Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 30 Ogos 2014

12 years

Assalamualaikum...(^ ^)


Dihati lahirnya sebuah cinta..
Yang murni, abadi, sejati!

Hari ini hari istimewa, ulangtahun perkahwinanan Mas dan suami tercinta. Alhamdulillah, 12 tahun cinta yang murni ini bersemi abadi di hati kami. Moga ia terus kekal abadi selama²nya. Moga kami lebih rapat, lebih menyayangi dan lebih membara rasa cinta.

Ya Allah peliharalah hubungan cinta kami supaya kekal hingga ke syurga!



Jumaat, 29 Ogos 2014

Cerita bergambar [3]

Assalamualaikum...(^ ^)

Jumaat sudah! Tak sabar nak tunggu esok, hari yang penuh bermakna. Esok Mas cerita, hari ni nak kongsi cerita bergambar je.

1. Senang kalau nak masak atau grill daging dalam kuali ajaib ni. Cepat, pantas dan sedap. 5-10 minit je daging dah masak dengan sempurna.



2. Mas memang suka kumpul duit syiling 50 sen, banyak kali dah kumpul. Bila dah banyak terus kira dan masukkan dalam akaun. Ini pun dah berat bekas ni tapi belum kira lagi berapa jumlahnya.



3. Gaya terkini dari Airis, kopiah babah + headband. Bukan mama yang buat ni, memang dia yang pakai sendiri kat kepala dia. Macam² gelagat si kenit ni, comel je. Hehehee!



4. Promosi dari domino, murah kan? 2 regular pizzas dan 1 pizza besar baru RM55, menarik untuk dibeli. Mas suka domino sebab pizza dia lebih sedap, walaupun dah sejuk tetap sedap!


Khamis, 28 Ogos 2014

Persiapan untuk photoshoot anniversary

Assalamualaikum...(^ ^)

Lagi 2 hari nak raikan penyatuan cinta kasih sayang Mas dan suami. Tahun ni ulangtahun yang ke 12.

Macam biasa seperti tahun lepas, tahun ni Mas rancang buat jugak photoshoot sempena anniversary. Seperti biasa photoshoot sendirian berhad tanpa upah jurugambar. Bukan apa rugi beli DSLR kalau tak guna kan? Itu pun 2 kali setahun je guna, masa raya and masa nak photoshoot. 


Untuk photoshoot anniversary tahun ni Mas nak buat cantik sikit, ingat nak frame kan 2-3 keping gambar tu nanti. Lokasi dah dikenalpasti, nanti hari kejadian baru Mas bagitau. DSLR pun dah suruh husband servis sikit supaya masa hari kejadian takde masalah pada kamera. Kang melopong je tak dapat nak ambil gambar.

Warna tema dan konsep pun dah pilih, takdelah havoc sangat tapi ringkas dan cantik. Sekarang ni tengah buat persiapan dan beli props, hehehee! 

Mas tak buat photoshoot pada tarikh anniversary tu sebab husband kerja. Keesokan harinya baru buat, jadi memang tak sabar nak tunggu hari tersebut.

Rabu, 27 Ogos 2014

Habis dah Syawal

Assalamualaikum...(^ ^)

Ya Allah dah habis Syawal dah rupanya, sedar tak sedar je. Hari ni dah 1 Zulkaedah, bulan baru dan harap semua dalam hidup kita bertambah baik dan ada pembaharuan.

Maaflah Mas buat janji kosong, kata nak aktif semula update blog. Tapi janji tinggal janji je! Bukannya malas kawan² tapi kekangan masa tu, memang tak sempat. Cerita shopping raya hari tu pun tak habis cerita inikan pula kisah raya, memang tak dapat kongsi langsung kat sini.

Tapi takpe kan walaupun raya dah habis Mas nak tepek jugak 4-5 keping gambar raya, buat kenangan kat blog ni. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk bertemu dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan.







Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com