Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 19 Mei 2020

Nasi Kerabu Daging Bakar

Assalamualaikum...(^ ^)

19 Ramadan yang lepas teringin sangat nak makan Nasi Kerabu Daging Bakar, nak beli memang payah nak dapat sebab bazar Ramadan takde. Jadi dengan gigihnya cuba buat sendiri, dengan harapan menjadilah percubaan tu.

Siap² beli semua bahan, pukul 4 petang dah mula kelentung kelentang kat dapur. Memang banyak benda nak buat, nasiblah husband ada bantu. Jadi kat sinilah Mas kongsikan lah resepi lengkap set Nasi Kerabu Daging Bakar tu.


Bahan² Nasi Kerabu
3 pot beras
Air secukupnya
3-4 titis pewarna Star Brand Biru Tulin
2 helai daun pandan

Cara membuatnya: Masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker

Bahan² Daging Bakar
500 gram daging
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
½ biji bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Cara membuatnya: Campur semua bahan dan gaul sebati, pastu perap selama 1 jam. Mas bakar guna Air Fryer je, suhu 180 darjah selama 7 minit. Dah cukup 7 minit bakar sebelah lagi selama 7 minit jugak.

Bahan² Sambal Tumis
3 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
5-6 ulas bawang putih*
½ inci halia*
4-5 sudu cili kisar
1 cawan santan pekat
3 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugor
2 sudu besar budu
1½ sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya
1. Kisar bahan² bertanda (*), kemudian tumis bahan hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Bila dah pecah minyak, masukan 1½ cawan air dan 1 cawan santan. Pastu masukkan serai dan asam keping.

2. Bila dah mendidih masukkan budu, gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak.

Bahan² Sambal Ikan
½ biji kelapa parut (digoreng + ditumbuk kasar)
3 ekor ikan kembong (rebus, ambil isi, tumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
3 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
2½ sudu kecil garam dan gula

Cara membuatnya: Campurkan serai dan bawang yang dah ditumbuk, kemudian masukkan garam dan gula. Pastu masukkan isi ikan dan kelapa, gaul sebati.

Bahan² Sambal Cili
3 biji cili api
3 biji cili besar
Air asam jawa
½ inci belacan
1 biji perahan air limau nipis 
Garam dan gula

Cara membuatnya: Campur semua bahan dan kisar hingga hancur.

Bahan² Ulam-ulaman
¼ biji kubis
1 biji timun jepun
3 jalar kacang panjang
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan

Cara membuatnya: Hiris halus semuanya dan gaul sebati.

Haaa itulah bahan² dan cara membuatnya set Nasi Kerabu Daging Bakar ni, boleh jugak tambah telur masin dan keropok goreng untuk penambah selera. Selamat mencuba!

Rabu, 13 Mei 2020

PKP Bersyarat hingga 9 Jun 2020

Assalamualaikum...(^ ^)

Ahad lepas PM dah umumkan yang PKP Bersyarat akan bersambung sehingga 9 Jun, haaa betul² sampai lepas raya. Mas dah tahu sebenarnya sebab boss memang ada cakap, jadi takdelah terkejut sangat. Elok jugak sambung lama lagi, kalau tak nanti kita akan rasa yang kita dah bebas dari wabak ni. Ingat kita belum menang tau!


Jadi kena ingat tak perlulah nak rasa longgar sangat walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran, nanti tak pasal² ditarik balik dan jadi PKP semula. Ini PKPB ye, bersyarat tau bukan boleh main langgar je sesuka hati. Kita kena disiplinkan diri untuk amalkan apa yang dah kita amalkan semasa PKP1 hingga PKP4 dulu, siapa lagi nak jaga diri kita dan keluarga kalau bukan kita kan?

Bagi yang dah boleh bekerja tu, pergi kerja elok² dan lepas kerja balik rumah terus. Janganlah nak melepak mana² dengan kawan² pulak kan? Pastu kalau nak keluar biarlah ada keperluan je, nak keluar saja² lepak kat pasaraya bukan masanya sekarang. Lagi satu kalau dah rasa malas nak masak atau jemu makan masakan sendiri masa berbuka tu, haaa belilah makanan kat restoran nun tapi seeloknya take away je dan makan kat rumah. Setlah meja makan tu ala² restoran, haaa boleh jugak kan?

Haaa dah bagi kelonggaran keluar berdua tu, keluarlah laki bini tapi sorang je masuk dalam pasaraya nak beli barang. Rasanya tak perlulah kau nak jalan pegang tangan sweet² sambil pilih barang² tu, lagi melambatkan masa dan penjarakan sosial tak dijaga. Dulu bising laki tak pandai beli barang, ni dah bagi keluar awak belilah barang sorang dan tak payah nak suruh laki teman sangat. Mintak duit siap², habis beli telefon dia suruh angkat barang masuk kereta!

Bab anak pulak, memang kita risau sebab bila suami isteri kena kerja siapa nak jaga anak kan? Tapi kerajaan masih bagi kelonggaran pada majikan untuk buat giliran kerja bagi yang ada anak kecil, masih boleh bekerja dari rumah. Macam Mas dari awal PKP memang Mas dan husband kena kerja, lagilah husband Mas bomba dan kena sentiasa kerja. Tapi nasiblah Mas boleh kerja bergilir², cuma kalau husband kerja syif siang dan Mas pun kerja terpaksalah harapkan kakak Atikah yang jaga adik². Tawakal dan doa jelah moga anak² selamat kat rumah!

Kalau taska dah boleh buka, korang yakin ke nak hantar anak² ke taska buat masa sekarang? Jadi kalau rasa tak yakin dan selamat kenalah pandai cari alternatif lain, janji ada orang jaga anak dan korang boleh kerja dengan senang hati. Mas memang tak akan hantar anak buat masa ni, jika taska buka sekali pun!


Pasal tak dapat balik raya pulak, alah tahun ni je kita tak merasa raya kat kampung dengan mak abah. Husband Mas pernah 3 tahun berturut² tau tak balik raya, haaa taulah sedihnya camne tapi demi tugas dia redha. Lagi pun mak abah kat kampung tu kita kena jaga, mereka lagi berisiko untuk dijangkiti. Apa yang penting kita terus patuh dengan PKPB ni, raya dimana² pun sama je!

Apa pun semua terpulang pada diri kita sendiri, kalau kita mampu disiplinkan diri dengan new normal ni kita akan berjaya benteras Covid-19 ni. Tapi kalau kita hanya suka dok kondem sana sini, itu tak betul ini tak betul sampai bila pun tak akan berhasil. Kita bantu frontliners yang dah banyak bersusah payah tu, bagi mereka tarik nafas lega dan boleh senyum gembira lepas ni! 

Sabtu, 2 Mei 2020

Happy Birthday Mas!

Assalamualaikum...(^ ^)

Selamat Hari Lahir Mas!

Tahun ni birthday disambut dalam suasana yang berbeza dari biasa, masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi tak boleh nak raikan kat luar atau pergi cuti² sempena birthday. Tapi takpe Mas tak kisah sangat semua tu, dah masuk umur 41 tahun dah pun.


Walau dalam PKP tapi syukur sebab tahun ni birthday jatuh dalam bulan Ramadan, jadi boleh lah buka puasa sambil sambut birthday. Jadi hari ni husband bagi cuti masak, dia nak belanja makan katanya. Wahhh gembira tak terkatalah birthday girl ni, hehehee!

Takde belanja berlebih sangat pun, husband beli Domino's Pizza dan Kek Secret Recipe Red Velvet. Pastu Mas ada beli brownies dengan Rara, dan kebetulan sampai masa birthday Mas. Haaa dapatlah makan sempena hari jadi, pastu buat jugaklah Roti John sebab anak² nak makan!


Haaa tetap meriah walaupun makan kat rumah, husband dan anak² siap suruh Mas tiup lilin sambil diaorang nyanyi lagu birthday. Pastu siap suruh potong kek, hehehee ai malu sebenarnya sebab dah masuk umur 41 tahun rasanya tak perlu semua tu. Tapi anak² nak jugak raikan mama dia, terima kasih husband dan anak²!

Terima kasih arwah mak lahirkan Mas, syukur alhamdulillah masih bernafas di usia 41 tahun ni! Muda lagi tu, baru 41 tahun. Hehehee!

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com