Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 24 Jun 2020

Projek Taman Mini

Assalamualaikum...(^ ^)

Yeayyy Projek Taman Mini dah siap!!


Dah lama sebenarnya nak buat taman mini camni dekat garaj kereta tu, dari mula² pindah rumah sendiri tahun 2010. Tapi tak kesampaian hasrat tu sebab husband buat bisnes pomen kereta, jadi semua sudut garaj penuh dengan barang² pomen dia je!

Bila dah terjebak dok ada pokok² hidup kat rumah ni terus semangat nak buat, jadi kena nekad hingga berjaya. Maka secara rasminya semalam siaplah taman mini Mas, suka dan seronok sangat. Jadilah buat tempat terapi minda Mas setiap petang lepas balik kerja!



Kos untuk hasilkan taman mini ni memang Mas tetapkan bajet yang minima, tak mahu terlalu tinggi. Mas nak buat konsep simple dan sedap mata Mas memandang, tak mahulah terlalu banyak sangat pokok². Semua pokok Mas beli dengan harga RM15 ke RM25 satu pasu, dan pasu pun Mas tak tukar. Guna pasu asal je, letak luar rumah jadi tak perlu pasu mahal² sangat.

Rak letak pokok tu husband Mas buat sendiri, dia kan pandai bab buat grill ni jadi kenalah dia buatkan. Lagi pun besi dan papan dah ada, jadi bajet di situ dah jimat kan? Rak pun Mas suruh husband buat yang simple je, satu rak boleh letak 4 pasu dan 1 pasu gantung. Cat pun Mas guna spray dalam tin tu je, haaa memang konsep jimat cermat!



Mini fountain tu pulak Mas bajet nak beli yang kecik dan murah, tak nak yang terlalu besar dan harganya sampai ribu². Nama pun taman mini kan, jadi buat apa beli yang besar sangat. Masa nak beli ni 2-3 nurseri jugak Mas survey untuk dapat yang berkenan di hati dan harganya menepati bajet Mas. Jadi semalam dapatlah beli mini fountain tu dengan harga yang mampu milik, puashati!



Rumput tiruan tu pulak, husband ada satu jadi bolehlah guna. Mas hanya beli batu refleksologi tu sebagai penambah hiasan, boleh jugak pagi² pijak batu tu kan? Nanti niat hati nak tambah anak² ikan dalam fountain tu, beli ikan gapi yang kecik² tu kot. Tapi takdelah nak beli banyak pun, dalam 10 ke 15 ekor je, bagi nampak berseri sikit fountain tu. Pastu ada jugak niat nak tambah 2 kerusi batu, bolehlah duduk lepak petang² dengan husband sambil minum kopi. Haaaaa gituuu!!

Haaa itulah taman mini impian Mas, akhirnya berjaya jugak siap. Bagi Mas dah cukup puashati sangat, hasil kesabaran selama 10 tahun kan?


Rabu, 17 Jun 2020

Happy Birthday Abang!

Assalamualaikum...(^ ^)

Awal² pagi dah ucap Happy Birthday kat dia, pastu tanya nak apa? Tak perlulah dia cakap, cukuplah dengan ucapan ni.


Haaa memang camtu husband Mas, memang tak nak apa² kalau birthday dia. Nak raikan pun dia tak nak, tak perlu membazir katanya. Mas bukan apa raikan tu lebih kepada nak hiburkan hati anak² je, diaorang yang beria ingatkan bila nak dekat harijadi sesiapa je dalam rumah ni. Ikutkan Mas dan husband memang tak perlu semua tu, cuma fikirkan anak² je.

Jadi memandangkan gaji hari Isnin dan kebetulan hari jadi kakak pada 21/6 boleh raikan sekali. Haaa bolehlah jimat buat untuk 2 orang terus, beli kek Secret Recipe sebijik. Pastu buat makan² sikit, beli KFC atau McD ke. Itu dah cukup gembirakan anak² kan? Tak sabar pulak tunggu isnin, nak kek Chocolate Indulgence!

Selamat Hari Lahir Abang, moga terus diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur untuk jaga Mas dan anak!

Selasa, 16 Jun 2020

Nurseri Mr Garden di Salak Tinggi

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang pucuk dicita ulam mendatang lah, lagi² tengah viral pokok dalam rumah ni kan? 

Sebenarnya Mas tak tahu pun yang dah ada nurseri buka di Salak Tinggi ni, padahal dah 2 minggu lebih dibuka. Kebetulan ternampak member dok upload story dekat FB dia, member tu memang duduk kat Salak Tinggi. Terus tanya dia kat mana nurseri tu, rupanya dekat sangat dengan rumah Mas. Tak sampai 10 minit pun! 


Bila dah tahu ada nurseri dekat dengan rumah memang lompat bintanglah, kalau tak sebelum ni Mas pergi beli pokok² kat nurseri di Bangi. Dah dekat ni teruslah terjah hari Ahad lepas, kebetulan nak pergi rumah kakak dan dia pun nak kirim pokok. Besar jugak nurseri ni, Mr Garden namanya. 

Semua jenis pokok viral ada dijual kat sini seperti pelbagai jenis Snake Plant, harganya pun takdelah cekik darah macam yang segelintir orang jual. Mas beli jenis Sansevieria Hanii ni, satu pasu kecik baru RM10.90 dan dalam pasu tu ada 1 pokok besar dan 3 anak. Bila dah repot, dapatlah 4 pasu. Haaa berbaloi kan?


Pastu Mas beli jugak yang jenis daun kuning ni, namanya Sansevieria Yellow Jade. Harga satu pasu besar RM28.90, Mas beli ni sebab nak kongsi dengan kakak. Jadi ambiklah yang ada 2 pokok besar dan 2 anak, dah repot dapatlah sorang 2 pokok. 


Money Plant Green ni pun murah, satu pasu RM5.90. Apa lagi galaklah kakak dan adik Mas mengirim, sorang sampai 2 pasu. Hehehee Mas pun beli jugak tapi beli yang jenis gantung camni, namanya Money Plant Marble Green Harga satu pasu baru RM14.90. 



Pastu pasu² pun banyak dijual kat sini, ada pelbagai saiz dan bentuk. Harga pun sangat berpatutan! Lagi satu ada jugak dijual tapak untuk letak pasu, harganya baru RM19.90 jadi Mas belilah dua. Senang sikit nak letak pasu, takdelah kena letak atas lantai kan!

Puashati jugak membeli pokok² kat nurseri ni, banyak pokok² viral yang ada. Yang penting harganya sangat berpatutan! 



Mas berkenan sangat dengan Snake Plant Moon Night ni, cantik! Daun dia semua warna hijau dan ada corak² macam kulit ular sikit. Memang nak beli satu pasu, harga pun baru RM19.90 jer. Nanti untuk projek taman mini, Mas akan beli!




Selasa, 9 Jun 2020

Viral pokok dalam rumah

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa nampak tak, nampak tak! Mas pun dah terjebak jugak menjaga pokok di dalam rumah.


Tapi bukan sebab viral sangat pun Mas terjebak beli pokok² ni, dan bukan sebab orang kata pokok² ni boleh sedut habuk ke? Habuk² tu selama ni memang bersihkan sendiri, takde aihhh nak harap pokok² pulak kan? Tapi Mas terjebak sebab seronok tengok pokok kawan² jaga, semuanya hidup cantik. Jadi tak salah kalau Mas pun nak cuba kan?

Kalau ikutkan dulu masa mula² kahwin Mas pernah je ada pokok² hidup ni, arwah mak bagi berpasu-pasu. Arwah mak memang ada taman bunga kat rumah kampung tu, jadi haruslah dia suruh anaknya pun jaga pokok. Cuma masa tu Mas tak kisah sangat dan tak jaga pun pokok² tu, mak dah bagi kan jadi Mas ambik jelah. Disebabkan tak dijaga maka habislah mati semua pokok² tu! 



Pokok plastik pun Mas pernah buat hiasan dalam rumah, tapi dia punya malas nak bersihkan habuk tu yaaa ampun tuhan je tau. Jadi dari dok ternak habuk banyak² buat apa, baik Mas buang jer semuanya!

Pastu sejak pindah rumah sendiri memang tak pernah ada pokok hiasan dalam rumah, sebab anak² masih kecik masa tu. Risau terjatuh ke pasu, anak² koyakkan daun pokok ke kan? Bila anak² dah besar ni bolehlah jaga, lagipun tengok rumah suram dan bosan je tanpa hiasan. Bila ada pokok ni baru faham perasaan kawan² yang jaga pokok² ni, dia punya gembira dan seronok tu lain macam tau! 



Setakat ni Mas dah ada 16 pasu pokok kat dalam rumah, heheheee banyak jugak kan? Takdelah 16 tu semua Mas beli, 10 pokok je yang dibeli. Tapi bila dah tukar pasu, dapat banyak sebab setengah pokok tu ada anak. Pasu pulak Mas tak beli yang mahal sangat, semuanya masih dalam bajet yang ditetapkan. Janji pokok nampak cantik bila dalam pasu baru, tak kiralah pasu murah je. Dapat susun atur dan hias cantik² dah seronok sangat dah!

Lagi satu semestinya bila dah ada pokok² ni Mas carilah ilmu camne nak jaga dan pokok mana yang sesuai letak dalam rumah. Pastu kebanyakkan pokok² ni Mas tak tau lagi nama² dia, kena banyakkan google dan belajar pasal pokok² ni. Takpelah kan, kita belajar perlahan², janji Mas rasa gembira itu dah memadai!

Haaa sekarang ni bangun tidur dok cari pokok² dulu, sebelum tidur pulak dok belek² pokok jugak. Pastu balik kerja pun tengok pokok, cakap² dengan dia. Hehehee satu kepuasan








Isnin, 1 Jun 2020

Riang Ria Raya 2020

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa barulah dapat menulis semula kat blog kesayangan ni, baru semalam dia bernyawa kembali. Raya punya pasal sampai lupa domain dah luput, sekali nak buka semalam tengok tak boleh! 


Jadi masih belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Mas. Hahahaa entah ada entah tidak lagi pembaca, maklumlah dah jarang sangat update sekarang. Tapi takpelah Mas nak kongsi jugak kisah Riang Ria Raya 2020 kat sini!

Tahun 2020 ni merupakan raya yang paling berbeza buat kita semua, disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Masing² meraikannya di rumah sendiri, tidak boleh pulang ke kampung halaman. Walaupun ada jugak yang ingkar dan lepas merentasi negeri hingga sampai di kampung, tapi tetap tak terlepas dari tindakan polis!



Bagi Mas walaupun sambutan raya tu agak berbeza, ia tetap kami sekeluarga raikan dengan rasa gembira. Pakai pakaian cantik² dan sediakan jugak juadah raya, kenalah ada mood raya tu walau di mana pun kita berada kan? Pastu walau hanya dapat sembahyang raya di rumah dan bergambar kenangan di rumah, ianya tetap sempurna raya tu. Semuanya gembira kongsikan gambar raya masing² di media sosial.

Ziarah raya pulak hanya dibenarkan pada 1 Syawal, jadi Mas ambik jugaklah kesempatan pergi beraya ke rumah adik dan kakak di Bukit Beruntung. Mulanya berat jugak hati nak pergi, tapi adik dan kakak cakap datanglah jadi kami pun pergi jugak. Tapi memang dari rumah naik kereta, terus gerak ke rumah mereka tanpa singgah di mana². Turun kereta bila sampai kat rumah mereka je, sebelum turun memang pakai hand sanitizer siap²!



Pastu Mas pun suruh adik letak meja kat luar je, sediakan sabun basuh tangan dan hand sanitizer. Mas tak masuk pun rumah dia sebab dia ada anak kecik, jadi kenalah beringat dan jaga jarak. Kat rumah kakak barulah makan kat dalam rumah sebab dia kat tingkat 2, cuma sebelum masuk memang sembur sanitizer dulu. Habis beraya kat Bukit Beruntung, sempat jugak kami ziarah kakak dan adik husband Mas kat KL. Pastu terus balik rumah tanpa singgah kat mana² pun!

Pastu 2 Syawal Mas hanya keluar bawak anak² ke Putrajaya je, bagilah mereka hirup udara luar sekejap sebab dah lama sangat duduk di rumah. Bergambar jugaklah sekejap kat tepi tasik berdekatan masjid besi tu, takdelah lama sangat sebab risau dan takut polis halau pulak. 



Haaa walaupun beraya dalam tempoh PKPB ni tapi tetap rasa meriah, janji kita jaga kebersihan kan? Bila kita jaga Insya Allah walau kita berkumpul semuanya terjaga. Lagipun kita dengan adik beradik sendiri, kita tahu masing² jaga kebersihan dan tak keluar kemana² pun sesuka hati. 

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com