Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 22 September 2020

Gegar Vaganza 2020

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa ada jugak rancangan hiburan yang paling Mas suka ni, Gegar Vaganza. Ingatkan tahun 2020 ni takde, yelah sekarang kan negara dilanda wabak Covid-19. Tapi takpelah tahun ni pasti akan berbeza cara penganjurannya, penonton perlu patuhi SOP yang ditetapkan!

Cuma sebenarnya Mas harapkan tahun ke-7 penganjuran GV ni pihak Astro adakan Mega Gegar Vaganza, gabungkan juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga dari GV1 hingga GV6. Pastu mereka akan bertanding untuk rebut gelaran siapa paling terbaik dan menjadi juara, haaa barulah syok tengok. Tapi mungkin Astro nak tunggu sampai tahun ke-10 kot baru buat Mega GV, hehehee harap² akan ada!


Gegar Vaganza 2020 ni bakal menampilkan persaingan 12 peserta solo dan 2 peserta kumpulan. Haaa penganjur masih kekalkan jugak peserta berkumpulan sama² bertanding, 2 kumpulan itu adalah Indigo dan Eva. Haaa Mas tahulah 2 kumpulan ni, lama jugak tak dengar mereka menyanyi dan harap² masih menyengat!

Peserta wanita pulak ada 6 orang iaitu Noraniza Idris, Haslinda, Ashira, Rozita Izlyn, Ayu Damit dan Linda Nanuwil. Manakala peserta lelaki ada 6 orang jugak iaitu Mus May, Clif Umar (Projek Pistol), Yantzen, Nomad, Aju dan Oja. 

Haaa bila tengok nama peserta² solo ni tak semua familiar bagi Mas, ada 2-3 peserta wanita dan lelaki yang Mas kurang kenal. Lagu popular mereka pun Mas tak tahu sangat, mungkin mereka tu ada 1-2 lagu pastu terus menyepi. Macam Noraniza Idris, Mus May dan Yantzen tu memang Mas tahu diaorang ada lagu² popular dan hasilkan 2-3 album jugak kan? 


Jadi Mas harap walaupun peserta GV7 ni kurang popular dahulu, moga mereka mampu berikan persembahan yang mantap dan buktikan mereka mampu memukau juri dan penonton. Yelah mungkin mereka ni bagus menyanyi cuma dulu bakat tu kurang diketengahkan dan tak hasilkan banyak lagu popular! 

GV7 ni akan bermula pada 11 Oktober 2020 jam 9 malam, setiap Ahad di saluran Astro Ria dan Ria HD. Pengacara pulak masih kekal Nabil dan Jihan Muse, dan penaja pulak Mas tak pasti samada masih Farm Fresh atau dah bertukar. Good luck untuk peserta Gegar Vaganza 7!

Isnin, 14 September 2020

Sky Deck dan Sky Box Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum...(^ ^)

Tidur senyum berlantaikan kaca, haaa ko ada!


Hehehee tercapai jugak hasrat nak bergambar camni kat Sky Box Menara KL ni, memang dari sebelum naik dah cakap kat husband nak bergambar camni jadi dia layankan je hasrat bininya!

Alhamdulilah, dapat jugak bawak anak² ke Menara KL selepas tak tercapai hasrat tu masa pergi Raya Haji yang lepas. Kali ni naik sempena promosi Untukmu Wiraku oleh Menara Kuala Lumpur bagi memberi penghargaan kepada frontliners, promosi ni selama sebulan bermula 17 Ogos 2020 yang lalu. Jadi Mas dan husband dapat masuk percuma je dan hanya bayar untuk anak². Promosi ni sampai 16/9/2020 untuk frontliners, haaa kalau nak pergi sempat lagi esok lusa.



Masa mula sampai tu hujan, risau jugaklah tak dapat naik ke Sky Deck dan Sky Box tu sebab kalau hari hujan memang ditutup kepada pengunjung. Pastu orang pun beratur ramai, kami sampai pukul 8 pagi dah panjang barisan, tapi Mas tawakal je moga dapat boarding pass dan hujan akan reda.

Sampai giliran Mas boarding pass paling awal pukul 1.30 tengahari, kami tetap pilih nak naik ke Sky Deck dan Sky Box walaupun pass akan terbatal kalau hari masih hujan. Masa tu doa dan tawakal je moga hujan akan berhenti.



Syukur sampai je giliran kami, cuaca dah elok. Pukul 1 kami dibenarkan naik untuk beli tiket masuk. Untuk frontliners ni, bayaran pengiring pertama kedua hanya RM10 dan pengiring ketiga dan seterusnya dapat separuh harga iaitu RM36. Macam Mas hanya bayar tiket untuk 3 orang anak iaitu RM30, 2 orang bawah Mas dan 1 orang bawah husband sebab kami dua² frontliners. Aiyra percuma sebab dia bawah 4 tahun!

Masa yang diberi untuk berada di atas Sky Deck adalah 45 minit untuk setiap sesi, haaa bolehlah tengok permandangan indah bandar Kuala Lumpur dari sini. Di dalam Sky Box pulak hanya dibenarkan 1 minit 40 saat, mereka akan setkan masa dan bila tamat jam tu akan berbunyi. Ada 2 box disediakan, boleh je nak masuk kat dua² box. Pastu ada jurukamera akan ambikkan gambar kita, kalau nak bolehlah beli sebagai kenangan. Jurukamera tu jugak akan tolong ambikkan gambar kita satu keluarga guna handphone kita, cuma tak boleh bergambar lama² sebab masa terhad. 




Tapi masa masuk box kedua tu takde orang, jadi Mas langgar jugak masa, tu yang dapat ambik gambar sambil baring tu. Haaa barulah puashati dan berbaloi, hehehee! Nasiblah abam guard yang jaga tu sporting benarkan kami ambik masa lama sikit! 

Terima kasih Menara Kuala Lumpur hargai jasa frontliners seperti Mas dan husband, kalau tak dapat rezeki camni entah bilalah dapat bawak anak² naik!






Khamis, 10 September 2020

Kebaikan AVCO D'Aura untuk rambut dan kulit

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebut je minyak kelapa dara Mas memang dah cukup sinonim, sebabnya Mas pengguna setia VCO sejak dulu lagi. Cumanya Mas guna yang jenis softgel sebagai supplemen harian, dan Mas akui memang khasiatnya sangat bagus! 

Bila D'Aura ada perkenalkan minyak kelapa dara jenis cecair, terus Mas berminat nak cuba. Lagilah ia boleh digunakan untuk rambut dan kulit, pucuk dicita ulam mendatanglah sebab memang tercari² produk yang bagus untuk merawat rambut. Jadi Mas nak kongsikan cara penjagaan rambut dan kulit menggunakan AVCO dari D'Aura yang Mas amalkan.


Apa itu AVCO?

AVCO adalah Aromatic Virgin Coconut Oil yang diformulasi untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara. Ia kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin E untuk dijadikan rutin penjagaan yang sesuai untuk rambut dan kulit. 

99% AVCO adalah daripada minyak kelapa dara asli berkualiti tinggi yang dihasilkan di kilang DAura di Malaysia. 

Cara Penjagaan Rambut & Kulit Dengan AVCO


Ok sekarang Mas nak kongsikan bagaimana Mas manfaatkan khasiat dan kebaikan AVCO untuk penjagaan kecantikan rambut dan kulit Mas.

1. Minyak Rambut

Mas ni ada masalah rambut gugur dan kulit kepala kering, bila sikat rambut mesti gugur dan kulit kepala kadang² gatal bila pakai tudung terlalu lama. Asyiklah nak mengaru kepala je! Jadi bila amalkan guna AVCO ni setiap hari, boleh rasalah kulit kepala dah kurang gatal bila bertudung dan rambut gugur dah semakin kurang


Pastu selain rambut sendiri, Mas gunakan jugak kat rambut anak². Macam Aiyra ni rambut dia selalu susah nak sikat kalau lepas bangun tidur, jadi sebelum tidur Mas pakaikan AVCO kat rambut dia. Letak 2-3 titis kat tapak tangan pastu urut kat kulit kepala dan sapu ke seluruh rambut hingga ke hujung. Esok pagi cuci bersih, dan rambut akan rasa lembut dan senang dah nak sikat. 

2. Makeup Remover

Haaa ini paling Mas suka! Mas suka makeup, jadi setiap kali nak cuci makeup Mas kena pastikan ianya dicuci bersih. AVCO sangat membantu, hanya letakkan 3-4 titis di atas tisu dan sapukan ke muka. Gosokkan secara perlahan kat muka, haaa tengok kesan makeup dapat dibersihkan dengan sempurna. Kulit pun rasa licin je dan ia tak memedihkan kulit sebab berasaskan bahan semulajadi!


3. Pelembap kulit muka

Setiap malam sebelum tidur Mas akan sapukan AVCO kat kulit muka terutama di bawah mata, di zon T dan di bawah dagu. Esok pagi bila bangun dan cuci muka, kulit rasa lembut dan segar. Ia juga membantu sebagai agen anti penuaan dan memperbaiki tekstur kulit.

4. Losyen tangan dan kaki

Kulit tangan dan kaki Mas jenis kering, jadi Mas jadikan AVCO sebagai losyen. Mas suka sapu kat siku dan lutut sebab kat situ ada kulit² hitam. Bila sapu AVCO ni kulit akan jadi lembap dan sikit sebanyak membantu hilangkan kesan kulit hitam tu.


AVCO banyak manfaat!

Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kebaikan AVCO ni untuk penjagaan rambut dan kulit. Kalau korang nak tahu kenalah guna dan rasai sendiri, baru tau khasiatnya! 

Jangan risau sebab ianya 100% semulajadi tanpa bahan kimia, selamat digunakan tanpa kesan sampingan. AVCO hanya 1% menggunakan haruman dan 100% semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan untuk hasilkan haruman yang segar dan menenangkan!


Jangan lupa dapatkan AVCO D'Aura

AVCO ni ada 2 fragran iaitu Morning Dew dan yang Mas guna ni Floral Fresh. 

Nak beli, layari website www.daura.com.my. Harganya cuma RM22.90 untuk 50ml, tapi khasiat dan manfaatnya sangat berbaloi. Mas dah guna jadi Mas berani cakap korang pasti akan puashati!

Rabu, 9 September 2020

Covid-19 kembali ke 3 angka!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tak bercerita pasal wabak Covid-19 ni kat blog, tapi bila tengok kes semalam tetiba meningkat semula ke 3 angka terus terasa nak menulis. 


Teringat lagi masa mula² wabak ni menular, hanya dimulai dengan 1 ke 2 angka je tapi tetiba meningkat mendadak ke 3 angka. Takut pulak bila diingat balik, memang kes meningkat dari hari ke hari. Jadi bila semalam tetiba naik mendadak, rasa seramlah sebab tak nak terjadi seperti mula² dulu. 

Sebab itulah walau dalam apa pun keadaan kita kena patuhi SOP, wajibkan diri tu scan QR Code walau dimana saja dan sentiasa pakai face mask. Jangan buat sikap tak kisah! "Alaaa tak penting pun scan code ni, aku sihat dan tak bergejala pun!" Yer memang semua orang cakap camtu, tapi itu untuk memudahkan kita dikesan jika tempat yang dikunjungi tetiba ada yang positif. Bukan susah pun, keluarkan telefon dan scan. 

Macam di pejabat Mas pun wajib scan QR Code setiap hari bila datang bekerja, sebelum melangkah masuk pejabat kena scan dulu. Walaupun kami hanya bertiga di pejabat, tapi tanggungjawab tu penting untuk sama² membendung wabak Covid-19 dari menular! 


Sama jugak dengan pemakaian face mask, ramai lagi yang buat sikap sambil lewa. Kadang isteri pakai tapi suami tak pakai, pastu kadang anak² pun dibiarkan tak pakai. Kalau anak² tu bawah 2 tahun memanglah tak wajib pakai, ni yang dah besar. Kalau malas nak suruh anak tu pakai sebab takut rimas, jangan bawak anak keluar. Biar jer mereka duduk di rumah, lagi selamat!

Sama²lah jalankan tanggungjawab dan disiplinkan diri, kalau bukan kita siapa lagi nak jaga diri dan keluarga kita. Jangan kita biarkan Covid-19 ni bermaharajalela di muka bumi, biarlah ia cepat dihapuskan!

Isnin, 7 September 2020

Malang tak berbau!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah kaki dah semakin pulih, dah boleh jalan walaupun masih ada rasa sakit sikit². Tapi hari ni pun Mas tak mula masuk kerja lagi, kena jaga Aiyra demam pulak.

Kalau yang tengok post Mas kat Facebook pasti tahu apa jadi dengan kaki Mas. Malang tak berbau kan, benda dah nak jadi. 


Petang Khamis tu memang hujan agak lebat, Mas pun memang jalan berhati² sebab jalan licin. Selepas dah selesai urusan bayar yuran taska Aiyra dah ambik dia Mas pun terus keluar. Masa melangkah keluar dari pintu taska tu entah camne kaki terpelecok, masa nak terjatuh tu Mas cuba tahan. Tapi kaki terus terlipat dan Mas jatuh tersembam, nasib muka tak tersembam ke lantai sebab Mas sempat tahan dengan tangan. 

Mula jatuh tu memang tak boleh bangun, sakit teramat sangat kaki Mas. Kaki tak boleh gerak langsung, masa tu dah fikir patah ke kaki aku? Tapi ada sorang ibu ni dia tolong, dia suruh Mas tanggalkan sandal dan gerakkan kaki perlahan². Alhamdulillah kaki boleh gerak dan Mas boleh bangun, tapi masa jalan sampai ke kereta sakit dia hanya Allah yang tahu!

Masa memandu balik ke rumah tu Mas tahan je rasa sakit, nak menangis pun ada. Nak berhenti tepi jalan jerit Ya Allah sakitnya pun ada, tapi tetap teruskan memandu. Sampai rumah husband sapukan minyak urut, pastu gigih lagi pergi ke Giant cari stok sayur. Balik dari Giant kaki makin rasa berdenyut², langsung tak boleh nak pijak, sakit teramat sangat!


Teruslah husband bawak ke emergency Hospital Putrajaya, sampai hospital memang tak boleh jalan dan kena duduk atas wheelchair. Masa doktor periksa dia sentuh dan tekan rasa sakit sangat, terus doktor suruh pergi x-ray. Masa x-ray pun sakitnya, sebab juru x-ray tu dok pusingkan kaki ke kiri kanan. Mengalir airmata Mas tahan sakit. 

Selesai x-ray, alhamdulillah takde kecederaan serius. Takde tulang patah, takde retak dan takde tisu koyak, hanya terseliuh dan bengkak. Doktor bagi jugak suntikan ubat tahan sakit, katanya kalau tak bagi malam nanti mesti tak boleh tidur. Haaa memang pun, sakit berdenyut² tetap terasa walau dah inject satu dos. 3 hari doktor bagi MC, Jumaat sampai Ahad. Haaa walau Sabtu Ahad tak kerja tapi MC kan kena bersambung. 

Lega tau bila takde kecederaan serius, sebab Mas memang takut kalau terjatuh camtu. Risau wooo takut patah ke, yelah bab jatuh ni bukan boleh main²! 

Selasa, 1 September 2020

Amani Vanilla Temerloh

Assalamualaikum...(^ ^)

Hampir 8 bulan tak balik ke Temerloh, rupanya dah banyak tempat menarik dan tempat yang viral kat sana. Jadi balik kali ni Mas berkesempatan pergi ke salah satu tempat viral yang boleh dikatakan jadi tumpuan ramai jugak iaitu Amani Vanilla Temerloh



Dikenali jugak sebagai Kafe Vanilla Temerloh, tempat ini popular kerana aiskrim vanilla yang dihasilkan dibuat sendiri oleh pemiliknya. Berkonsepkan Farm + Nursery + Cafe disitu ada ditanam pokok vanilla. Haaa dapatlah tengok camne rupa pokok vanilla, cuma masa Mas pergi tu pokok sedang dirawat jadi takde berbuah. 


Pilihan menu utama di Vanilla Temerloh ni sudah tentulah aiskrim vanilla, memang dihasilkan dari vanilla yang ditanam di situ. Serius korang, aiskrimnya sangat sangat sedap dan menepati citarasa Mas. Rasa vanillanya yang asli, tidak terlalu manis dan baunya yang wangi. Inilah antara pilihan aiskrim² yang ada, pastu ada jugak Kopi O Vanilla dan Vanilla Rootbeer Float. Makanan berasaskan vanilla ada Wafer Aiskrim Vanilla, dan beberapa makanan lain seperti Ubi Kayu Rebus, Keropok Lekor, Kuih Muih, Sagu Gula Kabung dan Jeli Kelapa. 



Masa datang tu Mas beli aiskrim vanilla dalam cup berharga RM4, ada 2 scoop aiskrim dengan free toping. Pastu beli aiskrim cone berharga RM3, Wafer Aiskrim Vanilla berharga RM6.50 dan Kopi O Vanilla berharga RM4. Puashati dapat makan sambil lepak santai² sambil tengok pokok vanilla. 

Tempat ni dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 7 malam, dan ditutup pada setiap hari Isnin. Korang boleh waze Vanilla Temerloh dan pasti akan sampai ke sana, cuma kalau pergi hari minggu memang ramai orang. Tapi jangan risau parking banyak disediakan dan ada anggota rela yang jaga kereta keluar masuk supaya tidak sesak. Masuk percuma je, tak perlu bayar apa². Kalau nak makan kat situ kenalah bayar, tak akan nak percuma pulak kan?



Jadi bagi korang yang sampai ke Temerloh dan peminat aiskrim vanilla bolehlah datang ke Amani Vanilla Temerloh ni!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com