blog ni lama bersawang dari bulan Februari hari tu, entri akhir pun pada bulan Januari je. Tapi hari ni nak mula semula sebab dah rindu sangat menulis, dah rindu sangat nak kongsi pada kehidupan Mas dan keluarga. 

Jadi hari ni Mas mulakan dengan cerita pasal vaksin Covid-19, ye hari ni Mas dah terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Memang dari minggu lepas dah mula dos pertama untuk anggota KKM yang berkhidmat di Ibu Pejabat. Mulanya Mas ingat giliran nama bermula huruf M akan kena lepas raya, tapi tak sangka awal pulak.

Nak tahu camne kita dapat tarikh temujanji vaksin ni, akan ada notification dari MySejahtera. Bila kita klik akan keluarlah tarikh temujanji, jadi kita perlu klik terima atau tidak untuk disuntik. Masa temujanji pun akan diberikan, macam Mas dapat pukul 10.30 pagi. Lokasi untuk suntik vaksin pulak di Dewan Seri Seroja Putrajaya kat Presint 15, kat sini memang lokasi utama untuk suntikan vaksin. 

Mas sampai seawal jam 10.30 pagi kat dewan tu tapi dah ramai gila orang beratur, dekat 3 jam jugak baru selesai. Pukul 1.30 barulah giliran Mas disuntik dos pertama, haihhh nervous dia lain macam. Maklumlah Mas ni memang penakut bab² jarum ni, siap cakap kat nurse tu "Saya takutlah!" Hahahaa memang dasar betul kan?

Selesai disuntik kita akan diberi kad untuk temujanji kedua dan dimintak scan bar kod vaksin yang kita terima. Mas dapat vaksin Sinovac iaitu Coronavac, ingat dapat Pfizer tapi tak merasalah. Tak kisahlah kan vaksin apa, janji dah tunaikan tanggungjawab tu!

Kemudian selepas tu akan diarahkan ke bilik pemantauan untuk pantau keadaan diri kita selepas disuntik, selama 30 minit tau. Masa pemantauan tu, pegawai bertugas akan bagi sedikit taklimat apa yang perlu dilakukan selepas keluar dari bilik tu. Tarikh temujanji dos kedua jugak akan diberikan, Mas akan suntik dos kedua pada 31 Mei nanti. Pastu kena jawab jugak soalan di dalam MySejahtera samada kita ada simptom atau tidak, tapi kena pantau jugak selama 48 jam dan kalau ada simptom yang teruk kena terus ke kecemasan hospital. 

Alhamdulillah lega dah selesai dos pertama, nanti kita nervous masa nak suntik dos kedua pulak. Haaa gambar camni wajib kena ambik lepas selesai vaksin, barulah ada bukti Saya Telah Divaksin. Hehehee pegawai bertugas tu pun dah cakap, jangan lupa bergambar kat luar tu ye! 

Setakat ni selepas hampir 5 jam Mas takde alami simptom yang teruk, cuma awal² tadi ada pening kepala sikit. Pastu badan rasa lemah je, mungkin sebab berpuasa kan? Nanti lepas berbuka bolehlah telan panadol dan rehat!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com