Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Mac 2020

Bertugas secara giliran semasa PKP

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang tau kan Mas kerja KKM, jadi dah tentulah perkhidmatan essential. Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac hari tu memang Mas kena bertugas secara giliran dengan kawan satu pejabat, sebab boss kami pengurusan tertinggi. Dia kena bertugas setiap hari, makanya kenalah ada PA bantu. 


Mas mula bertugas pada 18/3 hingga 24/3, pastu giliran kawan pejabat pada 25/3 hingga 31/3. Kalau ikutkan hari ni hari terakhir Mas di rumah, esok akan bertugas kembali. Memang dah bersedia nak hadap roadblock yang katanya makin ketat nak masuk ke Putrajaya. Macam Mas memang tak perlu surat pun, hanya tunjuk pas kerja. Nampak KKM tu, polis akan bagi lepas terus!

Namun bila bincang dengan kawan pejabat, dia nak sambung lagi kerja dari 1/4 sampai 7/4. Makanya Mas kenalah bekerja dari rumah lagi seminggu, haaa kena rancang apa nak buat lagi 1 minggu ni. Sebagai PA kerja dari rumah ni takdelah rumit sangat, setiap hari Mas kena semak diari boss. Tengok mesyuarat apa yang dia perlu hadir, pastu whatsapp untuk ingatkan dia. Selain tu Mas akan semak emel sendiri dan emel boss, tengok kot² ada emel yang urgent


Haaa itu jelah tugas utama, pastu balaslah emel atau whatsapp pegawai jika ada yang bertanya atau maklumkan apa². Sambil kacau gulai atas dapur pun boleh buat semua ni, mudah jer. Hehehee, itulah tugas PA yang kena bertugas dari rumah!

Macam itulah bila dalam perkhidmatan essential, tak boleh nak duduk di rumah jer sepanjang 4 minggu PKP ni. Kami kena jugak bertugas, jadi cara giliran lah boleh bagi peluang kami berdua merasa rehat jugak. 


Haihhh rindu pulak dekat kawan pejabat dan meja kerja, rindu nak borak² dan gossip²!

Isnin, 30 Mac 2020

Telur Air Asam

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa dah 2 kali Mas buat Telur Air Asam ni, serius sedap ooiii! Pertama kali buat siap licin nasi masak 3 pot, berpeluh² husband dan anak² makan. Kali kedua beli lebih sikit, 8 bijik telur. Pastu air asam dia Mas buat pedas dan masam sikit. Fuhhh lagi terangkat!


Jadi kat sini Mas nak kongsikan jugak resepinya walaupun Mas tahu ramai dah tau buat. Sangat senang tau, tak sampai ½ jam dah siap! 

Bahan-bahan Telur Air Asam
5-8 lapan bijik telur
Asam jawa (bancuh dengan air)
Sebijik bawang besar (hiris)
2 bijik tomato (hiris)
3 bijik cili api (hiris)
Gula garam secukup rasa

Cara² membuatnya
1. Rebus telur selama 7-10 minit, bila dah masak kupas di bawah air paip sebab nak dapatkan telur yang licin. Pastu belah dua dan letak dalam mangkuk.

2. Untuk air asam, masukkan bahan yang dihiris dalam mangkuk. Pastu tuangkan air asam jawa, masukkan garam gula secukup rasa.


3. Tuang air asam ke atas telur yang sudah dibelah dua tadi, biarkan lebih kurang 10-15 minit untuk air asam meresap ke dalam telur. Pastu bolehlah dimakan dengan nasi panas, haaa tak sedar bertambah 2 kali

Hehehee, selamat mencuba!

Khamis, 26 Mac 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan

Assalamualaikum...(^ ^)

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama 2 minggu lagi bermula 1 - 14 April 2020."

Haaa ni ke yang kita nak? 

Dek kerana kedegilan sesetengah orang dan kes wabak Covid-19 makin meningkat maka PKP terpaksa dilanjutkan. Semalam masa PM bagi perutusan memang nampak dia berat hati nak beritahu tapi dia terpaksa, jadi awal dia umumkan supaya kita semua lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. PM pun ada beritahu kita akan hadapi tahap sukar untuk membendung Covid-19 ni.


Kalau masih ramai yang berdegil, tak nak kekal duduk di rumah sepanjang PKP ni tak mustahil tempoh akan jadi lebih lama. Ya Allah bersedia kah kita sambut puasa dan raya dalam tempoh PKP? Tak dapat balik kampung jumpa keluarga, takde solat terawih, takde ziarah menziarahi, haihhh sayu rasa hati!

Jadi buat masa yang berbaki 19 hari lagi, sama² kita patuh dengan arahan PKP ni. Jika tiada perkara mustahak atau kecemasan untuk keluar, tak perlulah nak kemana². Kan kerajaan dah tetapkan ketua keluarga je boleh keluar untuk beli barang keperluan dan ubat-ubatan, jadi tak perlu satu keluarga nak keluar. PDRM dan ATM pun dah ketatkan kawalan, jika masih berdegil tak mustahil akan ditangkap. 

Kes dari hari ke hari makin bertambah, kes kematian pun setiap hari ada. Pastu sekarang dah wujud kluster baru pulak, yang dah peram 14 hari tu dah merebak. Jika jadi camni camne rantaian jangkitan tu nak putus, jadi akan bertambahlah kes!

Pilih nak mana satu?


Marilah kita sama² patuh pada PKP ni, duduk kat rumah je. Banyak je aktiviti boleh buat, tak akan rasa bosan kalau kita pandai susun. Boleh masak sama² suami isteri, boleh workout kat rumah, boleh mengaji dengan anak², boleh ajar anak² ulangkaji, boleh main games dan macam² lain. Haaaaa sapa kat bosan di rumah!

Khamis, 19 Mac 2020

Duduk di rumah, tolonglah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa semalam Perdana Menteri kita dah buat perutusan khas merayu kat rakyat Malaysia supaya kekal duduk di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu ni. Sedih dengar tau, sampai merayu berkali² PM kita!


Tolonglah faham wahai rakyat semua, janganlah degil dan buat tak reti bahasa. Semua ada akal fikiran untuk nilai mana yang baik dan buruk, ada keluarga dan anak² perlu dilindungi. Jadi apa susah duduk kat rumah, luang masa bersama keluarga dan anak². Nak makan boleh masak sendiri, malas masak boleh order je sebab ada delivery ke rumah. Habis barang dapur, suami masih boleh keluar beli tapi kena terus balik lepas membeli. Mudah kan, takde pun kawalan ketat sangat. Cuma akan jadi ketat kalau kita masih terus berdegil!

Kasihanilah mereka yang kena bekerja terutama anggota keselamatan dan kesihatan, kena jugak bertugas demi rakyat. Jadi korang bantulah mereka dengan duduk diam² kat rumah, tak payah gatal sangat nak keluar sana sini. Macam Mas dan husband kami di bawah perkhidmatan esssential (bomba dan kesihatan), jadi nak tak nak kena jugak kerja. Ikutkan kalau boleh kami nak je duduk rehat di rumah, lagi syok sebab boleh jimat duit minyak dan belanja makan.


Pastu yang sadisnya bila dimaklumkan perintah akan berkuatkuasa 12 tengah malam hari Rabu, ramai pulak yang berpusu² nak balik kampung. Bila pihak PDRM kata kena isi borang, haaa semua pakat dok serbu balai polis. Sampai sesak macam nak beli tiket bola, masa tu tak pasal² semua dok bersentuhan dan secara tak sengaja menggalakkan penyebaran wabak Covid-19 dengan berleluasa. Masa tu semua tak fikirkan dah, yang mereka dok fikir nak balik kampung.

Bukannya Mas nak marah dan kata tak boleh balik tapi kenalah patuh dengan arahan yang kata jika ada hal betul² kecemasan macam kematian atau ada ibu bapa yang sakit tenat, barulah dibenarkan balik. Ni tak, lebih ramai yang nak balik saja² sebab dah dapat cuti 2 minggu! Ya Allah macam seronok pulak, ingat hari raya ke??

Semalam hari pertama perintah kawalan pergerakan ni dilaksanakan, tapi macam tak berkesan je. Ramai yang kongsikan kat media sosial, ada je yang selamba badak sumbu dok meniaga kat tepi jalan pastu ramai yang membeli. Pastu ada jugak yang bawak anak² beriadah dekat taman, tanpa risau dan peduli pasal wabak ni. Yang lepak kat kedai makan pun ada, buat tak faham bahasa je!


Jadi harap sangat lepas PM dah buat perutusan semalam, bukalah sikit mata tu. Nak ke tempoh perintah ni dilanjutkan, kalau 2 minggu ni tak berjaya kemungkinan besar akan diteruskan. Mungkin lagi 2 minggu atau sebulan, haaa masa tu jangan gelabah biawak lak. Sama²lah kita bagi kerjasama, duduk je kat rumah. Benda mudah je kan,bukan susah pun!

Sambil dok rumah tu kita doa dan pohon pada Allah moga wabak Covid-19 ni cepat dihapuskan, Dengan kerjasama dan doa kita, pasti tak akan ada gelombang ketiga wabak ini yang sangat kita takuti!

Khamis, 12 Mac 2020

Covid-19 makin meningkat

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah makin risau kan bila wabak Covid-19 ni semakin meningkat dan meningkat setiap hari, hari ni dah 149 kes. Pastu virus ni pun dah diisytihar sebagai Pandemik iaitu kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia, haaa takut kan dengar! 


Bila dah jadi wabak besar-besaran ni maknanya kita kena lebih berhati² dan ambil langkah kebersihan yang betul. Jangan pandang remeh je walaupun kita rasa perkara tu mudah, sebab kita tak tahu samada tempat yang kita pergi tu ada tak wabak Covid-19 ni. Jadi kalau takde keperluan nak kemana², lebih baik kita duduk je di rumah. Kalau terpaksa jugak keluar untuk beli barang dapur, pakai mask dan bawak sanitizer. Pastu balik rumah terus cuci tangan bersih², elakkan sentuh muka. 

Macam Mas sejak virus ni makin meningkat, memang hari minggu terperap kat rumah je. Hanya keluar rumah pergi kerja dan balik kerja! Kalau nak keluar beli barang dapur Mas hanya pergi dengan husband je, anak² tinggal kat rumah. Tak berani nak bawak diaorang! 


Lagi satu dah mula cuti sekolah minggu depan, berwaspadalah. Kalau takde keperluan nak pergi bercuti kemana², janganlah pergi. Tak rugi pun kalau tak bercuti, lagi rugi kalau kita terdedah kepada wabak Covid-19 ni. Lebih baik kita duduk di rumah dan lebihkan masa dengan anak², lagi selamat dan kita kurang terdedah kepada wabak ni. Memanglah ada yang dah rancang dari awal, tapi tak salah pun kalau batalkan. 

Lagilah sekarang seorang dari 5000 orang yang hadir majlis tabligh baru² ni telah disahkan positif Covid-19, pastu usaha nak kesan lagi 4999 orang senang giat dijalankan. Haaa bukan sikit tu!! Kita pun tak tahu siapa mereka tu, entah² dia ada berdekatan dengan kita. Bayangkan camne cepatnya wabak ni akan menular, sebabnya kita tak tahu kemana mereka pergi lepas majlis tu. 


Jadi beringatlah kita semua, jangan sebab dek tiket murah kita nak melancong kesana sini. Jangan sebab bosan dok rumah kita nak bercuti ke sana sini, tak fikir keselamatan diri dan anak². Sama²lah kita mencegah dan ambil langkah berjaga², dan tak putus doa moga kita terus dilindungi dari wabak ini.

Isnin, 9 Mac 2020

Percubaan pertama masak Rendang Ayam

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada yang rindu entri dari Mas tak? Haihhh maaflah, tak tahu kenapa malas betul nak menulis kat sini sekarang. Macam dijangkiti virus pulak blog ni, hahahaa penulisnya pun kena virus malas. Ok takpelah, Mas cuba yer konsisten semula cuma tak janji. Hehehee, tapi Mas usaha jugak akan rajin!


Ni nak kongsilah sikit percubaan pertama Mas masak Rendang Ayam, haaa dek kerana si husband tu dok teringin nak makan. Kisahnya camni, Mas ada beli Rendang Ayam kat kafe pejabat. Bila mereka makan semuanya berselera, maklumlah bukan selalu makan Rendang Ayam kan? Jadi husband Mas teruslah suruh Mas cuba buat, katanya buat sendiri lagi puashati makan. 

Memang betul, cuma Mas tak pernah hayat masak Rendang Ayam ni. Kalau masa raya tu, kakak² Mas yang masak dan ai tahu makan je. Hehehee, bila husband suruh masak mana tak gelabah kan? Hampir tak nak buat mulanya, tapi sampai bila kan tak nak cuba. Yang nak makan suami dan anak² jugak, jadi Mas kena masak jugak.


Masak punya masak, kelentung kelentang kat dapur dan inilah Rendang Ayam versi Mas. Alhamdulillah menjadi elok, husband dan anak² pun puji sedap. Jadi Mas kongsikan resepinya!

Bahan-bahan Rendang Ayam
½ ekor ayam dipotong sederhana
1 pek penumis 4 beradik
1 kotak santan
4 pek kerisik (beli yang dah siap)
3 batang serai (diketuk)
3 helai daun kunyit (dihiris nipis)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
1 ulas bawang besar
7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
Seinci halia, lengkuas dan kunyit hidup
10-15 cili kering


Cara² membuatnya
1. Tumiskan penumis 4 beradik bersama bahan kisar, bila dah naik bau masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga cili betul² masak dan pecah minyak.

2. Bila cili dah pecah minyak dan garing, masukan ayam. Renehkan selama 5 minit sehingga air dari ayam kering. Kemudian masukkan santan dan serai, masak sehingga menggelegak dan ayam betul² masak. Selepas itu barulah masukkan kerisik dan kacau sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan biarkan ayam masak sehingga kuah sedikit pekat. Haaa siap dihidang bersama nasi panas atau pulut kuning!


Macam Mas, hari Sabtu makan dengan nasi dan hari Ahad husband nak makan pulut kuning. Berseleralah depa makan, Mas pun gembira dan puashati sebab percubaan pertama menjadi. Raya tahun ni bolehlah ai merendang, hehehee! 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com