Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 30 September 2011

persiapan untuk esok!

Assalamualaikum...(^ ^)

seperti yang Mas war-warkan dalam entri ini, esok adalah harinya... hari ini Mas dah pergi ke Kementerian yang anjurkan program ini untuk ambil t-shirt dan kupon! yang paling bestnya, setiap kupon tu ada cabutan nombor bertuah... harap2 bertuahlah esok!

kalau ada kawan2 blogger yang join program ni esok, bolehlah kita jumpa kat sana ye... kalau terperasan Mas tu tegur2lah! boleh kita jalan sama2 nanti... 

tak sabar nak tunggu esok!

buku program dan kupon

t-shirt percuma... ada warna pink, biru dan putih! Mas ambil warna pink dan biru...

tutup sekejap gerai tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

hari ini Mas jalan2 cari makan kat pasar tani Jumaat di Presint 2, Putrajaya... dah lama tak pergi situ, teringin makan mee goreng udang dia yang sedap tu!

masa tengah makan tu memang perasan yang kebanyakan para peniaga di situ terdiri dari kaum lelaki... walaupun jam dah menunjukkan pukul 1.30 tengahari tetapi mereka masih sibuk uruskan jualan mereka... kenapa mereka tak pergi ke masjid, kan ke hari Jumaat!

apalah salahnya kalau mereka tutup sekejap gerai tu... lepas habis Jumaat nanti sambunglah meniaga semula! kalau tak nak tutup pun upahlah seorang penjaga perempuan untuk jagakan gerai mereka! tak lari ke mananya rezeki kalau tutup sekejap je... malah lagi berkat rezeki tu!

Mas rasa bersalah pulak makan kat gerai tadi... dahlah semua tukang masaknya lelaki! 

gambar dari google
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" 
[surah Al-Jumu'ah : 9]

istilah CINTA semanis kurma

Assalamualaikum...(^ ^)

.L.O.V.E. by ~LimpidD on deviantArt
tertarik dengan istilah CINTA Ustazah Nor Bahiyah dalam rancangan Semanis Kurma semalam... cukup mendalam dan penuh bermakna! elok kita sematkan dalam jiwa raga istilah cinta ini... moga kita mencintai pasangan kita dengan tulus ikhlas dan bukan sekadar nafsu semata2!

jom Mas kongsi istilah cinta itu...
  • Cantik... sentiasa anggap pasangan kita adalah terCANTIK di mata kita... tiada dua, tiada tiga dan tiada yang lain!
  • Ikhlas... sentiasa ikhlas dalam perhubungan... jangan ada rahsia langsung!
  • Nyawa... cintailah pasangan kita umpama kita mencintai nyawa kita!
  • Tanggungjawab... laksanakan segala tanggungjawab sesama pasangan dengan penuh rasa cinta!
  • Amanah/Allah... jadikan percintaan kita sebagai satu amanah dari Allah... insyallah, kita pasti bahagia dunia dan akhirat!
janganlah anggap cinta tu semudah membeli dan memakai baju... bila suka kita pakai, bila dah tak suka buang camtu je! dan terus beli yang baru... 

ingatlah cinta adalah perkongsian dua jiwa yang sanggup hadapi suka duka bersama... bukan sekadar cinta kepada jasad pasangan sahaja, tapi mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga... terima kekurangan dan kelebihan dia seadanya! cinta yang kekal abadi adalah cinta hingga hujung nyawa...

Khamis, 29 September 2011

giveaway ANUAR ZAIN vs SITI NURHALIZA

Assalamualaikum...(^ ^)

suka join GA eqbalzack [dot] com ni, semua hadiah dia best! jom join kawan2...

klik banner untuk join
pada suatu malam terjadinya perbualan secara tak sengaja antara penganjur GA dan peserta GA... bukan nak bodek untuk menang ye! hehehehee..
(abg EQ pinjam gambar sat ye...)




macam tak bertambah je!

Assalamualaikum...(^ ^)

ada seorang hamba Allah emel kepada Mas dan bertanyakan sesuatu...
"kenapa follower blog kau macam tak bertambah je... aku tengok banyak tu je! kalau mula-mula kau berblog dulu cepat je aku tengok follower kau bertambah!"


memang Mas akui follower blog Mas takdelah segempak blog orang lain... 8 bulan berblog follower baru 1299 je, orang lain 3 bulan berblog pun dah boleh cecah 3-4 ribu!

masa mula-mula berblog follower Mas cepat bertambah... sebab masa tu Mas amalkan cara i follow u, you follow me back! masa tu Mas hanya pentingkan jumlah follower je, tanpa pentingkan kualiti entri... setiap hari Mas nak follower bertambah! jadi Mas terjah blog orang, follow dan minta dia follow balik... 

tapi bila dah banyak belajar dari blogger lama, baru Mas tahu makna follower tu... kalau boleh kita mahu semua orang yang follow, baca blog kita... bukan setakat follow je kan? jadi Mas terus fokus untuk hasilkan entri yang berkualiti dan dapat menarik minat pembaca... Mas nak orang follow blog ni kerana mereka tertarik dengan entrinya yang menarik! bukan sekadar i follow u je...

jadi sekarang Mas tak kisah sangat jumlah follower lambat bertambah... sehari bertambah 1 follower pun dah memadai! tapi walau macam mana pun follower tu tetap penting dan ianya menunjukkan yang blog Mas sudah dikenali...

jangan mudah beri peluang

Assalamualaikum...(^ ^)

kaum wanita memang mudah terdedah kepada jenayah ragut... dengan beg tangan yang besar dan barang kemas penuh di badan, sudah tentu para peragut tak senang duduk punya! mulalah mereka mengatur strategi bagaimana nak menjalankan kerja2 meragut...

dua situasi yang Mas tengok wanita mudah memberi peluang kepada peragut... pertamanya ketika mengeluarkan wang di mesin ATM! petang semalam Mas singgah di sebuah bank... masa Mas sampai di bank tersebut hanya ada seorang wanita di situ yang sedang keluarkan duit... bila dah selesai dia keluar dan dengan selambanya dia kira wangnya yang banyak tu di luar bank! berani betul dia buat camtu... manalah tau ada peragut yang memerhati gelagat dia... tak ke naya kena ragut nanti!

lagi satu situasi ketika menunggang motorsikal... kebanyakan wanita suka letak handbag mereka yang besar tu di dalam bakul motor! bukankah itu akan memberi tarikan kepada si peragut untuk meragut... sepatutnya handbag tu letaklah di tempat yang lebih sesuai atau tak perlu bawa handbag besar2 kalau naik motor...

lindungi hak milik kita, jangan sesekali beri peluang secara terbuka untuk memudahkan peragut melakukan kerja terkutuknya itu!

gambar dari google

Rabu, 28 September 2011

balas kunjungan

Assalamualaikum...(^ ^)

sudah jadi kebiasaan Mas akan cuba balas kunjungan kawan2 ke blog Mas dan komen... cuma jika tidak berkesempatan atau takde masa, Mas memang tak dapat nak balas! 

perlu ke balas kunjungan ni?

bagi Mas sangat perlu... dari situlah cara kita menghargai pengunjung setia ke blog kita! dan ianya juga sebagai salah satu cara kita blogwalking... 

tapi janganlah pula kita terus boikot blog tersebut kalau tuan punya blog tak sempat balas kunjungan kita... itu namanya tak ikhlas kan? datang berkunjung tapi harapkan balasan... manalah tau tuan punya blog tu sibuk ke, sakit ke atau ada hal ke? 

berblog ni bagi Mas biarlah kita enjoy... janganlah terlalu stress bila takde orang balas kunjungan kita walaupun dah berpuluh2 blog kita terjah dan komen! kalau kita enjoy kita akan dapat satu kepuasan dalam berblog...

terima kasih pada yang setia berkunjung ke massaari [dot] com

wordless wednesday [33]

Assalamualaikum...(^ ^)

peneman setia di saat ini, nak bernafas pun susah ni... semputttttttttttt!!


Selasa, 27 September 2011

siapa dia sebelum daku

Assalamualaikum...(^ ^)

aku selalu memikirkannya... siapa dia sebelum daku!

love before rain by *Omega300m on deviantArt
sejak dari zaman bercinta hinggalah ke jinjang pelamin Mas tak pernah ambil tahu pun siapa bekas kekasih husband Mas... bagi Mas itu masa silam dia, buat apalah nak dikenang2! kalau Mas ambil tahu takut menimbulkan rasa cemburu dan syak wasangka... jadi lebih baik buat tak tahu je!

boleh je kalau kita nak ambil tahu... tapi kita kenalah bersedia terima kekurangan diri seandainya bekas kekasih dia lebih segala2nya dari kita! pastu kita juga kena bersedia yang mereka masih berkawan walaupun dah tak bercinta... bukannya apa, takut nanti kita cemburu buta dan mengundang kepada pertengkaran!

tapi lebih baik kita berfikiran positif... dia pilih kita selepas kekasihnya kerana kita ada keistimewaan yang tersendiri! janganlah kita asyik cakap dan bertanya pada dia tentang bekas kekasihnya... tak pasal2 nanti dia teringat kembali segala kenangan lalu! sebolehnya kita buat dia lebih bahagia dari masa lampaunya...

jangan disentuh sejarah dulu... hanya menyakit hati sendiri!

Kami datang nak beraya!!

Assalamualaikum...(^ ^)

Syawal pun dah hampir melabuhkan tirainya, maknanya raya pun dah habis kan? Bila dah penghujung ni kita dah takde mood nak terima kehadiran tetamu ke rumah. Bukannya apa, kuih raya pun dah tinggal bekas je. Jadi takde apa dah nak hidang pada tetamu.

Tapi berlainan dengan kawasan perumahan Mas ni, hari² mesti ada budak² bagi salam nak datang beraya. Kalau pertama kali datang takpe, ini muka yang sama je. Pertama kali mereka datang Mas masih boleh terima kunjungan mereka tapi bila dah tiap² minggu nak datang beraya, masaklah kan?

Kadang² tu tak kira masa, dekat nak maghrib pun datang! Kalau Mas buat tak layan, mereka memekik² cakap “Kami datang nak beraya." Berkali² tanpa henti pulak tu, Ya Allah boleh trauma dibuatnya.

Sebenarnya Mas tak salahkan budak² tu. Biasalah budak², bukan kisah 10 kali pun datang beraya rumah orang yang sama. Janji mereka dapat duit raya! Tapi Mas geram dengan sikap ibu bapa merekalah, sepatutnya mereka pantau anak² mereka. Janganlah biar anak² sesuka hati nak pergi rumah orang sampai 5-6 kali. Menganggu orang namanya tu, manalah tau tuan rumah tu tengah tidur ke, tengah solat ke, tengah nak makan ke?

Kami datang nak beraya, erkkkkk!


janganlah ego sangat!

Assalamualaikum...(^ ^)

saya tak akan maafkan awak selagi awak tak pujuk saya...

malaslah saya nak pujuk awak... merajuklah sampai bila2 selagi awak terdaya!

sumber gambar dari sini
dua2 ego kan? tak nak mengaku kesalahan masing2... tak mahu mengalah dan tetap nak pertahankan ego sendiri! tak kisahlah tak bertegur sapa berhari2... namun masing2 nak mengalah, jauh panggang dari api! ego tu lebih tinggi melangit dan berapi2 dari mengucapkan kata maaf!

sebesar mana pun ego kita tu, ia tak akan menjanjikan apa2 faedah pun... lagi kita ego lagi sakit hati, betul tak? kita berharap pasangan kita datang memujuk dan mengaku kesalahannya... tapi pasangan pun tetap ego setinggi langit, tak mahu mengaku kalah jugak! kita sendiri yang sakit hati dan makan hati...

apa salahnya buang sikit sikap ego tu, tak kemana pun! jangan asyik nak cari siapa betul dan siapa salah... apa salahnya kita sama2 mengalah dan saling memujuk... selesaikan segala masalah dengan cara baik dan aman damai! hati kita tak sakit dan perhubungan kita dapat dijaga dan semakin erat!

kadang2 Mas cuba bersikap ego bila ada perselisihan faham dengan suami... kononya tak nak hubungi atau cakap dengan husband selagi dia tak pujuk! tapi tak bolehlah, mesti Mas yang akan sms atau telefon dia dulu! 

Isnin, 26 September 2011

solat express... sempurnakah?

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah tak kawan2 solat express... 

Mas pernah jugak... terutamanya bila dah terlewat atau dah dekat nak habis waktu! paling selalu waktu subuhlah... tapi bila dah habis solat tu rasa macam tak sempurna je kan? rasa macam Mas solat tak ikhlas!

Mas berbicara di sini bukanlah nak tunjuk yang Mas pakar bab agama... cuma kita ni manusia memang mudah alpa dan ambil mudah sesuatu perkara! oleh kerana takut tak sempat buat sesuatu yang kita nak, kita cut masa solat kita... terus buat solat express! 2-3 minit cukup, janji solat...

tapi jika abaikan kesempurnaan solat maka apa yang kita ingin lakukan selepas tu pasti rasa macam kurang best je kan? mesti kita rasa macam tak cukup lengkap je... waktu tu kita renung kembali, sempurnakah solat kita tadi!

itulah kadang2 kita tak sedar yang solat kita tak sempurna kan... jadi kita kena jaga solat kita sebaik-baiknya kerana ia adalah tiang agama! sempurna solat kita maka sempurnalah kehidupan kita...

ingat mengingati amalan mulia terutama untuk diri sendiri!

sumber gambar dari google

jangan ajar anak meminta-minta

Assalamualaikum...(^ ^)

kebiasaannya anak2 akan ikut apa sahaja yang disuruh oleh ibu bapanya... samada ianya baik atau buruk! 

macam anak2 Mas, kalau tidak disuruh buat sesuatu tu pasti mereka tak akan buat... tapi bila kita suruh laju je mereka buat! kadang2 tu sampai kena marah, barulah nak buat apa yang disuruh! tapi kalau apa yang disuruh tu sesuatu  yang baik tak salah kalau kita paksa jugak mereka buat...

cuma janganlah kita ajar atau suruh anak kita buat yang bukan2... terutamanya sikap meminta2! sebagai contoh, musim raya ni... laju je kita suruh anak kita minta duit raya setiap kali pergi beraya! memanglah kita nak mereka dapat duit raya, tapi janganlah sampai ajar mereka meminta2 pula... nanti perkara ni akan jadi kebiasaan!

bila anak tu dah biasa meminta2 apa saja dengan orang perasaan malu tu akan tiada... tanpa segan dan silu anak2 akan minta apa saja yang mereka hendak dari orang lain! kalau tak dapat mungkin mereka akan bertindak lebih agresif untuk dapatkan juga apa yang mereka mahu...

jadi apa saja didikan dan ajaran kita terhadap anak2 semuanya bermula dari rumah... baik didikan kita maka baiklah anak2 kita bila berada di luar rumah... jika salah akan pincanglah segalanya!

ajarlah yang terbaik untuk anak kita... gambar dari google

perkahwinan mewah... berbaloikah?


Assalamualaikum...(^ ^)

mewah betul perkahwinan kau! wang hantaran ratus2 ribu, baju nikah dan baju kahwin cecah puluh2 ribu... tu belum campur sponsor sana sini... memang kelas gitu!

gambar dari google
sudah jadi trend sekarang semuanya nak perkahwinan mewah! berbaloikah semua ini... bukankah ia mengundang kepada rasa riak dan ingin menunjuk2!

masa Mas kahwin dulu, belanja perkahwinan tidaklah semahal sekarang... Mas cuma dapat hantaran yang biasa sahaja seperti kain pasang, jam tangan, kasut, handbag, telekung, set wangian dan barang kemas... tapi sekarang ni iPad pun orang dah buat hantaran kahwin... semuanya mahal2 dan berjenama!

jumlah wang hantaran pun tidak mahal, lebih kurang dalam RM5000 ke RM7000 sahaja... tapi zaman sekarang wang hantaran dah semakin meningkat naik! hingga ada yang cecah hingga puluhan dan ratusan ribu... wajarkah sebanyak itu, rasanya bersederhana lebih baik kan?

jadi pendapat Mas, apa yang penting kita rancanglah dulu perbelanjaan perkahwinan kita... kalau boleh berbincanglah dengan pasangan apa yang perlu dan tak perlu untuk majlis... buatlah majlis ikut kemampuan kita sahaja... tidak perlulah barang hantaran yang mahal2, baju yang cecah harga puluhan ribu... cukuplah apa yang kita termampu... apa yang penting akad nikahnya, yang lain tu cuma syarat sahaja!

Ahad, 25 September 2011

takde penyakit cari penyakit

Assalamualaikum...(^ ^)

nak berkahwin lebih dari satu memanglah boleh kalau berkemampuan dan mampu laksanakan tanggungjawab dengan adil... dan juga tidak menganggu tugas dan tanggungjawab terhadap pekerjaan kita! ini tak, segala masalah peribadi dicampur aduk dengan tugas di pejabat sehingga semuanya jadi tunggang langgang...

Mas ada seorang kenalan... sebelum dia beristeri dua, memang sangat komited dengan kerja! hari2 datang kerja awal dan tepat pada waktunya... tak pernah ponteng kerja pun! tapi sejak ada dua cawangan ni kerja pun dah makin terabai...

dia dah selalu datang lewat, selalu ponteng kerja dan selalu hilang bila waktu kerja... tak pastilah apa masalah dia, samada sibuk dengan kedua2 isterinya atau ada masalah dengan isteri2nya! itu Mas tak pasti sangat... tapi sejak tambah cawangan dia jadi macam tu...

jadi pada kaum2 adam yang ada 2 atau 3 cawangan tu pandai2lah bahagikan masa antara rumahtangga dan tugas di pejabat! jangan jadikan masalah rumahtangga sebagai sebab untuk bermasalah di tempat kerja! pandai buat pandailah tanggung kan? janganlah takde penyakit nak cari penyakit!

gambar sekadar hiasan... sumber dari google

Sabtu, 24 September 2011

hilang rasa hormat

Assalamualaikum...(^ ^)


sudah memang jadi adat dan tradisi kita kena hormat kepada orang yang lebih tua... tapi tak semestinya apa yang orang tua cakap semuanya betul kan?

hari ini Mas memang terasa hati dengan seorang pakcik ni... hilang jugaklah sedikit rasa hormat Mas pada dia! dengan selambanya dia malukan Mas kat depan orang ramai masa Mas kat open house rumah jiran!

pada mulanya Mas anggap kata dia tu sebagai gurauan... jadi Mas cuma diam dan senyum! tapi makin Mas diam makin menjadi pulak dia cakap yang bukan2 kat Mas! bila Mas diam dan buat tak tahu dia terus sindir2 Mas... dia siap cakap macam ni... 'bila orang cakap kau buat diam je kan, buat2 tak tahu pulak!  

apa kes pulak pakcik ni... Mas tak nak jawap apa yang dia cakap sebab Mas masih hormat dia sebagai orang tua! tapi dia masih nak sakitkan hati Mas! sampai tetamu lain pun hairan kenapa dia berperangai sedemikian rupa... Mas pun apa lagi terus hilang rasa hormat dan respek pada dia! Mas terus balik tanpa ucap terima kasih pada tuan rumah... memang sakit hati!

sepatutnya dia sebagai orang tua, tunjukkan contoh yang baik kepada orang yang lebih muda... janganlah nak cakap ikut sesedap mulut je kan? orang lain pun ada harga diri dan maruah! janganlah tau nak aibkan orang...

tak pernah Mas hilang rasa hormat pada orang tua... tapi kali ni Mas memang kecewa!

Jumaat, 23 September 2011

jangan biar anak2 bersendirian

Assalamualaikum...(^ ^)

petang semalam selepas kerja Mas pergi ke Jaya Jusco Sri Kembangan... ada urusan sikit! and then anak Mas yang sulung tu nak pergi ke toilet... Mas pun temankan dia!

masa masuk tu Mas perasaan ada seorang budak perempuan sedang basuh tangan di sinki... Mas tengok dia seorang je dan masa tu memang takde orang lain pun! Mas pun hampiri dia dan bertanya... adik sorang saja ke? mak mana?

rupanya dia memang ke toilet sendirian, mak dan ayah dia ada di kedai makan! umur budak tu baru 6 tahun... terkejut Mas, beraninya mak ayah dia benarkan anak yang baru berusia 6 tahun ke toilet seorang diri! bagaimana kalau dia diekori oleh orang jahat, tak tahulah macam mana nasib dia!

sebagai ibu bapa sepatutnya kita kena ada rasa tanggungjawab terhadap anak2... walaupun melibatkan perkara yang remeh temeh! Mas masih teman anak sulung Mas ke tandas walaupun dia dah berusia 8 tahun... tak berani nak lepaskan dia seorang diri... bahaya ni ada dimana2 kan?

jadi janganlah biarkan anak2 kita bersendirian walaupun ke ke mana saja... jenayah penculikan kanak2 sekarang semakin berleluasa!

alone by enigmawing on deviantArt  (gambar sekadar hiasa)

Khamis, 22 September 2011

kerana mereka...

Assalamualaikum...(^ ^)

pernah ada ketikanya mood berblog hilang entah kemana... serba tak kena dibuatnya! fikirlah 24 jam pun nak update entri apa tapi mood tu tetap ke laut... serulah berapa banyak kali pun! kadang-kadang sampai terfikir nak biarkan je blog ni usang dimamah waktu! tak pun tutup je...

tapi semangat tu tiba-tiba datang tanpa diundang setelah sesi terjah ke blog kawan-kawan... rasa seronok dan terhibur baca entri mereka yang pelbagai cerita dan kisah! masa itulah mood kembali ceria dan idea datang mencurah-curah... maksudnya bernyawa lagilah blog Mas!

bagi Mas, salah satu faktor yang menjadi pendorong untuk terus berblog adalah kawan-kawan blogger... kunjungan mereka tanpa erti jemu ke blog Mas menjadi penguat semangat! jadi buat apalah kita nak ada rasa dengki sesama blogger kan? patutnya kita sedar mereka itulah yang banyak membantu kita untuk terus menulis entri di blog!

ingatlah, tanpa mereka mustahil blog kita boleh dikenali dan terus dikenali... 

kerana mereka Mas terus berblog... terima kasih semua!

kongsi kereta... adakah masih diamalkan?

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

masih ingatkah kawan2 dengan kempen kongsi kereta... kalau tak silap masa tu tahun 1990an kan? masa tu kempen tersebut diperkatakan secara meluas baik di media cetak dan media elektronik! tapi bila dah masuk tahun 2000 kempen tersebut seperti tenggelam dek arus alaf baru...

mungkin sekarang ada lagi orang mengamalkan konsep kongsi kereta ni... tapi segelintir je kot? lagipun semua orang dah mampu memiliki kereta sendiri... jadi bagi mereka buat apa nak kongsi2! rugilah mereka beli kereta mahal2 kan?

bagi Mas ada jugak kelebihan kongsi kereta ni... boleh jimatkan minyak dan kurangkan kesesakan lalulintas! lagipun kalau tempat kerja kita sehaluan dengan kawan2 apa salahnya berkongsi kan? 

macam Mas masa menetap di Cyberjaya dulu pernah kongsi kereta dengan kawan... kebetulan dia kerja kat Kementerian Pengajian Tinggi dan laluan kami sama, so dia tumpanglah kereta Mas! bulan2 dia bagilah duit minyak, Mas untung dia pun boleh jimat!

ada tak kawan2 yang tinggal di Salak Tinggi... boleh je nak kongsi kereta dengan Mas!

Rabu, 21 September 2011

wordless wednesday [32]

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas percaya ramai yang suka blog ini... cool kan? blog wajib baca hari2 ni...

uncle pinjam gambar sat ye... 

FREE SEATS are here!

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari web AirAsia
yang dinanti2 telah tiba! bolehlah rancang2 mana destinasi percutian untuk tahun depan... dah lama Mas simpan impian nak pergi Bandung!  boleh shopping sakan... 

Mas dah try check tiket ke Bandung untuk kami 4 beranak cuma RM420 pergi dan balik... sangat berbaloi kan? so far Mas berpuas hati dengan harga tiket dan servis dari AirAsia ni... walaupun luggage dan makan kena bayar tapi biasanya kami tak guna servis tu... Mas lebih suka travel backpack je dan isi perut siap2 sebelum naik flight! jadi Mas dah boleh jimat di situ...

setakat ni Mas dah 4 kali travel dengan AirAsia... semuanya Mas beli tiket sewaktu promotion free seat ni! memanglah susah sikit nak dapat tiket promotion tapi kenalah usaha sikit... hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?

bagi kawan2 yang dah merancang nak pergi bercuti pada tahun hadapan bolehlah booking tiket mulai hari ini hingga 25 September 2011... waktu travel adalah mulai 3 May 2012 hingga 27 Oktober 2012!

tengah usha2 tarikh nak ke Bandung ni... esok lusa bolehlah booking! heheheheeee

hormat hak privasi orang

Assalamualaikum...(^ ^)

setiap orang ada hak privasi mereka sendiri... dan sudah pastinya kita tak suka hak privasi kita dicerobohi kan? 

cuma ada segelintir orang tidak tahu menghormati hak privasi orang lain... sesuka hati je! kalau minta kebenaran takpelah ini tak, ikut suka hati dia sendiri je... seolah2 buat hak kita tu macam hak dia je!

kalau Mas paling tak suka orang yang suka tengok wallet atau handbag Mas... tengok atau pegang takpelah! ini habis semua dibelek2 dan diselongkarnya... bukannya Mas tak bagi tengok tapi dalam wallet atau handbag biasanya kita simpan barang peribadi kan? takkanlah nak bagi orang tengok sesuka hati...

satu lagi slip gaji dan buku bank... semuanya tu private and confidential kan? semua orang punya hak untuk tidak dedahkan kepada orang lain! jadi janganlah kita terhegeh2 nak tengok berapa gaji dan berapa duit yang orang tu ada dalam bank...

belajarlah hormati hak privasi orang lain pasti hak kita akan dihormati!

janganlah asyik nak tahu privasi orang je! gambar sekadar hiasan... sumber google

Selasa, 20 September 2011

aku susahlah kawan!

Assalamualaikum...(^ ^)

aku susahlah kawan, duit tak cukuplah! nak makan pun takde duit... 

janganlah suka cakap dan mengeluh macam ni... ada duit tapi selalu cakap takde duit! nanti Allah betul2 tarik rezeki kita macam mana? Mas memang tak suka orang macam ni... 

seharusnya kita bersyukur dengan setiap ringgit yang kita ada... walaupun kita tak banyak duit tapi kita masih boleh makan setiap hari, masih punya tempat tinggal dan masih punya pekerjaan... jadi janganlah asyik mengeluh tak cukup duit je! ingatlah, ada lagi orang yang lebih susah dan tidak berduit daripada kita! 

contohnya, rakyat Somalia tu... jangankan nak ada duit, makan pun belum tentu dapat!

jadi bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan, walaupun sedikit dan tak cukup...

walaupun susah rezeki tu tetap ada... sumber gambar dari sini

kau senanglah dah kahwin...

Assalamualaikum...(^ ^)

kau senanglah dah kahwin, semua suami tanggung!

kau senanglah dah kahwin, nak kemana2 suami bawakan!

kau senanglah dah kahwin, nak itu ini suami belikan!

marriage by Zalitak on deviantArt
janganlah mudah berkata begini pada orang yang dah kahwin... jangan ingat perkahwinan itu satu perkara yang mudah dan senang semuanya! sebenarnya tanggungjawab orang yang dah berkahwin lagi berat... baik suami atau pun isteri!

walaupun bila sudah berkahwin isteri menjadi tanggungan suami tapi tidak semestinya semua terletak di bahu suami... isteri seharusnya sama2 membantu apa yang patut bagi meringankan beban suami! jadi tiada istilah, bila dah kahwin semua keperluan isteri dan rumahtangga suami yang tanggung... sama2 tanggung dan berkongsi, itu kan lebih baik!

nak kemana sahaja suami bawakan... tidak semestinya! isteri zaman sekarang sudah ramai yang pandai berdikari sendiri... tidak 100% mengharap suami jika mahu pergi ke sesuatu tempat! kalau asyik harapkan suami alamatnya duduk terperap kat rumah sajalah... kan lebih bagus kita berdikari kerana sekiranya ada apa2 kecemasan semasa suami tiada, kan senang!

nak itu ini suami belikan... tak jugak!  memanglah suami perlu beri nafkah untuk isteri tapi jangan ingat isteri boleh minta apa saja dengan suami! sekiranya isteri mampu beli sendiri, tak salah dia beli kan? lagipun cara ini boleh ringankan sedikit beban suami...

jadi berkahwin atau tidak sama sahaja... semua ada tanggungjawab masing2 sebagai khalifah di bumi Allah! yang berbeza cuma apa dan bagaimana tanggungjawab tersebut!


Isnin, 19 September 2011

aku boleh tolong kau... tapi

Assalamualaikum...(^ ^)

help me by my-elixir on deviantArt
tolong menolong tu amalan mulia... kalau ada orang lain kesusahan, kita boleh bantu jika termampu! kalau kita dalam kesusahan, boleh juga minta bantuan orang lain jika tidak termampu hadapi sendiri... 

cuma kalau nak tolong tu biarlah ikhlas, jangan harapkan balasan! jika kita tak mampu lakukan, beritahu dengan jujur yang kita tak boleh bantu... ini tidak, pura2 nak membantu sebab ada niat  dan agenda lain yang tersembunyi! bak kata perpatah, ada udang sebalik batu... 

kesian orang yang dibantu tu... dia benar2 mengharap kita dapat tolong dengan seikhlas hati! tapi bila dah tolong kita minta macam2 sebagai balasan... tak baiklah camtu kan? biarlah apa yang kita tolong tu mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa, itu lebih baik!

kalau orang yang dibantu tu beri sesuatu sebagai balasan, kita terima sahaja dengan hati yang terbuka... tapi kalau dia tidak beri apa2, janganlah kita minta dan harapkan balasan! 

tengok iklan produk tu... menarik kan?

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google
iklan memang memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan sesuatu produk... daripada iklan tersebut kita boleh tahu kebaikan dan keberkesanan produk itu! tapi jangan mudah tertipu ye... bukan semua iklan yang dibuat itu menggambarkan produk yang sebenar!

semasa Mas muda remaja dulu Mas sangat mudah terperdaya dengan iklan produk kecantikan... nampak je iklan produk kecantikan kat TV pasti Mas teruja! terus berminat nak cuba produk tersebut... 100% Mas percaya produk itu berkesan seperti yang dipertontonkan dalam iklan! 

bukanlah Mas kata semua iklan itu hanya gimik bagi melariskan produk ... ada juga iklan yang boleh memberi kesan yang mendalam kepada kita kan? cuma itu semua terpulang pada penerimaan kita dan bagaimana ia mempengaruhi kita... kalau kita benar2 percaya akan keberkesanan produk tu tak salah mencuba dan kita kena berani tanggung risiko!

ingat tujuan sebenar iklan adalah untuk melariskan dan mempromosikan produk... bukannya mereka nak kita terpengaruh! tepuk dada tanya diri sendirilah... 

Ahad, 18 September 2011

review filem Johnny English Reborn : kelakar habis!

Assalamualaikum...(^ ^)

lamanya Mas tak menonton wayang, rasanya hampir 2 bulan kot.. banyak jugaklah cerita yang Mas dah ketinggalan.. tapi hari ini Mas berkesempatan untuk menonton! apa lagi Mas pun memilih untuk menonton filem yang pastinya menjadi tontonan ramai iaitu Johnny English Reborn.. pelakonnya sudah tentu Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean!


sinopsis filem
filem ini mengisahkan Johnny English seorang Secret Agent yang ditugaskan untuk menyiasat dan menghalang rancangan membunuh Perdana Menteri China.. Johnny ditugaskan untuk mencari tiga orang ahli kumpulan Vortex bagi membantunya menyelesaikan misi tersebut! pelbagai dugaan dan cabaran yang Johnny hadapi sehinggalah salah seorang dari ahli agen risikan didapati bersubahat dalam rancangan tersebut.. bagaimana Johnny menghadapinya?

review Johnny English Reborn
sebelum masuk panggung Mas dah agak pasti filem ni sangat kelakar.. mesti gelak dari mula sampai habis! memang jangkaan Mas tidak meleset, bila cerita bermula Mas dah ketawa sampai nak pecah perut dibuatnya! semua babak yang dipertontonkan kelakar habis! memang gamat panggung wayang dibuatnya.. walaupun filem kali ini Rowan berlakon agak serius tetapi wataknya tetap kelakar!

secara keseluruhan filem ini memang kelakar habis.. rugi kalau kawan² tak menontonnya.. Mas bagi 10 bintang kerana berjaya buat Mas ketawa tak henti-henti!
 

seronok ke cerita hal orang

Assalamualaikum...(^ ^)

semalam Mas ada gotong royong sikit kat balai husband sebab malam ni ada jamuan hari raya... first time Mas pergi sejak husband bertukar ke Balai Bomba Sepang... dapatlah berkenalan dengan isteri2 pegawai yang lain! 

mula2 tu memang rancak kami berbual sambil buat kerja... cerita tentang tugas2 suami, tentang anak2 dan tentang kehidupan seharian... tapi lama kelamaan tu ada pulak yang buka cerita mengaibkan orang lain! memang seronoklah dia canang cerita pasal orang tu...
 
ada sesetengah orang sangat suka bercerita hal orang lain dan aibkan orang lain kan? mungkin itu kepuasan bagi dia agaknya... bukan tidak boleh kita bercerita hal orang tapi biarlah perkara yang baik2! kalau perkara itu mengaibkan atau menghina seseorang rasanya tak perlulah... buat tambah dosa je kan?

sama juga seperti dalam blog, kalau boleh kita kurangkan cerita2 yang membuka aib orang lain... mungkin dia memang buat salah, tapi tak perlulah kita canang seluruh dunia kan? setiap manusia memang tak lari dari buat silap kan? kita pun macam tu jugak...

gambar pinjam google

Sabtu, 17 September 2011

ajar anak hormat orang tua

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas pernah tengok seorang budak memanggil ayahnya dengan panggilan nama sahaja... memang agak kurang sopan dan keterlaluan kan? itu ayahnya, tak sepatutnya dia panggil nama ayahnya macam tu je... tapi Mas tak salahkan budak tu, sebab Mas tengok ayahnya macam tak kisah je! 

sebagai ibu bapa walaupun kita hanya anggap itu perkara biasa ataupun sekadar gurauan tetapi itu akan jadi tabiat nanti! kalau dah bermula dari rumah anak2 hanya memanggil ibu bapa dengan nama sahaja, bagaimana pula dengan orang lain... tentu mereka akan berbuat begitu juga!

semua ini bermula dari rumah... kalau di rumah kita tidak ajar anak2 hormat kepada kita sebagai orang tuanya, tak mustahil mereka akan berbuat begitu juga pada orang tua yang lain! jangan menyesal pula nanti kalau anak2 kita bersikap biadap dan kurang ajar... 

walaupun kita sebagai mak ayah tak kisah... tapi ajarlah anak2 kita hormat orang tua!

melentur buluh biarlah dari rebungnya... jangan dah jadi buluh baru nak lentur kan?

gambar pinjam sini

Jumaat, 16 September 2011

berbanggalah jadi anak MALAYSIA

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia... sempena hari ini seluruh rakyat Malaysia diberi cuti umum! dan yang paling seronoknya tahun ini Hari Malaysia yang ke-48 disambut sekali dengan Hari Kebangsaan... mesti sangat meriah!

jadi dengan adanya sambutan sebegini menunjukkan negara kita sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman makmur dan bersatu padu... jadi sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum seharusnya kita bangga jadi anak Malaysia! kita hidup di bumi yang aman damai tanpa ada peperangan dan pergolakan! 

negara kita juga tidak pernah berdepan dengan bencana alam yang dahsyat2 seperti gempa bumi dan puting beliung... jadi seharusnya kita bersyukur! janganlah terlalu menagung2kan negara barat... peliharalah agama, bangsa dan tanahair kita! semestinya kita tidak mahu negara kita dijajah seperti zaman dulu2 kan?

berbanggalah kita sebagai ANAK MALAYSIA!!

sumber gambar dari sini

Khamis, 15 September 2011

lagi power, lagi best!

Assalamualaikum...(^ ^)

bagi peminat kereta MyVi pasti teruja kan? hari ini MyVi 1.5 telah berada di pasaran... jadi bolehlah ke perodua branch yang berdekatan untuk tengok... manalah tau ada yang dah plan nak tukar kereta baru ke? 

bagi Mas memang nampak smart... tapi kena tengok depan2 baru tau menarik ke tak kan? walaupun kat hati dan pasang angan2 nak tukar MyVi lama Mas tu ke MyVi 1.5 ni tapi husband awal2 lagi dah cakap tak perlulah... dia kata kalau nak beli baru lebih baik beli kereta yang lagi besar! nampaknya hanya mampu tengok dan lihat jelah...

pada kawan2 yang berminat tu cepatlah pergi serbu perodua... terus tempah je!

smart kan? warna kuning diraja gitu...

ambil gambar kat surat khabar je... nak masuk website perodua, under maintainance pulak!

curi wang guna web

Assalamualaikum...(^ ^)

macam nilah orang bangsa asing... dah diberi peluang belajar di negara orang, pastu buat jenayah pulak! kepakaran tu pulak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik... 

Cyber Crime by funkwood on deviantArt

3 pelajar asing miliki kepakaran IT ceroboh akaun bank, pindah RM250,000
KUALA LUMPUR : Tujuh suspek, termasuk tiga pelajar warga asing dipercayai dalang utama sindiket penipuan perbankan internet ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Millennium Square, Petaling Jaya di sini, awal minggu ini bagi membantu siasatan kes pemindahan wang 12 mangsa secara haram berjumlah RM250,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata ketiga-tiga pelajar warga asing itu dikenalpasti perancang utama sindiket berkenaan, malah seorang daripada mereka berkemahiran menceroboh pangkalan data internet dan dipercayai bergiat sejak awal tahun ini.

Teknik digunakan ialah 'phishing' atau proses mendapatkan maklumat sensitif melalui kios seperti nama pengguna, kata laluan dan maklumat kad kredit dengan menyamar sebagai entiti sah dalam komunikasi elektronik dan menyasarkan kios beberapa bank di Lembah Klang. 
(sumber : Berita Harian)

bahaya kan? jadi kenalah lebih berhati2 bila menggunakan perbankan internet... janganlah mudah2 mendedahkan maklumat akaun kita kepada mana2 pihak! pastu kalau ada dapat panggilan daripada pihak yang mendakwa wakil bank janganlah mudah percaya, siasat dulu betul atau tidak! 

jenayah cyber sekarang semakin berleluasa! 

Rabu, 14 September 2011

saya dan awak [12]

Assalamualaikum...(^ ^)


saya : awak, ada orang cuba mengorat saya tadi!

awak : ngorat?? hurmmm... biarkan dia!

saya : awak tak cemburu ke??

awak : nak cemburu apanya... bukan dia dapat awak pun! sekadar ngorat je...

saya : memanglah tak dapat tapi tak kanlah awak tak cemburu langsung...

awak : saya tak akan cemburu membabi buta... lagipun orang tu sekadar ngorat je, bukannya dia dapat rampas awak dari saya! ngoratlah selagi dia boleh... setahu saya dia tak akan dapat awak sebab saya tahu awak sayang saya seorang je!

saya : heheheheee... betullah awak! yang penting kita saling sayang menyayangi...

dalam perhubungan itu apa yang penting kejujuran... kalau ada orang lain yang cuba menganggu hubungan kita janganlah layan, pasti perkara yang tidak diingini tak akan terjadi kan? yang paling utama saling percaya mempercayai, jangan terlalu cemburu buta!

wordless wednesday [31]

Assalamualaikum...(^ ^)

product of Saari Sinong and Faziah Abd. Rahman... yang sulung jugak paling kecik!

gambar koleksi raya 2011

Selasa, 13 September 2011

jom jalan kaki untuk kesihatan!

Assalamualaikum...(^ ^)


sukanya bila ada program macam ni... sangat teruja nak menyertainya! yelah kan, sejak Mas sertai dua program ni sebelum puasa hari tu (klik sini dan sini), terus dah jatuh hati! pantang ada program jalan2 kaki ni pasti sepantas kilat Mas hantar borang penyertaan!

bagi kawan2 yang sama berminat, bolehlah turut sama menyertai... bukan kena bayar pun, penyertaan PERCUMA dan terbuka kepada orang ramai! siap ada cabutan bertuah dan dapat t-shirt dan goddies bag..

kalau nak dapatkan borang penyertaan bolehlah masuk ke laman web MICCOS ni (link)... tapi kena cepat2 tau, sebab tarikh tutup penyertaan pada 25 September 2011! 

rugi tau kawan2 kalau tak join... ini untuk kesihatan tubuh badan kita jugak! daripada kita duduk kat rumah tak buat apa2, lebih baik kita sertai program kesihatan macam ni... 

saya suka awaklah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas sebenarnya paling takut nak approve friend request dekat facebook dari orang yang Mas tak kenali... bukannya apa, takut ngan orang yang macam nilah!

semalam Mas ada approve satu friend request kat FB... biasanya sebelum approve Mas mesti akan tengok mutual friend dia! ada tak kawan2 dia yang Mas kenal... tapi semalam Mas lupa nak tengok, main approve je! pastu selang beberapa jam dia hantar private message kat inbox... "saya suka awaklah Mas, dah lama dah sebenarnya!"

erkkkkk, gila ke apa mamat ni! dah terang2 status perhubungan Mas kat FB tu berkahwin dengan... tak tengok ke? tiba2 pulak nak meluahkan perasaan macam tu... Mas pun apa lagi terus delete massage dia dan sekat dia dari memasuki profil FB Mas... tak pasal2 pulak kena bersoal jawab dengan husband Mas! dahlah Mas rahsiakan perkara ni dari husband... (tapi kalau husband baca entri ni mesti dia tau...huhuhuuu)

bahaya betul FB ni kan? sedangkan kita yang dah berstatus married ni orang boleh nak ngorat sesuka hati inikan pulak anak2 dara yang masih bujang tu! jadi sekarang kita kena lebih berhati2 dengan laman sosial FB ni... janganlah approve orang yang kita tak kenali sesuka hati!

huhuhuuu... SERAM!! gambar pinjam google
Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com